Pages

Jumaat, 31 Disember 2010

Azam 2010 Tak Tercapai

Yeah! Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum acara countdown tahun 2011 bakal dilangsungkan oleh seluruh masyarakat dunia amnya dan masyarakat Malaysia khususnya tidak kira dimana mereka berada samada di Kota2 besar mahupun di ulu pedalaman desa.



Namun persoalannya, apakah sambutan tahun baru ini dihiasi dengan sambutan yang penuh beradab dan sopan? Jawapannya, YA! Kerana masih ada segelintir lagi masyarakat Malaysia yang menyambut ketibaan tahun baru ini dengan aktiviti2 yang mulia dan berfaedah seperti mengadakan solat hajat, kenduri kesyukuran, majlis khatam al-quran dan sebagainya.



TETAPI bilangan yang berperilaku seperti itu hanya boleh dibilang dengan jari kerana realitinya kini masyarakat Malaysia yan
g bertunjangkan adat ketimuran ini sudah jelas semakin hilang identiti dan jati diri. Segala apa yang datang dari Barat dianggap sesuatu yang baik, lantas dilaksanakan dengan penuh bangga. Budaya hedonisme disanjung dengan begitu tinggi. Segala adab dan kesopanan dalam masyarakat dilupakan dan dipinggirkan. Maka wujudlah aktiviti2 mengawan pada malam tahun baru dan akibatnya pada bulan September 2011 kelak Malaysia bakal digemparkan dengan berita2 pembuangan bayi yang melampau di dada2 akhbar mahupun televisyen.



Justeru itu, sekiranya perkara seumpama ini terus berlaku, apakah mungkin masyarakat dan negara kita akan memperolaeh rahmat dan berkat daripada Allah SWT? Berdasarkan firman Allah dalam surah Al-A’ruf ayat 96 yang bermaksud, “Sekiranya penduduk negeri itu bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka pintu pengurniaan yang melimpah ruah beratnya dari langit dan bumi tetapi jika mereka mendustakan rasul Kami, lalu Kami tempatkan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang telah mereka usahakan”. Jadi, sila tatap dan renungkan bersama2 firman Allah SWT tesebut.



Okaylah, sempena ketibaan 2011 yang bakal datang tak lama lagi ni, pasti ramai yang menanam azam baru itu dan ini tetapi masalahnya, apakah semua azam 2010 sudah tercapai? Pasti ada yang sudah tercapai dan tak kurang ramai juga yang masih tidak tercapai dalam azam 2010.. Sini aku ada beberapa individu yang aku dah temuramah depa di laman facebook untuk azam2 2010 depa yang still x kesampaian.. Jom Layaaaannnnnn…!




" Azam 2010 ka? erm, aku tak berjaya nak dapat 4 flat la.. Satu lagi, misi aku nak ada GF untuk tahun 2010 ni langsung tak tercapai.. Aku nak kena mandi bunga kot.. Manala nak taw nanti tahun 2011 ada GF.. HAHA" Zidel Zhafiz








"Actually ada 3 azam 2010 yang aku tak berjaya capai.. First, Score dalam exam, tak berapa nak puas hati la bro.. Second, Mencari Cinta, Tak berjaya nak dapat cinta la plak tahun 2010 ni.. And Third, nak mengubah diri pun still tak kesampaian.." Dosh Saleem






" Rasanya semua azam Tyra untuk 2010 dah tercapaila.. Cuma satu jer yang tak berjaya iaitu Tyra nak belajar berenang untuk tahun 2010 tapi macam tak sempat jer nak blajar berenang.. Nampanya Tyra still kena guna pelampung lagi la kalau nak berenang" Athirah Najwa






"Ko pehal zwan nak taw aku punya azam yang tak tercapai ni? HAHA.. Erm, banyakla azam aku yang tak tercapai time 2010.. Satu, Pointer aku x brapa nak mencapai seperti yang ditarget.. Kedua, Aku still x berjaya nak dapat BF yang baik.. Ketiga, Aku nak kurus tapi makin berisi la plak.. Keempat, Aku target nak solat penuh tahun 2010 tapi macam x penoh jer, HEHE" Najaa Shariff






