Pages

Sabtu, 26 Februari 2011

Di Sebalik Seorang Lelaki

HaHa.. Gambar ini hanya hiasan semata-mata. Tiada kena mengena dengan ini cerita.



Nak tahu apa maksud atau makna di sebalik pergerakan atau sikap lelaki? Di bawah ini ada beberapa maklumat yang boleh dijadikan panduan oleh kaum2 hawa dan mungkin juga kaum2 adam terhadap pergerakan di sebalik seorang lelaki. Jom kita layan satu persatu..



MENGANGGUKKAN KEPALA

Apabila anda berbual dengan seorang lelaki dan dia mengangguk-anggukkan kepalanya itu membuktikan yang lelaki itu sering mengambil berat dan sentiasa ingat mengenai diri anda. Dia juga sentiasa membantu jika anda memerlukan pertolongannya.



MENDEKATKAN BADAN

Apabila seorang lelaki mendekatkan badannya kepada diri anda bila berbual dengannya, dia adalah lelaki yang menarik dan mampu menarik perhatian ramai orang tetapi kadang2 sikapnya agak keterlaluan.



MERENUNG

Lelaki ini jenis peminta kerana dia mahu mengetahui apa yang boleh atau mampu tawarkan kepadanya sama ada dalam pekerjaan, persahabatan atau cinta.



MENGGERAKKAN TANGAN DAN BADAN

Lelaki jenis ini memberangsangkan, bertanggungjawab, dan mempunyai rasa cinta yang mendalam. Lelaki ini beranggapan kata2 tidak cukup untuk membuktikan kesucian cinta, oleh itu pergerakan adalah sebagai bukti untuk menunjukkan kesungguhan. Dia juga seorang yang sensitif tetapi baik hati.



MEMANDANG MATA

Ini adalah sifat lelaki yang yakin dan berterus terang. Dia juga sentiasa memberi perhatian, berusaha memperoleh perhatian, berusaha menjaga hati semua orang tidak kira bagaimana rapatnya hubunganya dengan orang tersebut.



SENSITIF PADA JARAK

Bila bercakap dengan orang lain, lelaki ini duduk atau berdiri pada jarak tertentu bergantung kepada kewajarannya dengan orang itu. Dia juga jenis lelaki yang tahu apa orang lain tak suka.



SUKA BERDIRI

Apabila bercakap, anda duduk dan dia berdiri. Lelaki jenis ini melambangkan yang jiwanya suka menguasai dan mengongkong. Dia suka mempengaruhi orang lain untuk kepentingan dirinya dan dia juga pantang mengalah.



Jumaat, 25 Februari 2011

Sorry Teman Lelaki..!


Sorry teman lelaki? Boyfriend siapa? Boyfriend aku ke? Ek eh, aku ada ke boyfriend? HAHA. Actually ini bukan soal aku ada boyfriend or tak. Aku still tak cukup sifat lagi nak ada boyfriend segala and jadi gay macam “Azwan Ismail”. Siapa Azwan Ismail? Alaaa, si polan yang famous dengan tagline and video berani mati “ I’m Gay, I’m Okay” tu laa. Aiseyh, kenapa tiba2 aku cakap pasai Azwan Ismail ni? Oh tidak! Azwan Ismail mahupun Azwan Ali tak termasuk dalam ini punya cerita okay.



Sebenarnya, entry blog aku kali ini ialah untuk aku memohon bebillion kemaafan daripada seluruh boyfriend yang bersangkut kait dengan aku. Suatu hari tu, aku adala lepak2 makan tengahari kat restoran baru kat Kolej Murni di UiTM Kedah bersama sekumpulan kawan2 perempuan aku. Masa tengah makan tu, sorang demi sorang kawan perempuan aku yang luahkan perasaan kat aku pasai boyfriend depa semua pakat dok cemburu kat aku sebab depa caring sangat kat aku berbanding dengan boyfriend depa, HAHA. It sounds funny right? Btw, aku rasa beruntung sangat sebab ada kawan2 yang betul2 ambil berat kat aku sampai kekasih depa semua terasa hati dengan aku.



