Pages

Memaparkan catatan dengan label Suara Hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Suara Hati. Papar semua catatan

Ahad, 8 Mei 2011

Thanks Mama!

Setiap hari ahad minggu kedua pada setiap bulan Mei dianggap sebagai hari ibu di Malaysia. Oleh yang demikian, saya Muhamad Hazwan Bin Sabri dengan penuh rasa bangganya ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada seluruh ibu2 di Malaysia terutamanya mama yang tercinta iaitu puan Zuraidah Bin Haji Mohamed Zain kerana sesungguhnya telah menjadi ibu yang terbaik, terhebat, terbagus, tercantik dan macam2 ter lagi la kepada kami 3 beradik. Thanks Mama!



Tanpa mama, aku tak akan ada di dunia dan hidup macam sekarang. Aku sayang mama aku sebab mama aku akan buat apa saja untuk membahagiakan serta menggembirakan kami 3 beradik. Bagi dia, biarlah dia pakai baju lama tapi biarlah anak2 dia pakai baju baru sentiasa. Biarlah dia tak makan tapi biarlah anak2 dia makan makanan yang sedap2. Mama adalah wanita yang paling hebat yang pernah aku jumpa. Walaupun dia bekerja, tapi dia masih mampu memasak, membasuh baju, menyerika baju, menyidai baju, mengemas rumah dan macam2 lagi la dalam satu hari. Itu yang buat aku kagum sangat2 dengan mama aku. Keluarga aku tak akan terbina kalau tanpa mama aku.



Untuk aku pulak, mama memang dah banyak gila berkorban untuk aku sepanjang usia aku yang dah nak menjangkau 21 tahun ni. Kalau nak senaraikan satu persatu, memang rasanya tak tersenaraila jawabnya sebab terlampau banyak sangat. Rasanya sampai aku mati pun, memang aku tak akan mampu nak balas semua jasa2 mama aku. Walaupun aku bukanlah anak yang baik sangat sebab selalu sangat menghampakan harapan mama aku, tapi insyaallah aku akan tetap berusaha jadi anak yang boleh membanggakan mama aku. MAMA, I LOVE YOU SO MUCH! Muah! Muah! Muah!



di Bukit Bendera.. Mama, Aku and Aizat..


di Bukit Merah.. Mama, Aku, Aizat and Ba..


Kenangan di rumah di Sungai Ara, Bayan Lepas.. Mama and Aku..


Kenangan rumah di Sungai Ara, Bayan Lepas.. Mama and Aku..


Kenangan di rumah di Sungai Ara, Bayan Lepas.. Mama, Aku and Aizat..



Sabtu, 26 Mac 2011

Perlu Ke Nak Bunuh Diri?


cubaan bunuh diri di KB Mall pada 24 Mac 2011


Semalam memang penuhla kat facebook orang dok pos pasai video ni. Meremang jugaklah tengok aksi perempuan ni time dia nak terjun dari bangunan KB Mall tu. Agak memalukan pun ada jugak dengan perempuan tu sebab kejadian berlaku di negeri yang memang kuat dengan ajaran Islam. Rasa macam sedih sangat apabila perempuan tu tergamak nak cabut nyawa dia sendiri sebab nak lari daripada masalah punya pasai. Hey perempuan, kalau hang nak lari daripada masalah pun, perlu ke sampai nak bunuh diri? Hang ingat nanti kalau hang dah mati, takdak ke masalah kat akhirat nanti? Cubala sayang sikit dengan nyawa tu. Kalau tak sayang dengan nyawa sendiri pun, cubala fikirkan tentang orang yang sayang kat hang. Kalau hang mati disebabkan bunuh diri, kesian kat family hang sebab tak pasai2 nak kena menanggung malu atas perbuatan bodoh hang tu.



Sebenarnya, bukan agama Islam je yang menganggap perbuatan bunuh diri tu sebagai dosa besar tetapi agama2 lain seperti yahudi, kristian, budha serta hindu juga turut mengharamkan penganut depa daripada membunuh diri. Kalau hangpa nak tau, jenazah orang yang bunuh diri ni, tidak haram untuk kita sembahyang jenazah ke atas mayatnya tapi menjadi sunnah kalau kita tidak menyembahyangkan jenazahnya sebab Nabi Muhammad dulu pun tidak akan menyembahyangkan jenazah orang yang bunuh diri sebagai pengajaran. Walaubagaimana pun, orang yang bunuh diri tidak boleh dianggap murtad ok.




Abu Hurairah R.A. meriwayakan dari Nabi S.A.W.
مَنْ تَرَدَّى مِنْ جَبَلٍ فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَهُوَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ يَتَرَدَّى فِيهِ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ ‏ ‏تَحَسَّى ‏ ‏سُمًّا فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَسُمُّهُ فِي يَدِهِ يَتَحَسَّاهُ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِحَدِيدَةٍ فَحَدِيدَتُهُ فِي يَدِهِ يَجَأُ بِهَا فِي بَطْنِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا
Maksudnya: “Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam genggamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam genggamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)



Konklusinya, sila jauhkan diri hangpa semua daripada perbuatan membunuh diri ni sebab perbuatan ini langsung tak ada kebaikan and manfaat malahan membawa kepada penghinaan serta penderitaan di akhirat kelak..



Jumaat, 25 Februari 2011

Sorry Teman Lelaki..!


Sorry teman lelaki? Boyfriend siapa? Boyfriend aku ke? Ek eh, aku ada ke boyfriend? HAHA. Actually ini bukan soal aku ada boyfriend or tak. Aku still tak cukup sifat lagi nak ada boyfriend segala and jadi gay macam “Azwan Ismail”. Siapa Azwan Ismail? Alaaa, si polan yang famous dengan tagline and video berani mati “ I’m Gay, I’m Okay” tu laa. Aiseyh, kenapa tiba2 aku cakap pasai Azwan Ismail ni? Oh tidak! Azwan Ismail mahupun Azwan Ali tak termasuk dalam ini punya cerita okay.



