Pages

Sabtu, 29 Disember 2012

Banjir di Kelantan

Banjir di negeri2 pantai timur seperti di Kelantan, Terengganu dan Pahang nampaknya meninggalkan impak yang besar kepada penduduk di sana.. Banyak bandar2 di negeri2 pantai timur tersebut lumpuh daripada aktiviti pentadbiran, perniagaan dan sebagainya. Salah seorang kenalan facebook aku iaitu Muhammad Rahimi iaitu salah seorang anak jati negeri Kelantan telah mengirimkan beberapa keping gambar banjir di Kelantan yang ditangkap oleh beliau sendiri untuk dikongsikan dengan pembaca2 di MySuaraBlog. Jom kita saksikan beberapa gambar banjir di sekitar negeri Kelantan. 

































Marilah kita sama2 berdoa agar mangsa2 banjir ini semua selamat dan dikurangkan kesengsaraan yang mereka rasa.. Amin!





Pssssssttttttt : Semalam kumpulan Sabon telah pun tersingkir daripada Maharaja Lawak Mega 2012.. Apa2 pun tahniah kepada kumpulan Sabon kerana telah buat sehabis baik sepanjang 7 minggu program tersebut berlangsung. Kepada orang Terengganu, jangan lupa saksikan MLM 2012 di tempat anda pada minggu hadapan.

Khamis, 27 Disember 2012

Allah Hanya Untuk Orang Islam



Isu penggunaan kalimah Allah dibangkitkan lagi.. Baru2 ini Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu Lim Guan Eng menggesa kerajaan supaya menarik larangan terhadap masyarakat Kristian di  Semenanjung Malaysia untuk menggunakan kalimah Allah di dalam bible versi bahasa Melayu. .  Apa motif Lim Guan Eng sebenarnya nak guna kalimah Allah dalam bible versi bahasa Melayu? Sedangkan negara yang mempunyai penduduk majoriti Kristian pun tak guna kalimah Allah.. Apakah ini satu langkah halus yang digunakan untuk memesongkan akidah umat Islam?



Walaubagaimanapun, Datuk Hassan Ahmad iaitu Mufti Pulau Pinang tetap bertegas tidak membenarkan kalimah Allah beserta 40 lagi perkataan untuk digunakan oleh masyarakat bukan Islam di Pulau Pinang. Menurut Datuk Hassan Ahmad, larangan ini turut dipersetujui oleh Lim Guan Eng sendiri ketika mula memerintah Pulau Pinang sebelum ini.. Persoalannya kenapa secara tiba2 pulak Lim Guan Eng tukar pendirian? Apakah beliau mempunyai agenda yang tersembunyi? 



Bagi pendapat aku, kalau masyarakat Kristian nak guna kalimah Allah, go ahead! Tetapi depa kena tukar pemahaman depa mengenai Allah.. Orang Islam percaya Allah itu satu, tunggal, tidak berkeluarga.. So, kalau masyarakat Kristian nak guna kalimah Allah, depa kena percaya konsep ini jugak and kena buang konsep Trinity yang menjadi kepercayaan depa iaitu Tuhan itu berkeluarga.. Tuhan ada isteri dan anak. Kalau depa boleh buang kepercayaan Trinity tu, baru boleh guna kalimah Allah..



Kalau depa tak tukar pemahaman konsep Trinity tu tapi menggunakan kalimah Allah, ia akan mengelirukan ramai orang.. Sebagai contohnya :

Rajoo : Ahmad, David, saya dengar nama tuhan kamu berdua mempunyai nama yang sama iaitu Allah.. Boleh tak kamu terangkan Allah itu macam mana?  Saya berminat nak tahu sebab kami tak ada tuhan yang bernama Allah.. Yang ada cumalah Vishnu, Brahma, Krishna da lain2 lagi.


Ahmad : Boleh je.. Allah itu satu.. Tunggal.. Tiada keluarga.. Esa.. Tidak punyai nafsu..


David : Eh, salah tu.. Allah itu ada keluarga.. Ada isteri dan ada anak..


Rajoo : Eh, sekarang saya sudah keliru.. Yang mana satu sifat Allah ni?


