Pages

Rabu, 15 Disember 2010

Awat Depa Jadi Pelacur?

gambar sumbangan ikhlas Tan Sri Google


Pelacur! Yeah kali ni aku nak sentuh isu pasai golongan2 pelacur plak. Bila kita dengaq perkataan P.E.L.A.C.U.R ni, sure kita akan pandang jijik and hina kat depa.. Kita akan salahkan diri depa 100%. Tapi pernah tak hangpa terfikir awat depa jadi Pelacur? Hurrmm, Dulu aku pun memang pandang jijik dengan orang2 yang jadi pelacur ni tapi bila baca kisah2 hidup depa yang membuatkan depa terjerumus dalam gejala pelacuran ni, perasaaan jijik aku mula berubah jadi kesian. Aku pernah imagine jugak kalaw aku berada kat tempat depa, sure aku pown buat benda yang sama.


Actually, aku bukannya nak tegakkan benang yang basah. Jauh sekali nak halalkan benda yang haram. Benda yang salah tetap salah. Islam sendiri pun mengharamkan hamba2 dia jadi pelacur and undang2 negara Malaysia pun mengharamkan aktiviti2 pelacuran ni. Apa2 pown jom kita baca satu persatu kisah depa yang menjadi penyebab depa terjebak dalam bidang ni. Manala nak taw kowt2 hangpa penyebab depa jadi pelacur ka? Ahaks!



Kesah 1

Aku ada baca kesah dia ni kat sebuah akhbar tempatan pada hari ahad yang lepas. Nickname dia Mak Uda and sekarang dia berusia 54 tahun dan masih lagi menjalankan aktiviti pelacuran. Mak Uda terjebak dalam kancah maksiat ni melalui kisah silam dia yang perit. Segalanya bermula bila Mak Uda selalu didera oleh ibu bapa kandungnya sendiri. Mak bapak dia selalu pukul Mak Uda tanpa sebab and Mak Uda jugak tak dibenarkan bersekolah malah dipaksa bekerja. Yang kesiannya, semua wang upah kerja dia diambil mak bapak dia and kaki Mak Uda akan dirantai bila mak Uda dah selesai bekerja untuk mengelakkan dia bergerak jauh daripada rumah. Tapi pada suatu hari, Mak Uda berjaya putuskan rantai kat kaki dia sebab rantai besi tu dah berkarat. Mak Uda pun ambil keputusan lari dari rumah dia di Terengganu.


Selepas lari daripada rumah, Mak Uda berkenalan plak dengan lelaki yang tak dikenali apabila lelaki tu menegur Mak Uda semasa dia sedang dudok di tepi jalan. Lepas Mak Uda cerita pasai diri dia, laki tu pun bawak Mak Uda ikut bersamanya menaiki kereta. Mak Uda yang ketika itu berusia 16 tahun dibawa lelaki tersebut di sebuah bangunan usang di Klang. Sungguh malang naseb Mak Uda apabila Mak Uda dirogol oleh lelaki tersebut and beberapa lagi lelaki secara bergilir gilir. Mak Uda jugak turut didera secara seksual. Selepas jantan2 brenset tu dah jemu dengan Mak Uda, akhirnya Mak Uda dijual di sebuah kelab bogel di Kuala Lumpur. Maka bermulalah hidup Mak Uda sebagai pelacur sehingga sekarang...



Kesah 2

Kisah ni plak aku amek daripada internet. Nama dia Rina, berusia awal 20an dan dibesarkan di kawasan yang memang dikelilingi oleh aktiviti2 maksiat . Bapak Rina merupakan penagih dadah tegar dan Ibu Rina plak merupakan GRO di sebuah kelab hiburan di Penang. Rina tak pernah bersekolah dan tak pernah berpeluang mendapatkan pendidikan agama Islam yang sebenar. Soal solat, baca Al-Quran, Puasa dan apa2 yang berkaitan dengan Islam, memang Rina tak pernah amalkan dalam kehidupan dia. Rina cuba nak lari daripada hidup keluarga dia yang haru biru tu dan mulakan hidup baru tapi disebabkan Rina buta huruf dan tak bependidikan, semua pekerjaan yang Rina mintak di serata Penang akhirnya diReject.


Then
Rina bekerja sebagai tukang cuci di sebuah kilang. Pekerjaan Rina tu hanya sementara jer sebab Mak dia desak dia kerja kat kelab hiburan yang gajinya lebih lumayan. Rina pown ikut cakap mak dia and kerja kat kelab hiburan. Disebabkan Rina masih muda dan begetah, Rina bukan saja mendapat permintaan daripada lelaki2 melayu,cina and india tapi turut dapat permintaan tinggi daripada lelaki2 inggeris yang bekerja kat Penang. Selepas itu Rina makin selesa bekerja sebagai pelacur dan bermulalah hidup dia sebagai pelacur.



