Pages

Jumaat, 30 September 2011

Doodle From Cik Ninie

Hari ni macam takdak idea nak update blog tapi rasa nak update jugak. Jadi di kesempatan ini, aku nak ucapkan bebilion bilion terima kasih kat cik Ninie sebab dah buat satu doodle and hadiahkan doodle tu kat aku, Thanks ye! sheharu niiiiyyyyhhhhh... first time dapat doodle.. ;)



Comey tak doodle yang Cik Ninie ni hadiahkan kat aku? ;)



Rabu, 28 September 2011

Gempar Kolej Jati UiTM Shah Alam Terbakar!

Aiseyh, terkejut seyh, tadi aku bangun tidur dalam pukul 7.30am camtu, then bukakla laptop and online facebook, then tetiba aku ada ternampak ada orang post video kebakaran kat Kolej Jati UiTM Shah Alam yang baru jer berlaku hari ni dalam pukul 2am tadi.. Kolej Jati ni dihuni oleh pelajar2 lelaki UiTM Shah Alam. Punca kebakaran tu tak dapatla pulak nak dipastikan. Apa2 pun, jom tengok video kebakaran kat Kolej Jati ni yang baru jer berlaku dalam pukul 2 pagi tadi..






Sabtu, 24 September 2011

Book Fair dalam Kapal Mewah

Bertarikh 23/9/2011, aku adala pergi book fair kat dalam Kapal Mewah Logos Hope yang parking tepi Kapal Star Cruise Libra dekat pelabuhan Swettenhem Pier, Penang, sebab kawan aku iaitu Nasrul yang bersemangat sangat dok ajak aku pi sana. Aku pun ikut je la.. Bila lagi la kan nak masuk dalam kapal mewah tu, HAHA.. Masa sampai kat pelabuhan Swettenhem tu, kena daftar tulis nama and nombor kad pengenalan dulu. Time tu ada seorang polis ni berpesan kat kami yang kalau boleh, jangan belila buku kat dalam book fair tu sebab setiap wang pembelian akan dimasukkan ke dalam tabung dana membantu agama kristian.



Then bila nak masuk dalam kapal tu, kami disambut oleh dua orang perempuan eropah.. Btw, kalau nak masuk dalam kapal Logos Hope tu, kena bayar RM1.. Bila masuk dalam kapal tu, memang terasa macam kat negara asing pulak sebab pekerja2 dalam kapal tu terdiri daripada pelbagai bangsa daripada seluruh dunia.. Tapi majoritinya bangsa eropahla.. Yang bestnye, depa suma layan kita dengan mesra and peramah.. Jenuh tergeliat jugakla lidah aku nak speaking dengan depa semua, HAHA..



Mula2 tu, aku ingat nak belek2 jer buku2 dalam kapal mewah tu sebab aku rasa mesti aku tak mampu punya nak beli buku2 tu semua sebab aku bajet dalam kapal tu semua buku2 yang dijual mahal tapi aku betoi2 tersilap sebab harga buku2 yang depa juai, memang betul2 murah gila. Rugi woo kalau tak beli.. So, apa lagi, alang2 kapal tu singgah kat Penang, aku pun belila buku2 yang aku bekenan walaupun setiap buku yang dibeli akan disumbangkan RM1 ke dalam tabung dana agama kristian. Nak buat camna, dah murah kan? Terpaksalaaa, HEHE..




Ni aku kat depan kapal mewah Logos Hope.. ;)



bergambaq dengan kapal mewah Logos Hope lagi, HEHE..



Time ni kat dalam kapal mewah Logos Hope..




Buku ni kat pasaran dijual dengan harga RM120 tapi kat dalam kapal ni, aku beli dengan harga RM48 jer.. ;)




Novel ni pulak kalau kat pasaran dijual dengan harga RM39 tapi kawan aku beli dengan harga RM8 jer..




Novel ni pun kat pasaran dijual dengan harga RM39 tapi aku beli dengan harga RM4 jer..




Kamus ni pulak aku dapat percuma sebab belian aku melebihi RM50.. So, dapatla kamus percuma.. ;)



Jumaat, 23 September 2011

Cinta Jarak Dekat ke Cinta Jarak Jauh?



