Pages

Isnin, 27 Disember 2010

Putera Katak dikejar dengan parang

Ayoooo, selalu kita dok dengar artis2 ni dikejar sebab nak ditangkap gambarla, nak mintak signaturela, nak interviewla, tapi ni laen plak dengan pelakon drama putera katak ni.. Nak taw lebih lanjut? Jom baca yang kat bawah nii..





KUALA LUMPUR: Pelakon baru yang memegang watak utama drama dongeng bersiri, Putera Katak yang kini ditayangkan di TV3, terpaksa menempuh detik cemas apabila dikejar sepasang kekasih bersenjatakan parang sejauh lebih dua kilometer.


Kejadian berlaku hanya disebabkan pelakon muda itu, Mohd Hanif Karamdin, 27, memintas kereta dinaiki pasangan terbabit ketika melalui Lebuhraya Duta Hulu Klang (Duke) menuju Ampang, di sini, Jumaat lalu.


Bagaimanapun, dia yang menggunakan nama komersial Haniff bernasib baik apabila dapat meloloskan diri sebelum bergegas ke balai polis membuat laporan.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, Haniff berkata, dia dalam perjalanan dari Kelana Jaya ke rumahnya pada mulanya mengekori sebuah kereta Honda City.


“Disebabkan kereta itu dipandu terlalu perlahan, saya memberi isyarat lampu sebelum memotong kenderaan berkenaan. “Tiba-tiba pemandunya membunyikan hon dan mengejar saya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Menurut Haniff, pada mulanya dia tidak mempedulikan tindakan itu, namun pemandu kereta itu menghimpit keretanya sebelum menunjukkan parang.

“Ketika itu, saya lihat dia (pemandu) bersama seorang wanit. Saya yakin mereka pasangan kekasih,” katanya.


Haniff berkata, bimbangkan keselamatannya dia memecut keretanya, namun pasangan terbabit mengejar sambil menunjukkan parang ke arahnya.


“Berderau darah saya dibuatnya...apa lagi dengan perasaan takut dan pelik mengenai sikap pasangan kekasih itu, saya pecut sehinggalah tiba di susur keluar menuju Ampang.


“Pasangan itu yang pada mulanya mengekori rapat di belakang kereta saya mungkin terlepas pandang menyebabkan saya dapat meloloskan diri,” katanya.


Haniff pergi ke Balai Polis Taman Melawati membuat laporan sebelum kes dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul untuk siasatan lanjut.


Dia yang pernah membintangi beberapa drama bersiri seperti Siong, Kelab Jeng Jeng dan Jelatang berkata, laporan polis dibuat kerana bimbang lelaki tidak dikenalinya itu mungkin melakukan perkara tidak diingini kemudian hari.


“Kejadian seperti ini pertama kali berlaku terhadap saya. Saya berharap pengguna lebuh raya lain lebih berdisiplin dan menggunakan diplomasi untuk menyelesaikan masalah, bukannya dengan kekerasan,” katanya.


Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan memberitahu kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.


“Sehingga kini, suspek belum ditahan, namun usaha mengesannya giat dijalankan,” katanya.





psssstttt : Kepada seluruh penduduk Penang samada kat bahagian pulau mahupun seberang prai, jangan lupa naa hari ni simpan air secukupnya sebab esok hampir seluruh Penang tak dak ayaq.. Banyak jugak syarikat2 dan kilang2 yang tutop esok,HUHU..

14 ulasan:

iKhRam berkata...

salam..
apa kbr?
putera katak??
saya takmahu bercakap tentang actor itu..
sebab saya takkenal dan drama tu pun saya tak tgok..
mungkin best dramanya.. tp tak berkesempatan.. drama rantaian bukan kegemaran saya..

baiklah..
teringat ketika masa barumur 7 tahun.. tahun 1995
saya memasuki pertandingan membaca buku cerita.. tajuknya putera katak..
saya bertanding pertandingan itu bersama 15 orang peserta yang lain di seluruh anak2 para tentera di sleuruh kem bukit ibam, pahang..
ada antara mereka yang berumur 12 tahun..

jadi saya menang malam itu dengan cerita putera katak yang saya curi bukunya di perpustakaan di dalam kem itu..
mungkin alunan saya yang ada lenggoknya buat semua orang memilih saya..

jadi saya menjadi wakil kem itu ke kem kuantan.. di situ buku cerita saya telah ditukar.. betapa sedihnya saya.. dan saya kalah..

disitulah pentingnya kenangan putera katak bg saya..
sebenarnya dari kecil saya suka membaca..

yang benar
ikhram

ZWAN SABRI berkata...

Ikhram : WoW! Hebat... Kecik2 dah menang macam2 pertandingan.. Best baca pengalaman2 anda.. ;)

Luqman Zakaria berkata...

hurm.macam macam kan !

ZWAN SABRI berkata...

Arep : Tula pasai.... HUHU

DanieL AdiE berkata...

aduhai..manusia oh manusia..

Latest Entry:
http://danieldeadie.blogspot.com/2010/12/hadiah-misteri-project-qarl-15.html

miss Fyqa berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
RIAN berkata...

ish macam lawak je.
apehal nak keja2 org.
takde motif. haha

zidEL zhafiz berkata...

kejor yeop kejor..!!!
ahahah~~~

Afikah Aziz berkata...

aik,pe kes diorg siap kejar2 org ng parang...haishhh pelik lak manusia skg huhu

Unknown berkata...

alaaa..ta de ke gamba dy kene kejar dgn parang 2 doe??

Blog Eazy Izzuddin berkata...

fuh....
kalau eazy confirm dah seram sejuk kalau de org buat camtu
tak tau nk larik kat mana dah
aish2

Sha Shakina berkata...

mcm mental je psgn kekasih tu. muahahaha. :)

Tanpa Nama berkata...

Hey, I am checking this blog using the phone and this appears to be kind of odd. Thought you'd wish to know. This is a great write-up nevertheless, did not mess that up.

- David

Unknown berkata...

haha..main kejar-kejar pulak..gilo la diorang ni