Sebenarnya, entry blog aku kali ini ialah untuk aku memohon bebillion kemaafan daripada seluruh boyfriend yang bersangkut kait dengan aku. Suatu hari tu, aku adala lepak2 makan tengahari kat restoran baru kat Kolej Murni di UiTM Kedah bersama sekumpulan kawan2 perempuan aku. Masa tengah makan tu, sorang demi sorang kawan perempuan aku yang luahkan perasaan kat aku pasai boyfriend depa semua pakat dok cemburu kat aku sebab depa caring sangat kat aku berbanding dengan boyfriend depa, HAHA. It sounds funny right? Btw, aku rasa beruntung sangat sebab ada kawan2 yang betul2 ambil berat kat aku sampai kekasih depa semua terasa hati dengan aku.



Kepada boyfriend2 Cik Fiza, Cik Ila, Cik Zaty, Cik Farhana, Cik Own, Cik Azza and sewaktu dengannya, aku mintak maaf sangat2 okay sebab membuatkan hangpa semua terasa hati dengan aku. Tapi serius ikhlas daripada hati aku bahawa aku tak akan rampas siapa2 yang dah ada kekasih sebab aku ni bukannya jenis yang suka merampas hak orang lain. And one more thing, Aku just anggap kawan2 perempuan dalam kelas aku just macam adek beradek aku sendiri and tak lebih daripada tu.



Mesti hangpa semua yang dok baca blog aku lani dok pening kan sebab apa kawan2 perempuan kelas aku caring dengan aku. Actually, semenjak aku accident 6 bulan yang lepas, aku still tak boleh nak drive sebab kaki aku still tak sembuh properly lagi. So, aku terpaksala bergantung harap kepada classmate aku yang majoritinya perempuan(sebab kelas aku hanya ada 7 orang sahaja student lelaki berbanding 21 orang pelajar perempuan) untuk ambil aku ke kelas and hantar aku pulang ke rumah memandangkan aku menyewa rumah di luar UiTM Kedah.



Akhir kata, kepada boyfriend2 kepada “girlfriend2” aku semua, aku mintak maaf sangat2 okay. And yang paling penting, hangpa(boyfriend2) amat beruntung sebab dapat ”girlfriend” sehebat and sebaik nama2 gurl yang aku mention tadi. TAHNIAH!!!



Jumaat, 14 Januari 2011

Perempuan Tak Reti Masak : Apa Pandangan Lelaki?

Perempuan tak reti memasak? Sebenarnya aku bangkitkan isu ini sebab aku tengok ramai di antara kawan2 perempuan aku memang langsung tak reti memasak. Aku tertanya-tanya juga samada perempuan yang tak reti memasak ini layak atau tidak bergelar sebagai seorang isteri? Sebab ada orang kata, kalau perempuan nak pikat lelaki, dia kena pikat perut si lelaki itu dahulu, kalau berjaya pikat perut lelaki itu, barulah lelaki itu secara automatiknya akan terpikat dengan perempuan itu juga. Tapi ada juga yang kata, reti masak atau tidak, itu bukan persoalannya kerana perkahwinan itu berdasarkan rasa cinta dua hati.



Jika ditanya kepada aku, secara jujurnya aku memang tidak kisah samada perempuan itu reti memasak atau tidak tapi sekurang kurangya kenala tahu benda2 yang asas contohnya macam mana nak tanak nasi, nak goreng telur dan sewaktu dengannya. Bukannya apa, manala nak tahu nanti semua kedai makan tutup dan tiada tempat yang boleh pergi makan, sekurang kurangnya bolehla makan dengan nasi+telur goreng. Betul tak?




Untuk lebih lanjut, macam biasa, aku ada terjah beberapa jejaka di laman social Facebook mengenai pandangan mereka tentang perempuan yang tak reti memasak ini. Boleh dikatakan, majoriti lelaki2 ini tidak kisah jika di awal perkahwinan isteri mereka tidak reti memasak tetapi haruslah ada inisiatif untuk cuba belajar memasak. Okaylah, aku pun tak nak membebel panjang2, jom kita usha pandangan jejaka2 kat bawah ni..




"Memandangkan awek aku sekarang ni pun memang tak reti memasak, jadi aku tak kisahla kalau dah kahwin nanti pun dia tak reti masak lagi. Aku suka kat dia bukan sebab masakan dia. Tapi nanti kalau dah kahwin, aku suruhla dia belajar memasak pelan2.." AMIR









"Berdasarkan pengalaman aku bekerja, kebanyakan perempuan yang bekerjaya ni memang tak reti memasak. Kakak2 kat bank yang aku kerja ni, umur dah lebih 30an ngan 40an pun still tak reti nak masak. Aku memang nak cari isteri yang bekerjaya pun. Nanti boleh dia support aku sikit. Bab masak memasak ni, serahkan pada bibik jer lah." ALIFF







"Take it easy la. Aku nak jer kawen dengan perempuan yang tak reti memasak. Aku tak kisah langsung. Lepas kahwin boleh belajar memasak." FARAHEIN









"Aku memang takde masalah kalau kahwin dengan orang yang tak reti memasak tapi kalau dah beranak pinak nanti, aku akan paksa dia belajar memasak jugak. Takkan hari2 mau makan kat kedai, boleh muflis aku.." AFIQ









"Bagi aku takde alasan untuk tak reti memasak. Semua orang diberi sama akal kecuali rajin atau malas jer nak belajar memasak. Kalau GF aku tak reti memasak, aku akan suruh dia belajar memasak dengan mak dia dulu atau pegi kelas memasak sebelum kahwin dengan aku." RASHIDI









