Pages

Selasa, 31 Januari 2012

BerDoa Kunci Untuk Sihat




Sayang sungguh Allah kepada hamba2Nya.. Setiap apa yang diperintahkan oleh Allah pasti ada kebaikan untuk hamba2Nya.. Walaupun macam tu, majoriti daripada kita termasuk diri aku sekali yang masih tak tau nak menghargai kasih sayang yang Allah bagi.. Kita selalu pandang mudah je soal solat ni.. Kadang2 tu, nak cepat je kita solat sampai surah2 yang dibaca pun lintang pukang and lepas solat tu terus bangun tanpa memohon doa kepada Allah..



Sesungguhnya kita amat rugi kalau kita tak memohon doa selepas solat. Ini jelas dibuktikan dengan kajian saintifik apabila sebuah kajian di Universiti Rochester New York di Amerika Syarikat mendapati bahawa mereka yang banyak berdoa dan bermeditasi mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik dan panjang umur. Menurut penganalisis jantung dari Sekolah Perubatan Harvard iaitu Dr. Herbert Benson , menjelaskan bahawa seseorang akan menjadi lebih rileks ketika berdoa kerana ia menurunkan metabolisme, melambatkan denyutan jantung dan membuatkan nafas menjadi lebih teratur.



Menurut Dr. Herbert lagi, melakukan aktiviti spiritual pada setiap hari membantu mengaktifkan gen yang mempercepatkan kematian sel dan keradangan. Sebenarnya, fikiran akan mempengaruhi ekspresi gen seseorang dan ini adalah bukti bagaimana doa mampu mempengaruhi fungsi tubuh badan pada tahap optimum. Kajian yang lain juga merumuskan bahawa berdoa dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan sekali gus menghindari diri kita daripada kekerapan mendapat penyakit. So, lepas ni, jangan tinggal solat lagi taw! And lepas solat, jangan lupa berDOA taw! Pesanan ini ditujukan kepada ampa semua dan juga diri aku yang hina ini.. Selamat beramal!





Pssssttttttttt : Semalam ramai yang marah2 kat facebook sebab bunyi mercun yang diraikan oleh masyarakat cina. Tapi bagi aku, tak perlula nak marah2 sebab inilah dinamakan keunikan budaya Malaysia.. Lebih baik bunyi mercun daripada bunyi Bom, Machine Gun, dan sewaktu dengannya kan? kan? HUHU..



Isnin, 30 Januari 2012

Untunglah Lelaki Bersuara Halus



Memang beruntung sungguh lelaki yang bersuara halus ni sebab sperma yang depa hasilkan amat berkualiti tinggi dan yang terbaik jika nak dibandingkan dengan lelaki yang bersuara garau. Penemuan kajian yang dilakukan di Universiti Australia Barat ini telah pun disiarkan di jurnal PloS ONE, akhbar Sinar Harian dan juga akhbar Kosmo.



Selama ni, kalau kita dengar suara lelaki yang garau je, confirm kita akan cop suara depa ni macho and depa ni lelaki sejati. Tetapi ternyata tanggapan kita semua salah sebab lelaki yang bersuara halus lebih lelaki sejati untuk memberi zuriat kepada wanita. Ini kerana, dalam kajian yang dilakukan, sperma yang dihasilkan oleh lelaki yang bersuara garau adalah berkualiti rendah serta kurang subur.



Pasaipa sperma lelaki yang bersuara garau ni berkualiti rendah dan kurang subur? Ini disebabkan lelaki yang bersuara garau ni mempunyai kandungan hormon testosteron yang tinggi. Kandungan hormon testosteron yang tinggi akan mengganggu penghasilan sperma yang berkualiti. Benarlah, Allah itu maha adil.. Walaupun lelaki yang bersuara halus diciptakan dengan suara yang tak macho macam lelaki yang bersuara garau, tetapi pada masa yang sama Allah kurniakan kelebihan kepada lelaki yang bersuara halus dengan kesuburan sperma yang bekualiti tinggi. Selamat berhari Isnin.. :)




