Pages

Isnin, 29 November 2010

Aku dan 50 Sen

50 Sen. Yeah! 50 Sen..
Ada apa 50 sen ngan aku?
50 Sen atau dalam bahasa utaranya dipanggil 5 Kupang ni,
Adalah hobi aku semenjak awal tahun 2009..
Aku suka kumpul duet syiling 50 Sen..
Pantang dapat jer 50 Sen,
Confirm dia selamat dalam tabung aku..http://www.emocutez.com

50 Sen oh 50 Sen..
Aku mula jatuh hati ngan syiling 50 Sen ni,
Semenjak terbaca akhbar Metro..
Alkisah mengenai seorang yang mempunyai
hobi kumpul syiling 50 sen..

Lepas baca kisah tu jer,
Terus aku mulakan hidup aku dengan
hobi kumpul syiling 50 Sen..

Puas rasa hati aku bila tengok
syiling 50 Sen aku,
makin ari makin bertambah..

Pada masa yang sama, dapat jugak menabung..


Jeng Jeng Jeng, gambaq kat bawah ni lah aku punya syiling 50 Sen yang berjaya dikumpul sampai lani sebanyak RM412.00.. Stakat ni aku maseh X puas ati ngan duet syiling yang terkumpul ni.. So, kepada yang banyak dosa and teringin nak bwat pahala, boleyhla menyumbangkan duet syiling 50 Sen anda kepada zwan okay. Orang melayu kata, kecik tapak tangan, nyiru aku tadahkan ngan karung yang berguni-guni.. haha..


RM412.00 (50 Sen yang terkumpul semenjak awal tahun 2009)








Ahad, 28 November 2010

Jom Gelak Sat (3)

YANG PALING BERHARGA

Seorang pemuda dihadap ke mahkamah atas tuduhan mencuri motor milik seorang gadis remaja.

"Saya sama sekali tidak mencurinya, Yang Arif " kata si pemuda itu membela diri.

"Dia yang memberikan motor itu kepada saya. Ketika itu dia pulang dari sekolah, dia meminta saya agar memboncengkannya dengan motornya. Saya pun boncengkannya. Lalu dalam perjalanan, di suatu semak belukar,dia menyuruh saya berhenti. Di bukanya baju dan seluarnya. Lalu katanya, saya boleh mengambil miliknya yang paling berharga. Yang Arif, lalu saya berfikir, bajunya memang berharga, tapi itu baju wanita dan tak ada gunanya bagi saya. Jeansnya juga terlalu kecil bagi saya. Kerana itu, apa boleh buat terpaksa saya mengambil motornya. "




PANGGILAN ROMANTIS UNTUK ISTERI

Kamal diundang kawannya makan malam.

Mizal, si tuan rumah, memanggil isterinya dengan kata- kata Sayang... Manis... Cintaku... Sayangku...Kasihku... dan seumpamanya.

Kamal memandang Mizal dan berkata, "Romantis sekali, setelah berpuluh tahun menikah, kau tetap memanggil isterimu dgn kata-kata itu."

Mizal mengangkat bahu dan berbisik, "sebenarnya, aku lupa namanya sejak tiga tahun lalu."




PRODUK BABA


Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada seorang pelajar kolej.. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk yang dipakai pelajar tersebut.

“Sabun mana yang anda gunakan selama ini?”

Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, “Sabun Baba.”

“Kalau deodorant, deodorant mana yang anda gunakan?”

” Deodorant Baba,” jawab pelajar itu.

“Minyak wangi?”

“Minyak Wangi Baba.”

“Shampoo?”

“Shampoo Baba.”

Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, “Ok, apakah
jenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum
pernah dengar? Siapa tahu Anda selama ini memakai produk yang tidak sihat.”

Pelajar itu menjawab, “Bukan jenama tempatan atau luar negara. Baba
itu rakan sebilik saya.”




TIDUR SERANJANG DENGAN SUAMI ORANG


Teman saya ini (katakanlah namanya Ema, 25 tahun) bekerja dengan satu perusahaan konsultan yang tidak terlalu besar sebagai assistant dan salah seorang partner pada perusahaan konsultan tersebut (Kita sebut saja namanya Andy).Ema sangat mengkagumi profil dan karakter Andy.

Sebut saja semua hal yang baik, maka Andy memilikinya. Otak yang cemerlang, sikap yang profesionaldan gentleman, penampilan yang selalu rapi and nice looking serta usia baru 34 tahun (waktu itu). Ema pula adalah seorang wanita yang memiliki segala yang diidamkan oleh seorang lelaki,bentuk tubuh yang sempurna,paras yang cantik,fikiran matang serta bijak,berpewatakan ceria & suka tersenyum.

Disebabkan Ema selalu bertugas bersama Andy maka Ema akhirnya mulai menyayang i Andy lebih dari team partner & Ema membiarkan saja perasaannya kepada Andy tumbuh tanpa halangan. Semakin hari dia semakinjatuh hati kepada Andy.

Andy bukannya tidak tahu akan hal itu tetapi sikapnya yang profesional
di pejabat yang tidak membiarkan hal-hal pribadi mencampuriurusan
pejabat membuat Ema semakin mengkagumi peribadi Andy.

Suatu hari urusan pejabat membuat mereka berdua harus pergi kebeberapa lokasi di seluruh Negara. Inilah ceritanya.

Untuk memudahkan pergerakan, mereka naik pesawat ke Penang dan menyewa kereta untuk melakukan perjalanan darat di sekitar B'worth , Perak, Kedah dan Perlis dalam rangka melakukan suatu survey khusus untuk kepentingan klien.

Entah bagaimana silapnya mereka, pada waktu malam menginap di sebuah hotel kecil. Sebenarnya Andy ingin memesan 2 kamar tetapi kerana hanya ada 1 kamar maka dia meminta pendapat Ema. Kerana memang sudah sangat penat Ema setuju untuk sekamar dengan Andy (sebenarnya Ema agak "sedikit senang" dengan kondisi darurat tersebut)!

Kerana berasa panas, maka Andy membuka jendela kamar. Masalahnya, kamar tersbut hanya memiliki 1 ranjang berukuran panjang dan tidak memiliki kursi panjang. Tidak mungkin bagi Ema untuk meminta Andy tidur di lantai. Jadi akhirnya mereka tidur sekatil setelah Andy berjanji bahwa dia tidak akan melakukan hal yang bukan- bukan.

Sebenarnya Ema tidak pernah tidur sekatil dengan seorang lelaki apatah lagi Andy adalah suami orang! Sebagai seorang wanita jantungnya berdebar sangat kencang kerana tidur seranjang dengan lelaki sopan yang sangat diadmirekannnya. Kaki mereka beberapa kali saling bersentuhan kerana katilnya memang kecil.

Setelah setengah jam, angin malam yang masuk melalui jendela membuat Ema merasa kedinginan sehingga dia memberanikan diri bertanya kepada Andy:
"Abang Andy, Ema kesejukan nih. Boleh tak minta tolong jendelanya
ditutup saja?"

Andy tidak langsung menjawab dan Ema berpikir Andy sudah tertidur
sehingga dia berkata lagi:
"Abg Andy..."