" Hang nak publish pasai azam aku yang tak tercapai time 2010 kat blog hang ka? Kompem nanti blog hang meletop sebab post crita pasai aku, HAHA.. mula2, aku nak hangout ngan suma kawan2 sekelas kita time 2010 tapi nampak macam x brapa nak jadi jer.. Then, aku ingat nak cari cinta sejati time 2010 tapi macam x jumpa jer.. Last skali, tak berapa nak capai target la plak untuk aku punya diploma.. Tapi takpa, semua azam2 2010 yang tak tercapai ni bakal dianjakkan kepada azam 2011.." Hidayah








“aku nak jadi hodoh time 2010 tapi macam tak berjaya jer.. Tengok makin cute plak, HEHE” Zwan Sabri

Sila jangan muntah kat sini sebab kat dalam blog ni tak dak cleaner nak cuci muntah hangpa semua tuu.. :P

Rabu, 29 Disember 2010

Malaysia HEBAT..!


Tahniah dan syabas kepada barisan pemain bola sepak Malaysia kerana telah berjaya menjulang piala kejuaraan AFF Suzuki 2010 di Stadium Gelora Bung Karno dan sekali gus menutup lembaran tahun 2010 ini dengan mengharumkan nama Malaysia di persada Asia Tenggara.



Apa yang lagi membanggakan ialah apabila kemenangan ini hasil 100% daripada tenaga anak Malaysia sendiri tanpa seorang pun yang diimport daripada luar negara baik daripada tenaga jurulatih sehinggalah kepada tenaga para pemain. Keadaan ini jelas berbeza dengan pasukan Indonesia apabila depa dilihat kurang mempercayai dengan kemampuan anak2 tempatan depa sendiri kerana tenaga2 import jelas mewarnai pasukan bola sepak Indonesia daripada tenaga jurulatih mahupun tenaga para pemainnya yang terdiri daripada beberapa pemain import untuk berkhidmat dalam pasukan tersebut.





Sikap professional para pemain Malaysia juga jelas terserlah apabila penjaga gol Malaysia iaitu Khairul Fahmi langsung tidak mengadakan sebarang protes terhadap perlawanan di Jakarta sebentar tadi walaupun dia disuluh laser hijau oleh para penyokong Indonesia. Situasi ini berbeza dengan penjaga gol Indonesia yang lebih bersikap seperti anak kecil yang belum baligh apabila mengadakan protes menghentikan perlawanan selama beberapa minit setelah disuluh laser hijau oleh penyokong Malaysia di Kuala Lumpur tempoh hari. WTF!




Tabik spring juga harus diberikan kepada para pemain Malaysia kerana depa telah berjuang bermati matian di Stadium Gelora Bung Karno sebentar tadi walaupun tewas 1-2 di tangan Indonesia. TETAPI tidak mengapa kerana secara agregatnya Malaysia masih mendahului Indonesia dengan 4-2 apabila Malaysia telah berjaya merangkul 3 gol berbalas 0 gol di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebelum ini. Sebentar tadi, pemain England iaitu Rio Ferdinand juga turut melahirkan ucapan tahniahnya kepada pasukan Malaysia di laman Twitter serta turut mengakui kehebatan pasukan Malaysia.




Sebenarnya, di saat para pemain Malaysia berhempas pulas menentang pasukan Indonesia di Jakarta, Aku pula sibuk berhempas pulas menentang pelbagai cacian dan penghinaan terhadap Malaysia oleh orang Indonesia di laman Facebook. Kini, tidak kisahlah jika masyarakat Indonesia mahu terus memaki hamun Malaysia kerana yang paling penting, Malaysia telah diiktiraf sebagai pemenang AFF Suzuki 2010 dan wang tunai 100,000 USD menjadi milik Malaysia. Sesungguhnya aku bangga sebab aku adalah anak Malaysia. MALAYSIA BOLEH!





psssttt :
Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has declared Friday (Dec 31)as a public holiday in view of M'sia's Suzuki Cup victory..