Psssssttttttt : Tahniah diucapkan kepada Hafiz serta komposer yang terlibat di atas kemenangan Awan Nano pada AJL 26 semalam.. Kepada Faizal Tahir, tempat ke-3 pown dah kira okay la tu.. You are the best bro! Pesembahan yang sentiasa menampilkan kelainan dan tak pernah mengecewakan.. Cayalah FT! :)



Ahad, 29 Januari 2012

Maksud Warna Air Kencing

SSSSssssssshhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.. Eh, jangan terkencing kat sini pulak.. Kalau rasa nak kencing, pi la cepat toilet tu and jangan lupa tengok warna air kencing ampa tu kaler apa.. Sebenarnya, kalau ampa semua nak tau, melalui warna air kencing ni, kita dapat tau kadar air dalam badan kita iaitu kekurangan air ataupun tak.. Cuba tengok gambar kat bawah ni.. And cuba tengok warna air kencing ampa tu macam kaler kat nombor berapa..





Okay, kalau warna air kencing ampa tu macam warna nombor 1,2 dan 3, ini bermaksud badan ampa tu ada air yang cukup. Tapi kalau warna air kencing ampa tu macam nombor 4,5,6,7, dan 8, berkemungkinan besar bahawa badan ampa tu sedang kekurangan air.. Jadi ampa dinasihatkan untuk banyakkan minum air kosong/suam okay. Tapi, kalau ampa ada makan apa2 ubat atau vitamin supplement, so ampa tak boleh tengok warna air kencing tu sebagai pengukur kadar air kat dalam badan ampa sebab vitamin atau ubat yang ampa makan tu boleh mempengaruhi dan mengubah warna air kencing ampa untuk jadi warna kuning pekat ataupun warna cerah macam nombor 1..
Selamat Mencuba! ;)




Pssssstttttttt : Bersimpati dengan atlit2 lumba basikal yang dirempuh oleh sebuah kereta sebentar tadi ketika mereka sedang dalam perlumbaan basikal di Putrajaya.. :'(




Sabtu, 28 Januari 2012

Pilihan Sendiri VS Pilihan Keluarga




Kepak Kepak Kebum Kebum, Kepak Kepak Kebum Kebum, Hai! Selamat pengantin baru kepada sesiapa saja yang baru melangsungkan perkahwinan dan selamat pengantin lama kepada yang dah lama berumahtangga.. Okay, Entry hari ni aku nak cakap2 pasai isu kahwin. Boleh ke idok? HAHA.. Pilihan Sendiri atau Pilihan Keluarga? Sebelum aku bagi pendapat aku pasai isu ni, jom kita tengok dulu pendapat2 rakan2 facebook aku yang sempat aku ajukan soalan ni kat depa semalam.. Yang paling penting, depa semua ni still SINGLE, HAHA..



“Pilihan sendiri sebab pilihan keluarga ni, kita taktau yang bakal pasangan kita yang dipilih keluarga tu memahami kita ke tak.. Memangla kita kena ikut pilihan keluarga sebab nak dapat redha mak bapak kan tapi kalau elok okayla.. tapi kalau tak elok macam mana? Hurrmmm...”



“Pilihan sendiri sebab hari tu dah suruh parents yang carikan tapi my mom suruh cari sendiri dulu, HEHE..”



“Pilihan sendiri sebab zaman sekarang dah tak sama dengan zaman dulu.. Zaman sekarang ni, pendedahan dunia luar dah tak sama dengan apa yang family nampak.. Lagipun family lebih percayakan saya dalam memilih pasangan.”



“Pilihan sendiri sebab kalau ikut pilihan family, nanti ada saja yang tak bekenan di hati.."



“Pilihan keluarga kot. Actually tak tau nak explain macam mana sebab ianya terlalu subjektif.”