Ahmad & David : #$@%&)/;*=



See! Bukan setakat Rajoo yag akan keliru bahkan ramai penganut agama Islam dan Kristian sendiri akan keliru dan tidak dapat mempertahankan konsep ketuhanan yag dipegang jika kalimah Allah digunakan oleh masyarakat Kristian. Bagaimanapun, tahniah diucapkan kepada PAS kerana turut membidas tuntutan DAP itu..




Pssssssttttttttt :Dengar2, sebuah panggug wayang 5D yang pertama di Penang telah dibuka di 1st Avenue, Penang.. Jom kita pi tengok.. :)

Isnin, 24 Disember 2012

Loghat Orang Utagha



Akhir bulan 12 ni, mesti ramai yang merancang untuk bercuti bersama keluarga untuk habiskan sisa2 cuti tahunan dan mungkin jugak menghabiskan baki cuti sekolah yang tinggal beberapa hari saja lagi atau mungkin jugak bercuti sempena cuti Krismas atau mungkin jugak cuti tahun baru atau mungkin jugak nak berbulan madu (almaklumlah banyak sungguh kenduri kawen time cuti sekolah ni). Bila cakap pasai destinasi percutian ni, semestinya negeri2 di Utara Malaysia menjadi tarikan utama untuk bercuti.. 



Kalau di Utara Perak, kita ada Zoo Taiping, Muzium Taiping dan sebagainya.. 
Kalau di Penang, sekarang tengah giat aktiviti Pesta Penang sepanjang bulan 12 di Tapak Pesta Sungai Nibong dan jugak Penang tersenarai oleh Yahoo sebagai 10 pulau yang wajib dilawati di dunia dan Penang jugak disenaraikan oleh UNESCO sebagai bandar warisan dunia.. Penang jugak merupakan syurga makanan dan syurga beli belah dan ada banyak tempat2 menarik yang boleh dilawati.. (Opsss! terPromote lebih pulak Penang) 
Kalau di Kedah, kita ada Pulau Langkawi.. Pulau yang setanding dengan Bali dan Phuket.. 
Kalau di Perlis, kita ada Padang Besar.. Kawasan beli belah yang terkenal.. 



Jadi bagi anda yang nak bercuti di negeri2 utara ni, sepatutnyalah anda kena tahula serba sikit loghat utagha ni supaya nanti tak ada misscommunication. Okay, sempena hari ini bertarikh 24 Disember, so aku akan ajar 24 perkataan dalam loghat utara.. Jom! 



1. Belemoih = Comot 

2. Awat = Kenapa 

3. Penyegan = Pemalas 

4. Pancoq = Bilik Air 

5. Ligan = Kejar 

6. Ceroi = Air cair tak pekat 

7. Qenyih = Senyum 

8. Cemuih = Bosan / Jemu 

9. Sekupang = Sepuluh Sen 

10. Ketegaq = Degil 

11. Melilau/Melewaq = Merayau 

12. Pengkaq = Tempang 

13. Butuh/Pelaq = Kemaluan Lelaki 

14. Burit/Poen = Kemaluan Perempuan 

15. Hang = Awak 

16. Depa = Mereka 

17. Hampa = Kamu Semua 

18. Ceq = Saya 

19. Qhabat = Panjat 

20. Anak Menakan = Anak Saudara 

21. Mengacom = Mengadu 

22. Marka = Kekasih 

23. Tak Dan = Tak Sempat 

24. Mangkaq = Bodoh 



Yeay! Hampa dah pandai dah cakap loghat Utagha.. So, jom kita melancong ke negeri2 Utagha.. Jom! ;) 





Pssssttttttttt : Semalam aku ada melawat adik kawan aku kat Hospital Seberang Jaya.. Nama adik dia Ikhwan.. Teruk jugak dia eksiden.. Kaki patah, putus urat, sendi tekeluaq, calaq toksah dok cakapla.. Apa2 pun jom kita doakan supaya dia cepat2 sembuh dan dikurangkan kesakitan dan ditambahkan kebahagiaan.. Amin!

Sabtu, 22 Disember 2012

Dia Masih Dara?