Kali ini Andy langsung menjawab:
"Ema, kamu kesejukan ya? MAUKAH KAMU MALAM INI KAMU BERTINDAK SEPERTI ISTERI SAYA?"

Jantung Ema terasa berhenti berdetik. Jantungnya langsung gemuruh
mendengar pertanyaan Andy. Dengan hati-hati ia bertanya:
"Maksud abg Andy?"

"Maksud saya, bolehkah Ema tolong tutupkan sendiri tingkap yang terbuka tu, seperti yang selalu dibuat oleh isteri saya dirumah?!"

Wah, wah,wah...tekun baca nmpak... Tension kan . Boleh imagine muka semua orang. Dah sekarang boleh balik buat kerja yang patut dibuaT, HAHA.







Sabtu, 27 November 2010

Berwaspadalah Dengan KISSING DISEASE


KISSING DISEASE? Yup! Sejenis penyakit yang sudah lama ditemui dan aktif menular dan selalunya aktif menyerang para REMAJA.. Yeah, REMAJA!


KENAPA REMAJA?

Sebab, time nilah remaja mula aktif melakukan kegiatan bercium-cium ni. Bila tanya depa awat cium, depa kata inilah budaya orang couple. Ceyh! Couplelah konon. Piiiiiiirraahhh!

Hurrmm, Mengikut rekod, ia kerap menyerang remaja perempuan yang berumur di antara 14 hingga 16 tahun, manakala remaja lelaki plak dalam lingkungan 16 hingga 18 tahun atau secara averagenya diantara 15 hingga 20 tahun. Kenapa? Sebab time nilah hormon miang nak cuba itu dan ini sedang merasuk diri depa.
Hormon gatai terlebih di usia nii.. ;)


MACAM MANA BOLEH BERLAKU?


Penyakit yang disebut mononucleosis ni disebabkan oleh virus Cytomegalo. Biasalah, dalam rongga mulut kita kan ada banyak bakteria. Itu tak kira lagi bakteria dalam mulut orang2 yang tak suka gosok gigi, yucks!

Apa2 pun, tak semua bakteria ni jahat, ada jugak bakteria yang hidup secara baik dan memberikan sesuatu yang manfaat kepada kita. Tetapi untuk bakteria yang dinamakan Cytomegalo ni, ia merupakan bakteria perosak dan menyebabkan kissing disease. Bila bercium jer, automatik pasangan mereka juga akan terima penyakit ni. Rasakan! Kata nak hidup semati kan, so rasala penyakit tu sama2 ok.. Barula romantik, HAHA.



APA GEJALANYA? BAHAYA TAK PENYAKIT NI?


Gejalanya memangla tak terok mana pun. Sama macam serangan flu biasa, demam, radang di bahagian kerongkong, sengal2 dan badan rasa tak bermaya. Kesannya agak ringan, sampaikan orang yang kena penyakit ni tak tahu pun depa ni penghidap virus ni.

Namun, hati dan limpa akan membengkak dan serangan flu yang terjadi lebih lama sehingga 2 minggu. Memanglah serangan virus ni tak sampai ke peringkat kronik tapi kebelakangan ni, virus ni skang berpotensi menimbulkan kerosakan kepada pembuluh darah koroner, seterusnya boleh menyebabkan penyakit jantung koroner.
Ada bran? ahaks!


Oo.. APA LAGI EK?


Haa, satu lagi fakta yang hangpa semua wajib taw ialah selain virus Cytomegalo ni, ada 5 lagi virus yang berpotensi menular melalui ciuman iaitu virus Epstein Barr, Herpes 6, Hepatitis, HIV serta Toxoplasma. Kalaw terkena virus2 yang lain tu, kira okay lagi la.. Tapi kalaw terkena HIV, kes naya tuuu.








Psssstttt : Tak payahla nak kiss2 ni okay, BAHAYA! Jangan kerana keseronokan yang sementara ni, hangpa merana seumur hidup.. Manala nak taw kan, tetiba partner cium hangpa tu ada HIV ka.. Tak pasai2 umoq hangpa jadi pendek. So, Flying Kiss sudeyh.. Toksah dok gatai2 nak maen kiss2 ni melainkan dengan pasangan hangpa yang SAH okay.. ;)

Jumaat, 26 November 2010

SHADES CONTEST

JOM RAMAI2 KITA JOIN

First skali trima kaseh daun keladi lah kepada cikgu Adie sebab sudi tag aku untuk join contest ni. Bosan2 cuti sem, baek jugak join ini contest kan. Manala nak taw ada rezeki, boleh MENANG, haha. Kalau hangpa semua nak taw dengan lebih lanjut tentang ini contest, sila jangan malas2 klik MISS GENIT ini okay.


Cara2 untuk join contest ni, hangpa hanya perlu upload minimum sekeping atau maximum 2 keping gambaq hangpa yang pakai spek mata. Lepas tu, sila tag at least 4 orang okay.
---------------------------------------------
SEPERTI SAYA

Gambaq ini diambil pada pertengahan tahun 2009 di Plaza Gurney, Penang. Actually, spek mata ni kepunyaan kawan aku yang boleyh dikatakan raja spek mata gak la.. Macam2 jenis spek mata dia ada.. Trima kaseh ZAMAN sebab bagi aku pinjam ini spek mata, HAHA.


Ini blogger2 yang aku pilih untuk sama2 join ini contest..


FEEDIsukaKETAWA

MISZEDAYU

XkenalmakeXchenta


ROSLINA


ASAKTOR


FAIZ FARISH


MISS NOMA


SYERA


Psssstttt : Kepada yang aku x tag tu pown, sila jangan bekecik ati okay. Anda pown dijemput join sama2. Bukan apa, x larat nak taip satu2 nama hangpa, HUHU. Btw, Wish me Luck.. ;)

Khamis, 25 November 2010

Jom Uji Akal



Psssttt : Siapa2 yang rasa bijak,pintar,pandai,cerdik,terer or sewaktu dengannya, sila jangan malu2 untuk jawab soalan ini okay? haha..




Selasa, 23 November 2010

Maksud Setiap Bilangan Ros

Kadang2 kita ada terima and beri kuntuman2 bunga ros daripada or kepada someone.. Gurls la kan yang slalunya akan terima ros2 tu.. And boys plak selalunya akan jadi penghantar bunga2 ros tu. Tapi hangpa yang terima bunga ros tu, taw ka maksud bilangan kuntuman bunga ros yang hangpa dapat tu? And kepada si pemberi, kalaw hangpa salah bagi bilangan kuntuman bunga ros, Mampuihla hangpa.. Sebab setiap bilangan kuntum bunga ros ada maksud dia taw.. Nak taw apa maksod dia? Jom kita Usha skeetttt..



1 Kuntum Ros
Cinta yang luar biasa. Seluruh hidupku hanya ada kamu.


2 Kuntum Ros

Kita berdua sangat saling mencintai.


3 Kuntum Ros
Aku cinta kamu.


6 Kuntum Ros
Aku mahu menjadi milik kamu.


9 kuntum Ros
Mencintai satu sama lain selamanya.


11 Kuntum Ros

Kamu satu-satunya yang aku cintai dalam hidup ini.