Secara terus terang, aku nak buat pengumuman jujur kat sini yang seumur hidup aku, memang aku takdak langsung pengalaman bercinta. So bila cakap soal cinta jarak jauh atau cinta jarak dekat, aku just boleh bagi pendapat aku berdasarkan pemerhatian aku jer. Kalau nak bagi pendapat berdasarkan pengalaman tu memang takla kan sebab nak cedok mana entah pengalaman cintan cintun semua tu, HAHA.. So, siapa yang nak jadi first love aku? Ahaks! ;)



Okay berdasarkan pemerhatian aku, cinta jarak jauh ataupun cinta jarak dekat ni masing2 ada kebaikan dan keburukan. Kalau cinta jarak dekat ni, bagi aku kebaikannya ialah, payahla nak curang sebab asyik dok berjumpa je dan bolehla keluar pi mana2 sekali. Pendek kata, ada temanlah kalau pi mana2 pun.. Keburukkan dia pulak, kalau dah cinta jarak dekat namanya, confirmla agak jemu jugak kan hari2 pandang muka yang sama jer.. Mula2 tu okay la tapi kalau dah bertahun tahun, jemula jugakkan, HAHA.. Satu lagi keburukkan dia, cinta jarak dekat ni boleh menggalakkan maksiat. Yela, dah selalu jumpa, so tipula kalau takdak pegang2 tangan kan? Itu baru bab pegang2 tangan, pegang2 benda lain tak kira lagi. ;)



Untuk cinta jarak jauh pulak, kebaikannya mestila dapat elak daripada buat maksiat and pada masa yang sama dapat mendalamkan lagi perasaan cinta tu. Almaklumlah lumrah manusia bila ada depan mata, nak pandang pun tak, tapi bila dah jauh ataupun takdak depan mata, barula nak rindula, nak sayangla, HAHA.. Keburukkannya pun ada jugak iaitu walaupun ada kekasih tapi tetap rasa macam still single jugak sebab pi mana2 pun takdak si “dia” untuk nak tolong temankan. And satu lagi, probability untuk curang tu agak tinggi la jugak kann.Kesunyianla katakann.. Itula pandangan aku tentang cinta jarak jauh dan cinta jarak dekat ni.. Untuk ampa, mana satu yang ampa rasa pilihan ampa ataupun yang mana satu yang paling best? Cinta Jarak Jauh ke Cinta Jarak Dekat?Ahaks! ;)



Khamis, 22 September 2011

Tips Jadi Bapak

Untung budak ni.. Baru umur 13, tapi dah pun jadi bapak.. ;)



First of all, aku nak remind kat ampa semua yang aku nak bagi tips untuk jadi bapak, bukan bapuk ye, HEHE.. Erm, Sometime ada jugak kes2 pasangan yang dah lama kahwin tapi still tak dapat anak. Kalau kes ni timbul, mesti ramai yang menuding jari kat kaum wanita kononnya kaum wanitalah punca perkahwinan tersebut masih tak dikurniakan cahaya mata. Ada yang kata wanita itu mandullah, wanita ini tak suburlah, and macam2 lagi lah. Macam tak adil pun ada jugak kat kaum wanita ni. Ek eh, aku bukan nak menyebelahi kaum perempuan sebab aku ni lelaki. Tak kuasa aku nak sebelahkan kaum perempuan, I jantan nyah! HAHA



Cuma apa yang aku nak tekankan kat sini, maybe ramai tak sedar kaum lelaki jugak boleh jadi punca kalau perkahwinan tu tak dikurniakan anak. Maybe si lelaki tu yang tak subur kaann. Okaylah, aku rasa tak perlu kot aku nak terangkan kenapa lelaki tu tak subur and bla bla bla. Sebenarnya, ada satu tips mudah kalau ampa segera nak jadi bapak kepada lelaki yang kurang subur ni dalam tempoh yang singkat. Actually, tips ni aku jumpa kat Kosmo Online.