Kepada boyfriend2 Cik Fiza, Cik Ila, Cik Zaty, Cik Farhana, Cik Own, Cik Azza and sewaktu dengannya, aku mintak maaf sangat2 okay sebab membuatkan hangpa semua terasa hati dengan aku. Tapi serius ikhlas daripada hati aku bahawa aku tak akan rampas siapa2 yang dah ada kekasih sebab aku ni bukannya jenis yang suka merampas hak orang lain. And one more thing, Aku just anggap kawan2 perempuan dalam kelas aku just macam adek beradek aku sendiri and tak lebih daripada tu.



Mesti hangpa semua yang dok baca blog aku lani dok pening kan sebab apa kawan2 perempuan kelas aku caring dengan aku. Actually, semenjak aku accident 6 bulan yang lepas, aku still tak boleh nak drive sebab kaki aku still tak sembuh properly lagi. So, aku terpaksala bergantung harap kepada classmate aku yang majoritinya perempuan(sebab kelas aku hanya ada 7 orang sahaja student lelaki berbanding 21 orang pelajar perempuan) untuk ambil aku ke kelas and hantar aku pulang ke rumah memandangkan aku menyewa rumah di luar UiTM Kedah.



Akhir kata, kepada boyfriend2 kepada “girlfriend2” aku semua, aku mintak maaf sangat2 okay. And yang paling penting, hangpa(boyfriend2) amat beruntung sebab dapat ”girlfriend” sehebat and sebaik nama2 gurl yang aku mention tadi. TAHNIAH!!!



Isnin, 21 Februari 2011

Jom Temuduga Kerja

Kepada sesiapa yang sedang mengganggur mahupun nak bertukar ke tempat kerja yang lain, ini ada berita baik untuk anda terutamanya yang menetap di utara semenanjung Malaysia kerana pada hari ini AmAssurance Berhad (kini dikenali sebagai AmLife Insurance Berhad) yang merupakan ahli kumpulan AmBank sedang mengadakan temuduga untuk 70 kekosongan jawatan di syarikat perbankan tersebut untuk ditempatkan bekerja di serata semenanjung Malaysia.


Antara jawatan yang ditawarkan di syarikat perbankan tersebut ialah,


1. Pengurus (team manager)

2. Penasihat Kewangan (junior executive/advisor)

3. Telesales

4. Kerani (Customer Service)



Ini pulak syarat2 yang dikehendaki daripada calon2 yang nak memohon jawatan2 tersebut,


1. Warganegara Malaysia

2. Tak kisah lelaki atau perempuan

3. Berumur antara 18 hingga 33 tahun

4. Berpesonaliti menarik dan berpenampilan kemas

5. Berdisiplin, berdedikasi dan berkeyakinan


Sekiranya anda semua telah mencapai kriteria2 yang telah dikehendaki, apa tunggu lagi? jom serbu tempat temuduga tersebut di,


AmAssurance berhad,
Tingkat Bawah,
142L, Burmah Palace,
Jalan Burma,
10050, Georgetown.
Penang.


Masa dan tarikh untuk ditemuduga ialah pada,


21/02/2011
Jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang



Sebarang masalah sila hubungi nombor telefon yang berikut,


04-2293611 / 04-2287270



Sabtu, 19 Februari 2011

SINI ADA HANTU?

Sini Ada Hantu? Mana? Mana? HAHA.. Actually aku nak buat penilaian sikit mengenai filem Sini Ada Hantu yang aku tonton di Central Square pada cuti maulidur rasul yang lepas. Actually, aku tak terfikir langsung untuk tonton filem ni tapi setelah didesak oleh kawan aku, aku pun ikut jelah tonton filem ni.. Dalam filem Sini Ada Hantu, ada tiga cerita hantu dalam filem ni iaitu Hantu Pokok Pisang, Hantu Nombor Ekor dan Hantu Asrama.