Pada zaman sekarang ni, nak mencari seorang gadis yang betul2 dara memang payah.. Mencari gadis yang masih dara pada zaman sekarang umpama bagai mencari public phone yang masih elok. Ramai anak dara yang dah tiada daranya lagi.. Yang ada hanyalah title “anak dara” saja. Btw, ada mitos cara untuk mengesan seseorang gadis itu masih dara ataupun tidak.. Walaubagaimanapun, ini hanyalah sekadar mitos saja.. Terpulang pada diri kita nak percaya ataupun tidak.. Mitos untuk mengesan dara seseorang gadis tersebut boleh dikesan terhadap organ badan gadis tersebut. 



Yang pertama ialah melalui BIBIR. Gadis yang sudah tiada dara dipercayai mempunyai bibir yang lebih menarik, gebu dan cantik. Ada kajian yang menyatakan bahawa bibir gadis yang pernah dicium lebih menarik, gebu dan cantik. Kajian tersebut percaya bahawa apabila bibir bertemu bibir, maka pergerakan darah akan mengalir ke bibir dan membentuk bibir yang segar. So, lebih kerap dicium, maka lebih cantikla bibir tersebut. 



Yang kedua ialah melalui BUAH DADA. Gadis yang sudah tiada dara lagi didapati buah dada depa tak tegang macam gadis yang masih mempunyai dara. Lebih kerap ia disentuh, maka ia akan lebih kendur. 



Yang ketiga ialah melalui TELINGA. Gadis yang masih mempunyai dara, kebiasaannya telinga depa akan kelihatan warna kemerah merahan dan cantik tapi bagi gadis yang sudah tidak mempunyai dara lagi, telinga depa akan kelihatan leper dan tak berapa nak menawan lagi. 



Yang keempat ialah melalui LEHER. Gadis yang sudah tidak mempunyai dara dapat dikesan melalui leher apabila lehernya kelihatan berkedut-kedut. Garis kedut yang kelihatan bukan seperti garis kedutan akibat penuaan, tetapi garisnya kecil2, pendek dan putus2. 



Yang kelima ialah melalui BENTUK PUNGGUNG. Gadis yang sudah tidak memiliki dara, punggung depa akan kelihatan seperti terjatuh ke bawah kerana sel2 punggungnya mengembang oleh ransangan nafsu ketika melakukan hubungan. Apabila depa bergerak, ia akan kelihatan seperti bergoyang-goyang. 



Yang keenam ialah melalui TUMIT. Orang2 tua percaya bahawa tumit kaki boleh menentukan samada gadis tersebut masih dara ataupun tidak. Kaedahnya ialah picit di hujung tumit. Kalau selepas picit darah kembali ke posisi asal dengan cepat, ini bermakna gadis tersebut masih dara dan jika lambat, sendiri mau ingatla kan.. 



Apa2 pun, semua ini hanyalah mitos sahaja.. Jangan letakkan kepercayaan 100% kepada semua kaedah ini untuk tentukan dara seseorang.. Kepada gadis2 di luar sana tu, jaga dan peliharalah dara anda sebaik mungkin dan berikanlah dara anda kepada yang SAH sahaja.. Kepada jejaka2 pulak, janganla cuba merosakkan dara orang kalau takmau orang buat perkara yang sama kat keluarga anda.. :) 







Psssttttttt : Selamat bercuti pertengahan semester kepada student2 diploma UiTM dan Politeknik dan selamat berStudy week kepada student2 ijazah IPTA mahupun IPTS..

Khamis, 20 Disember 2012

The Hobbit di Amanjaya Mall




Dah tengok filem The Hobbit : An Unexpected Journey? Memandangkan polis telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada lagi pergaduhan antara kaum di Sungai Petani, Kedah, so semalam  aku dengan sorang lagi housemate aku pun decidela nak  pi tengok midnight show filem The Hobbit 3D kat Amanjaya Mall, Sungai Petani sebab nak release tension daripada beban assignment, test, research semua tu..



Kami bertolak dalam pukoi 11.30 malam sebab show time pukoi 11.45 malam.. Dalam perjalanan tu, ada roadblock polis.. Polis tak check apa pon cuma dia tanya kami dari mana, nak ke mana and atas tujuan apa.. Time tu aku dah mula risau kalau2 pergaduhan kaum tu still wujud. Apa pun, kami still meneruskan perjalanan.. Masa beli tiket wayang and time nak ambil spek mata 3D tu, sorang abang pekerja panggung wayang tu tanya kami, eh ampa mai berdua je ke tengok wayang? Aku pun jawab yela, awat?