12 Kuntum Ros
Sememangnya aku telah jatuh cinta dan sangat tertarik kepadamu.


13 Kuntum Ros
Peminat Misteri.


24 Kuntum Ros
Setiap saat aku terkenangkan mu.


33 Kuntum Ros
Aku tersangat-sangat mencintaimu.


36 Kuntum Ros
Feeling romantic attachment because you come to me.


44 Kuntum Ros
Tetap mencintaimu sampai bila pun.


50 Kuntum Ros
This is ”Regretless Love”.


56 Kuntum Ros
My Love.


66 Kuntum Ros
Successful love affair.


99 Kuntum Ros
Cinta kita abadi.


100 Kuntum Ros
Tetap mencintai dan mengasihi sampai mati.


101 Kuntum Ros
Tiada cinta lain selain kamu.


108 Kuntum Ros

Please marry me!


111 Kuntum Ros
Eternal love.


123 Kuntum Ros

Free love.


144 Kuntum Ros
Mencintaimu siang dan malam.


365 Kuntum Ros
Teringatkanmu setiap hari, mencintaimu setiap detik dan waktu.


999 Kuntum Ros
Everlasting and eternal love.


1001 Kuntum Ros

Faithful love, till forever
.








Pssssttt : Skang hangpa dah taw kan? Lepas ni kalaw dapat bunga ros tu, jangan maen cium jer, kira la dulu brapa bilangan kuntuman ross tu okay? Selamat mengira kuntuman bunga ros.. Jangan pakai kalkulator sudeyhh.. ;)

Isnin, 22 November 2010

Good Luck SPM & STPM

Hey Bebudak SPM & STPM,


G00D LuCK!
SeMoGa DaPaT JaWaB Dengan Cemerlang
eSoK and HaRi2 BeRiKuTNYa..
Jaga KESIHATAN okay!


Tetiba teringat plak time zaman nak amek SPM dulu.. Debaran dia dub dab dub dab.. Tak demam pown tetiba rasa macam nak demam panas.. Naseb baek kenangan tu da lepas 3 tahun yang dulu,haha..



Oklah, kepada yang stress nak amek exam tu, xmo stress2 okay. Jom layan video hang tuah yang cemerlang SPM ni dulu. Layaaannnn!









Ahad, 21 November 2010

Jom Gelak Sat (2)

Teknologi Malaysia VS Amerika VS Jepun

Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang mengeTEST teknologi di negara masing2.


Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.

Menteri Amerika : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.

Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.

(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi)

Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ?
Tukang gali : Tidak ada apa-apa
Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?
Tukang gali : Takde Dato’..

Menteri Malaysia : (sambil ‘menjeling kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS!



Dilema Seorang Lelaki Bergelar Doktor

Seorang lelaki yang kebetulan seorang doktor muda, merasa tidak selesa dengan apa yang telah berlaku.

Ia pulang ke rumah dengan wajah muram. Setibanya di rumah, ia merebahkan diri di katil dan fikirannya mula melayang.

Lalu ia mendengar suara dalam kepalanya berkata,

“Sudahlah, tidak usah difikirkan. Skandal doktor membuat hubungan intim dengan pesakit terjadi di mana-mana. Jadi kamu tidak perlu merasa bimbang.”

Doktor tersebut cuba untuk setuju, tapi apa yang telah terjadi pagi itu terbayang kembali dan perasaan tidak selesa muncul lagi.

Ia membalikkan badan dan mendengar lagi suara dalam kepalanya,

“Tak perlu bimbang,orang sudah mula biasa dengan skandal hubungan seksual antara doktor dan pesakitnya.”

Lelaki itu mulai tenang dan perasaannya beransur-ansur pulih…

Tiba-tiba suara lain dalam kepalanya berkata,

“Tapi masalahnya kamu kan doktor haiwan…”




Robot Kesan Bohong

Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu...

Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

"Kamu dari mana?" tanya Samad.
"Ada pelajaran tambahan ayah", jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

"Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
"Maaf ayah... saya baru habis memonton movie di rumah kawan...".
"Cerita apa?
"Cerita Papadom ayah".
*PLANG*
"Katakan dengan jujur cerita apa?!"
"Maaf ayah... saya tengok cerita lucah".

Mendengarkan itu marahlah Samad.
"Kamu nie... kecil-kecil dah nakal... kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika...

Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata... "Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak..."

*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya...dan semua terdiam...
Jeng Jeng Jeng.. hehe..








Sabtu, 20 November 2010

Perangkap Peragawan Tua episod 2/2

Okay, seperti mana yang aku janji semalam, ni dia sambungan kisah semalam. Kepada yang tak baca lagi kisah semalam, sila klik Episod 1/2 ni dulu okay. Bukan apa, kalaw hangpa still tak baca yang episod pertama and terus baca episod yang kedua ni, nanti hangpa blur plak. Bagi yang dah baca episod 1, jom kita usha sambungan kisah semalam. Layaaannnn..!


Pada mulanya Ray agak keberatan, namun Fikri memujuk dengan alasan model seluar dalam biasanya menerima bayaran yang tinggi. Dan foto2 itu amat penting sebagai pelengkap portfolio Ray. Ray nampak bertambah selesa dan yakin. Namun Fikri semakin berani apabila mEminta untuk merakamkan foto Ray tanpa seurat benang. Ray membantah tetapi Fikri terus meyakinkannya. Kata Fikri, ia akan dirakam dalam cahaya suram kerana yang dipapar di dalam foto siap hanyalah figura kekar tubuhnya sahaja dan bukannya memfokuskan bahagian sulit.


Dengan perasaan yang agak cuak, Ray mengangguk tanda setuju. Lantas ditanggalkan persalinan terakhirnya iaitu boxer putih. Dan hanya sehelai sutera Korea bercorak polka dot yang lembut membalut bawah pusat ke lutut Ray. Sebaik Ray melangkah dan beraksi di depan kamera, Fikri tidak berhenti merakam pergerakan Ray. Belum pun sempat Ray mengambil posisi, Fikri pantas merakam segenap inci tubuh Ray.


Selesai sesi bergambar, Fikri menghulurkan segelas oren. Dan mereka merehatkan diri sambil merokok. Ketika itulah Fikri mengambil peluang mendekati Ray dan menyatakan hasratnya untuk membantu mengurut Ray bagi meredakan ketegangan sepanjang sesi fotografi berlangsung.


Dalam penat dan mesra yang semakin bertunas, Ray mengizinkan saja Fikri mengurutnya sehinggalah di tempat yang terlarang. Antara terkejut, panik tetapi seronok, Ray akhirnya membiarkan sahaja hinggalah Fikri membuat permintaan yang tak pernah terfikir olehnya. Ray terkejut tetapi apabila nafsu dah menguasai diri, semuanya dirasakan indah. Namun tanpa disedari Ray, di hujung sudut studio ada sebuah kamera video merakam segala aksinya daripada awal dia melangkah masuk hinggalah selesai segalai aksi permainan mereka.