Kalau dilihat kepada kesemua 5 pendapat responden2 ni, majoritinya lebih menyokong kepada pilihan sendiri. Kalau ditanya pendapat aku, aku pun nak kahwin dengan pasangan yang dipilih sendiri bukannya dipilih keluarga. Mungkin ada yang bertanya, wujud lagi ke perkahwinan yang diaturkan oleh keluarga? Ya! Tradisi ini masih wujud lagi tapi tidak popular seperti zaman nenek moyang kita dulu di mana zaman dulu, sudah menjadi seperti satu kemestian apabila setiap perkahwinan akan diaturkan sendiri oleh keluarga.



Kenapa aku lebih memilih pilihan sendiri? Sebab bagi aku, kalau kita sendiri yang pilih, kita dah tau ciri2 dan sifat2 pasangan yang kita pilih tu.. Kalau pilihan keluarga, kita taktau dia tu macam mana.. So, di awal perkahwinan tu mungkin akan mengambil masa yang lama untuk serasi bersama.. Yela, baru nak kenal hati budi kan.. Kalau sendiri yang pilih, kita dah tau apa keburukan dan kelemahan pasangan kita tu.. So, bila dah kahwin, kita dah dapat terima apa2 kelemahan serta keburukan pasangan kita tu..



Lagi satu, pilihan sendiri ni semestinyalah kerana cinta kan. Cinta akan berputik berdasarkan kasih sayang dan kerelaan untuk berkongsi suka dan duka bersama. So, bila dah kahwin berdasarkan cinta ni, confirmla orang yang kita kahwin tu akan sayang kat kita and dia akan try the best untuk buat yang terbaik untuk kita. Kalau pilihan keluarga ni, pasangan kita tu belum tentu akan sayang kita sepenuh jiwa dia dan mungkin jasad dia saja jadi milik kita tapi cinta dia masih menjadi tanda tanya.



Alasan terakhir kenapa aku rasa pilihan sendiri lebih relevan kerana kalau mungkin hubungan yang dibina tu tak berkekalan lama dan terhenti dengan penceraian, so kita tak akan timbul rasa perasaan untuk salahkan orang lain sebab ini pilihan kita sendiri tapi kalau kita bercerai dengan pasangan yang dipilih oleh keluarga, mungkin kita akan menyalahkan keluarga and akhirnya hubungan kita dengan keluarga akan serba dingin. Bagaimanapun, memang tak dinafikan yang pilihan keluarga pun ada banyak kebaikannya tapi bagi aku pilihan sendiri is more much better.. So, apa pulak pilihan ampa? PILIHAN SENDIRI or PILIHAN KELUARGA? Teetttttttttttttt..




Pssssssttttttt ; HAPPY BIRTHDAY kepada adik bongsu aku yang tersayang iaitu Nazmi Sabri.. :)




Jumaat, 27 Januari 2012

Tak Sembah Berhala, Tapi Kenapa Sembah Kaabah?




Mungkin ramai yang tertanya tanya, kenapa orang Islam bila sembahyang akan menghadap Kaabah? Tindakan ini seperti tiada bezanya dengan penganut agama lain yang menyembah berhala. Jadi, untuk menjawab persoalan yang timbul ni, jawapannya aku ambil daripada Dr. Danial Zainal Abidin dalam buku beliau iaitu “Persoalan Islam yang Kontemporari”..



Menurut Dr. Danial, kita menyembah sesuatu sekiranya perkara itu kita anggap sebagai tuhan atau wakil tuhan yang layak disembah. Menghadap semata-mata kearah sesuatu tidak bermaksud kita menyembahnya. Sekiranya kita bersembahyang dan pada waktu itu terdapat kerusi di hadapan kita, adakah boleh dikatakan kita menyembah kerusi pada waktu itu? Apabila pelajar sekolah diarahkan menghadap ke bendera Malaysia pada waktu perhimpunan, adakah ini bermakna mereka menyembah bendera itu? Apabila askar diarahkan memberikan tabik hormat kepada raja mereka, adakah itu bermakna mereka menyembah raja itu?