Tips dia, berjemurlah pada setiap pagi dan kalau boleh jadikan ia sebagai rutin harian. Sinaran matahari yang kaya dengan vitamin D sebenarnya bagus untuk meningkatkan kualiti kesuburan kaum lelaki. Satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan pakar di Universiti Copenhagen, Denmark, yang melibatkan 340 lelaki mendapati bahawa vitamin D iaitu mikronutrien yang dihasilkan tubuh ketika berjemur waktu pagi dapat meningkatkan kualiti sperma. Ini kerana sel sperma yang mempunyai kadar vitamin D yang mencukupi akan lebih aktif berenang menuju sel telur. Selain mampu bergerak lebih pantas, sel sperma tersebut juga didapati mempunyai kadar penetrasi yang lebih tinggi. So, tunggu apa lagi? Jom kita berjemur! HAHA



Rabu, 21 September 2011

Syabas PAS!




Hari ni kita cakap pasai isu politik boleh? Sebenarnya aku nak cakap pasai salah seorang adun DAP iaitu M. Manoharan. Kalau ampa nak tau, M.Manoharan ni ada mengeluarkan statement baru2 ni bahawa jika depa berjaya menguasai Malaysia atau dalam bahasa mudahnya Pakatan Rakyat menang pilihanraya yang akan datang ni, so secara automatiknya bendera Malaysia akan ditukar kepada design yang baru. Kononnya bendera Malaysia sekarang ni dilihat seperti lebih kepada Barisan Nasional. What the f**k?



Di saat M.Manoharan ni keluarkan statement macam ni, aku betul2 tabik spring kat PAS sebab PAS secara lantangnya membantah hasrat dan cadangan pemimpin DAP tu sekeras-kerasnya. Aku memang kagum dengan sikap PAS yang tidak lagi bersikap seperti lembu dicucuk hidung dan berprinsip bahawa apa pun yang akan terjadi, PAS akan terus mempertahankan jalur gemilang sebagai bendera Malaysia. Naib Presiden PAS iaitu Salahuddin Ayub turut mempersoalkan kenyataan pemimpin DAP tersebut dan beliau berkata tiada sebab untuk Pakatan Rakyat menukar Jalur Gemilang dan meminta pemimpin tersebut supaya lebih berhemah mengeluarkan kenyataan yang boleh mengundang kontroversi.



Bagi pendapat peribadi aku, tindakan PAS yang membantah tindakan pemimpin DAP tersebut adalah satu tindakan yang amat tepat sekali. Sebagai sebuah negara demokrasi, aku tak kisah kalau tampuk kepimpinan negara berubah tapi aku amat kisah kalau sejarah dan jati negara Malaysia ini diubah. Kepada para pemimpin politik tak kiralah daripada Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat, jangan kerana gilakan kuasa dan politik sehinggakan ampa sanggup untuk menggadaikan maruah negara. Ingat, jika Barisan Nasional nak terus berkuasa di Malaysia, ataupun jika Pakatan Rakyat nak mentadbir Malaysia selepas pilihanraya nanti, sila jangan pentingkan diri ampa je.. Sila pentingkan rakyat sebab rakyatlah BOSS ampa yang sebetul-betulnya. ;)







Selasa, 20 September 2011

Open Mindedla Sikit Derr!

Eh eh, apa yang ampa pikiaq ni? takmo! takmo! takmo! Sila open minded ye.. HEHE





Bila bukak surat khabar je mesti akan ada cerita2 pasai simbah asid la, bunuh diri la, kahwin lari la, and macam2 lagila sampai aku sendiri pun nak jadi gila bila baca. Semua ni mesti berpunca daripada pemikiran kolot. Come on la derr, open mindedla sikit.. Takkan sebab cemburu nak simbah asid? Takkan sebab putus cinta nak bunuh diri? Takkan sebab orang tua tak restu perhubungan, nak kahwin lari kot? Memang ampa kolotlah kalau ampa buat macam tu.



Kalau ampa semua nak tau, manusia yang memiliki keperibadian open minded atau ekstrovert sebenarnya adalah orang yang bahagia. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh perunding psikologi dari Universiti San Francisco, Ryan Howell, mendapati bahawa golongan ekstrovert biasanya lebih mengingat hal-hal positif daripada masa lampaunya. Manakala orang yang berkeperibadian sempit atau kolot pulak lebih banyak memikirkan hal-hal yang negatif.