Selepas kejadian itu, Ray pulang ke kolej dengan kepalanya yang serabut memikirkan segala dosa yang telah berlaku. Tekad hatinya biarlah peristiwa hitam itu lebur bersama masa dan dia tidak akan mengulanginya lagi. Ray menunggu peluang dipanggil temu duga sebagai peragawan oleh agensi yang dinyatakan oleh Fikri sebelumnya. Selepas seminggu berlalu, Fikri kembali menghubungi Ray untuk mengulangi dosa yang telah mereka lalui bersama ketika beberapa hari yang lalu. Kali ini Fikri tanpa segan silu merayu. Apabila Ray menolak dengan cara yang baik, Fikri bertukar nada kasar dan mengugut akan menyebarkan foto dan video aksi mereka berdua di internet.


Ray beralah dan terpaksa menurut sahaja segala permintaan dan kemahuan Fikri kerana takut dimalukan. Hingga kini walaupun dua tiga bulan telah berlalu, Ray masih takut. Di atas kebodohannya yang terlampau menurut kata hati, sehinggakan kini maruahnya telah tergadai. Hingga kini, walaupun Fikri sudah jarang2 menelefon Ray untuk khidmat intim, dek kerana Fikri sudah ada mangsa baru. Walaupun begitu, Ray masih lagi dihantui dengan bayang2 ketakutan. Takut kalau2 suatu hari nanti dia akan terlihat wajahnya sendiri tatkala melayari laman lucah di internet. Dia benar2 menyesal dan bertaubat. Dia juga meminta supaya orang2 yang membaca kisah hitamnya ini agar berhati-hati menerima sebarang tawaran termasuk dijanjikan menjadi model.








Psssstttt : Kepada hangpa yang dok berangan nak jadi model, INGAT! Berhati-hatilah agar tak diambil kesempatan. Daftarlah dengan agensi2 modeling yang berlesen jer taw. Siasat dulu sebelum kata YES kepada orang2 yang menawarkan tawaran menjadi model ni. Jangan kerana impian yang menggunung, maruah tergadai pecah terburai.

Jumaat, 19 November 2010

Perangkap Peragawan Tua episod 1/2

Tadi aku ada la usha2 statistik pembaca2 blog aku. Statistik menunjukkan yang pembaca2 atau pelayar2 di MySuaraBlog ni berminat dengan cerita2 pasai rencah kehidupan manusia sejagat ni. Contohnya, "Kisah Jual Tubuh Untuk Belanja Sekolah" yang baru jer dipaparkan tetapi mendapat sambutan yang tinggi di kalangan pembaca berbanding fakta2 atau informasi yang aku cuba nak kongsi ngan pembaca2 di blog ni. Oleh sebab tu, kali ni aku nak paparkan plak kisah benar yang aku amek daripada sebuah majalah popular di Malaysia ni. Kisah hitam mengenai seorang jejaka awal 20an. Cerita dia ni, kita semua bolehla amek sebagai teladan okay. Nak taw apa cerita dia? Jom kita baca!


Seorang jejaka berusia 22 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Ray. Berasal daripada Setiawan, Perak dan sedang menuntut tahun 3 jurusan perakaunan di sebuah IPTA di Lembah Klang. Menurut jejaka ini, dia seorang lelaki yang straight, masih solo and mempunyai imaginasi yang amat tinggi terhadap wanita. Kalaw tengok pada gambar dia, memang tak dapat nak dinafikanlah yang Ray ni seorang yang kacak and wajahnya agak2 mirip Chris Evans dalam versi melayu.


Seperti ramai lelaki lain, Ray amat gila pada Internet. Biasalah, dah namanya pun remaja kan. Dia memperuntukkan 5 jam sehari untuk surfing social network macam Facebook, Myspace, Twitter and lain2 lagi. Paling digemarinya ialah laman sesawang XXX ini sebab Ray suka menonton aksi lucah wanita barat yang dimuat ke You Tube. Selain itu, Ray jugak suka chatting di laman sembang. Ramai orang yang Ray kenal dalam laman sembang tersebut dalam pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Salah seorang yang Ray kenal dalam laman sembang sosial itu ialah Fikri iaitu salah seorang model yang pernah laris selama 15 tahun.


Seperti apa yang dinyatakan Ray, Fikri seorang lelaki yang berusia 45 tahun dan berperwatakan lelaki sejati. Setelah puas beraksi di pentas peragaan serta terbabit sebagai model profesional peringkat Asia. Kini Fikri beralih arah dengan menceburi dunia bisnes menjual alat2 senaman. Pada mulanya, hanya sekadar berbual kosong, tetapi akhirnya Ray terperangkap dengan kata2 Fikri. Kata Ray, Fikri seorang yang pandai mengayat sehingga Fikri berjaya memujuk Ray untuk berjumpa dengannya.


Setelah pertemuan diatur, mereka bertemu di sebuah kafe di kawasan elit di Damansara. Perbincangan mereka mulanya hanya setakat isu biasa dunia lelaki kerana menurut Ray, Fikri tidak menonjolkan sifat atau belang sebenarnya. Kemudian perbincangan beralih ke topik yang lebih serius. Fikri mula bertanyakan tentang masa depan dan perancangan hidup Ray. Kata Fikri, Ray perlu merencana masa depan dan mengoptimakan segala advantage yang ada pada tubuhnya. Mungkin jadi peragawan sepertimana yang dilakukan oleh Fikri dulu.


Hati mana yang tak teruja bila ada mata2 yang melihat potensi dirinya untuk menjadi model. Tanpa memikirkan benda2 yang negatif, Ray bertanyakan bagaimana caranya untuk menjadi seorang model. Sebagai bekas seorang model, Fikri menjanjikan peluang kerana dakwanya dia boleh mengenalkan Ray dengan agensi yang berkenaan. Dengan perasaan gembira, Ray hanya bersetuju dengan tawaran Fikri itu.


Pertemuan diatur lagi tiga hari kemudian tetapi hanya di hadapan kafe sebelumnya, kerana Fikri menjemput Ray pulang ke rumah. Kononnya untuk merakan gambar profil. Ray yang tidak tahu menahu mengenai selok belok dunia peragaan ini hanya akur sahaja. Dia terlalu naif dan langsung tidak terfikir tindakan Fikri itu sangatlah tidak masuk akal kerana mana mungkin pengambaran dilakukan di rumah dan bukannya di studio yang berdaftar.


Sebaik sahaja sampai di rumah, Ray yakin bahawa dia tak silap perhitungan. Tambahan apabila melihatkan keadaan kediaman Fikri yang ultra moden. Dilengkapi sebuah bilik persis studio foto beserta dengan kamera berdefinisi tinggi dan sistem lampu. Muzik rancak bergema menemani mereka berdua. Aroma lavender yang mendamaikan memenuhi segenap ruang bilik.


Janji Fikri, sesi foto itu perkara wajib kerana dia sendiri akan menunjuk ajar cara beraksi di depan kamera secara profesional. Mulanya Ray bergambar dengan berpakaian penuh. Kemudian Ray disuruh menukar pakaian dengan busana yang telah disediakan oleh Fikri. Selepas itu, Ray disuruh pula menanggalkan baju , kemudian menanggal seluar sehinggalah hanya berboxer sahaja.


Bersambung pada keesokan hari..



psssttt : Esok aku pos sambungan cerita ni okay. Jangan lupa ikuti sambungannya pada keesokan hari okay. Saja nak bagi saspen sket. (padahal sebenarnya x larat nak taip panjang2,haha.)