Jawapannya adalah tidak, melainkan sekiranya kita memang beriktikad pada kerusi, bendera, dan raja yang berkenaan adalah tuhan, ataupun perantara kepada tuhan, ataupun mempunyai keunikan dan kekuasaan yang menyebabkan kita memujanya sebagai tuhan. Sekiranya kita bertanya kepada orang Islam termasuk kalangan budak kecil yang masih belum bersekolah perihal Kaabah, tidak ada seorang pun daripada mereka akan mengatakan bahawa Kaabah itu tuhan. Sebaliknya mereka akan mengatakan bahawa kaabah itu adalah kiblat. Sejak dari kecil lagi, mereka dah tahu perbezaan antara tuhan dan kiblat. Tuhan adalah Allah atau kuasa yang disembah manakala kiblat pula ialah arah atau dalam bahasa inggerisnya ialah direction.



Oleh sebab kerana Kaabah itu kiblat dan hanya menentukan arah, dan bukannya tuhan yang disembah, jadi orang Islam tidak pernah membuat patung Kaabah untuk disimpan di rumah ataupun masjid. Patung Kaabah juga tidak pernah diletakkan di hadapan orang Islam ketika mereka bersolat. Kenapa? Ini kerana, apa yang disembah adalah Allah, bukannya Kaabah.





Psssstttttttt : Sekarang memang musim demam ek? Aku pun dah pening2 nak demam sekarang.. Kepada ampa semua, jaga kesihatan ye.. Take care!



Khamis, 26 Januari 2012

Journey 2 : Boleh Tahan



Semalam bertarikh 25/1/2012, aku berkesempatan menonton “Journey 2” lakonan The Rock dekat pawagam di Jusco Bandar Perda dengan 2 orang kawan aku.. Dalam pawagam tu toksah dok cakapla, memang sesak dengan orang.. Maybe ramai yang still cuti sempena CNY kot.. And maybe jugak ramai remaja cina yang nak habiskan ang pau yang depa dapat.. Untungla dapat ang pau, HUHU..



Untuk filem “Journey 2”, bagi aku filem ni menarik untuk ditonton sebab memang tak kering gusi la dengan lakonan2 yang agak mencuit hati.. Jalan cerita dia pun boleh tahan and apa yang aku suka, filem ni bukan sekadar dapat menghiburkan kita tapi turut membekalkan sedikit ilmu mengenai haiwan kepada penonton.. Melalui filem ni, baru aku tau yang labah-labah akan membuat sarang mengadap arah selatan dan haiwan berdarah sejuk seperti mengkarung tak takut dengan api.. Apa2 pun, 3.5/5 bintang untuk Journey 2..





Trailer Journey 2





Psssssttttt : Kepada yang masih lagi bercuti sempena Chinese New Year dan kepada yang masih lagi dalam mood untuk celebrate Chinese New Year, ini ada sebahagian event yang dijalankan di Penang sempena Chinese New Year.. 28th Jan (6th day of CNY) "Penang State CNY Open House at Padang MPSP Butterworth", 29th Jan (7th day of CNY) "Chinese New Year Cultural and Heritage Celebration in George Town Penang", 30th Jan (8th day of CNY) 9pm onwards "Thi Kong (Heavenly God) Birthday Celebration at Chew Jetty & Hillway Road, Ayer Itam", 4th Feb (13th day of CNY) "Chop Goh Meh at Street of Harmony, Jalan Masjid Kapitan Keling" and 6th Feb (15th day of CNY) "Chap Goh Meh Celebration at Esplanade, Padang Kota Lama"! Have Fun!





Jumaat, 20 Januari 2012

Hidup Hanya Untuk Peperiksaan?




Okay, sekarang selesai sudah aku menamatkan final exam untuk semester 3 Ijazah Sains Pentadbiran di UiTM. Dan sekarang ni sumpah aku akan mula terbayang-bayang kelibat hantu result final exam sebab aku tak berapa puas hati sangat dengan apa yang aku jawab. Apa2 pun, aku harap sangat supaya aku berjaya lulus and dapat skor semua subjek.