Untung Perempuan Malaysia

Terkesima. Terkedu. Terkelu. Terkamjat. Terkejut. Lagi “TER” apa lagi ek? HAHA. Actually semua inilah perasaan aku semasa meneliti laporan bancian tahun 2010 yang telah melabuhkan tirainya beberapa bulan yang lalu. Mengikut laporan bancian tersebut, jumlah populasi Malaysia pada tahun 2010 ialah seramai 27,565,821 orang dimana 14,112,667 adalah kaum lelaki dan selebihnya iaitu 13,453,154 adalah kaum perempuan. It was surprising right? Lihat, jumlah kaum lelaki lebih ramai jika dibandingkan dengan jumlah kaum perempuan di Malaysia ini. Selama ini aku bayangkan bahawa kaum perempuan lebih ramai jika dibandingkan dengan kaum lelaki sebab aku tengok di Universiti ataupun apa2 event yang dijalankan, pasti dipenuhi dengan golongan hawa ini tetapi ternyata sangkaan aku itu jelas meleset sama sekali kerana realitinya kaum lelaki adalah jantina yang memonopoli bagi populasi penduduk di Malaysia.



Yeah! Mungkin di saat ini perempuan2 di Malaysia boleh mengukirkan senyuman yang lebar disebabkan depa mempunyai banyak pilihan untuk dijadikan teman hidup dan saham diri depa juga turut meningkat begitu mendadak “kerana dirimu begitu berharga” di Malaysia ini. So, tidak menghairankanlah jika pada hari ini ramai jejaka2 kacak di Malaysia yang masih bergelar teruna serta bujang terlajak walaupun usia depa jelas menunjukkan rumah kata pi and kubur kata mai. Dan tidak mengejutkan jugaklah jika pada hari ini ramai diantara perempuan2 yang agak kurang cantik tetapi begitu laris di pasaran Malaysia seperti goreng pisang panas memandangkan jumlah depa yang agak kurang jika dibandingkan dengan kaum lelaki. So, please don’t ask me why I’m still single until today, HAHA.



Actually, aku ada sedikit ucapan kepada lelaki2 yang berhidung belang di Malaysia ni. “Hey lelaki2 hidung belang sekalian, janganla hangpa nak meqla sangat sampai nak kawen lebih daripada sorang or tegedik gedik nak ada perempuan simpanan la apalah. Tawla yang hangpa tu ada 4 kuota tapi ingat2la sama kat lelaki2 yang masih teruna ni. Tak kesian ka kat lelaki2 yang teruna ni?”HUHU. Maybe disebabkan jumlah populasi kaum perempuan kurang berbanding kaum lelaki, maka mungkin ini boleh menjadi penyebab why bilangan lelaki2 gay di Malaysia ini meningkat mendadak seperti cendawan tumbuh selepas hujan.



Jadi penyelesaiannya, aku cadangkan Kerajaan Malaysia supaya mengimport gadis2 daripada Venezuela atau Maghribi atau Turkey atau Korea untuk diserap menjadi warganegara Malaysia. Barula nanti teruna2 di Malaysia ni tak terjebak ke dalam kancah dunia gay dan sekali gus mendapat anak2 yang berwajah comel dan berotak genius hasil perkahwinan campur ini. Hebat tak Idea aku ni? So, kepada Kerajaan Malaysia, what are you waiting for? Ahaks!





Jika tidak mahu keadaan ini berlaku di Malaysia, Kerajaan Malaysia wajib ikut idea aku okay, HEHE




Selasa, 28 Disember 2010

Selamatkah Pemain Kita?

Tanggal 29.12.2010 merupakan tarikh keramat yang bakal menentukan samada pasukan bola sepak Malaysia mampu atau tidak menutup lembaran tahun 2010 dengan sebuah sejarah manis untuk membuktikan bahawa Malaysia adalah jaguh bola sepak di rantau ini. Tetapi persoalannya kini, selamatkah pemain kita apabila bertandang ke Jakarta kelak untuk menentang pasukan Indonesia?


Setelah kejayaan Malaysia berjaya melemaskan Indonesia dengan jaringan 3 gol berbalas 0 gol di Kuala Lumpur pada 26.12.2010, rakyat Indonesia terus merusuh dengan menjadikan Stadium Gelora Bung Karno sebagai mangsa apabila stadium itu dirosakkan oleh depa sendiri. Lihat, sedangkan harta benda negara depa sendiri pun depa boleh jahanamkan tanpa rasa bersalah, jadi kemungkinan untuk depa cederakan pemain Malaysia juga adalah tinggi.