"Pokoknya aku mau dia belajar memasak terlebih dahulu sebelum berkahwin. Tapi kalau aku sudah cinta sama dia dan terpaksa berkahwin dengan dia sebelum dia reti memasak, enggak apa2 si, asal dia mau belajar memasak." SYAHBANI








"Tak kisah. Kahwin jer.. Kalau ko nak tau, kakak ipar aku dulu pun tak reti masak tapi lama2 lepas kahwin dia dah reti masak. Masakan dia memang kalau makan sekali rasa macam nak tambah berkali kali. So, bagi aku, kalau tak reti tu, nanti boleh belajar." AFIEQ








"Tak kisah sangat tapi kalau dia reti masak tu kira pakej la. Kalau dia tak reti memasak pun takpa sebab aku reti memasak. Nanti bila aku nak memasak kat dapur, aku ajakla dia memasak dengan aku sekali.. Lama2 nanti dia reti la memasak dan secara tak langsung, hubungan kami akan jadi lebih intim sebab memasak bersama2.." IJAN








pssstttt : Kepada anda yang nak berkongsi pendapat, tidak kira samaada anda ini LELAKI,PEREMPUAN mahupun KHUNSA, anda dialu-alukan berbuat demikian di ruangan ulasan/komen okay? PEACE!



Rabu, 12 Januari 2011

Kasihan Ana


Pertama sekali, aku nak memohon bebilion kemaafan sebab isu ni dah lapuk dan ketinggalan zaman. Sebelum ni aku memang nak ulas mengenai isu ini tetapi disebabkan kelembapan internet di bumi Merbok dan kesibukan di sana, aku terpaksalah lupakan hasrat yang membara seperti JinBara yang sedang melalak akibat dijilat api. Yeah! Sekarang aku dah ada kat rumah aku di negeri pemerintahan Lim Guan Eng. Jadi barulah aku boleh ulas isu ni disamping blogging puas2 selama 4 hari sebab internet kat sini memang tidak menghampakan.




TOLONG INGATKAN AKU yang Ana Raffali langsung tak berdosa untuk menjuarai AJL 25 baru2 ini. Pertama sekali, aku nak ucapkan TAHNIAH kepada semua peserta AJL 25 sebab semua persembahan memang superb! Apa yang membuatkan ramai tak puas hati termasuklah aku tentang AJL 25 ialah apabila Ana Raffali diangkat sebagai juara AJL 25. Memang ini suatu kejutan yang boleh menyebabkan perempuan yang mengandung terus beranak dan pesakit jantung terus mati mengejut. Bukan kejutan sebab Ana Raffali tak layak menang. Sebenarnya semua yang bertanding dalam AJL 25 pada ahad lepas sememangnya layak untuk bergelar juara cuma pada malam tersebut, ada lagu lain yang mungkin lebih layak diangkat sebagai juara jika dibandingkan dengan lagu Tolong Ingatkan Aku berdasarkan kekuatan lagu, lirik, persembahan, populariti dan vokal.





Kasihan dengan Ana Raffali apabila dia terus dihentam dan dipersalahkan di Facebook sehinggakan ada page yang jelas2 menidakkan kejuaraan Ana. Turut tak ketinggalan di blog2, di media cetak mahupun media elektonik. Kenapa Ana yang patut dipersalahkan? Sepatutnya juri2 pada malam tersebut yang diketuai oleh M.Nasir yang harus di persalahkan. Kenapa kita perlu boikot Ana? Sepatutnya kita perlu memboikot juri2 pada malam tersebut untuk tidak menjadi juri pada AJL 26 kelak. Kepada Ana Raffali, mungkin kejuaraan anda ini tidak dapat diterima oleh kami semua tetapi tolong buktikan yang kami silap. Buktikan anda sememangnya hebat. Semoga dengan kejuaraan ini, Ana Raffali dapat menjadi lebih hebat daripada Datuk Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir. Tiada yang mustahil kan? Kepada juri2 AJL 25, TERIMA KASIH kerana telah mencalarkan imej industri muzik Malaysia.






Psssttt : Suka dengan penampilan Ana Raffali yang sentiasa ayu membuat persembahan dengan baju kurung. Ada yang kata Ana Raffali perempuan kampung sebab berbaju kurung tapi bagi aku, Ana Raffali adalah Perempuan Melayu Terakhir.



Sabtu, 1 Januari 2011

Internet Lembap

Hari ini aku sudah menjejakkan kaki di bumi Merbok yang terletak di Kedah Darul Aman. Misi kini sudah bermula untuk memulakan tahun baru ini dengan langkah yang semangat walupun agak capit. Demi menamatkan semester akhir ini dengan pointer yang diharapkan, akan ku gagahkan juga kaki ini melangkah walaupun tidak segagah biasa. Tapi ini bukan soalnya kerana sekarang aku nak luahkan perasaan yang tengah meronta ronta untuk dimuntahkan. Isu yang aku nak muntahkan kat sini ialah mengenai Internet. Internet? Ya! Internet. Dulu mungkin ia tidak memberi kesan secara langsung mahupun tidak langsung kepada sesiapa pun. Tetapi kini, nampaknya semuanya telah berubah apabila ramai daripada kita termasuk diri aku sendiri yang tidak boleh hidup tanpa Internet.


Penangan Internet kini amat besar sekali tertumanya kepada generasi2 facebook, blogspot, google dan sebagainya. Di Malaysia terutamanya, boleh dikatakan setiap isi rumah dibekalkan dengan kemudahan internet oleh keluarga masing2 kerana dunia kini segalanya di hujung jari. Tetapi persoalannya, apakah kelajuan internet di sesetengah tempat atau negeri seperti yang diharapkan? Memang tidak dinafikan Agak kurang adil misalnya jika dibandingkan dengan pengguna di negeri Selangor dan negeri Kedah kerana kelajuannya agak berlainan sekali walaupun dibayar dengan harga yang sama setiap bulan. Jika dilihat pada statistik kelajuan Internet kini, negeri Selangor merupakan negeri paling laju manakala negeri Kedah pula terletak sebagai negeri ke-11 untuk kelajuan internet. Ini bermakna, akses internet di Kedah begitu lembap jika nak dibandingkan dengan akses internet di Selangor.