Then terus abang tu bagi nasihat suruh berhati hati sebab kejadian kelar mengelar antara pelampau hindu dengan melayu still terjadi.. Dia kata tadi (semalam) pun still ada kes kelar mengelar.. Hindu kelar melayu, melayu kelar hindu..  Then aku persoalkan la balik apa yang abang tu cakap.. Aku tanyala, bukan ka polis kata depa dah berdamai.. Abang tu pun balas balik.. Abang tu cakap, itu polis je cakap sebab takmau rakyat panik memandangkan isu pasai situasi ni dah tersebar meluas ke seluruh negara.. Ni kan isu sensitif, so polis takutla ia akan menggugat ketenteraman negara.. Sebab tu polis cakap semua dah okay walhal hakikatnya ia still berlaku.. Apa2 pun kita doakan semoga segala pergelutan kaum ni cepat2la berhenti.. Amin!



Okay, berbicara mengenai filem The Hobbit pulak, bagi aku filem ni takla best sangat seperti ramai orang cakap.. Mungkin sebab aku tak tonton filem “The Lord Of The Ring” kot sebelum ni sebab tu aku tak dapat nak feel dengan filem The Hobbit ni.. Paling aku tak suka dengan filem The Hobbit ni ialah part ending dia.. Memang tak best langsung.. Ending macam tergantung pun ada and yang penting ending dia langsung tak meninggalkan impak kepada penonton.. So aku bagi 3.5 bintang  jelah..



Pssstttttttt  : Kepada adik2 yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR, TAHNIAH!

Jumaat, 14 Disember 2012

Tarikh Cantik





Tahun 2012 ni, banyak betul tarikh2 yang cantik khususnya pada Bulan Disember tahun 2012 ni.. Macam 1.2.12, 12.12.12, 20.12.2012, dan hari ni pun mencatatkan tarikh dalam tahun Islam yang cantik iaitu 1 Safar 1434h atau 1.2.34.. Bila sampai je tarikh2 yang cantik ni, ramai yang update status kat facebook mahupun twitter demi menunjukkan keterujaan depa dengan tarikh tersebut.. Program rancangan Tv mahupun radio jugak tak ketinggalan menjadikan tarikh2 cantik ni sebagai segmen dalam rancangan depa.. Si teruna dan si dara jugak ramai yang mengikat tali perkahwinan depa pada tarikh2 yang cantik ni..





Walaubagaimanapun, ramai jugak yang mempertikaikan sesetengah pihak sebab terlalu mengagung agungkan tarikh yang kononnya cantik ni. For them, tarikh is tarikh, takdak yang istimewa pun. Walaupun tarikh 12.12.12, kita tetap menjalani hari tersebut seperti hari2 yang lain jugak. By the way, itu pendapat masing2 la kan.. Ada yang suka dan ada jugak yang disebaliknya..





Bagi pendapat aku, kalau nak kahwin or bertunang or buat something yang istimewa pada tarikh2 yang cantik ni, memang digalakkan.. Almaklumlah, kita ni manusia biasa je.. Tak lari daripada sifat pelupa.. So, bila kita dapat lakukan something yang special pada tarikh2 yang cantik ni, confirm kita payah nak lupa sebab tarikh2 ni senang diingat dan begitu signifikan kepada orang yang meraikannya. Sebagai contohnya, lesen memandu kita pun, sengaja kerajaan Malaysia letakkan tarikh birthday kita sebagai tarikh untuk renew lesen.. Tarikh birthday kita kan begitu signifikan kepada kita, so probability untuk kita lupa tu adalah kecil.. Jadi semua orang akan ingat bila tarikh depa  kena renew lesen memandu depa..