Ini babak dalam Hantu Pokok Pisang. Seriously, dalam cerita Hantu Pokok Pisang ni, sumpah bosan gila and rasa macam takdak semangat nak tonton filem Sini Ada Hantu dah. Dalam cerita Hantu Pokok Pisang ni, rasanya Fasha Sandha jerlah pelakon yang popular antara semua pelakon tetapi Fasha Sandha langsung tak mengeluarkan sebarang suara. Fasha Sandha dalam filem ni hanya perlu memainkan mimik muka and gerak tubuh badan je.



Ini pulak babak dalam cerita Hantu Nombor Ekor. Dalam cerita ni, penggunaan bahasanya ialah totally mandarin. Bagus2, semangat 1 Malaysia, HAHA. Cerita ni pun boleh tahanla.. Nak kata best sangat tu tak la. Hanya So-So je.. Cerita ni agak kejam sikitla.. Nak tau tang mana kejam? Kena pi usha sendiri la bro, HAHA.. Tapikan, cerita ni kira okayla sebab telah berjaya menjeritkan aku dalam pawagam tu.. Terima kasih! ;)




Ini pulak cerita pasai Hantu Asrama. Inilah cerita yang paling aku suka dalam filem Sini Ada Hantu. Sumpah lawak gila cerita ni. Aku asyik gelak2 jer tonton cerita ni. Lawak dalam cerita ni boleh dikatakan ada kelas yang tersendiri. Cerita nilah yang membuatkan aku rasa tak rugi tonton filem Sini Ada Hantu.




Ini pulak dua orang mamat yang dok ceritakan pasai kisah2 hantu dalam filem Sini Ada Hantu. Sorang melayu dan sorang cina. Walaupun mereka berdua bukanlah pelakon yang ternama tetapi sumpah lakonan mereka begitu mantap dan memang geli gusi la tengok aksi2 mereka berdua ni. Yang pasti, misteri tragedi yang menimpa mereka berdua jugak langsung tak disangka and pendek kata, memang klakar habisla lakonan mereka ni. So, for the conclusion, aku bagi 3.5 bintang untuk filem Sini Ada Hantu. Bagi aku, filem ni memang wajib ditonton sebab pelakon2 dalam filem ni majoritinya ialah pelakon yang langsung tak popular tapi berjaya melakonkan dengan begitu baik sekali berbanding pelakon yang sudah ada nama dan popular. Apa lagi, Jom kita serbu pawagam yang berhampiran, HAHA



Ahad, 13 Februari 2011

Sambutan Hari Valentine : Perlukah?

Yeah! Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi detik 14 Februari bakal muncul dan ianya pasti dinanti-nantikan oleh seluruh pasangan kekasih di seantero dunia untuk meraikannya. Walaupun hari valentine disambut oleh penganut agama kristian katolik, tetapi kini dilihat hari valentine ini juga turut diraikan oleh pelbagai penganut agama yang lain.



Tadi pagi sewaktu selesai kelas industrial relation, aku pun singgahla ke library UiTM Kedah untuk lepak2 sebelum ke kelas business law memandangkan ada gap 1 jam. Sambil lepak2 dalam library UiTM Kedah tu, aku pun selak2la akhbar The Star untuk baca isu2 yang terkini. Nak la jugak tau mengenai apa yang dah berlaku kat dunia sekarang ni memandangkan sebelum ni ada orang yang kata aku ni katak dibawah tempurung, HUHU.



Apa yang aku rasa menarik untuk dikongsi mengenai apa yang aku baca dalam akhbar tersebut dengan hangpa semua ialah pendapat beberapa orang yang berpengaruh di Malaysia mengenai soal sambutan hari valentine ini. Orang2 tersebut ialah Azmin Ali, Karpal Singh dan Datuk Ustazah Siti Nur Bahyah.



Azmin Ali yang merupakan naib presiden Parti Keadilan Rakyat membuat kenyataan bahawa orang islam dibolehkan untuk meraikan hari valentine tetapi ianya haruslah diraikan tanpa melampaui batas. Bagi pendapat peribadi aku, sebagai umat Islam, Azmin Ali tidak sepatutnya mengeluarkan pendapat yang sedemikian dan beliau harus sedar dengan kenyataan yang telah dibuat olehnya memandangkan kenyataan tersebut jelas dapat memesongkan akidah umat islam yang lain memandangkan Majlis Ulama Malaysia secara terang terangan telah mengeluarkan fatwa melarang umat Islam untuk meraikan hari valentine.



