Pages

Sabtu, 24 November 2012

Malaysia Dan Angka Untuk 2012




Bila bercakap pasai angka ni, Malaysia ternyata sebuah negara yang hebat apabila tersenarai sebagai top di beberapa kategori sama ada yang positif mahupun negatif. Tetapi apa yang aku nak pamerkan di sini adalah kategori2 yang positif je.. Tahniah Malaysia!



Malaysia negara ke-8 paling bahagia di dunia

Malaysia terus mendapat pengiktirafan antarabangsa selepas diumumkan menjadi negara kelapan paling bahagia daripada 100 buah negara melalui Indeks Kebahagiaan yang dikeluarkan baru-baru ini. Sebagai perbandingan, Amerika Syarikat di tempat ke-23, Kanada (24), Jepun (34) dan Korea Selatan ke-38



Malaysia negara ke-12 paling berdaya saing di dunia

Laporan Perniagaan 2013 keluaran Bank Dunia hari ini meletakkan Malaysia di tempat ke-12 berbanding tempat ke-18 pada tahun 2011 dan kedudukan ke-23 pada tahun 2010.



Malaysia negara ke-4 paling workaholic di dunia

Menurut Expedia's  2012 Vacation Deprivation Survey, Malaysia mempunyai tenaga kerja ke-4 di dunia yang paling workaholic, selepas India, Brazil dan Itali, dengan pekerja yang tidak boleh kelihatan untuk "melepaskan" kerja mereka semasa bercuti. Dijalankan terhadap 8.000 orang dewasa yang bekerja dari 22 negara di seluruh dunia, kaji selidik itu juga mendedahkan bahawa rakyat Malaysia membelanjakan kira-kira 40 jam seminggu di tempat kerja tetapi hanya menerima purata 14 hari cuti tahunan, antara yang terendah di dunia.



Malaysia paling aman di Asia Tenggara dan ke-19 paling selamat di dunia

Kajian Global Peace Index (GPI) mendapati Malaysia adalah negara ke-19 paling selamat daripada 153 negara di seluruh dunia. Malaysia juga diletakkan sebagai negara paling aman di Asia Tenggara dan keempat di Asia Pasifik selepas New Zealand, Jepun dan Australia.




Kuala Lumpur ke-2 syurga beli belah di Asia Pasifik

Menurut Indeks Pembeli Sedunia baru-baru ini, Kuala Lumpur terpilih sebagai bandar kedua terbaik di Asia Pasifik untuk aktiviti membeli-belah. The Star melaporkan bahawa penilaian dibuat terhadap 25 buah bandar di kawasan Asia di mana pelbagai aspek diambil kira seperti kedai, budaya dan iklim, hotel dan pengangkutan, kemampuan harga dan keselesaan. Dari sebanyak 25 bandar yang dinilai, Kuala Lumpur telah berjaya menduduki tangga kedua dengan mendapat sebanyak 65 mata dari 100 mata di belakang Hong Kong.



4 pusat membeli belah di Malaysia tersenarai di antara 15 pusat membeli belah terbesar di dunia

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Yahoo, Malaysia mempunya 4 buah pusat membeli belah terbesar di dunia di antara 15 pusat membeli belah terbesar. Pusat membeli belah tersebut ialah 1 Utama, Petaling Jaya (4), Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur (7), Sunway Piramid, Subang Jaya (9), dan Berjaya Times Square, Kuala Lumpur (15).



Pssssstttttt : Mari kita sama2 doakan kesejahteraan dan keselamatan untuk Palestin.. Prayforgaza jangan sekadar Propaganza je.. :)

13 ulasan:

PemilikCahaya berkata...

alhamdulillah..semoga Palestin juga mampu menjadi sebuah negara terbahagia didunia..sedih sangat bila terkenang mereka walhal kita kat sini senang lenang..semoga kita tidak lalai dengan nikmat ini..

Coway by Hafiz berkata...

Love Malaysia. :)

Dhiya Fariza berkata...

i didnt know most of the facts stated here. wow malaysia wow :) yup lets pray for gaza endlessly.

Unknown berkata...

erkk... knp x include no 1 di dunia harga kete paling mahal di dunia... ekekeke

Nilam suhana berkata...

oooo... berbanggalah jadi rakyat Malaysia...:)

Salwa berkata...

Saya rakyat Malaysia. :D

::FAIZ:: berkata...

i like pg sunway piramid

efa berkata...

saya rakyat malaysia..pray for gaza

iKhRam berkata...

hebatkan malaysia.. !!

kalau pada mata saya..
Malaysia adalah no 1 dari segala2nya..

Dkna Abza berkata...

i love malaysia :)

Pemikir berkata...

satu perkogsian fakta yang menarik. saya sayang malaysia.

Aien Not Alien berkata...

Malaysia negara ke-4 paling workaholic di dunia...ya setuju kerja kerja kerja...HAHA. letih otak dengan kerja ni lain.

apa2 pun...SAYANG MALAYSIA baik buruk pun tetap SAYANG.

LURZAN TAZA LIMAJ berkata...


aku cuma nak malaysia ni aman ja takdak gaduh2 ka apa ka, merusuh ka perhimpunan bagai tu buang masa ja kot...