Okay, memandangkan kini aku sudah berada di bumi Kedah, aku dah tak mempunyai masa lagi untuk nak blogwalking sebab kelajuan internet di sini begitu menghampakan. Jadi, jika aku tidak blogwalking dari satu blog ke satu blog, bagaimana untuk aku tambah input knowledge dalam diri aku? Bukankah tujuan kerajaan menggalakkan penggunaan internet untuk menjadikan penduduk di Malaysia ini tidak hidup seperti katak di bawah tempurung serta berilmu pengetahuan tanpa sempadan? Tetapi jika kelajuan internet itu menjadi masalah, apa gunanya jika penduduk Malaysia mendapat kemudahan untuk akses internet jika mereka terpaksa menunggu loading yang begitu lama dan kadang kala terputus putus? Sudah pasti situasi ini akan membuatkan mereka berasa tidak selesa untuk menghadap internet lama2 dan akhirnya segala ilmu atau info yang sepatutnya sampai kepada mereka tidak kesampaian.


Agak malang untuk kawasan Merbok di Kedah kerana mempunyai beberapa pusat pengajian yang gah seperti UiTM, AIMST Universiti dan MRSM tetapi kelajuan internet di kawasan tersebut amat mendukacitakan. Aku sebagai penghuni yang menyewa kediaman di sini untuk meneruskan pengajian di kawasan ini mahukan pihak yang terbabit lakukan sesuatu kerana sebagai pengguna, aku rasa macam tak dihargai kerana jumlah yang dibayar adalah sama seperti di negeri Selangor dan sewaktu dengannya tetapi kenapa kelajuan internet yang diterima tidak sama? Jadi sila bertindak dengan kadar segera jika tidak mahu penduduk di kawasan yang kurang membangun terus dibelenggu dengan masyarakat yang tidak berinfo. Jangan nanti orang kata, Malaysia sebuah negara yang pandai terus jadi pandai dan yang bodoh terus jadi bodoh ataupun yang kaya terus jadi kaya dan yang miskin terus jadi miskin.. Fikir2 kan.

Rabu, 29 Disember 2010

Untung Perempuan Malaysia

Terkesima. Terkedu. Terkelu. Terkamjat. Terkejut. Lagi “TER” apa lagi ek? HAHA. Actually semua inilah perasaan aku semasa meneliti laporan bancian tahun 2010 yang telah melabuhkan tirainya beberapa bulan yang lalu. Mengikut laporan bancian tersebut, jumlah populasi Malaysia pada tahun 2010 ialah seramai 27,565,821 orang dimana 14,112,667 adalah kaum lelaki dan selebihnya iaitu 13,453,154 adalah kaum perempuan. It was surprising right? Lihat, jumlah kaum lelaki lebih ramai jika dibandingkan dengan jumlah kaum perempuan di Malaysia ini. Selama ini aku bayangkan bahawa kaum perempuan lebih ramai jika dibandingkan dengan kaum lelaki sebab aku tengok di Universiti ataupun apa2 event yang dijalankan, pasti dipenuhi dengan golongan hawa ini tetapi ternyata sangkaan aku itu jelas meleset sama sekali kerana realitinya kaum lelaki adalah jantina yang memonopoli bagi populasi penduduk di Malaysia.



Yeah! Mungkin di saat ini perempuan2 di Malaysia boleh mengukirkan senyuman yang lebar disebabkan depa mempunyai banyak pilihan untuk dijadikan teman hidup dan saham diri depa juga turut meningkat begitu mendadak “kerana dirimu begitu berharga” di Malaysia ini. So, tidak menghairankanlah jika pada hari ini ramai jejaka2 kacak di Malaysia yang masih bergelar teruna serta bujang terlajak walaupun usia depa jelas menunjukkan rumah kata pi and kubur kata mai. Dan tidak mengejutkan jugaklah jika pada hari ini ramai diantara perempuan2 yang agak kurang cantik tetapi begitu laris di pasaran Malaysia seperti goreng pisang panas memandangkan jumlah depa yang agak kurang jika dibandingkan dengan kaum lelaki. So, please don’t ask me why I’m still single until today, HAHA.



Actually, aku ada sedikit ucapan kepada lelaki2 yang berhidung belang di Malaysia ni. “Hey lelaki2 hidung belang sekalian, janganla hangpa nak meqla sangat sampai nak kawen lebih daripada sorang or tegedik gedik nak ada perempuan simpanan la apalah. Tawla yang hangpa tu ada 4 kuota tapi ingat2la sama kat lelaki2 yang masih teruna ni. Tak kesian ka kat lelaki2 yang teruna ni?”HUHU. Maybe disebabkan jumlah populasi kaum perempuan kurang berbanding kaum lelaki, maka mungkin ini boleh menjadi penyebab why bilangan lelaki2 gay di Malaysia ini meningkat mendadak seperti cendawan tumbuh selepas hujan.



Jadi penyelesaiannya, aku cadangkan Kerajaan Malaysia supaya mengimport gadis2 daripada Venezuela atau Maghribi atau Turkey atau Korea untuk diserap menjadi warganegara Malaysia. Barula nanti teruna2 di Malaysia ni tak terjebak ke dalam kancah dunia gay dan sekali gus mendapat anak2 yang berwajah comel dan berotak genius hasil perkahwinan campur ini. Hebat tak Idea aku ni? So, kepada Kerajaan Malaysia, what are you waiting for? Ahaks!