Ampa perasan something tak mengenai hidup kita sekarang ni? Kadang2 aku rasa macam kita hidup hanya untuk jawab peperiksaan saja. Bayangkan, sejak tadika lagi, kita dah dihidangkan dengan macam2 peperiksaan macam PTS, UPSR, PMR, SPM, STPM dan yang sewaktu dengannya.. Itu tak termasuk lagi dengan ujian memandu, ujian kelayakan jadi menantu, dan ujian kemandulan, Oppsss! HAHA.. Pada zaman sekarang ni, orang hanya mengukur kejayaan serta kepintaran seseorang tu hanya berdasarkan result peperiksaan. Siapa yang dapat result yang gempak, mesti dipuji tapi bagi siapa yang dapat result yang haprak, confirm kena keji.



Jadi, tak heranla kalau ada yang sanggup bunuh diri kalau gagal dalam peperiksaan sebab depa rasa macam dunia ini dah gelap untuk depa and tak guna lagi untuk hidup. Ada jugak yang sanggup meniru dalam peperiksaan. Ada jugak yang sanggup memberi rasuah kepada cikgu atau pensyarah yang memeriksa kerta peperiksaan. Itu tak termasuk lagi dengan segelintir pelajar yang sanggup menggadaikan maruah depa kat cikgu or pensyarah demi hanya untuk dapat “A”.



Nampak tak, hidup kita kat dunia ni hanya untuk peperiksaan saja kan? Kita sanggup buat apa saja demi untuk berjaya dalam peperiksaan. Tapi sebenarnya hidup kita di dunia ni memang hanya untuk peperiksaan pun. Selagi kita bernyawa, selagi itulah kita masih menjalani satu peperiksaan atau ujian dimana segala amalan kita akan di catat oleh pemeriksa di sebelah kiri dan kanan kita. Peperiksaan inilah yang akan menentukan sama ada kita berjaya atau tidak di akhirat kelak. Kalau berjaya, Syurga ganjaran yang akan kita dapat tapi kalau gagal, Nerakalah tempat kita.



Jadi jangan terlalu taksub sangat dengan peperiksaan duniawi, kalau kita gagal dalam SPM, kegagalan itu sebenarnya satu soalan dalam peperiksaan untuk Allah menguji hamba-hambaNya. Allah nak tengok macam mana kita jawab soalan yang Allah bagi tu.. adakah kita akan menjawab soalan tersebut dengan bunuh diri? Ataupun memaki hamun Allah? Ataupun mendekatkan diri lagi dengan Allah? Jawapan di minda ampa semua.. Assalammualaikum!



pssssstttttttttt : Selamat bercuti dan berhujung minggu kepada semua.. :)



Selasa, 3 Januari 2012

Majalah 3 Pencetus Fenomena



Assalammualaikum dan salam satu dunia.. Kini anda bersama saya Zwan Sabri iaitu pengacara Majalah 3 yang baru untuk tahun 2012 ini di mana saya akan mencetuskan sebuah lagi fenomena baru di Malaysia mahupun seantero dunia.. *PANG!.. Sekali kena penampaq dengan Nurul Syuhada daa.. HAHA..



Okay2, ampa semua ada perasan something tak? Hurrmm, apa yang aku perasan kan, apa2 saja yang disiarkan dalam Majalah 3, confirm akan jadi fenomena baru kat Malaysia ni. Contohnya macam sugar glider dengan basikal fixie.. Sebelum ni, majoriti daripada kita semua tak kenal pun apa itu sugar glider mahupun basikal fixie tapi hari ini sugar glider and basikal fixie terus menjadi kegilaan generasi muda..



Sebelum ni Majalah 3 ada siarkan tentang beberapa remaja yang bela sugar glider, lepas je daripada siaran tu, terus sugar glider jadi buruan ramai orang walaupun harga sugar glider yang dijual agak mahal. Kalau tak salah, paling murah seekor sugar glider pun berharga RM200.. Itu tak termasuk dengan kos penjagaan dan makanan sugar glider lagi yang dikhabarkan mencecah ratusan ringgit untuk setiap bulan.