Jadi, kalau nak hidup lebih ceria and bahagia, open mindedkan lah diri anda.. Come on la derr, lani dah tahun 2011 laa. Pemikiran kolot ni kena buang jauh2 okay? Fikirkanlah yang positif je, barula kes2 macam simbah asid, buli, bunuh diri, kahwin lari, and lain2 lagi tu dapat kita elak. Tapikan, tapikan, open minded, open minded jugak, jangan keOpen Minded ampa tu sampai melampau batas sudahlaa sampai tak kisah kalau berzina,minum arak, and sewaktu dengannya.. Takmo! Takmo! Takmo! ;)



Isnin, 19 September 2011

Hantu Bonceng Hina Islam?




Video kat atas ni adalah salah satu sedutan babak yang boleh dikatakan menghina Rasulullah dan Islam dalam filem Hantu Bonceng. Video kat atas ni diedit khas oleh milosuam.blogspot.com supaya ampa semua nampak dengan jelas babak yang dikatakan menghina Rasulullah tu.



Okay, aku memang dah tonton filem Hantu Bonceng ni kat pawagam masa raya ke-3 hari tu. Bagi aku, Hantu Bonceng memang kelakar habisla walaupun memang tak dinafikan kadang2 unsur2 agama ada digunakan untuk mencetuskan lucu dan lawak. Tapi apa2 pun, aku taknak salahkan pihak produksi Hantu Bonceng mahupun FINAS sebab mungkin depa pun tak perasan ataupun terlepas pandang kesilapan dalam filem ni di mana lakonan dalam filem ni kelihatan seolah olah menghina Islam. Biasalah, manusia kan tak sempurna, jadi perkara macam ni memang tak dapat nak dielakkan walaupun tanpa niat. Cuma apa yang aku harapkan semoga selepas ni pengarah, para pelakon Hantu Bonceng serta pihak FINAS sendiri supaya lebih peka dan tak biarkan pisang berbuah 2 kali.



Okaylah, aku pun tak nak komen lebih2, lebih baik ampa bukak video tu dan ampa saksikanlah sendiri samada penghinaan terhadap Rasulullah tu dengan sengaja ataupun tidak disengajakan. Check it out! ;)



Ahad, 18 September 2011

Anak Ikan Raja Azmi




Habisla aku kena saman kalau Raja Azmi baca tajuk entry blog aku ni. Sebelum aku kena saman, jadi eloklah aku explain kat ampa semua siapa anak ikan si Raja Azmi ni. Actually, aku pun baru taw pasai “Anak Ikan” Raja Azmi ni.. So, aku nakla share dengan ampa semua. “Anak Ikan” Raja Azmi ini sebenarnya ialah judul sebuah filem yang bakal diterbitkan oleh Raja Azmi. Kalau tak salah, filem "Anak Ikan" ni akan memulakan pengambaran pada penghujung tahun ni. Filem ni boleh dianggap kontroversi jugakla sebab filem ni mengenai kehidupan lelaki2 gay. Sebelum ni Raja Azmi dah terbitkan sebuah filem mengenai lelaki gay jugak iaitu “...Dalam Botol.”



Hurrmmm, walaupun “...Dalam Botol” berjaya meraih RM1 Juta dalam tempoh 5 hari tayangan, tapi aku tetap tak puas hati dengan filem “...Dalam Botol” ni. Rasa macam rugi je aku tonton filem tu kat pawagam. So, kepada Raja Azmi, diharapkan semoga “Anak Ikan” lebih menyengatla berbanding “...Dalam Botol”. Jangan nak kontroversi je tapi hasilnya hampeh. Selain tu, dengar kata, drama pendek “Comolot” di Youtube yang jugak berunsurkan gay lakonan Remy Ishak bakal difilemkan sebagai “Comolot The Movie” yang akan memulakan pengambaran pada awal tahun depan.