Seterusnya Karpal Singh yang merupakan peguam termashur di Malaysia serta pengerusi parti DAP telah mengherdik Pemuda PAS yang mana dalam kenyataan beliau, beliau menyifatkan Pemuda PAS sebagai annoying disebabkan Pemuda PAS melarang aktiviti2 hari valentine serta tahun baru disambut oleh umat Islam di Malaysia. Bagi pendapat aku secara peribadinya, Karpal Singh jelas tidak menghormati agama2 lain di Malaysia. Sepatutnya Karpal Singh tidak boleh mencampuri segala urusan yang melibatkan umat Islam. Karpal Singh juga seperlunya tidak layak untuk menghalang tindakan2 yang dilakukan oleh pertubuhan Islam di Malaysia terhadap umat Islam kerana Malaysia adalah sebuah negara Islam.



Dan yang terakhir ialah Datuk Ustazah Siti Nur Bahyah iaitu penceramah bebas yang popular di Malaysia. Dalam kenyataan Ustazah Bahyah, beliau melarang umat Islam menyambut hari valentine kerana ia merupakan budaya kristian yang boleh membawa ke arah maksiat dan dosa. Kenyataan beliau ini telah mengundang amarah daripada Persatuan Kristian Malaysia yang mana mereka mendakwa bahawa hanya kristian katolik sahaja yang meraikan hari valentine manakala penganut kristian prostestan pula tidak meraikan hari valentine. Dakwa mereka lagi, kenyataan Ustazah Bahyah itu seakan menunjukkan bahawa seluruh penganut kristian meraikan hari tersebut serta mengamalkan budaya maksiat. Pihak TV9 telah memohon maaf di atas ketidaksengajaan Ustazah Bahyah kepada penganut2 kristian memandangkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ustazah Bahyah itu dalam sebuah rancangan di TV9. Pada pendapat aku, tidak kira siapa sekali pun, sebelum kita mengeluarkan apa bentuk ucapan kita, kita seharusnya fikir dahulu apa impak terhadap ucapan kita tersebut kerana sebagai rakyat Malaysia yang hidup dalam pelbagai bangsa, agama, budaya dan bahasa, sudah tentulah pelbagai sensiviti yang harus dijaga dan dipelihara.



Akhir kata, kepada penganut2 agama Islam yang membaca blog aku ini, tolonglah jangan meraikan hari valentine kerana ia jelas bertentangan dengan agama Islam. Jika hangpa nak meraikan kekasih hangpa, kenapa perlu tunggu tanggal 14 februari? Kenapa hangpa tak raikan kekasih hangpa untuk ulangtahun tarikh hangpa berpacaran or berkahwin? Jadi, sila jangan terlalu taksub dengan budaya orang lain sehinggakan budaya sendiri dibiarkan mati begitu saja.

Sabtu, 12 Februari 2011

Anak Ikan Pembawa Virus?

Laju jer ek hangpa baca bila nampak tajuk Anak Ikan tu,HEHE.. Ini bukan anak ikan yang sesuatu tu tapi ini anak ikan yang betul2 la.. Terkejut aku bila dapat tau yang anak ikan yang dok urut kaki kat spa2 mahupun pusat2 urut tu sebenarnya tak selamat untuk digunakan. Aiseyh, aku baru berangan nak kena urut dengan anak ikan tu,HUHU..


NO!


YES!


Ikan urut kaki ini jenis ikan Garra Rufa dan ikan Chin Chin. Orang yang nak menggunakan khidmat urutan daripada ikan2 ini dikehendaki untuk meletakkan kaki di dalam sebuah kolam kecil di mana di dalam kolam kecil itu terdapatnya ikan2 tersebut untuk memakan sel2 kulit mati yang terdapat pada kaki kita.