Jika tidak mahu keadaan ini berlaku di Malaysia, Kerajaan Malaysia wajib ikut idea aku okay, HEHE




Selasa, 28 Disember 2010

Selamatkah Pemain Kita?

Tanggal 29.12.2010 merupakan tarikh keramat yang bakal menentukan samada pasukan bola sepak Malaysia mampu atau tidak menutup lembaran tahun 2010 dengan sebuah sejarah manis untuk membuktikan bahawa Malaysia adalah jaguh bola sepak di rantau ini. Tetapi persoalannya kini, selamatkah pemain kita apabila bertandang ke Jakarta kelak untuk menentang pasukan Indonesia?


Setelah kejayaan Malaysia berjaya melemaskan Indonesia dengan jaringan 3 gol berbalas 0 gol di Kuala Lumpur pada 26.12.2010, rakyat Indonesia terus merusuh dengan menjadikan Stadium Gelora Bung Karno sebagai mangsa apabila stadium itu dirosakkan oleh depa sendiri. Lihat, sedangkan harta benda negara depa sendiri pun depa boleh jahanamkan tanpa rasa bersalah, jadi kemungkinan untuk depa cederakan pemain Malaysia juga adalah tinggi.




Sebelum ini pelampau Indonesia yang diketuai oleh Parti BENDERA juga telah menggelarkan Malaysia sebagai Malingsia, MalaysiaL dan juga telah melaungkan ganyang Malaysia dengan membakar bendera Jalur Gemilang serta menghalau rakyat Malaysia yang berada di bumi Indonesia dengan menggunakan buluh runcing. Situasi ini diburukkan lagi apabila Kedutaan Malaysia dilontarkan dengan najis oleh pelampau2 tersebut. Selain itu, depa juga turut tidak menghormati lagu Negaraku apabila berkelakuan jelik sewaktu lagu Negaraku sedang berkumandang. Ini hanyalah sebahagian sahaja sikap liar yang ditonjolkan oleh pelampau2 Indonesia ini terhadap Malaysia.


Apa yang dikhuatirkan ialah setelah penyokong Malaysia menggunakan laser terhadap penjaga gol Indonesia ketika perlawanan yang sedang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur sehingga menyaksikan penjaga gol tersebut menghentikan perlawanan sehingga beberapa minit. Maka tidak hairanlah jika perlawanan Malaysia menentang Indonesia di Jakarta nanti dibayangi dengan tindakan bodoh dan ganas oleh penyokong Indonesia terhadap pemain Malaysia dalam misi membalas dendam.




Jadi, sebagai rakyat Malaysia, ayuhlah kita beramai ramai tanpa mengira fahaman agama dan keturunan budaya untuk mendoakan semoga pemain2 Malaysia selamat ketika di sana nanti dan berjaya menjulang kemenangan Malaysia dalam arena bola sepak di rantau ini. Malaysia Boleh.. !



Barisan pemain2 Malaysia



pssstttt ; Kepada penduduk2 di serata Penang, Cepat tadah ayaq dan simpan ayaq secukupnya sebab hanya tinggal beberapa jam saja lagi sebelum hampir seluruh Penang terputus bekalan air..



Selasa, 21 Disember 2010

Syukur KAU Yang Satu

Alhamdulillah, itu jer yang aku dapat ungkapkan tadi…Actually, tadi pagi aku bangun awal taw.. Bangun pukul 6.30am sebab digerakkan oleh mak aku untuk bersiap siap pegi hospital walaupun aku tidur pukul 4.00am.. Sumpah mengantuk tahap dewa.. Bila bangun jer, tiba2 terdetik dalam hati aku untuk solat subuh.. Then aku pown pi la amek wuduk untuk solat subuh aku yang pertama untuk 4 bulan,HUHU..



So bertolakla aku ke hospital tu bersama mama, ba and adek bongsu aku Nazmi dalam pukul 7.35am and sampai hospital tu dalam pukul 8.30am camtu la.. Actually appointment aku dengan doctor pukul 10am tapi mak aku nak jugak keluar awai sebab takut parking tak dak.. Then memandangkan aku sampai awai, so lepas register tu, terus pegi bwat X-Ray and turon breakfast sementara tunggu jam 10am..



Angka giliran aku dipanggil pada pukul 10.10am. Time tu, ketaq gila aku sebab aku takowt apa yang aku harapkan tak kesampaian.. Aku disambut oleh seorang doctor lelaki cina yang masih muda tapi baek sangat2.. Then, dia bukak komputer dia and tiba2 gambar yang aku X-Ray tadi muncul kat skirn komputer dia.. Dalam 10 minit jugakla dia dok belek aku punya X-Ray tu.. Then dia kata, aku dah boleh jalan seperti biasa dah. Yahoo! Itulah jawapan yang aku harapkan... Hati aku time tu bersyukur sangat2 kat tuhan sebab dia still sayangkan aku even aku selalu abaikan dia..



Bila sampai rumah, aku try jalan tanpa guna tongkat tapi aku dah tak reti macam mana nak jalan dengan betol. Saketnya plak, tuhan jer yang taw macam mana.. Ayoooo, aku nak kena jadi baby balek belajaq cara jalan... Ta teh ta teh.. HUHU.. Yang pasti esok aku kena practice lagi bejalan sebab just tinggai seminggu jer lagi sebelum kuliah aku bermula.. Tak kan aku nak pakai tongkat pi kelas kowt.. Tak rockla bhai.. HAHA..