Aiseyh, makin banyak pulak filem2 yang berunsurkan gay ni diterbitkan di Malaysia. Apakah ini menunjukkan budaya gay semakin berkembang kat Malaysia? Kalau takdak angin, takkan pokok nak bergoyang kot. Lainla kalau ada tangan2 gatai yang nak goyangkan pokok tu, HAHA. Apa2 pun,aku percaya, penerbit ni suma bukan sekadar nak mengaut keuntungan je dengan menerbitkan filem2 kontroversi ni tapi turut jugak menyelitkan unsur2 yang boleh dibuat pengajaran. Diharapkan dengan kewujudan filem2 yang berunsurkan gay ni dapatlah menarik ramai golongan homoseksual untuk menonton dan pada masa yang sama turut mengambil pengajaran daripada cerita yang dipaparkan, sekali gus kembali ke pangkal jalan.. InsyaAllah.. ;)



Jumaat, 16 September 2011

Bersin OK, Menguap K.O?

HaaaaaaaaaaShiimm! Mesti tersedak orang2 yang bernama Hashim, HEHE.. Sorryla, terbersin pulak. Maybe sebab blog ni dah bersawang and berhabuk kot. Tapi takpa, biar bersin kalau bukak blog ni, tapi jangan menguap sudahla ye kalau bukak blog ni sebab bersin tu kan bagus tapi menguap tu kan tak bagus..



Erm, pasaipa bersin bagus dan menguap tu tak bagus? Bersin bagus sebab bersin adalah satu nikmat yang dikurniakan Allah kepada manusia, di mana bersin mampu menolak penyakit dan juga tanda seorang itu dipelihara Allah akan kesihatannya dan sebagai rahmat dari Allah SWT. Tetapi “Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan benci terhadap menguap." Kenapa? Allah membenci menguap sebab menguap adalah petanda seseorang itu banyak makan, yang pada akhirnya membawa pada kemalasan dalam beribadah. Menguap adalah perbuatan yang dibenci oleh Allah, lebih2 lagi ketika waktu solat.



Jadi kepada sesiapa yang bersin tu, ucaplah Alhamdulillah serta jangan lupa letak tangan atau kain di mulut ketika bersin and rendahkan suara ketika bersin sebab bersin dengan suara yang kuat datang daripada syaitan. Kepada sesiapa yang terdengar orang bersin tu, ucaplah يرحمك اللهtapi kalau dia bersin lebih daripada 3 kali, doakan jela semoga dia sembuh sebab kalau dah bersin lebih daripada 3 kali tu dah petanda dia diserang penyakit.



Kepada yang menguap tu, jangan lupa beristiqfar ye dan jagalah adab-adab seperti menutup mulut dengan tangan atau kain, tidak mengeluarkan suara yang kuat ketika menguap dan tidak membuka mulut dengan lebar kerana akan diketawakan oleh syaitan. Okaylah, kepada seluruh warga Malaysia, SELAMAT HARI MALAYSIA.. ;)






Baguih betoi kucing nii.. Ampa semua patut contohi kucing ni taw.. kalau menguap, jangan lupa tutup mulut.. ;)


Kalau nak bersin, jangan lupa tutup dengan kain okay.. Kalau tak, nanti tersembur habis segala kuman2 tu semua, HAHA..



Khamis, 8 September 2011

Syabas Malaysia!

Aku pun tak berapa nak pasti apa motif aku upload gambaq ni kat entry ni, HAHA.



Sempena bulan kemerdekaan sekarang ni, aku pasti ramai yang bangga jadi rakyat Malaysia. Siapa yang tak bangga jadi rakyat Malaysia sila angkat tangan. Siapa yang tak bangga tu, memang tak reti nak bersykurlah. Memang patut kalau orang yang tak reti bersyukur ni diletakkan kat Somalia ke, Iraq ke, Palestin ke, atau mana2 negara jelah. Biar depa tahu sikit betapa beruntungnya jadi rakyat Malaysia. Ni asyik komplen je keja. Suka dengan satu statement yang dilontarkan oleh seorang pakcik tua yang merempat di tepi jalan. Dia kata “Jangan persoalkan apa yang negara telah berbakti kepada kamu, tapi persoalkanlah apa yang telah kamu berbakti kepada negara”. Fikir2kanlah.



Apa yang membuatkan aku bertambah rasa bangga jadi rakyat Malaysia apabila tonton buletin utama tv3 semalam, yang mana Malaysia disenaraikan sebagai Negara ke-21 paling kompetetif di dunia.. ke-6 paling kompetetif di Asia Pasifik dan ke-2 paling kompetetif di Asia Tenggara.