Hurrmm, so dimanakah risikonya kalau menggunakan khidmat ikan ini untuk mengurut? Haaa! Menurut Dr. Amin Al Amiri dari Kementerian Kesihatan UAE, penggunaan ikan2 sebagai kaedah rawatan boleh mengundangkan risiko bahaya kerana ia boleh mendatangkan mudarat kepada orang ramai disebabkan rawatan ini boleh menyebarkan pelbagai penyakit termasuk Hepatitis dan AIDS/HIV. Menurut beliau lagi, sesetengah orang mungkin mengalami penyakit berbahaya dan virus pada luka mereka akan mudah dipindahkan kepada orang lain melalui ikan dan air.



Untuk pengetahuan hangpa semua, rawatan kaki yang menggunakan teknik ikan ini diharamkan di 14 buah negeri di United State Of America.








pssssttt : Aiseh, pendek kata, "anak ikan" mahupun anak ikan yang betul2, semuanya ada potensi untuk sebarkan virus.. Jadi, be careful.. HAHA

Jumaat, 11 Februari 2011

Jom Korek Hidung

Korek hidung? HAHA.. Actually tajuk entry tu just hiperbola.. Tapi still adala kena mengena dengan lubang hidung. Aku bukan nak ajak hangpa semua korek hidung tapi aku nak ajak hangpa semua guna lubang hidung hangpa tu untuk bernafas dengan teknik yang lebih baik. Tahu tak bahawa teknik pernafasan pun ada fungsinya yang tersendiri? Sebenarnya aku pun baru je tau mengenai teknik pernafasan ni, so aku pun excitedla nak share dengan hangpa semua sebab sharing itu caring..




NO!


YES!


Setiap orang memiliki hidung yang berlubang iaitu di bahagian kiri mahupun di bahagian kanan kan? Tapi apakah fungsinya? Adakah fungsinya sekadar untuk bernafas? Jawapannya sudah tentulah tidak.. Sebetulnya, fungsi lubang hidung kiri adalah berbeza dengan fungsi lubang hidung kanan. Lubang hidung di bahagian kanan mewakili matahari iaitu mengeluarkan panas. Manakala lubang hidung di bahagian kiri pula mewakili bulan iaitu mengeluarkan kedinginan.



Kalau hangpa sakit kepala, try tutup lubang hidung di bahagian kanan dan sila bernafas menggunakan lubang hidung di bahagian kiri selama 5 minit. Insyaallah, sakit kepala hangpa akan sembuh selepas itu.



Perasan tak kenapa lelaki mudah naik angin dan selalunya kaum lelaki dicop sebagai panas baran? Ini disebabkan kaum lelaki bernafas menggunakan lubang hidung di bahagian kanan lebih berbanding lubang hidung di bahagian kiri. Lubang hidung di bahagian kanan kan mewakili matahari. Manakala kaum wanita pula bernafas lebih di bahagian hidung sebelah kiri berbanding hidung di sebelah kanan. Sebab itulah kaum perempuan ni macam susah nak marah.



Satu lagi, sewaktu hangpa bangun tidur, cuba hangpa siasat bahagian lubang hidung mana yang bernafas lebih cepat? Sebelah kiri atau kanan? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat, ia akan memberi kesan kepada diri hangpa iaitu hangpa akan rasa letih dan tak bermaya. Jadi, sebagai penyelesaiannya, sila tutup lubang hidung di bahagian kiri dan guna lubang hidung di bahagian kanan untuk benafas. Insyaallah, hangpa akan rasa fresh dan bersemangat selepas itu. Kaedah ini juga boleh dilakukan setiap kali hangpa rasa letih dan tak larat.




Pssstttt : Selamat beramal.. WARNING! Ini hanyalah terapi.. Jika hangpa masih sakit kepala walaupun telah mengamalkan teknik ini, sila berjumpa dengan doktor yang arif tentang masalah hangpa okay..



