Pages

Rabu, 31 Oktober 2012

Che Lah Hidupkan Masterchef Malaysia 2



Bagi sesiapa yang menonton rancangan masakan popular iaitu Masterchef Malaysia musim ke-2 terbitan Astro yang ditayangkan di Astro Ria dan Astro Mustika, pastinya nama Che Lah sudah tidak asing lagi. Dengan trademark yang digunakan oleh Che Lah iaitu “Wanita Cantik Pun Boleh Memasak” pastinya akan membuatkan segelintir penonton rancangan Masterchef Malaysia 2 ni agak meluat dengan statement serta gaya gedik yang ditunjukkan oleh Che Lah.



Orang cakap, tak kenal maka tak cinta.. Dulu aku and family aku agak meluat dengan Che Lah tapi bila hari2 tengok Masterchef Malaysia 2, daripada perasaan meluat tu bertukar jadi suka.. Che Lah merupakan favourite aku and family. Sejujurnya, antara sebab kenapa aku menonton rancangan Masterchef Malaysia 2 ni adalah disebabkan Che Lah. Seronok tengok telatah dan gelagat Che Lah yang sungguh mencuit hati dalam rancangan tu.



Che Lah merupakan seorang penasihat kecantikan di Johor yang berusia 40 tahun. Beliau juga merupakan seorang ibu kepada 4 orang anak. Apa yang menarik mengenai Che Lah ialah beliau sentiasa akan berdandan cantik dan beliau jugak seorang yang outspoken. Walaupun kadang2 Che Lah ni suka cakap lepas tapi aku percaya yang hati dia baik. Apa yang aka tau, kalau Che Lah takdak, maka akan bosanlah rancangan Masterchef Malaysia musim ke-2 ni sebab telatah and gelagat Che Lah yang selamba itulah warna dalam rancangan tersebut. So, aku berharap sangat supaya Che Lah akan mara sehingga final.. Good Luck Che Lah!



pssssstttttt : Hari ni sungguh sedih sebab dah nak kena balik UiTM.. So kepada yang still cuti midsem, selamat bercuti.. :)

Jumaat, 26 Oktober 2012

Benarkah Aidiladha di Kelantan Meriah?

Hari ni merupakan hari kebesaran untuk umat Islam iaitu sambutan perayaan hari raya Aidiladha.. Tapikan, perayaan hari raya aidiladha ni disambut ala qadar je oleh majoriti rakyat Malaysia yang beragama Islam.. Tak semeriah sambutan hari raya Aidilfitri.. TETAPI, Lain pulak khabarnya sambutan hari raya Aidiladha di negeri pantai timur iaitu negeri yang diberi jolokan negeri serambi Mekah iaitu Kelantan Darul Naim ni, sebab ada cakap2 yang mengatakan bahawa sambutan hari raya Aidiladha di Kelantan meriah.


Memandangkan aku tak pernah sampai lagi ke negeri Cik Siti Wan kembang ni and aku pun agak teruja jugak nak tau apa yang meriah kat Kelantan bila hari raya aidiladha menjelma.. So,aku pun ada la tanya beberapa rakan2 facebook aku yang berasal dan tinggal di Kelantan.. Ini kata depa.. ;) 


"Yup! Betulla tu.. Suasana raya haji di Kelantan macam suasana raya puasa.. Jangan terkejut kalau raya puasa pun tak semeriah raya haji di Kelantan.. Suasana memang meriah.. Ada makanan macam hari raya puasa. Semangat ziarah menziarah sama macam hari raya puasa. Apa yang best bila time korbankan lembu. Di situ kita dapat lihat semangat kejiranan yang kuat.. Masing2 tolong menolong satu sama lain. Time raya haji di Kelantan, ada jugak orang bagi duit raya tapi dependla kat jenis orang tu.."


"Betul.. Suasana hari raya aidiladha memang meriah kat Kelantan.. meriah dia tu lebih sikit daripada hari raya aidilfitri.. Payahla nak cerita.. Kalau nak tau, kena datang Kelantan dan rasai sendiri kemeriahan dia.. Bila rasa sendiri, baru tau macam mana meriahnya aidiladha di Kelantan.."



"Ya! Memang meriah.. Meriah dengan aktiviti korban sebab memang banyak lembu yang dikorbankan.."



"Yap! Memang meriahla sebab setiap keluarga akan buat korban pada hari tu. Ada 2 or sekor lembu yang dikorbankan untuk 1 family. Macam family aku, tipa2 tahun akan buat korban.. Memang setakat ni tak pernah tinggal lagi buat korban.."


Wan Ahmad Faris
"Aha meriah dia lebh kurang raya puasa.. Ape yang ada masa raya puasa, macamtu la time raya haji. . Lagi meriah sebab ada daging lembu.. Lembu disembelih tepi2 rumah jer.. Tu yang best..!"




Psssttttttttt : SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2012 kepada seluruh Muslimin dan Muslimat.. :)


Sabtu, 20 Oktober 2012

Awkward Moment Saya


 muka baru bangun tidoq terus bukak lappy and stalk facebook orang, HeHe..

Setiap orang pasti ada tindakan yang agak bodoh pandai yang dilakukan. Kat bawah ni adalah sebahagian aktiviti2 yang agak awkward jugakla yang aku buat..
 


Aktiviti : Berbalas SMS
Awkward Moment : Aku selalu kalau dah taip SMS, then aku terlupa nak tekan send. Then mulala aku dok menunggu orang tu balas SMS. Bila tunggu berjam jam tak reply, mulala aku dok mencarut dalam hati and pikir bukan2.. Then bila tengok handphone balik, baru perasan yang aku tak tekan butang send, HAHA.

Aktiviti : Stalk Facebook orang
Awkward Moment : Aku ni boleh dikatakan jenis orang yang suka stalk facebook orang jugakla. Tapi selalunya benda bodoh yang aku buat bila stalk facebook orang ni ialah tertekan butang LIKE tanpa disengajakan kat pic depa. Kat situ dah kantoi yang aku dok belek2 gambaq and album depa, HAHA..

Aktiviti : Menari dalam bilik
Awkward Moment : Aku ni kalau sorang2 dalam bilik, aku suka bukak muzik kuat2 and menari macam dalam clubbing. Lepas tu bapak aku mesti bukak pintu bilik aku senyap2 and tengok gelagat aku menari. Then mulala aku rasa malu bila aku perasan yang bapak aku dok tengok aku menari and terus aku cover buat benda lain, HAHA.

Aktiviti : Dapat SMS
Awkward Moment: Selalu bila aku dok solat or mandi or berak, bila dengar je bunyi sms masuk dekat handphone, kelam kabut aku sudahkan urusan aku tu sebab nak baca sms daripada someone yang kononnya special. Tapi bila bukak je SMS, tup tup Celcom Offer.. Spoil betoi!

Aktiviti : Mengumpat orang
Awkward Moment : Ni hobi time aku zaman jahiliah la ni.. Lani dak dah, HEHE.. Selalu bila aku dok seronok je mengumpat pasai orang tu, tetiba orang tu dok belakang aku or orang tu lalu depan aku.. Terus lepas tu aku tukaq topik lain and cover baekkk punya, HAHA..


Pssssssttttttt : Malam ni pertembungan antara Kelantan dan ATM.. Aku pilih ATM.. Ampa?