Sebelum ini pelampau Indonesia yang diketuai oleh Parti BENDERA juga telah menggelarkan Malaysia sebagai Malingsia, MalaysiaL dan juga telah melaungkan ganyang Malaysia dengan membakar bendera Jalur Gemilang serta menghalau rakyat Malaysia yang berada di bumi Indonesia dengan menggunakan buluh runcing. Situasi ini diburukkan lagi apabila Kedutaan Malaysia dilontarkan dengan najis oleh pelampau2 tersebut. Selain itu, depa juga turut tidak menghormati lagu Negaraku apabila berkelakuan jelik sewaktu lagu Negaraku sedang berkumandang. Ini hanyalah sebahagian sahaja sikap liar yang ditonjolkan oleh pelampau2 Indonesia ini terhadap Malaysia.


Apa yang dikhuatirkan ialah setelah penyokong Malaysia menggunakan laser terhadap penjaga gol Indonesia ketika perlawanan yang sedang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur sehingga menyaksikan penjaga gol tersebut menghentikan perlawanan sehingga beberapa minit. Maka tidak hairanlah jika perlawanan Malaysia menentang Indonesia di Jakarta nanti dibayangi dengan tindakan bodoh dan ganas oleh penyokong Indonesia terhadap pemain Malaysia dalam misi membalas dendam.




Jadi, sebagai rakyat Malaysia, ayuhlah kita beramai ramai tanpa mengira fahaman agama dan keturunan budaya untuk mendoakan semoga pemain2 Malaysia selamat ketika di sana nanti dan berjaya menjulang kemenangan Malaysia dalam arena bola sepak di rantau ini. Malaysia Boleh.. !



Barisan pemain2 Malaysia



pssstttt ; Kepada penduduk2 di serata Penang, Cepat tadah ayaq dan simpan ayaq secukupnya sebab hanya tinggal beberapa jam saja lagi sebelum hampir seluruh Penang terputus bekalan air..



Isnin, 27 Disember 2010

Putera Katak dikejar dengan parang

Ayoooo, selalu kita dok dengar artis2 ni dikejar sebab nak ditangkap gambarla, nak mintak signaturela, nak interviewla, tapi ni laen plak dengan pelakon drama putera katak ni.. Nak taw lebih lanjut? Jom baca yang kat bawah nii..





KUALA LUMPUR: Pelakon baru yang memegang watak utama drama dongeng bersiri, Putera Katak yang kini ditayangkan di TV3, terpaksa menempuh detik cemas apabila dikejar sepasang kekasih bersenjatakan parang sejauh lebih dua kilometer.


Kejadian berlaku hanya disebabkan pelakon muda itu, Mohd Hanif Karamdin, 27, memintas kereta dinaiki pasangan terbabit ketika melalui Lebuhraya Duta Hulu Klang (Duke) menuju Ampang, di sini, Jumaat lalu.


Bagaimanapun, dia yang menggunakan nama komersial Haniff bernasib baik apabila dapat meloloskan diri sebelum bergegas ke balai polis membuat laporan.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, Haniff berkata, dia dalam perjalanan dari Kelana Jaya ke rumahnya pada mulanya mengekori sebuah kereta Honda City.


“Disebabkan kereta itu dipandu terlalu perlahan, saya memberi isyarat lampu sebelum memotong kenderaan berkenaan. “Tiba-tiba pemandunya membunyikan hon dan mengejar saya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Menurut Haniff, pada mulanya dia tidak mempedulikan tindakan itu, namun pemandu kereta itu menghimpit keretanya sebelum menunjukkan parang.

“Ketika itu, saya lihat dia (pemandu) bersama seorang wanit. Saya yakin mereka pasangan kekasih,” katanya.


Haniff berkata, bimbangkan keselamatannya dia memecut keretanya, namun pasangan terbabit mengejar sambil menunjukkan parang ke arahnya.


“Berderau darah saya dibuatnya...apa lagi dengan perasaan takut dan pelik mengenai sikap pasangan kekasih itu, saya pecut sehinggalah tiba di susur keluar menuju Ampang.


“Pasangan itu yang pada mulanya mengekori rapat di belakang kereta saya mungkin terlepas pandang menyebabkan saya dapat meloloskan diri,” katanya.


Haniff pergi ke Balai Polis Taman Melawati membuat laporan sebelum kes dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul untuk siasatan lanjut.