Sabtu, 5 Februari 2011

Jom Mandi Songsang


Ek eh, jangan salah faham okay. Bukannya aku nak ajak hangpa semua mandi dengan pasangan hubungan songsang hangpa tapi aku nak ajak hangpa semua mandi dengan cara songsang. Kalau hangpa semua nak tau, mandi songsang ni ada banyak kelebihan dia tau. Tapi sebelum tu, biarlah aku terangkan serba sedikit apa itu mandi songsang sebab mungkin ada yang blur dan tak tau apa itu mandi songsang. Kalau mandi yang straight, ops! I mean mandi yang normal ialah dengan menjiruskan air dari kepala hingga ke bawah. Sebenarnya, situasi ini tidak baik diamalkan kerana akan memberi kesan buruk kepada kesihatan kita. Sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut. Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Cara mandi biasa akan membuatkan sistem pertahanan diri menjadi lemah.



Untuk mandi songsang pulak, caranya ialah dengan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi ke bahagian atas badan dan diakhiri di bahagian kepala. Mandi songsang ni ada banyak kelebihan dia. Nak tau apa kelebihan dia? Jom usha kat bawah ni.




KEBAIKAN MANDI SONGSANG

1. Menjadikan pengamalnya awet muda dan sentiasa segar


2. Mengembangkan salur darah otak untuk menambah baik sistem darah di bahagian otak untuk berfungsi.



3. Sistem pertahanan badan akan menjadi lebih baik.



4. Menjana sistem hormon badan dengan lebih baik untuk tahap kesihatan yang maksimum.


5. Mengurangkan stress yang dihasilkan oleh otak.



6. Melancarkan perjalanan darah.



7. Menjadikan pengamalnya semakin pintar.



8. Meningkatkan daya ingatan.


9. Mengelakkan atau mengurangkan sakit kepala.



10. Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat.



11. Memiliki daya ketahanan mental.



12. Menambahkan semangat berani.


13. Menguatkan gusi dan gigi.





psssstttt : If I'm not mistaken, mandi songsang ni tak dibenarkan dilakukan sewaktu mandi hadas besar.. Please correct me if I'm wrong.




Jumaat, 4 Februari 2011

Gay Atau Tidak?

Hari ni aku hanya nak paparkan filem pendek yang dihasilkan oleh warga Indonesia. Tajuk filem pendek ini ialah "Gay Atau Tidak".. Jom kita tonton!



Part 1
Align Centre



Part 2




The moral of the story yang kita dapat buat berdasarkan filem pendek ini ialah, jangan ingat lelaki yang tidak mempunyai sifat kelelakian itu sebagai gay dan jangan pulak ingat lelaki yang macho, gagah itu adalah lelaki sejati.. Ahaks!




Khamis, 3 Februari 2011

Tahun Ini Tahun Arnab



Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. Berdasarkan Astrologi Cina, peredaran Tahun Baru Cina terdiri dari 12 tahun. Menurut legenda Cina, suatu hari di Tahun Baru Cina, Sang Buddha telah mengundang semua haiwan dalam kerajaan di negerinya untuk mempersembahkan diri di depan beliau. Tetapi hanya ada 12 binatang sahaja yang datang. Yang pertama ialah Tikus, diikuti oleh Lembu, Harimau, Arnab, Naga, Ular, Kuda, Kambing, Monyet, Ayam Jaguh, Anjing dan akhir sekali Babi. Sebagai tanda berterima kasih, Sang Buddha memutuskan untuk menamakan setiap tahun mengikut tiap2 nama binatang tersebut.


Mengikut Tahun Baru Cina kali ini, ia merupakan giliran tahun arnab. Masyarakat cina mempercayai bahawa tahun arnab merupakan tahun yang sesuai untuk diplomasi dan pemujukan. Tahun arnab juga tahun yang baik bagi hal memperanakkan. Ia juga tahun baik bagi kejayaan dengan perubatan tradisional dan jamu. Bagi orang yang lahir pada tahun arnab, ciri2 keperibadian yang terdapat pada mereka ialah seorang yang ramah mesra walau pun bebas, rendah hati, berfikir dengan jelas, tidak mudah ditipu, dan seorang penyembuh yang berbakat. Berikut merupakan tahun cina berdasarkan 12 haiwan.