Apa2 pown, aku beruntung sangat2 sebab aku ada family, kawan2 and lecturer2 yang caring sangat2 dengan aku.. Terima kaseh kepada family aku yang banyak gila berkorban masa, tenaga and wang untuk aku.. Aiseyh, mak aku punya cuti kerja sampai dah habes sebab asyik amek cuti jer untuk aku.. Dahla tu, duet pown banyak gila yang dah guna untuk aku sampai puluhan ribu jugakla yang dah habes sebab aku.. Sorry! HUHU.. Thanks Mama, Ba and my adek2 aku, Nazmi and Aizat sebab tak kesah layan karenah aku yang mengada ngada ni.. Paham2 jerla, dah nama pown saket kan, for sure la kadang2 aku hangin tak tentu pasai and belagak macam raja, HEHE..



Btw, thanks jugak kepada kawan2 aku kat UiTM Kedah yang berpusu-pusu melawat aku kat hospital.. Sumpah aku terharu gila sebab boleh dikatakan seluruh batch fakulti aku mai melawat aku and ramai jugak kawan2 aku daripada fakulti laen pown mai melawat.. Sampai tak muat bilik aku tu and nurse2 kat situ pown kata aku dah macam artsi dah,HAHA.. Lecturer aku, Sir Mahadir Ladisma kata, malam aku accident tu, dekat koridor hospital tu memang penoh gila kawan2 aku nak melawat sampai boleh bwat dua kelas untuk kuliah.. Depa sanggup tunggu sampai tengah malam tapi tetap tak dibenarkan masuk sebab time tu bukan time untuk melawat.. And kesian jugak kat kawan aku Zyrol and Wanie sebab depa teman aku naek ambulans ke hospital.. Time aku accident tu, actually time tu time untuk berbuka puasa and for surela both of them pown tak sempat nak berbukak puasa kann.. Thanks guys! I love you all so much.. And thanks jugak kepada kawan2 sekolah aku yang berpusu pusu jugak mai melawat aku kat rumah.. Thanks naaa.. Satu lagi, kepada lecturer2 aku, terutamanya Sir Mahadir Ladisma, Thanks sangat2.. Jasamu tetap ku kenang..



Sometime aku rasa macam mimpi pown ada sebab aku tak pernah terpikir langsung akan terlantar kat hospital and sambut raya dalam hospital.. Okaylah, aku pown malas nak beletiaq panjang2 takut nanti hangpa bosan.. Bye!





Ahad, 19 Disember 2010

Kesian Depa..

Tadi sedang aku dok menonton televisyen kat ruang tamu and family aku semua plak sebok dok lunch di meja makan, tetiba terdengar bunyi orang bagi salam..


Owh, rupanya ada seorang kanak2 perempuan kecil berbangsa Rohingya memakai baju kurung warna merah datang rumah aku untuk meminta sedekah.. Then aku panggilla mak aku.. Mak aku pown datang sambil menghulurkan wang kat budak tu.. Tetiba budak tu salam tangan mak aku and dia kata dia lapar and dia nak makan nasi.. Maybe dia ada bau2 makanan kowt sebab time tu kan family aku tengah dok makan.. Aku plak just dudok atas sofa memerhatikan jer gelagat mak aku ngan budak tu..


Lepas dengaq permintaan budak tu, mak aku pown pi la bungkus2 nasi bagi kat budak tuu.. Budak tu ucap trima kaseh and berlalu pergi.. Aku time tu baru teringat yang aku kena tangkap gambaq budak tu untuk aku jadikan bahan kat blog aku.. Oh no! Aku tak sempatla plak.. Tapi dengan semangat kegigihan aku yang tengah membara, aku pown terus mencapai telefon bimbit aku and keluar rumah untuk menjejaki budak tuu..


Then bila aku keluar rumah, aku tengok budak tu sedang bertenggek di longkang tepi rumah jiran aku dengan mak dia sambil makan nasik yang mak aku bungkuskan tadi.. Aku dah besedia nak tangkap gambaq depa tapi tetiba naluri aku tak sampai hati nak bwat lagu tuu.. Tak tergamak plak aku nak upload pic depa kat blog aku.. Maybe cara aku tu akan mengaibkan depa plak.. So, aku pown batalkan la niat aku tu untuk tangkap gambaq depa.. Aku terus masok dalam rumah sambil bagitaw kat mak aku pasai apa yang aku nampak.. Mak aku pown kata, "Yaka? Mama bungkuskan nasik tu untuk sorang jer yang makan.. Taktaw la pulak yang dia nak makan ngan mak dia"..


Hurrm, then aku teringatla plak content blog Izamir Ridzwan semalam pasai "Makin Kaya Makin Kedekut Sedekah".. Pada masa yang sama aku tringat plak tentang kisah hidup masyarakat Rohingya yang aku baca kat dalam surat khabar.. Kesian depa sebab tanah depa kena rampas, hak depa dinafikan serta depa dihalau keluar daripada Myanmar.. So, lani bangsa Rohingya menjadi pelarian seperti di negara Thailand, Malaysia, Bangladesh, Australia, Canada dan beberapa lagi buah negara. Apa yang kesiannya, depa ni juga turut diambil kesempatan oleh orang2 kat negara yang depa tumpang berteduh tu.. Kalaw kat Malaysia ni, depa dijadikan pengemis oleh sindiket2.. Kesian kan naseb depa..


Perlu diingat, bangsa Rohingya di Malaysia bukanlah pendatang tanpa izin tapi depa mendapat pengiktirafan daripada UNCHR untuk menetap di sini.. So, kepada PBB, sila bwat something untuk jatuhkan Junta Tentera Myanmar daripada terus berkuasa di Myanmar.. Dan sila kembalikan semula hak2 bangsa Rohingya ni di bumi Myanmar.. Hidup pemimpin pro-demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi..! Hidup Suu Kyi..!!!

Jumaat, 17 Disember 2010

ANAK HARAM

gambaq ni takdak kena mengena dengan yang hidop maupon dah mampos


Anak haram atau nama lainnya juga dikenali sebagai anak luar nikah serta anak tak sah taraf. Hurrmm, untuk bagi bahasa aku jadi lebih sopan, aku akan gunakan pekataan anak luar nikah okay.. Btw, apa yang aku nak cerita ni bukannya sekuel filem ”Anak Halal” taw.. Takdak kena mengena langsung antara yang hidup mahupun yang sudah mampus dengan filem tu okay.. Jauh sekali filem ”2 Alam”.. Alaaa, yang RM40 juta tuu, HAHA..