Last sekali, ia adalah hak masing2 samada nak meraikan tarikh2 yang cantik itu ataupun tidak.. Tak guna kalau kita meraikan tarikh tersebut dengan pom pang sana sini tapi kita tak lakukan something yang special pada tarikh tersebut yang boleh dikenang sepanjang hayat.. Memang sifat manusia yang sukakan kepada kecantikan.. Sedangkan no plat kenderaan pun dibida ratusan ribu ringgit. Apa2 pun, Selamat Meraikan 1.2.34.. ;)





Psssstttttt : Rasanya belum terlambat nak ucapkan Selamat Menikah kepada kazen tersayang iaitu Farah Zawani Zainor Abidin pada 12.12.12..

30/12/12 ni aku kena jadi pengapit.. Habislaaaa.. HAHA

Khamis, 13 Disember 2012

F&F Fabric Empire



Tan sri2, Puan Sri2, Datuk2, Datin2, Nenek2, Makcik2, Pakcik2, Abang2, Kakak2, dan Adik2 yang comey, kacak, dan cantik semuanya..

Lai, Lai, Lai...
 



Memperkenalkan sebuah perniagaan butik online F&F FABRIC  EMPIRE yang diusahakan oleh Encek Firdaus iaitu graduan kelas pertama dari UiTM.





Ø  Menjual pelbagai jenis kain ela seperti Chiffon, Satin, Washable Creep, Cotton, Songket, Jaquard Silk dan lain-lain..


Ø  Kesemua kain ela adalah original dari Bandung. Kain ela berkualiti pada harga yang berpatutan dan lebih murah dari harga pasaran.


Ø  Kain ela dijual dari harga RM45 (Termasuk kos penghantaran)


Ø  Segala urusan adalah atas talian (online). Penghantaran kain yang telah ditempah akan dilakukan apabila menerima pembayaran secara online. Urusan penghantaran adalah dalam tempoh 3 hari berkerja melaui Pos Laju.


Ø  Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari Fanpage mereka di facebook – F&F Fabric Empire

Atau boleh hubungi di talian 0134130304 / 017-4617951..






Berikut adalah contoh-contoh kain ela yang mendapat sambutan hangat dari pelanggan










Berminat? Apa tunggu lagi.. Orderlaaaa.. Sementara stok masih ada.. :) Btw, ini bukan blog rasmi butik F&F Fabric Empire.. Entry ini hanyalah untuk tujuan promosi.. Nak order atau ada sebarang pertanyaan, bolehla hubungi talian yang dinyatakan di atas.. Terima Kasih!


psssssssttttt : sedih dengan kekalahan harimau malaya di atas tangan gajah putih.. huhu 

Sabtu, 1 Disember 2012

Lawak Dulu Dan Lawak Sekarang



Bila cakap bab lawak ni, perasan tak yang lawak ni sebenarnya kena selalu up to date.. Kalau dah out of date, kita buat lawak macam mana pun, orang tak akan gelak.. Pendek kata, lawak ni kena ikut peredaran zaman.. Lawak hari ni dah tak sama macam lawak dulu2.. Lawak sekarang kena ada research.. Kena kaji dulu tentang cerita yang nak kita bawak and cerita tu mestilah orang lain pon tau.. Kalau kita sorang je tau cerita tu, nanti lawak kita akan jadi lawak SS, Lawak Syok Sendiri.. Kita buat lawak, kita jugak yang gelak..



Cewah! Dah macam pengkritik Maharaja Lawak Mega 2012 dah aku ni, HAHA..  Tapi betoi apa, cuba tengok pelawak2 otai macam kumpulan DaDiDu dengan PMai.. Walaupun masa dulu2, depa memang terkenal dengan aksi lawak depa tapi bila tengok MLM 2012, lawak depa macam dah tak menjadi.. Dah basi and no more sense of humor dalam persembahan.. Kalau ada pun, sikit sangat.. Maybe depa still nak mengekalkan lawak depa macam masa dulu2 tapi hakikatnya orang lani dah tak layan lawak macam tu.. Orang sekarang layan lawak gila2 macam Jozan.. Lawak spontan tanpa diduga macam Jambu or mungkin lawak double meaning macam Balas.. Oppss! HAHA



Nak bagi orang takut, senang je.. Nak bagi orang marah, senang je.. Nak bagi orang menangis pon senang je.. Tapi nak bagi orang gelak tu yang payah tu.. Kepada yang berjaya buat lawak yang boleh buat orang gelak sampai tak kering gusi, orang tu memang hebat.. Apa2 pun, selamat berketawa.. Ketawa mampu mengurangkan risiko sakit jantung.. Tapi awas! Jangan gelak sangat sebab orang tua2 cakap, kalau terlampau gelak, nanti akan menangis.. Yeke? Entahlah.. Hi Disember, Bye November.. :)