Bertambah bangga lagi apabila terbaca akhbar Kosmo semalam, yang mana ibu negara Malaysia iaitu Kuala Lumpur tersenarai sebagai kawasan yang ke-8 paling digemari pelancong untuk dilawati di Asia Pasifik pada tahun ini. Sekali gus pengiktirafan ini berjaya mengalahkan Singapura dan Hongkong yang mana masing2 di tangga ke-9 dan 10.


Selain itu, Malaysia juga tersenarai sebagai negara ke-19 paling selamat di dunia, serta ke-4 paling selamat di Asia Pasifik. Akhir kata, Syabas kepada Kerajaan Malaysia khususnya dan seluruh warga Malaysia amnya. ;)



Rabu, 7 September 2011

Syiling 50 Sen Tahun 2006

Semalam adala seorang artis yang bernama Rizu.. Ala yang masuk One In A Million sama batch dengan Tomok.. Ala, yang sekarang ni dia ahli group Forteen yang tengah popular lagu Berdua Bersatu tu.. Kenal? Okay, semalam Rizu adala post status kat Facebook yang dia tengah mencari duit syiling 50 sen yang tahun 2006 punya. Aku pun dengan bangganya bagitau la kat dia yang aku ada 1000 keping duit syiling 50 sen dalam simpanan aku. Rizu pun suruhla aku cari duit syiling 50 sen tahun 2006 dan dia janji dia nak beli satu keping duit syiling tu dengan harga RM50 kat aku.



Aku pun apa lagi, terus ambik tabung aku and punggah 1000 keping duit syiling 50 sen aku tu sebab nak cari duit syiling 50 sen yang tahun 2006 punya. Tapi sayang, langsung aku tak jumpa duit syiling 50 sen tahun 2006 tuu. Aku ada jugakla dapat informasi yang Bank Negara tak keluarkan duit syiling 50 sen pada tahun 2006. Sebab apa? Itu aku tak pasti la pulak. Okay disebabkan kemisterian duit syiling 50 sen tahun 2006 ni, dengan ini sesiapa yang ada duit syiling 50 sen pada tahun 2006, jual kat aku boleh? Aku nak beli dengan harga rm60 untuk sekeping duit syiling 50 sen tu.. Rizu nak beli dengan harga RM50, aku pulak nak beli dengan harga RM60.. Rizu kalau baca blog aku ni, mesti dia naikkan harga lagi, HAHA..



Sesi memunggah duit syiling 50 sen dalam tabung.. ;)



Selasa, 6 September 2011

Hantu Bonceng Sempoi!




Cayalah! Hantu Bonceng memang sempoilah.. Tak rugi masa raya ketiga hari tu aku pedeqaih tonton Hantu Bonceng di Sunway Carnival Mall walaupun aku letih baru balik beraya di Batu Lanchang dan kawasan sekitarnya.. Tak rugi aku tonton Hantu Bonceng walaupun kena bayar RM10 sebab lupa nak bawak matrik kad. Tak rugi aku aku tonton Hantu Bonceng walaupun terpaksa duduk asing2 dengan kawan aku sebab tempat duduk FULL and hanya tinggal time tu 6 seats kosong je yang masing2 tempat duduk satu di sana satu di sini, HUHU.. Cuma rugi sebab aku terpaksa ponteng solat maghrib semata-mata nak tonton Hantu Bonceng time tayangan pukul 7.20pm, HEHE..



Apa2 pun Hantu Bonceng memang filem yang patut ditonton sebab daripada filem tu start sampaila filem tu habis, aku tak berhenti henti gelak.. Kalau Hantu Bonceng tak best, masakan Hantu Bonceng boleh dapat RM5 Juta dalam masa 5 hari tayangan. Kalau tak best, masakan Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk K sanggup tonton Hantu Bonceng time tengah2 malam kat pawagam, HEHE.. Jadi, kepada sesiapa yang tak tonton lagi Hantu Bonceng, dipersilakanlah untuk tonton ye.. 5 bintang untuk Hantu Bonceng toqqqs.. ;)