Berdasarkan 2 buah kisah benar mengenai kisah silam pelacur2 ni, Hangpa rasa memang salah depa ka sebab bergelar pelacur? Bila kita selami hidup depa, actually depa memang tak mau jadi pelacur tapi keadaan yang memaksa depa jadi lagutu.. Untuk kisah Mak Uda tu, bagi aku, yang patut dipersalahkan ialah mak bapak dia and lelaki brenset tu.. Kalaw mak bapak dia tak dera dia, maybe Mak Uda tak lari dariapada rumah.. Si lelaki brenset tu plak, kalau dia tak rogol and jual Mak Uda kat kelab bogel tu, maybe hidup Mak Uda tak macam sekarang..


Mengenai kisah Rina plak, bagi aku, persekitaran time kita membesar pown memainkan peranan jugak selain asas2 agama yang perlu ada.. Rina tak akan jadi pelacur kalaw dia dibesarkan di kawasan persekitaran yang mulia and diselitkan dengan ilmu2 agama. Lagi satu, dunia pelacuran ni pown tak akan tumboh macam cendawan tumboh lepas hujan kalaw takdak permintaan yang tinggi daripada jantan2 yang behidung belang. Zaman lani, bukan saja perempuan yang menceburi dunia pelacuran tapi lelaki pown dah ramai jadi pelacur disebabkan permintaan yang tinggi daripada golongan gay and mak2 datin.. So, siapakah yang perlu dipersalahkan? Wajarkah kita nak salahkan pelacur2 ni 100%? Anda baca, Anda tentukan!






27 ulasan:

azrinrahim berkata...

tidak ada tindakan yang wajar daripada kerajaan pusat kepada pusat pelacuran . disamping itu, pelacur itu hendaklah diajar dengna nilai-nilai agama islam yang sebenar dan jgn menanggap jadi pelacur sebgai jaaln singkat untuk mendapat duit ..

ZWAN SABRI berkata...

Azrinrahim, btol tu btol.. kerajaan kena bwat something untuk bendung gejala nii.. For me, kementerian pembangunan keluarga n masyarakat kena kerja keras sikit sebab isu ini xkan timbul kalaw keluarga dalam keadaan okay.

::FAIZ FARISH:: berkata...

simpati jugak kat diorang, kadang2 bkn diorang nak pun jd mcm tu

Lelaki Ini berkata...

betul2!

sgt2 kesian ngn diowg..
kdg2 tuntutan hidup memaksa mereka...

ZWAN SABRI berkata...

Faiz : Tula pasai kan.. kesian kat depa.. nseb bekla aku x brada kat tempat depa.. huhu..

Lelaki Ini : thats right! keadaan semasa yang paksa depa jadi lagutu.. arap2 adala orang yang bawa sinar perubahan dan kebahagiaan dalam hidup depa..

iqbalhakimi berkata...

keadaan yang memaksa mereka jugak kadang2 ..

ZWAN SABRI berkata...

Iqbalhakimi : Tula pasai.. Dah naseb badan depa lagutu.. so nak bwat lagu mana? HUHU..

zidEL zhafiz berkata...

kalo yg jadi pelacur sebab ade black history tu memg kesian laa..tapi yg tgh membimbangkan kerajaan skrg adelah pelajar ipt yg menjadi pelacur untuk tampung yuran pengajian.. seram oouuhhh dengar..huhuhu~~~~

ZWAN SABRI berkata...

Zidel Zhafiz : Btol tu btol.. pasai bebudak IPT jadi pelacur tu, mmg agak susah diterima logik akal tentang alasan depa.. HUHU..

nadiah daud berkata...

kadang2 dowang ni akan salahkan mase silam untuk ape yg dowang jadik skang. pffft.

eyfa.eyfa.eyfa berkata...

btl ape yg awk ckp uh...owg yg jd placur uh...mesti ad sebb,.hai..xkn la dye lahir2 nk jd cm uh..

ZWAN SABRI berkata...

Nadiah daud : Tapi kalaw mmg betul punca depa jadi lagutu disebabkan masa silam depa, How? huhu..

Eyfa :Yeah. setuju sama kamu.. xdak sapa2 pown yang lahir nak jadi pelacur kan.. ;)

iKhRam berkata...

hai kawab baru,zwan sabri..
isu yg diperkatakan ini sgt berat untuk dipikul tp terpaksa kita hadapi sebagai warga masyarakat..

terima kasih kerana mengutarakan tajuk ini.. tajuk PELACUR..
siapa yg mahukan kehidupan pelacur.. kehidupan mewah tp kehidupan dibelenggu noda dan dosa.. kehidupan yg tiada erti bebas.. kenikmatan yg beralaskan duit ringgit.. pengorbanan ditimpakan kemewahan yg palsu.. itulah senario masyarakat yg terpinggir dari kotak kehidupan kita..

pernah ada sesiapa terfikir mahu jadi pelacur.. sebagai masyarakat yg waras, semuanya menolak dgn keras.. tiada siapa mahu kehidupan ke arah itu.. jijik dan di pejabatnya juga jijik.. dibelakang lorong.. dan sebagainya..