Khamis, 18 November 2010

Kehebatan Warna Baju


Aiseyh, bila lepas raya jer, mulala badan2 ni rasa x sehat. Saket itulah. Saket inilah. Semuanya berpunca daripada gejala x ingat dunia time melantak atau kedarah menu2 hidangan raya ni. Yela, semua makanan yang dihidangkan plak memang mampu menggoncangkan iman. Ketupat palas, Rendang Daging, Lemang, Serunding ayam, Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Satay, Nasi Himpit, Dodol, Sup Daging, bla bla bla. Kalaw nak list satu persatu, sampai esok pown x habis kowt. Okay dalam dok saket2 ni, actually warna baju yang kita pakai mampu menyembuh atau mengurangkan rasa saket2 yang kita dok rasa. Jom kita usha one by one warna baju bersama kehebatannya.. ;)


Baju Warna MERAH

Warna merah mempunyai hubungan dengan tenaga, kekuatan dan seksualiti seseorang. Maka, ia mampu merawat dan mengatasi anemia, kekurangan tenaga. tekanan darah rendah, penyakit kulit dan infeksi saluran kencing. Jadi, kalaw2 hangpa ada hidap masalah yang disenaraikan tu, silalah jangan segan2 nak pakai baju warna merah ye, walaupun potensi dikejar lembu itu tinggi, Hehe.


Baju Warna JINGGA

Warna jingga pula berhubungan dengan limpa yang mengatur pengaliran darah dan metabolisme. Ia juga mencetuskan kegembiraan dan keceriaan. Jadi, ia mampu membantu merawat depresi, masalah ginjal dan pernafasan seperti asma dan bronkitis. Jom kita beli baju warna jingga banyak2. Baru la nanti tak tension2. Ceria jer slalu, haha.


Baju Warna KUNING

Kuning pula mempengaruhi intelektual dan kemampuan membuat keputusan. Warna ini juga mampu merangsang konsentrasi dan menyembuhkan penyakit artritis dan dapat mengurangi keluhan pesakit yang stres, kejang otot, hipoglikemia, hipertiroid dan juga masalah batu empedu.
Patutla raja2 suka pakai baju warna kuning sebab depa kan pemimpin negara, so kena la pandai bwat keputusan. Dah la tu, banyak plak manfaat dia. Aiseyh, aku tak ada baju kuning, huhu.


Baju Warna HIJAU

Warna hijau plak berhubungan dengan jantung. Warna hijau yang harmoni dikatakan sebagai penyembuh yang luar biasa. Hijau digunakan untuk menyeimbangkan dan menstabilkan tenaga dalam tubuh badan manusia. Owh, patutlah majoriti hospital kerajaan bagi pakai pesakit depa ngan baju warna hijau.


Baju Warna BIRU

Warna ini berhubungan dengan kerongkong dan saluran pernafasan. Warna yang cukup menenangkan ini sangat baek digunakan untuk mengatasi insomnia, gastritis, artritis, asma, migrain dan sakit pada bahagian kerongkong. Nanti kalaw nak karok2, aku nak pakai baju kaler ni la. Baru la tak semput, hehe.


Baju Warna UNGU

Ungu pula berhubungan dengan energi dari fungsi tertinggi fikiran. Warna ini sering digunakan untuk meningkatkan kepercayaan diri dan mengurangi rasa lesu. Ia sering digunakan untuk membantu pesakit mental dan saraf, pesakit migrain dan merangsang nafsu makan. Tapi itu untuk orang2 yang tak lalu or tak ada selera nak makan jer taw. Yang suka makan, anda memang tak digalakkan memakai baju warna ni, hoho.


Baju Warna HITAM

Warna yang cukup dominan ini digunakan bagi membantu orang2 yang terlebih over dalam selera makan dia. Selain daripada memakai baju warna hitam, hangpa jugak boleyh menggunakan alas meja makan yang kaler hitam atau pinggan kaler hitam. Sesuai sangat kepada yang nak diet. Kompem nanti selera makan kurang. :)


Psssttt: Terapi warna ini hanyalah sebagai alternatif sahaja okay. Kalaw still x sembuh2 jugak, jangan malas2 pegi jumpa doktor okay. Kalaw dah jumpa doktor tapi still x sembuh2 jugak, sila jangan malu2 untuk tempah batu nisan okay? KihKihKih.

Rabu, 17 November 2010

Jual Tubuh Untuk Belanja Sekolah

Apa nak jadi ngan manusia zaman la ni khususnya masyarakat Malaysia yang memegang status bangsa Melayu yang semestinya berkiblatkan kaabah ni. Baru2 ni aku ada tertonton video kat facebook pasai pasangan melayu yang secara terang terangan dok bercium depan khalayak ramai. Then tertonton plak video bebudak melayu yang suka suki depa jer dok pukul pengemis2 di jalanan. Kalaw nak senaraikan gejala2 x bermoral orang melayu ni, memang x menang tangan. Okay, lani aku nak tontonkan hangpa suma dengan adegan soal siasat antara seorang wartawan ni dengan seorang pelajar perempuan IPT pasai gejala pelajar2 perempuan yang gemar menjual tubuh untuk perbelanjaan study depa di kolej2 swasta mahupun awam.

Jom kita TERJAH!




W : Betol ke you ada kawan2 yang bwat part time jual tubuh ni? Atau you saja nak reka2 crita mau bikin gempak?

P : Laa, bwat apa plak I nak tipu? Kalau I tipu pun, apa yang I dapat? Dah memang betul. Lagipun menda ni dah lama berlaku, cuma orang jer yang tak tau.




W : Macam mana boleh jadi macam tu? Takkan diaorang suma x boleh nak fikir? Lagipun semuanya belajar tinggi2. Pelik jugak tu.


P : Sebab belajar terlalu tinggilah boleh jadi macam tu. Budak yang I nak cerita kat you ni pown sebilik dengan I. Biasalah bila belajar di kolej swasta, serba serbinya nak kena pakai duit. Jadi, bila family kurang mampu, terpaksalah cari duit dengan cara macam tu.



W : Macam mana you boleh taw pasai cerita ni? Cerita la sikit.

P : Ada sekali tu dia tanya I, cukup duit tak? I cakapla yang I ada ngam2 jer. Lagipun I ni bukannya anak orang kaya. Parents kirim duit pun hanya sekadar cukup untuk belanja makan jer. Lepas tu dia offer i kalaw nak banyak income, ikut dia bwat part time. I tanya kerja apa, tapi dia tak nak bagitahu. Jadi, ada satu malam tu, I tergerak hati untuk ikut dia. Manala nak tau kowt2 kerja yang dia nak bagi kat I tu menyeronokkan. Jadi I ikutla dia naek teksi sampai ke Damansara Utama.



W : Lepas tu apa yang berlaku?

P : Tak lama lepas tu, ada sebuah kereta datang amek kita orang. I tanya dia, siapa orang tu. Dia kata itulah bos tempat yang dia kerja. Akhirnya kereta yang kami naek sampai di sebuah kondo mewah. I terus ikut dia naek lif dan menuju ke salah satu unit kondo yang ada kat situ. Alangkah terkejuk beruknya I bila sampai ke dalam rumah tu. Ingatkan I dengan kawan I saja yang ada, rupa2nya ada ramai lagi perempuan lain. I mula berfikir, kerja apalah yang I nak kena bwat nii. Tapi macam pernah tengok plak adegan2 macam ni kat TV.