Dia yang pernah membintangi beberapa drama bersiri seperti Siong, Kelab Jeng Jeng dan Jelatang berkata, laporan polis dibuat kerana bimbang lelaki tidak dikenalinya itu mungkin melakukan perkara tidak diingini kemudian hari.


“Kejadian seperti ini pertama kali berlaku terhadap saya. Saya berharap pengguna lebuh raya lain lebih berdisiplin dan menggunakan diplomasi untuk menyelesaikan masalah, bukannya dengan kekerasan,” katanya.


Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan memberitahu kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.


“Sehingga kini, suspek belum ditahan, namun usaha mengesannya giat dijalankan,” katanya.





psssstttt : Kepada seluruh penduduk Penang samada kat bahagian pulau mahupun seberang prai, jangan lupa naa hari ni simpan air secukupnya sebab esok hampir seluruh Penang tak dak ayaq.. Banyak jugak syarikat2 dan kilang2 yang tutop esok,HUHU..

Ahad, 26 Disember 2010

Senario Perkahwinan

Awal Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Jom..dari duduk rumah, bosan plak.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang ada hal lain kali yek.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang penat laaa.. Ayang ni tak dak kerja laen ka? Asyik nak perabehkan duet ja.."

----------------------------



Awal Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Awak tak boleh masak ke ?"

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Lebih baik kawin lain yang boleh masak untuk abang"

----------------------------



Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang mengandung.."
Suami : "Abang tak sabar nak lihat anak kita.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Abang tolong buat susu anak.."
Suami : "Abang mengantuk laa..ayang buat laaa.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Cuba awak tegur anak tu sikit.."
Suami : "Haiii..anak awak..awak ajelah yang tegur..."

----------------------------



Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Saya penat, awak ajelahh yang buat.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Awak tak boleh buat sendiri ka?.."

----------------------------



Awal Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Cakap jer apa yang ayang inginkan.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Setiap tahun saya berikan...tak cukup lagi ke ?"

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Tak payah le hadiah-hadiah ni, membazir duet jer..."

----------------------------



Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai buat rendang"
Suami : "Awak ni pemalas laaa.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai buat kek.."
Suami : "Itu tak pandai, ini tak pandai, useless la awak nii.."




HARRIS No.1

25/12/10 Bukan saja merupakan hari kemuncak untuk perayaan hari natal tetapi jugak merupakan hari kemuncaknya final untuk pertandingan Idola Kecil 3.. Aku memang follow la rancangan ni sebab best tengok bebudak ni nyanyi sebab bakat depa tu memang mengalahkan orang yang dewasa.. Sumpah orang dewasa pown tak boleyh nak lawan depa.. ;)


HARRIS - Juara Idola Kecil 3



PUTERI - Naib Juara Idola Kecil 3



BALQIS - Pemenang Tempat ke-3


Yeah! Harris juara Idola Kecil 3.. Memang selama ni aku dah agak dah yang Harris ni akan menang punya sebab kalaw nak banding dengan peserta2 yang laen, Harris ni ada banyak pengalaman nyanyian sebab dia selalu bwat show kat serata Penang nii.. Salah satunya kat HardRock Café, Penang.. Bukan calang2 taw artis yang boleh bwat persembahan kat sana.. So, kiranya Harris ni hebatla sebab dapat bwat persembahan kat sana walaupun sebelum tu dia tak popular lagi.. Selain tu, sebelum Harris ni join Idola Kecil 3, dia dah ada band sendiri taw.. HAHA..



Btw, Tahniah jugak kepada Puteri sebab berjaya merangkul tempat ke-2.. Selain Harris, aku sokong Puteri ni jugak sebaba rasa best jer bila dengar dia nyanyi.. Suara dia kalaw nyanyi, dengar macam suara rakaman walhal suara live.. Memang sempoila.. Klaw Puteri jadi juara pown, aku memang tak kesah sebab dia memang layak tapi apakan daya, nasib tak menyebelahi dia, HUHU.. Sekalung tahniah jugak kepada Balqis sebab berjaya menempatkan diri di tangga yang ke-3.. Suka tengok Balqis sebab dia
comey..



Sabtu, 25 Disember 2010

Time Kecik Kecik


Actually aku dah jadi mangsa encik Zidel Zhafiz untuk menjawab soalan2 yang agak cute nii.. Layaaaannnnnnnnn..


ketika berusia 5 bulan..