Okay, kita sambung balik pasai isu pembincangan kita pasai anak luar nikah nii. Kalaw dilihat pada statistik perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara since tahun 2000 until tahun 2008, jumlah anak luar nikah yang telah dilahirkan ialah seramai 257,000 orang. Itu hanya jumlah yang didaftarkan dan tidak termasuk jumlah bayi2 luar nikah yang dibuang di tong sampah, lubang jamban, longkang dan sebagainya. Dan jumlah ni jugak tak termasuk tahun 2009 and tahun 2010.. Kalaw semua ni dikira sekali, kompem bekali ganda lagi jumlah kelahiran bayi luar nikah yang dapat kita saksikan..



Mengenai bulan kelahiran bayi luar nikah yang paling tinggi dicatatkan pada bulan May, September and also November. Dipercayai kelahiran bayi luar nikah yang tinggi pada bulan May disebabkan proses mengawan yang berlaku time malam kemerdekaan detik 31st August.. Jumlah kelahiran bayi luar nikah yang tinggi pada bulan September pulak disebabkan proses mengawan yang berlangsung time sambutan malam New Year pada malam 1st January..(hanya tinggal 13 hari jer lagi sebelum proses mengawan bermula,HAHA). Dan seterusnya kelahiran bayi luar nikah yang tinggi pada bulan November pulak disebabkan proses mengawan yang berlangsung pada Valentine Day pada bulan February..



Cuba kita bayangkan apa akan jadi pada bayi2 luar nikah tanpa bapa yang putus nasab ni pada 20 tahun yang akan datang.. For sure depa perlu berkawen sebab dah besaq and memang dah masok kategori wajib untuk berkawen la kan. Time tu maybe surat beranak jadi syarat wajib untuk pengesahan bagi pihak keluarga bakal mertua.. Bayangkan apa akan terjadi bila si pihak keluarga yang nak nak kawenkan anak depa dengan anak luar nikah ni mengetahui yang bakal menantu depa tu nama takdak bin atau pun bin kepada MAULAD.. Hangpa rasa, depa ni akan senang2 ka nak bagi anak depa kawen dengan anak luar nikah ni? Kalaw depa bagi pown, sebelum tu kompem anak luar nikah ni nak kena menempuhi macam2 rintangan and halangan yang jauh lebih hebat lagi daripada rintangan kat dalam rancangan Istana Takeshi tuu.. Tapi, persoalannya, awat depa diperlakukan macam tu? Depa still manusia yang mempunyai hati dan perasaan right?



Huh! Nak tak nak, kita kena terima jugak hakikat yang masyarakat kita memang akan pandang jelek and hina kat anak2 luar nikah nii. Ada yang tergamak sisih and buang anak ni daripada keluarga depa kalaw dapat taw anak luar nikah ni wujud dalam kalangan keluarga depa. Sebagai contoh drama kat tv3 iaitu ASMARA. Maybe hangpa akan kata, alaaa, kecohla zwan ni.. Yang tu drama jer lah.. bukannye bebetoi pown.. LISTEN! Kalaw benda tu tak jadi dalam masyarakat kita, orang tak bwatla drama pasai tu chek ooii.. So take a note okay.. Drama ni mengisahkan di mana bapak kepada gadis yang melahirkan anak luar nikah ni tergamak mengupah orang untuk menculik bayi tu and jual bayi tu sebab tak mau nama keluarga depa busuk. Kesian kan baby tuu..



Aiseyh, bagi aku bayi tu sikit pown tak berdosa.. Bayi tu adalah anugerah daripada tuhan tapi yang berdosa adalah perlakuan sumbang mak bapak bayi tu. Hangpa ingat baby tu nak ke dilahirkan sebagai anak luar nikah? Kalaw hangpa la kan, nak ke lahir sebagai anak luar nikah? Mesti takmau kann.. Takdak sorang pown kat dunia ni yang sanggup dilahirkan sebagai anak luar nikah. Stigma masyarakat kita selalu memandang negatif kat anak luar nikah ni la jadi penyebab anak luar nikah ni rasa rendah diri and tak bersemangat untuk meneruskan kehidupan. Kalaw situasi ini berlaku, aku rasa orang yang patut kita pandang jelek and hina ialah kepada golongan orang yang pandang serong dengan anak luar nikah ni. Sebab perbuatan depa tu jauh lebih hina daripada B***.. Am I right?




Kepada jantan2 and betina2 kat luar sana, sila jaga maruah anda and sila jaga kemaluan anda okay.. Kalaw hangpa tak sayangkan kemaluan hangpa tu, sila sayangkan zuriat yang bakal lahir daripada benih2 hangpa tu okay.. Kalaw hangpa melahirkan anak luar nikah and anak luar nikah tu dicemuh masyarakat seumur hidup dia, hangpa la PUNCANYA! Hangpa nak ke jadi punca zuriat hangpa tu dicemuh serata dunia seumur hidup? Hangpa baca, Hangpa Tentukan!





Rabu, 15 Disember 2010

Awat Depa Jadi Pelacur?

gambar sumbangan ikhlas Tan Sri Google


Pelacur! Yeah kali ni aku nak sentuh isu pasai golongan2 pelacur plak. Bila kita dengaq perkataan P.E.L.A.C.U.R ni, sure kita akan pandang jijik and hina kat depa.. Kita akan salahkan diri depa 100%. Tapi pernah tak hangpa terfikir awat depa jadi Pelacur? Hurrmm, Dulu aku pun memang pandang jijik dengan orang2 yang jadi pelacur ni tapi bila baca kisah2 hidup depa yang membuatkan depa terjerumus dalam gejala pelacuran ni, perasaaan jijik aku mula berubah jadi kesian. Aku pernah imagine jugak kalaw aku berada kat tempat depa, sure aku pown buat benda yang sama.