W : Best jugak story you ni. Lepas tu?

P : Rupa2nya, semua perempuan yang ada kat situ sedang menunggu pelanggan2 yang kebanyakannya berasal dari Afrika dan Timur Tengah. I cakap dengan kawan I tu yang I tak nak bwat kerja macam ni. Lagipun I tak kisah kalau I tak ada duit, tapi untuk jual badan jauh sekali. Kawan I akur dengan pendirian I, jadi dia suruh I tunggu dia sampai habis kerja untuk balik sama2. So, I pun tunggulah macam orang bodoh di ruang tamu tu.



W : Macam mana ek keadaan dalam rumah tu?

P : Semua perempuan akan duduk dan merayau-rayau macam dalam cocktail party. Waktu yang sama, student Arab dan Afrika banyak yang keluar masuk dan melihat mana2 perempuan yang mereka berkenan. Kalaw dia orang rasa berkenan, mereka akan datang dan bwat rundingan harga. Waktu tu lah berlakunya tawar-menawar. Kalaw setuju, terus masuk biliklah.



W : Semua student luar ek? Student tempatan tak de ker?


P : A'ah. Semua dari luar. I tanya kawan I, kenapa semua student dari luar. Dia jawab, kalaw ada student dari Malaysia mesti nanti bikin kecoh. Lagipun dia orang kata, bukannya dia orang jadi pelacur tetapi lebih kepada teman sosial jer. Kalaw you nak bwat, you bwat lah. Tapi kalaw you x mahu, you duduk diam2 dan buat bodoh jer la.



W : Malam tu berapa ramai kawan you dapat customer?

P : Kalaw tak silap I, adalah dalam 2 atau 3 orang.



W : Berapa bayaran ek yang dia dapat malam tu?


P : Entahlah. I tak tanya la pulak. Tapi rasanya adalah dekat RM1000 kowt. Hehehe.. Entahlah, I teka jer. Sebab selama ni I tengok kehidupan dia mewah sangat. Wang ringgit baginya macam tak ada nilai. Iyelah, orang senang dapat duit, jadi senanglah pulak keluarnya.



W : Okaylah. Jadi, sekarang ni you ada ikut dia lagi tak selepas kejadian malam tu?

P : Issyy, tak pernah pun. Sekarang ni dia dah tinggal di tempat laen. I pun dah jarang2 jumpa dengan dia. Tak apalah, I tak rasa rugi pown kalaw hilang kawan macam tu. Dah dunia dia macam tu, jadi lantak dia lah. Malas I nak kacau hidup dia. Janji dia hidup bahagia sudah!!!


~The End~

Psssttt : Terpikir jugak aku, generasi sekarang ni akai jer tinggi tapi akhlak dah makin rendah. Macam mana la ek Malaysia pada tahun 2020 nanti. huhu. Renung2kanlah.. :(

Happy Birthday Cik Anis


Hey You!



HAPPY BIRTHDAY
yang ke-19

Semoga Segala Impian Anis Jadi Realiti


♥ SaYaNG KaMu SaNGaT2

Selasa, 16 November 2010

Kenapa Perlu Mandi?


Haa, entry kali ni aku nak cakap2 pasai bab mandi. Kepada geng2 kambing yang malas nak mandi, boleh tutup blog ni tapi kepada geng2 kambing yang dah nak tawbat and bukan terdiri daripada geng kambing, boleyh teruskan membaca blog ni, haha. Kenapa ek kita kena mandi? Okay, melalui sebuah kajian yang telah diterbitkan oleh New England Journal of Medicine, mandi bukan hanya dapat membersihkan pelbagai kotoron yang terdapat kat tubuh kita, tapi jugak ada pelbagai manfaat lain tentang mandi ni. Jom kita usha satu persatu manfaat dia.

1. MENGELUARKAN RACUN

Mandi air panas sekitar 32 sehingga 35 darjah Celcius dapat membuka pori-pori yang mana boleh membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas jugak boleh membantu menurunkan paras gula darah, menyembuhkan sakit otot dan memastikan usus besar bekerja dengan baik. Waktu yang disarankan ialah selama 10 hingga 20 minit.


2. STRESS

Kalaw hangpa stress sangat2, hangpa digalakkan mandi air sejuk. Suhu yang dicadangkan ialah 12 hingga 18 darjah Celcius. Melalui suhu ini, ia mampu mengurangkan stress yang hangpa alami.


3. EKZEMA

Kalaw hangpa ada penyakit kulit macam ekzema, ruam atau gatal2 ka, hangpa boleyh mengubati penyakit2 ni dengan menambahkan baking soda (sodium bicarbonate) ke dalam tab mandi kerana sodium bicarbonate mampu bertindak sebagai antiseptik. Disyorkan berendam selama 10 hingga 20 minit.


4. MELANCARKAN PENGALIRAN DARAH

Rendam kaki hangpa selama 1 hingga 2 minit ke dalam air panas dan kemudian rendam plak kaki hangpa yang chantek tu ke dalam air sejuk selama 30 minit. Cara macam ni dapat melancarkan pengaliran darah dalam badan hangpa.


5. INSOMNIA

Ni sesuai sangatla dengan orang yang ada problem ngan tido. Kepada yang menghidap penyakit ni, rajin2 kan la diri tu untuk merendam kaki dalam air sejuk selalu sebab ia sangat baek untuk problem Insomnia ni.


6. FLU DAN SAKIT KEPALA

Rendam kaki dalam air panas boleh menyembuhkan flu, sakit kepala dan menyegarkan kaki yang keletihan. Tambah2 kaki yang selalu dok terperap dalam stokin and kasut jer. Mau x letih kaki tu. Masukkan air panas yang secukupnya ke dalam besen sampai menutup kaki dan pergelangan kaki, kemudian tambahkan beberapa titis minya seperti lavender, peppermint, atau lemon. Bila dah habis, basuh kaki dengan air sejuk. Bwat benda ni selama 10 hingga 20 minit.


Patutla kalau dalam Islam pown ada jenis mandi yang wajib. Yela, mandi ni kan ada banyak manfaat dia. Kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha pada keesokan hari. Jangan lupa MANDI SUNAT AIDILADHA oke.. ;)

Isnin, 15 November 2010

Perihal Roommate & Housemate Aku


Ni dia makhluk2 yang penah jadi Roommate and Housemate aku time aku kat UiTM Kedah semenjak aku semester 1 sampaila semester 5. Jom kita TERJAH depa!



Nama dia ni Ariff bin Sulaiman. Dia ni orang Terengganu (Marang). Dia amek kos diploma pengurusan maklumat. Dia tua setahun daripada aku. Dia ni la member aku time aku mula2 masuk UiTM dulu. Masa aku nampak dia for first time, muka dia masam jer. X senyum langsung. Cuak gak aku time tu sebab aku ingat aku dapat roommate yang belagak gila tapi rupa2nya si mat Ariff ni sekepala ngan aku. Best kawan ngan dia. Selalu kuar berfoya-foya ngan dia baek kat Sg Petani mahupun KL. Dia ni memang minat apa2 jer yang berkaitan ngan korea. Aku sebilik ngan dia dari semester 1 sampai semester 3. Sekarang dia ni ahli Majlis Perwakilan Pelajar kat UiTM Kedah. Pegang jawatan sebagai Exco Sukan.