1. Apa perasaan jadi kanak-kanak?

Hurrmm, Perasaan aku sudah semestinyalah seronok sampai tak terkata. Tambahan plak aku ni anak sulong, so semestinyalah aku dilayan macam raja oleh mak bapak aku.. Gambaq aku saja toksah dok cakap la, banyak gila album gambaq aku daripada aku bogel sampailah berpakaian tutop seluruh badan.. Satu lagi, mak bapak aku slalu bawak aku jalan2 time tuu.. Syok sangat2.. HAHA..



2. Time kecik dulu, permainan apa korang selalu main?

Kalaw time aku stay di Bayan Lepas, aku banyak menghabiskan masa aku dengan maen power rangers lah, askar2lah and maen keta control yang ada tali tuu.. Tapi kalaw di Bukit Mertajam, aku suka main ngan jiran aku tuju kasut, lumba lari, toi, jengket2, nyorok2 and banyak lagilah.. Banyak sangatla..



3. Dulu time kecik-kecik apa cita-cita korang?

Kalaw tak salah aku, aku nak jadi cikgu sebab aku dok tengok cikgu2 kat tadika ngan skolah macam best jer pegang rotan and rotan murid2.. Aku pown teringin jugak nak rotan orang.. HEHE..



4. Apa barangan korang sayang time kecik-kecik dulu?

Yang paling aku sayang sekali ialah basikal aku yang dihadiahkan oleh maktok aku tapi dah hilang sebab ada orang curi, HUHU.. Satu lagi yang paling aku sayang time tu ialah kereta control aku yang dihadiahkan oleh kazen aku.. Beratus ratus jugakla harga kereta control tuu.. Thanks kazen, HEHE..



5. Waktu raya, paling tinggi korang dapat duit raya berapa?

Selalunya tak sampai seratus ringgit pun sebab depa kata, budak kecik2 tak boleh pegang duet banyak2 sebab tak reti nak guna lagi.. Kesian aku, hukhukhuk..



6. Kartun apa yang korang minat time kecik dulu.

Banyakla.. Antaranya ialah Doraemon (sampai skang minat lagi), Power Rangers, Ultraman, Ninja, Masket Rider, pokemon, digimon, Sailormoon (dengan kuasa bulan akan menghukum mu, HAHA..)



7. Perkara paling baik korang buat waktu kecik dulu?

Mama aku kata, time kecik2 dulu aku caring gila ngan adek aku yang no.2 tuu.. Kiranya aku ni boleyh diharapla untuk jaga adek aku even time tu aku baru jer umur 4 tahun macam tuu.. Baek tak aku? HAHA



8. Perkara paling jahat/nakal yang korang pernah buat time kecik dulu?

Entahla. Rasa macam takdak jer.. HAHA



9. Time kecik dulu korang suka nyanyi lagu apa?

Time kecik2 dulu tak suka nyanyi time besaq baru suka nyanyi.. Tapi time kecik2 dulu suka sangat dengar lagu2 alleycat.. TERIMA KASEEEHHH! Haha..



10. Korang rasa korang cute tak time kecik dulu?

HAHA, Kalaw aku kata aku cute, nanti hangpa termuntah plak.. Tapikan, mama aku kata, kalaw kat mana2 mak aku bawak aku, sure aku akan di usik2 oleh amoi2 mahupown nyonya2 sebab depa kata aku macam Chinese and satu hari tu kat Padang kota, mak aku kata ada sorang pelancong owang puteh ni mintak untuk dukong aku sebab dia kata aku comey.. So hangpa judge la sendiri aku comey ka x time kecik2 dulu naa, HEHE..



11. Kalau korang jadi kanak-kanak balik nak tak?

Mestila nak… Dunia kanak2 paling best skali.. Tak payah nak susah2 pikir masalah dunia.. Kalaw mati pown time tu, terus masuk syurga.. NAK JADI KANAK2 BALIK! Huhu..



12. Apa pesanan korang kat kanak-kanak zaman sekarang nih

Pesanan ek? Hargailah dunia kanak2 anda.. PEACE!