Actually, aku bukannya nak tegakkan benang yang basah. Jauh sekali nak halalkan benda yang haram. Benda yang salah tetap salah. Islam sendiri pun mengharamkan hamba2 dia jadi pelacur and undang2 negara Malaysia pun mengharamkan aktiviti2 pelacuran ni. Apa2 pown jom kita baca satu persatu kisah depa yang menjadi penyebab depa terjebak dalam bidang ni. Manala nak taw kowt2 hangpa penyebab depa jadi pelacur ka? Ahaks!



Kesah 1

Aku ada baca kesah dia ni kat sebuah akhbar tempatan pada hari ahad yang lepas. Nickname dia Mak Uda and sekarang dia berusia 54 tahun dan masih lagi menjalankan aktiviti pelacuran. Mak Uda terjebak dalam kancah maksiat ni melalui kisah silam dia yang perit. Segalanya bermula bila Mak Uda selalu didera oleh ibu bapa kandungnya sendiri. Mak bapak dia selalu pukul Mak Uda tanpa sebab and Mak Uda jugak tak dibenarkan bersekolah malah dipaksa bekerja. Yang kesiannya, semua wang upah kerja dia diambil mak bapak dia and kaki Mak Uda akan dirantai bila mak Uda dah selesai bekerja untuk mengelakkan dia bergerak jauh daripada rumah. Tapi pada suatu hari, Mak Uda berjaya putuskan rantai kat kaki dia sebab rantai besi tu dah berkarat. Mak Uda pun ambil keputusan lari dari rumah dia di Terengganu.


Selepas lari daripada rumah, Mak Uda berkenalan plak dengan lelaki yang tak dikenali apabila lelaki tu menegur Mak Uda semasa dia sedang dudok di tepi jalan. Lepas Mak Uda cerita pasai diri dia, laki tu pun bawak Mak Uda ikut bersamanya menaiki kereta. Mak Uda yang ketika itu berusia 16 tahun dibawa lelaki tersebut di sebuah bangunan usang di Klang. Sungguh malang naseb Mak Uda apabila Mak Uda dirogol oleh lelaki tersebut and beberapa lagi lelaki secara bergilir gilir. Mak Uda jugak turut didera secara seksual. Selepas jantan2 brenset tu dah jemu dengan Mak Uda, akhirnya Mak Uda dijual di sebuah kelab bogel di Kuala Lumpur. Maka bermulalah hidup Mak Uda sebagai pelacur sehingga sekarang...



Kesah 2

Kisah ni plak aku amek daripada internet. Nama dia Rina, berusia awal 20an dan dibesarkan di kawasan yang memang dikelilingi oleh aktiviti2 maksiat . Bapak Rina merupakan penagih dadah tegar dan Ibu Rina plak merupakan GRO di sebuah kelab hiburan di Penang. Rina tak pernah bersekolah dan tak pernah berpeluang mendapatkan pendidikan agama Islam yang sebenar. Soal solat, baca Al-Quran, Puasa dan apa2 yang berkaitan dengan Islam, memang Rina tak pernah amalkan dalam kehidupan dia. Rina cuba nak lari daripada hidup keluarga dia yang haru biru tu dan mulakan hidup baru tapi disebabkan Rina buta huruf dan tak bependidikan, semua pekerjaan yang Rina mintak di serata Penang akhirnya diReject.


Then
Rina bekerja sebagai tukang cuci di sebuah kilang. Pekerjaan Rina tu hanya sementara jer sebab Mak dia desak dia kerja kat kelab hiburan yang gajinya lebih lumayan. Rina pown ikut cakap mak dia and kerja kat kelab hiburan. Disebabkan Rina masih muda dan begetah, Rina bukan saja mendapat permintaan daripada lelaki2 melayu,cina and india tapi turut dapat permintaan tinggi daripada lelaki2 inggeris yang bekerja kat Penang. Selepas itu Rina makin selesa bekerja sebagai pelacur dan bermulalah hidup dia sebagai pelacur.



Berdasarkan 2 buah kisah benar mengenai kisah silam pelacur2 ni, Hangpa rasa memang salah depa ka sebab bergelar pelacur? Bila kita selami hidup depa, actually depa memang tak mau jadi pelacur tapi keadaan yang memaksa depa jadi lagutu.. Untuk kisah Mak Uda tu, bagi aku, yang patut dipersalahkan ialah mak bapak dia and lelaki brenset tu.. Kalaw mak bapak dia tak dera dia, maybe Mak Uda tak lari dariapada rumah.. Si lelaki brenset tu plak, kalau dia tak rogol and jual Mak Uda kat kelab bogel tu, maybe hidup Mak Uda tak macam sekarang..


Mengenai kisah Rina plak, bagi aku, persekitaran time kita membesar pown memainkan peranan jugak selain asas2 agama yang perlu ada.. Rina tak akan jadi pelacur kalaw dia dibesarkan di kawasan persekitaran yang mulia and diselitkan dengan ilmu2 agama. Lagi satu, dunia pelacuran ni pown tak akan tumboh macam cendawan tumboh lepas hujan kalaw takdak permintaan yang tinggi daripada jantan2 yang behidung belang. Zaman lani, bukan saja perempuan yang menceburi dunia pelacuran tapi lelaki pown dah ramai jadi pelacur disebabkan permintaan yang tinggi daripada golongan gay and mak2 datin.. So, siapakah yang perlu dipersalahkan? Wajarkah kita nak salahkan pelacur2 ni 100%? Anda baca, Anda tentukan!