btw, ni ada beberapa perkara sunat yang hangpa boleyh bwat pada hari nii.. Layaannnnn!
- Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
- Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
- Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
- Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
- Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
- Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
- Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
- Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
- Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
- Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
- Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
- Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
- Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
- Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
20 ulasan:
hey u puasa ke ari ni ?
=)
nice.. Good
info berguna :D
Rian : kalaw dah sedar daripada semalam yang arini dah 10 muharram, I puasa la tapi masalahnya x sedar.. so X puasa.. HUHU...
Faiz : Thanks!
Amirrah : thanks!
waa. .selamat myambut hari syuraa yaa. :)
baru lepas makan bubur syura tadi. . .hehe. . .waa. . .thanks for sharing. .
owh.. best2.. nak sikit bubur tuu.. HAHA..
ku pun baru tahu
hehe..
2 yg mak suwo posa arini
yang pertama tu aku nak buat sgt tapi takley wat sebab family jauh.. sedey woo... but thanks..
(p/s: sejak ko wat pop-up komen, senang je aku nak komen..)
eazy : then hang posa ke x rini? hehe..
Shah : ek? dah beranak and beristeri ka? HAHAHA.. aiseyh, aku wat pop-up komen ni pown hasil tunjok ajar hang.. Thanks naa.. ;)
ya Allah..aku pon baru perasan..alpanya aku ;( thanks
Amin : Tula pasai.. klaw perasan semalam, da bole posa dah arini.. HUHU..
alhamdulillah..bagus la..
Latest Entry:
http://danieldeadie.blogspot.com/2010/12/special-delivery-by-afiq.html
Adie : hehe.. Alhamdulillah.. ;)
baru ade kesedaran ke??~~
Payche : nampaknya lagutu la.. HEHE..
Hello Zwan....thanks for ur comment! really appreciate it! ;-)
aku pun tak sedar gak huhuhu
sape yang puasa mmg dapat byk berkat.
tp diri sndri ni tak puasa pun. hehe..
SandrAzwan : No biggi lah.. HAHA
Nora : Kita serupaaaaaaa..
Puteri Iqa Izyan : Tula pasai.. rugi x posa kann..
Catat Ulasan