Jumaat, 24 Disember 2010

Ranking Straight A PMR

Okay, kalau semalam aku tunjok ranking negeri2 yang mendapat pengiktirafan halal untuk bahagian dapur hotel and resort.. Dan memandangkan semalam telah keluarnya result PMR, so pada hari ini aku akan tunjok plak ranking negeri2 yang mendapat peratus tertinggi sehinggalah yang tercorot untuk pelajar yang mendapat straight A dalam PMR 2010.. Juara carta kali ini pulak dimenangi oleh negeri Pulau Pinang.. Cayalah Penang! Sumpah aku bangga jadi rakyat Penang, HAHA.. Di tangga yang ke-2 plak dipegang oleh negeri Selangor.. Di tangga yang ke-3 dimiliki oleh Kuala Lumpur.. Manakala di tangga yang tercorot ialah negeri Sabah. Kepada semua student2 PMR yang telah mendapat result dengan cemerlang dan jayanya, TAHNIAH okay.. Dan kepada yang kurang bernaseb baek, sila berusaha untuk SPM pulak okay.. Good Luck! Nak taw result PMR aku yang dulu punya? Ayoooo, aku tak hebatla… Ada sikit A dan ada sikit B jer.. Tapi tak dak C,D ngan E taw, HAHA.. Okaylah, Jom kita usha ranking negeri2 mengikut peratus untuk pelajar yang mendapat straight A dalam PMR..



1. Penang --> (2103/22418 = 9.38%)
2. Selangor --> (6907/75711 = 9.12%)
3. Kuala Lumpur --> (1850/21612 = 8.56%)
4. Malacca --> (1137/14716 = 7.73%)
5. Negeri Sembilan --> (1482/19311 = 7.67%)
6. Perlis --> (333/4494 = 7.41%)
7. Terengganu --> (1746/23630 = 7.39%)
8. Perak --> (3017/41810 = 7.22%)
9. Johore --> (3575/53082 = 6.73%)
10. Pahang --> (1641/26330 = 6.23%)
11. Kedah --> (1981/35909 = 5.52%)
12. Kelantan --> (2023/36953 = 5.47%)
13. Sarawak --> (1877/39575 = 4.74%)
14. Sabah --> (734/38841 = 1.89%)


Sumber : Bernama





psssttt : Kepada bekas sekolah aku dulu iaitu SMK Mengkuang yang terletak di Bukit Mertajam, Penang, TAHNIAH sebab berjaya melahirkan 14 orang pelajar yang mendapat 8A dan 20 orang pelajar yang mendapat 7A.. Cikgu2 SMKM memang hebat.. Walaupun SMK Mengkuang hanyalah sekolah harian biasa yang terletak di pinggir bandar tapi tetap cemerlang.. Aiseyh, tetiba rindu plak zaman sekolah menengah aku dulu, HUHU..




Khamis, 23 Disember 2010

PERAK Juara Carta

Haa! Ni bukan carta Era or carta Hot.fm tapi ini carta bagi Hotel and Resort yang mendapat pengiktirafan HALAL oleh JAKIM mahupun Jabatan Agama Islam negeri masing2.. Juara carta untuk negeri yang paling banyak menerima pengiktirafan HALAL untuk bahagian dapur Hotel and Resort ini dimenangi oleh negeri Perak.. Di tangga kedua pulak dipangku oleh negeri kelahiran aku iaitu Pulau Pinang. Dan di tangga yang ke-3 plak ialah ibu kota negara kita, Kuala Lumpur. Negeri yang berada di akhir carta ialah negeri Sarawak dan Putrajaya. Agak mengejutkan apabila negeri Sarawak yang merupakan negeri terbesar di Malaysia ini hanya mempunyai sebuah jer hotel yang mendapat pengiktirafan HALAL iaitu The Paramount Hotel yang terletak di Sibu. Apa2 pown, Jom kita layan senarai ranking negeri2 yang mempunyai hotel and resort paling banyak pengiktirafan HALAL..

1. Perak (35)
2. Penang (31)
3. Kuala Lumpur (28)
4. Negeri Sembilan (27)
5. Pahang (26), Selangor (26)
6. Johore (25)
7. Kedah (22)
8. Malacca (20)
9. Sabah (16)
10. Kelantan (12), Terengganu (12)
11. Perlis (2), Labuan (2)
12. Sarawak (1), Putrajaya (1)




Sumber : Kementerian Pelancongan Malaysia dan JAKIM


psssttt : Kalaw maw tengok list nama hotel and resort yang mendapat pengiktirafan HALAL, Sila klik (SINI)..