Ni plak nama dia Nasrul. Dia ni orang Perak (Tg Rambutan). Dia amek kos diploma pengurusan maklumat. Dia ni pandai and minat gila dalam matematik, tapi sayang kos yang dia amek skarang xdak kira2. Dia ni pown member aku time aku mula2 masuk UiTM. Dia ni suka bebel. Ingat lagi first day aku masuk UiTM, terus kena panahan leteran daripada si Nasrul ni. Time tu aku terkejutla jugak sebab aku still x kenai dia lagi tapi dia dah berani beletiaq kat aku. Lawak plak bila teringat time tu balik. Nasrul ni baek. Walaupun dia ni suka bebel tapi niat dia baek. Nasrul ni boleh dianggap ustad la dalam geng2 kami time tu sebab dia suka bertazkirah. Sekarang dia pegang jawatan yang penting di Rumah Pelajar Taman Universiti. X ingat la plak jawatan dia tapi penting gak la. Aku sebilik ngan dia time semester 1 jer..


Ni plak nama dia Nazrin. Aku panggil dia Yen. Dia ni orang Selangor (Ampang). Dia amek kos diploma pengajian perniagaan. Dia ni tinggi lampai. Perwatakan dia sempoi and sporting. Best kawan ngan dia. Dia just study kat UiTM Kedah satu semester jer sebab dia x minat ngan kos yang dia amek. Lepas tu dia tukar ker Politeknik di Perlis. Dia amek kos kejuruteraan plak kat sana. Dia ni minat bola. Pantang ada apa2 activity or tournament bola kat UiTM, mesti dia nak join. Kalau kat bilik, apa yang bestnye ngan Yen ni, tiap2 malam sebelom tido jer, mesti dia mintak semua orang cerita pasai diri masing2. Yen ni pown bukan jenis kedekut sangat. Tapi dia ni agak cerewet kalaw nak beli baju ker apa ker,haha. Dulu kalau keluar jalan2 kat Sg Petani jer, mesti kami berempat(ariff,nasrul,yen n aku) kuar sekali. Yela budak baru katakan. Mana la nak tau selok belok area sana lagi time tuu.Senang crita, memang bestla dudok sebilik ngan Yen ni. Aku sebilik ngan yen time semester 1 jer.



Okay, ni plak nama dia Syafiq. Aku panggil dia Anoi. Dia ni orang Perak (Manjong). Dia amek kos diploma pengurusan maklumat. Dia ni anak Sulong sama macam aku. Aku sebilik ngan dia dari semester 2 sampai semester 4. Tapi semester 4 dia dok sat jer ngan aku kat bilik di Taman Universiti sebab dia kena pindah ke Kolej Malinja atas jawatan yang dia pegang. Dia ni minat ngan benda2 yang berteknologi. Anoi ni suka menyendiri. Dia x suka masuk campur hal orang lain selagi orang tu x kacau hidup dia. Masa semester 3, aku kongsi almari ngan Anoi kat bilik A202 di Kolej Malinja. Kesian Anoi sebab aku ni suka sepahkan almari tu. X rugi sebilik ngan Anoi sebab anoi ni bukan jenis yang cerewet sangat. Skarang dia pegang satu jawatan yang penting di Kolej Malinja. Aku x ingatla jawatan apa.



Haa, ni plak nama dia Kamarulzaman bin Elias. Aku panggil dia Aman. Dia ni orang Penang (Tg Tokong). Dia amek kos diploma pengurusan maklumat. Dulu masa aku kenai dia time semester 1, prangai dia macam budak2. Tapi semenjak semester 2, terkejut gila aku sebab perangai dia beubah macam bapak budak. Aku suka sembang ngan dia. Utara sangat loghat dia. Aman ni agak sosial sikit, sikit jer x banyak. Kalau bab karok2 ni, serah jer kat dia. Tapi suara dia memang sedap pown. Aku slalu jadi partner duet dia sebab aku pown perasan suara sedap gak. Disebabkan aku ngan aman suka melalak kat bilik mahupun toilet, ramai gak jiran2 bilek yang x puas ati ngan kami. Aman lani pegang jawatan sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Kedah sebagai Exco Keusahawanan. Aku sebilik ngan dia dari semester 2 sampai semester 3.


Ini namanya Hafizul Azhar. Aku panggil dia Joe tapi coursemate dia panggil dia Saloon. Dia ni orang Kedah (Jitra). Dia amek kos diploma perakaunan. Masa aku Semester 2, dia ni semester 1. Joe ni nampak jer muka gangster tapi hati banyak baek woo. Mula2 dia masuk bilik, aku ingat samseng mana la yang mai tapi naseb baek dia bukan samseng. Actually aku banyak gak berdosa ngan si Joe ni. Kesian dia tiap2 malam aku ngan kawan aku bwat bising kat bilik sampai dia x boleh nak tido and study. Then dia pindah bilik laen sebab kecewa ngan sikap aku n kawan2 aku kowt. Mintak maaf Joe naa. Tapi yang bestnyer ngan Joe ni, walaupown dia geram sangat2 ngan kami, tapi dia still leyh senyum and x marah2 pown. Joe anda sungguh baek. Joe ni X kedekut kalaw bab2 makanan ni. Aku sebilik ngan Joe time semester 2 jer.


Seterusnya, ini plak namanya Ainul Qazi Haque. Aku panggil dia Qazi. Dia ni orang Selangor (Ulu Klang). Dia amek kos diploma perakaunan. Dia muda setahun daripada aku. Masa aku semester 3, dia semester 1. Katil dia betol2 sebelah ngan katil aku. Qazi ni memang berdisiplin tinggi. Maybe sebab dia dah dididik dekat Maktab Tentera Diraja sebelom ni ngan cara lagu tu kowt. Dia ni agak pintar gak la. Pi mana2 pown, mesti ngan buku. Nak kata skema tu, sikit2 jer. Aku suka ngan sikap dia yang sopan and hormat orang. Dia ni pown X berlagak. So far okay la. Dia ni rajin gak baca Al-Quran dalam bilik. At least x la panas sangat bilik kami tu. Aku sebilik ngan dia untuk semester 3 jer.


Nama dia ni plak Wan Izzat Wan Rahim. Aku panggil dia Ejad. Dia ni orang Perak (Telok Intan). Dia amek kos diploma seni reka dan grafik. Dia ni pown muda setahun daripada aku. Masa aku semester 3, dia semester 1. Ejad ni minat gak ngan bola. Dia slalu gak join mana2 kelab bola kat UiTM ni untuk apa2 tournament. Ejad ni memang gila skateboard. Dia ada gak bawak mai skateboard dia kat UiTM. Suruh jer, semua aksi2 skateboard dia reti bwat. Taraf profesional la dia ni. Dia ni kalaw bab2 melukis or rekacipta, memang superb!. Taste dia ni agak tinggi. Baju2 or barang2 dia sumanyer branded2. Dia suka gak layan gigs. Pendek kata, Ejad ni Sempoi la, cayalah!. Aku sebilik ngan dia untuk semester 3 jer.