ini adalah masalah dalam masyarakat kita.. sebagai manusia.. kenepa perlu kita lari dari memikirkannya.. mengapa rasa jijik ini kian berterusan tanpa rasa simpati dan empati kepada mereka.. mengapa rasa jijik itu masih berlanjutan tanpa mereka kita dekati..

sesuatu kesilapan itu ada penyebabnya dan tidak sewajarnya kita menyalahkan mereka tanpa kita sedari sebab2 itu..

dunia pelacuran tak seindah yg kita sangkakan bila ada pelacur2 yg terpaksa dan diugut melakukan.. hal yg ini perlu kita selamatkan.. bagi pelacur yg ingin mengaut kemewahan dgn cara mudah dan tidak mahu berusaha.. yg ini juga perlu kita insafkan... seribu satu sebab ada pada golongan terpencil ini..

menggalakkan tidak menegahkannya tidak.. namun pekerjaan pelacuran ini tetap salah dimata masyarakat dan agama.. semuanya perlu berbalik kepada agama semula..

sekiranya berpeluang meninggalkan kegiatan pelacuran ini.. tinggalkanlah.. berjihadlah kepada diri.. sekira masih hanyut dgn keindahan dunia.. insaflah.. pintu taubat masih terbuka...

sebagai masyarakat yg mempunyai kuasda dan peluang.. golongan seperti ini yg perlu diberi perhatian dan diselamatkan dari segala aspek.. klau mahu berdakwah.. kepada mereka inilah yg perlu didakwahkan.. keapda merekalah hatinya perlu diselami..

semoga kita diselamatkan dari kegiatan ini.. dan kepada yg lain, jgn lah sesekali menggunakan perkhidmatan pelacuran ini.. barulah kita dapt mngurangkan pelacuran.. bak kata pepatah bertepukk sebelah tgn takkan berbunyi.. kalau tiada yg melanggan, pastilah kegiatan ini boleh dilumpuhkan.. masalahnya ada saja yg menyokongnya.. penguatkuasaan undang2 perlua lah lebih ketat.. mencegah dgn bersungguh2..

itu pendapat dari saya semoga kawan baru saya ini, zwan sabri berpuas hati k?

terima kasih
yang benar
ikhram

http://bilaorangnogoriceloteh.blogspot.com

ZWAN SABRI berkata...

Ikhram : Terkedu, terkesima, terkelu, terkamjat, terpaku dan ter ter lagilah.. WoW! tak sangka hang ulas punya panjang.. banyak sungguh idea hang.. Ulasan hang dah boleh bwat satu lagi entry baru.. aku KAGUM! Erm, btol tu btol.. suma yang hang cakap mmg btol2 blaka.. Terima kaseh banyak2 sebab sudi bagi ulasan yang panjang lagi terperinci.. aku TERHARU! Trima kaseh skali lagi.. ;)

Eazy Izzuddin berkata...

awat la depa jdi camni
adeh...
huk3

ZWAN SABRI berkata...

Eazy : keadaan yang menyebabkan depa jadi lagutu.. huhu..

Afiefah Safieni berkata...

betul2.kalau x tau latar belakang dia,x boleh salahkan dia sepenuhnya.!!

ZWAN SABRI berkata...

Afiefah : yup2.. owang puteh kata, dont judge book by its cover.. HEHE..

nora berkata...

rina tu kat penang ek.
Apalagi..p ar jadi hero penyelamat rina

sHaH berkata...

kesian kat depa weh.. ada gak kes yang kena paksa. masyarakat tau kutuk ja..

ZWAN SABRI berkata...

Nora : HAHAAHA.. tapi aku xtaw kat mana Rina tu.. kat penang ada banyak la kelab hiburan... HUHU..


Shah : Tula, kesian kat depa kan.. huhu..

nulhazwany abdul malik berkata...

kesian jugak kat diorang semua. tapi berapa ramai je yang ade kisah macam ni. patut nya diorang kena la cari jalan penyelesaian terbaik.


tengok filem 'aku masih dara' bertentangan sangat dengan kisah kat ats ni.ish2

ZWAN SABRI berkata...

Nulhazwany : Best ker crita aku maseh dara tuu..? dah tengok ek? best x?

m!da BucHuxX berkata...

yee.:) zwan da buat pop-up window senang mida nak coment lepas niy.:)

ntahla. .tapi tader siapa yg mintak jadi camtue kan. .manusia tidak merancang untuk gagal tapi manusia yg gagal merancang . jadi belajarlah dari pengalaman mereka .
ia mengajar kita untuk lebih berhati2 dan fikir masa mendatang. .:)

ZWAN SABRI berkata...

Mida : Credit tu SHAH sebab dia yang ajar zwan wat pop-up nii.. HEHE..
erm,btol tu btol, jadikan kesah hidup depa tu sebagai teladan untuk kita merancang hidup kita dengan lebeyh baek... ;)

AzwanRamli berkata...

bengongnye perangai...nauzubillah..

Syaiful Izwan berkata...

kesian...diorang jadi camtu sebab keadaan ekonomi keluarga and terjebak rakan sebaya..pastu tambah lagi takde didikan agama