Pages

Sabtu, 20 November 2010

Perangkap Peragawan Tua episod 2/2

Okay, seperti mana yang aku janji semalam, ni dia sambungan kisah semalam. Kepada yang tak baca lagi kisah semalam, sila klik Episod 1/2 ni dulu okay. Bukan apa, kalaw hangpa still tak baca yang episod pertama and terus baca episod yang kedua ni, nanti hangpa blur plak. Bagi yang dah baca episod 1, jom kita usha sambungan kisah semalam. Layaaannnn..!


Pada mulanya Ray agak keberatan, namun Fikri memujuk dengan alasan model seluar dalam biasanya menerima bayaran yang tinggi. Dan foto2 itu amat penting sebagai pelengkap portfolio Ray. Ray nampak bertambah selesa dan yakin. Namun Fikri semakin berani apabila mEminta untuk merakamkan foto Ray tanpa seurat benang. Ray membantah tetapi Fikri terus meyakinkannya. Kata Fikri, ia akan dirakam dalam cahaya suram kerana yang dipapar di dalam foto siap hanyalah figura kekar tubuhnya sahaja dan bukannya memfokuskan bahagian sulit.


Dengan perasaan yang agak cuak, Ray mengangguk tanda setuju. Lantas ditanggalkan persalinan terakhirnya iaitu boxer putih. Dan hanya sehelai sutera Korea bercorak polka dot yang lembut membalut bawah pusat ke lutut Ray. Sebaik Ray melangkah dan beraksi di depan kamera, Fikri tidak berhenti merakam pergerakan Ray. Belum pun sempat Ray mengambil posisi, Fikri pantas merakam segenap inci tubuh Ray.


Selesai sesi bergambar, Fikri menghulurkan segelas oren. Dan mereka merehatkan diri sambil merokok. Ketika itulah Fikri mengambil peluang mendekati Ray dan menyatakan hasratnya untuk membantu mengurut Ray bagi meredakan ketegangan sepanjang sesi fotografi berlangsung.


Dalam penat dan mesra yang semakin bertunas, Ray mengizinkan saja Fikri mengurutnya sehinggalah di tempat yang terlarang. Antara terkejut, panik tetapi seronok, Ray akhirnya membiarkan sahaja hinggalah Fikri membuat permintaan yang tak pernah terfikir olehnya. Ray terkejut tetapi apabila nafsu dah menguasai diri, semuanya dirasakan indah. Namun tanpa disedari Ray, di hujung sudut studio ada sebuah kamera video merakam segala aksinya daripada awal dia melangkah masuk hinggalah selesai segalai aksi permainan mereka.


Selepas kejadian itu, Ray pulang ke kolej dengan kepalanya yang serabut memikirkan segala dosa yang telah berlaku. Tekad hatinya biarlah peristiwa hitam itu lebur bersama masa dan dia tidak akan mengulanginya lagi. Ray menunggu peluang dipanggil temu duga sebagai peragawan oleh agensi yang dinyatakan oleh Fikri sebelumnya. Selepas seminggu berlalu, Fikri kembali menghubungi Ray untuk mengulangi dosa yang telah mereka lalui bersama ketika beberapa hari yang lalu. Kali ini Fikri tanpa segan silu merayu. Apabila Ray menolak dengan cara yang baik, Fikri bertukar nada kasar dan mengugut akan menyebarkan foto dan video aksi mereka berdua di internet.


Ray beralah dan terpaksa menurut sahaja segala permintaan dan kemahuan Fikri kerana takut dimalukan. Hingga kini walaupun dua tiga bulan telah berlalu, Ray masih takut. Di atas kebodohannya yang terlampau menurut kata hati, sehinggakan kini maruahnya telah tergadai. Hingga kini, walaupun Fikri sudah jarang2 menelefon Ray untuk khidmat intim, dek kerana Fikri sudah ada mangsa baru. Walaupun begitu, Ray masih lagi dihantui dengan bayang2 ketakutan. Takut kalau2 suatu hari nanti dia akan terlihat wajahnya sendiri tatkala melayari laman lucah di internet. Dia benar2 menyesal dan bertaubat. Dia juga meminta supaya orang2 yang membaca kisah hitamnya ini agar berhati-hati menerima sebarang tawaran termasuk dijanjikan menjadi model.








Psssstttt : Kepada hangpa yang dok berangan nak jadi model, INGAT! Berhati-hatilah agar tak diambil kesempatan. Daftarlah dengan agensi2 modeling yang berlesen jer taw. Siasat dulu sebelum kata YES kepada orang2 yang menawarkan tawaran menjadi model ni. Jangan kerana impian yang menggunung, maruah tergadai pecah terburai.

6 ulasan:

Syareena Rahmat berkata...

Eh Eh, kalau nak jadi stewardess dekat mana pulak nak daftar? HAHAHA :) Nice story dudee ;)

ZWAN SABRI berkata...

Syareena, Ntahla.. Sila tanya Makcik MAS ngan Pakcik AirAsia oke.. X pown, sila tanya Abang FireFly.. ;)

Unknown berkata...

haha..kau pon kene berhati2..nak jadi model kate nye..kangg jd model laen pulak :D

ZWAN SABRI berkata...

Saleh, niat di ati mmg la nk jadi model tp x cukup tinggi la plak.. so terpaksala bwang niat tu jauh2.. huhu.. :(

Unknown berkata...

kesiannnye,,, lain kali memang kena berhati-hati lah,,,

ZWAN SABRI berkata...

Tula pasai.. huhu..