Okay, ini plak namanya Ariffuddin. Aku panggil dia Arep. Dia ni orang Perak (Tapah). Dia amek kos sama ngan aku iaitu diploma pentadbiran awam. Dia ni satu group ngan aku dalam minggu mesra siswa iaitu minggu orientasi untuk student2 yang baru masuk ke UiTM Kedah macam aku ngan si Arep ni la. Arep ni sama kelas ngan aku dari semester 1 sampai 3. Semester 4 and 5 dah x sama kelas. Arep ni agak gila shuffle gak la. Aku difahamkan, dia ni slalu gak wat show shuffle kat KL. Aku serumah ngan dia time semester 4 jer di Taman Universiti. Arep ni kalaw tido, kadang2 tu suka mamun. Kadang2 dia boleyh jalan time tido tanpa dia sedaq apa yang dia bwat. Arep ni slalu gak bantu aku kalaw time aku susah. Lani Arep pegang jawatan sebagai Presiden Rumah Pelajar Taman Universiti.


Yang ni plak nama dia Zairul Helmi bin Ruslan. Aku panggil dia Zyrol. Dia ni orang Sarawak tapi menetap di Penang (Bukit Mertajam). Zyrol ni kacukan bidayuh ngan melayu. Dia amek kos sama gak ngan aku iaitu diploma pentadbiran awam. Dia just sama kelas ngan aku time semester 4 and 5 jer. Aku serumah ngan zyrol dari semester 4 di Taman Universiti hingga semester 5 di Taman Lembah Merbok. Kalaw pi kelas, kami mesti pi skali. Pendek kata kat mana aku pi, mesti aku pi ngan zyrol. Zyrol ni baek sangat2. Dia ni suka tolong orang. Zyrol ni agak tabah and kental orangnya. Memori zyrol ni kalaw bab2 menghafal nota ni, memang kuat. Jeles aku ngan dia. Zyrol ni senang gak dipengaruh. Sometime kalaw dia kata dia x nak bwat menda tu, tapi kalaw aku pengaruh dia sikit mesti dia bwat jugak. Lawak la zyrol ni. So far okayla stay serumah ngan zyrol sebab dia sama kelas ngan aku.


Si pemilik muka innocent ni plak namanye Mohammad Salehudin Abdul Sani. Aku panggil dia Saleh. Dia ni orang Perak (Ipoh). Dia amek kos diploma pentadbiran awam. Saleh ni jenis gila2. Kalaw orang x gila kawan ngan dia, kompem nanti gila jugak. Saleh ni bukan jenis plastik. Jauh sekali hipokrit. Dia kalaw x puas ati ker apa ker, direct jer dia tembak. Tak kisahla kawan baek ker x, kalaw dia x puas ati, siapla. Aku penah gak begaduh ngan Saleh sampai x becakap langsung. Last2 aku la yang kena beralah pujok2 dia segala sampaila dia maafkan aku. Saleh ni kalaw dia puji, pujian dia tu memang ikhlas. Saleh ni teman yang baek kalaw bab2 gosip ni. Walaupown sometime mulut saleh ni selalu suka cakap menda2 kotoq, tapi hati dia banyak bersih woo. Kalaw xdak Saleh, sumpah x meriah langsung dunia ni. Aku stay serumah ngan Saleh dari semester 4 hingga semester 5.


The next is Aimi Nasruddin bin Mohd Roslan. Aku panggil dia Aimi. Dia orang Johore (Batu Pahat). Sama kos ngan aku iaitu diploma pentadbiran awam. Aimi ni memang sporting habes. Dia x kisah apa orang nak describe or cakap pasai dia. Yang penting dia happy ngan life dia. Bagi aku, Aimi adalah Aimi. Memang xdak pengganti untuk si Aimi ni. Aimi muda setahun daripada aku. Dia lompat kelas sebab dia lulus ujian PTS time darjah 3. Aimi ni memang peminat no.1 Datuk Siti Nurhaliza. Tanya jer apa2 soalan pasai Datuk Siti, kompem Aimi boleyh jawab. Masa sem 4 Aimi bawak keta kancil oren and sem 5 plak Aimi bawak keta savvy hijau. Dia becita cita nak jadi Lawyer. Kalaw bab undang2 or politik ni, Aimi memang superb!. Aimi lani pegang jawatan sebagai Exco Protokol untuk kelab DiPAC sebab dia suka cakap. Selalu gak la dia diundang jadi host untuk apa2 event kat UiTM Kedah. Aku serumah ngan dia since semester 4 hingga semester 5.


Si muka ala2 jejaka pujaan gadis seantero dunia ni plak namanya Afizul Ahmad. Aku panggil dia Fizol. Dia ni orang Selangor (Klang). Dia ni seangkatan ngan aku sebab dia amek jurusan diploma pentadbiran awam. Dia ni suka usik2 aku. Best kalaw gadoh2 ngan dia. Dia ni boleyh dikatakan sporting gak la. Dia boleh sesuai ngan macam2 keadaan. Kalaw dia masuk kandang lembu, dia mengembu tapi kalaw dia masuk kandang harimau, dia lari la kowt, haha. Dia ni simple jer. X brapa nak cerewek sangat. Kesian kat dia sebab time aku accident ritu, aku dah hilangkan dia punya helmet ngan selipar. Aku serumah ngan dia since semester 4 sampai semester 5. Untuk semester 5, aku duduk sebilik ngan dia kat Taman Lembah Merbok. Dulu dia Ketua Blok di Kolej Malinja. Sekarang dia dah jadi Presiden kelab DiPAC. Sebuah kelab yang tersohor di UiTM Kedah.


Okay, si mamat yang muka jambu ni plak nama dia Nik Nazrin Nik Ahmad Zaki. Aku panggil dia Nik. Dia orang Selangor (Kajang). Dia ni reti cakap mandarin. Aku sungguh jeles. Orangnya tinggi and putih melepak tapi dia dah berpunya. Nama chick dia Marzini. Dari semester 1 sampai semester 5 depa bahagia jer couple. Dulu kalaw bab dating2 ni serah jer kat dia, haha. Tapi semenjak semester 5, dia da x kerap dating da sebab stay berjiran jer ngan umah chick dia tu. Dia teman rapat aku untuk satu "subjek" ni. Subjek apa terpaksa dirahsiakan, hehe. Dia ni memang gila ngan game. Buka Facebook, dia maen game. Buka laptop, dia maen game. Buka TV dia maen Playstation. Dia x suka masok campur hal orang lain selagi orang tu x try nak touch dia punya life. Dudok serumah ngan Nik ni boleyh dianggap best gak la sebab dia x cerewet. Aku stay serumah ngan dia time semester 4 hingga semester 5.



Okay, tamat sudah kenangan and pengalaman aku ngan depa suma ni. Semester depan adalah semester terakhir untuk aku iaitu semester 6. Pada semester 6 nanti, aku akan serumah ngan orang laen plak. Harap2, everything will be okay la nanti. ;)