Sebelum ini juga, basikal fixie pernah disiarkan dalam program Majalah 3 dan kemudiannya basikal fixie terus menjadi kegilaan para remaja walaupun basikal fixie ni tak ada brek dan walaupun ianya berharga RM500 dan ke atas.. Sekarang ni, kalau pi mana2 pun, mesti akan nampak ramai orang yang dok kayuh basikal fixie.. Ada yang siap buat konvoi lagi.. Remaja2 dalam kawasan kejiranan rumah aku pun semua dah ada basikal fixie sorang satu.. Dah jadi satu trend pulak..



Bukan setakat sugar glider dan basikal fixie yang disiarkan di Majalah 3 saja yang dapat mencetuskan sebuah fenomena baru kat Malaysia ni bahkan ada banyak lagi.. Kalau nak sebut satu persatu tu, memang tak terkira lah.. Jadi aku nak ucapkan TAHNIAH kepada Majalah 3 kerana berjaya bertahan sehingga hari ini dan berupaya menjadi sebuah program dokumentari yang berjaya mempengaruhi masyarakat Malaysia. Cuma satu jer cadangan aku kat Majalah 3, boleh tak lepas ni siarkan pulak mengenai ZWAN SABRI? Lepas ni, confirm ZWAN SABRI jadi satu fenomena baru.. Confirm ramai yang nak “memiliki” ZWAN SABRI.. Errrkkkkkkkkk, HAHA..




Psssttttttttt : Bermula pada minggu ini, ramai dikalangan pelajar2 ijazah di seluruh IPTA kat Malaysia akan menduduki final exam, jadi good luck and all the best ye.. Semoga kejayaan akan terus berada di samping kita semua.. Amin! ;)





Ahad, 1 Januari 2012

Drama 2012 Kini Bermula..

Gambar yang diambil daripada default pic facebook, HEHE..



Assalammualaikum! Kom apa? Kombat.. Bat apa? Batmen.. Men apa? Mentol.. Tol apa? Tolak.. Lak apa? Laksa.. Sa apa? Satu.. Tu apa? Tunang.. Nang apa? Nangka.. Ka apa? Kayu.. You apa? You all semua awesomelah! Sebab still sudi jenguk blog ni lagi walaupun dah berkurun tak update… Thanks! Sheharu niiyyhhh.. HEHE..



Hari ni dah 1/1/2012 kan? kan? Okay, dikesempatan ini aku nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU and Jangan buat anak ye (kecuali yang dah kawen).. Kalau yang dah terbuat anak tu, bertaubatlah and jangan nak buang anak2 yang tak berdosa tu merata rata pulak.. Kalau ye pun taknak, silalah bagi anak tu kepada yang memerlukan.. Rasanya kat Malaysia ni ramai keluarga yang sudi nak bela anak tu.. Eh, tetiba cakap pasai anak pulak.. HAHA..



Sempena tahun 2012 yang sedang menjelang ni, perasaan aku bercampur baur antara gembira dan takut. . Gembira sebab masih lagi diberi peluamg oleh ALLAH untuk aku terus bernafas dan hidup di atas muka bumi ni.. Takut pulak bukan disebabkan filem yang kononnya 2012 akan kiamat tu tapi takut sebab firasat aku kuat mengatakan yang tahun 2012 ni akan ada banyak cabaran yang perlu aku tempuh.. Apa2 pun, akan ku pujuk hati aku dengan ALL IS WELL.. HAHA..



Sempena tahun 2012 ini jugak, aku doakan semoga pentas drama kita untuk drama 2012 ni akan diakhiri dengan HAPPY Ending.. Takla macam drama “Tentang Dhia” tu.. SAD Ending jer.. Aku benci SAD Ending.. Errkkkkk… Oklah, GOOD LUCK ye kepada anda, anda dan anda semua untuk menempuhi tahun 2012 ni.. ;)



Psssttttttt : Semalam aku celebrate new year kat Padang Kota(Penang Esplanade)... Anda?