TAHUN CINA

Tikus 1936, 1948, 1960, 1972, 1984, 1996, 2008

Lembu 1937, 1949, 1961, 1973, 1985, 1997, 2009

Harimau 1938, 1950, 1962, 1974, 1986, 1998, 2010

Arnab 1939, 1951, 1963, 1975, 1987, 1999, 2011

Naga 1940, 1952, 1964, 1976, 1988, 2000, 2012

Ular 1941, 1953, 1965, 1977, 1989, 2001, 2013

Kuda 1942, 1954, 1966, 1978, 1990, 2002, 2014

Kambing 1943, 1955, 1967, 1979, 1991, 2003, 2015

Monyet 1944, 1956, 1968, 1980, 1992, 2004, 2016

Ayam 1945, 1957, 1969, 1981, 1993, 2005, 2017

Anjing 1946, 1958, 1970, 1982, 1994, 2006, 2018

Babi 1947, 1959, 1971, 1983, 1995, 2007, 2019



Fakta lain tentang Tahun Baru Cina ialah,


* Gong Xi Fa Cai adalah suatu ucapan selamat Tahun baru yang jika diterjemahkan bermakna "Selamat Bertambah Kaya".


* Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin.


* Golongan muda akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin.


* 15 hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.


* Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari Cina.




psssttt : Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat cina di Malaysia serta di mana juga anda berada. Semoga perayaan ini dapat mengeratkan lagi perpaduan kaum yang terjalin di Malaysia ini. Gong Xi Fa Cai..! Kepada yang dah berkerkahwin, hulur2kan la angpow kat Zwan, HEHE..



Rabu, 2 Februari 2011

Aksi2 Menarik Dalam Tandas

Bila bercakap soal tandas, ia merupakan destinasi wajib bagi setiap orang untuk dilawati. Ada yang guna tandas sebagai tempat untuk mandi, buang air besar, buang air kecil, bersihkan diri, salin pakaian, hisap rokok dan tak kurang juga yang menggunakan tandas sebagai tempat untuk melakukan aktiviti2 yang tidak bermoral. Almaklumlah, mungkin yang buat aktiviti tak senonoh kat dalam tandas ini mempercayai bahawa tandas adalah tempat syaitan dan bila mereka dah menjejakkan kaki dalam tandas, automatik mereka pun terpaksa menjadi syaitan. Sebenarnya, aku tak nak berdiskusi isu aktiviti tak senonoh dalam tandas ini tetapi aku nak pamerkan gambar2 tandas yang lucu, seksi, dan menarik. Jom kita saksikan!




Sumpah kalau ada tandas yang lagu ni, malu gila kot aku nak kencing sebab macam ada orang dok usha time kita kencing. Tapi, aku suka idea dia.. Kreatif!


Confirm ramai perempuan akan kerap pi tandas kalau ada toilet yang lagu ni, HAHA



Ayoooo.. Jangan terkejut kalau lepas ni ada orang yang tiup benda tu tapi tak keluar bunyi and yang keluar adalah ayaq yang berbau hancing, HAHA



Aku rasa kalau lelaki yang masuk tandas ni, sure depa bukan hanya sekadar kencing jer tapi turut tuuuuutttttttt... HEHE



Gila best tandas macam ni. Kalau letak tv sebijik depan sofa tu, sure lagi sempoi.. ;)



Loqlaq gila designer sinki ni.. Sure ramai yang macam malu2 nak pegang paip tu tapi maybe ramai jugak yang macam excited nak pegang paip tu, HEHE



Kalau laguni la mangkuk jamban dia, sure taik yang nak keluar tu terus termasuk balik. Scary gila tengok mulut dia, HUHU



Adush, awatla depa design lagu ni? Tak sampai hati nak kencing kat dalam "mulut" tu, HUHU



Best gila kalau semua tandas macam ni.. Jangan tanya pasaipa kalau aku dudok berejam rejam dalam tandas, HOHO



Aiseyh, terkesima! dan aku taktau nak komen apa dengan mangkuk jamban ni, HUHU