Psssttttt : Good Luck kepada Harimau Malaya yang bakal menentang Garuda pada malam ni.. Ayuh! Tonjolkan taring and baham garuda sepuas-puasnya.. Jangan hanya mengaum je kuat tapi hampeh.. Malam ni jadi Harimau jangan jadi Harimeow.. Malaysia Boleh!

Sabtu, 24 November 2012

Malaysia Dan Angka Untuk 2012




Bila bercakap pasai angka ni, Malaysia ternyata sebuah negara yang hebat apabila tersenarai sebagai top di beberapa kategori sama ada yang positif mahupun negatif. Tetapi apa yang aku nak pamerkan di sini adalah kategori2 yang positif je.. Tahniah Malaysia!



Malaysia negara ke-8 paling bahagia di dunia

Malaysia terus mendapat pengiktirafan antarabangsa selepas diumumkan menjadi negara kelapan paling bahagia daripada 100 buah negara melalui Indeks Kebahagiaan yang dikeluarkan baru-baru ini. Sebagai perbandingan, Amerika Syarikat di tempat ke-23, Kanada (24), Jepun (34) dan Korea Selatan ke-38



Malaysia negara ke-12 paling berdaya saing di dunia

Laporan Perniagaan 2013 keluaran Bank Dunia hari ini meletakkan Malaysia di tempat ke-12 berbanding tempat ke-18 pada tahun 2011 dan kedudukan ke-23 pada tahun 2010.



Malaysia negara ke-4 paling workaholic di dunia

Menurut Expedia's  2012 Vacation Deprivation Survey, Malaysia mempunyai tenaga kerja ke-4 di dunia yang paling workaholic, selepas India, Brazil dan Itali, dengan pekerja yang tidak boleh kelihatan untuk "melepaskan" kerja mereka semasa bercuti. Dijalankan terhadap 8.000 orang dewasa yang bekerja dari 22 negara di seluruh dunia, kaji selidik itu juga mendedahkan bahawa rakyat Malaysia membelanjakan kira-kira 40 jam seminggu di tempat kerja tetapi hanya menerima purata 14 hari cuti tahunan, antara yang terendah di dunia.



Malaysia paling aman di Asia Tenggara dan ke-19 paling selamat di dunia

Kajian Global Peace Index (GPI) mendapati Malaysia adalah negara ke-19 paling selamat daripada 153 negara di seluruh dunia. Malaysia juga diletakkan sebagai negara paling aman di Asia Tenggara dan keempat di Asia Pasifik selepas New Zealand, Jepun dan Australia.




Kuala Lumpur ke-2 syurga beli belah di Asia Pasifik

Menurut Indeks Pembeli Sedunia baru-baru ini, Kuala Lumpur terpilih sebagai bandar kedua terbaik di Asia Pasifik untuk aktiviti membeli-belah. The Star melaporkan bahawa penilaian dibuat terhadap 25 buah bandar di kawasan Asia di mana pelbagai aspek diambil kira seperti kedai, budaya dan iklim, hotel dan pengangkutan, kemampuan harga dan keselesaan. Dari sebanyak 25 bandar yang dinilai, Kuala Lumpur telah berjaya menduduki tangga kedua dengan mendapat sebanyak 65 mata dari 100 mata di belakang Hong Kong.



4 pusat membeli belah di Malaysia tersenarai di antara 15 pusat membeli belah terbesar di dunia

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Yahoo, Malaysia mempunya 4 buah pusat membeli belah terbesar di dunia di antara 15 pusat membeli belah terbesar. Pusat membeli belah tersebut ialah 1 Utama, Petaling Jaya (4), Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur (7), Sunway Piramid, Subang Jaya (9), dan Berjaya Times Square, Kuala Lumpur (15).



Pssssstttttt : Mari kita sama2 doakan kesejahteraan dan keselamatan untuk Palestin.. Prayforgaza jangan sekadar Propaganza je.. :)