Pages

Jumaat, 26 Oktober 2012

Benarkah Aidiladha di Kelantan Meriah?

Hari ni merupakan hari kebesaran untuk umat Islam iaitu sambutan perayaan hari raya Aidiladha.. Tapikan, perayaan hari raya aidiladha ni disambut ala qadar je oleh majoriti rakyat Malaysia yang beragama Islam.. Tak semeriah sambutan hari raya Aidilfitri.. TETAPI, Lain pulak khabarnya sambutan hari raya Aidiladha di negeri pantai timur iaitu negeri yang diberi jolokan negeri serambi Mekah iaitu Kelantan Darul Naim ni, sebab ada cakap2 yang mengatakan bahawa sambutan hari raya Aidiladha di Kelantan meriah.


Memandangkan aku tak pernah sampai lagi ke negeri Cik Siti Wan kembang ni and aku pun agak teruja jugak nak tau apa yang meriah kat Kelantan bila hari raya aidiladha menjelma.. So,aku pun ada la tanya beberapa rakan2 facebook aku yang berasal dan tinggal di Kelantan.. Ini kata depa.. ;) 


"Yup! Betulla tu.. Suasana raya haji di Kelantan macam suasana raya puasa.. Jangan terkejut kalau raya puasa pun tak semeriah raya haji di Kelantan.. Suasana memang meriah.. Ada makanan macam hari raya puasa. Semangat ziarah menziarah sama macam hari raya puasa. Apa yang best bila time korbankan lembu. Di situ kita dapat lihat semangat kejiranan yang kuat.. Masing2 tolong menolong satu sama lain. Time raya haji di Kelantan, ada jugak orang bagi duit raya tapi dependla kat jenis orang tu.."


"Betul.. Suasana hari raya aidiladha memang meriah kat Kelantan.. meriah dia tu lebih sikit daripada hari raya aidilfitri.. Payahla nak cerita.. Kalau nak tau, kena datang Kelantan dan rasai sendiri kemeriahan dia.. Bila rasa sendiri, baru tau macam mana meriahnya aidiladha di Kelantan.."



"Ya! Memang meriah.. Meriah dengan aktiviti korban sebab memang banyak lembu yang dikorbankan.."



"Yap! Memang meriahla sebab setiap keluarga akan buat korban pada hari tu. Ada 2 or sekor lembu yang dikorbankan untuk 1 family. Macam family aku, tipa2 tahun akan buat korban.. Memang setakat ni tak pernah tinggal lagi buat korban.."


Wan Ahmad Faris
"Aha meriah dia lebh kurang raya puasa.. Ape yang ada masa raya puasa, macamtu la time raya haji. . Lagi meriah sebab ada daging lembu.. Lembu disembelih tepi2 rumah jer.. Tu yang best..!"




Psssttttttttt : SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2012 kepada seluruh Muslimin dan Muslimat.. :)


28 ulasan:

Umar Kadir berkata...

salam aidiladha :D

Ammelia Yusoff berkata...

saya pun dari kelantan. memang meriah pun :)

Mohd Khairi Khadzir berkata...

yess pantai timur memg meriah klau raya haji nih~~ salam aidiladha >_<

ezyra daniel berkata...

owg penang nie tak pernah smpai kelantan ka??ish2 sian kat hang,abg..hehehe...

iKhRam berkata...

Sal aidiladha.
Klau kat umah saya ni.. raya jaji dpenujo dhm aktiviti mkm sja

Yg pntg.. smngat raya dan rasa keinsafan pnuh ksyukuran

iKhRam berkata...

Sal aidiladha.
Klau kat umah saya ni.. raya jaji dpenujo dhm aktiviti mkm sja

Yg pntg.. smngat raya dan rasa keinsafan pnuh ksyukuran

hawiz berkata...

ouhhh...saya ade dalam tu..wahhh..terharu lak..yup..mmg sgt2 meriah!!..jemputlah beraya kt sni yer..

Scarlett O'Hara berkata...

Kat Johor, sama macam hari biasa.Seronok sebab cuti je.

Scarlett O'Hara berkata...

Kat Johor, sama macam hari biasa.Seronok sebab cuti je.

berkata...

Salam aidiladha ;))

KinosKoko berkata...

salam aidiladha...

luqman zakaria berkata...

tahun nih x meriah sebab aku x balik..muahahahah! T__T..ermm...wan ahmad faris tuh macam aku kenal jer..:P

Z@i Z@mR33 berkata...

emmm...kami kt bworth pon meriah gak...mcm ry puasa...cuma cuti x pnjg mcm ry puasa ja...yg pasti lps korban trus msk nasik wt knduri arwah pnggil 1 kmpg dtg mkn.

PeRmAtA bIrU berkata...

slam aidilahda zwan...

Anne Dean berkata...

wah, setiap family korbankan sekor lembu. Memang meriah la wei.

Eiqa Almond berkata...

Aah, orang cakap dekat pantai timur lagi meriah..
Alhamdulillah laa.
Pape pun Selamat Hari Raya Aidiladha kawan.!!

mia izzati berkata...

selain kelantan..johor pon meriah juga rasanya..

Lea Isnawi berkata...

semangat mintak k0men dr org kelantan kan
dgn saya xmo mintak ke?
hehehe

salam aidiladha :)

Liyana Zahim berkata...

Ooo mcm tu ek? Bestla kalau kt tmpt lain rilek je tgk tb pkai baju tdo kt rumah.. Kol 12 bru mandi..

baby comel berkata...

haah, raya haji kat kelantan memang sgt meriah malah lebih dari raya puasa.. my kakak ipar org kelantan, dah tentu2 org kelantan akan pulang beraya kat sana.. kan? hehe

ieda berkata...

x dinafikan .. di kelantan memang seronok kan ;)

cerita best berkata...

Asalamualaikum warrahmatulahhi wabarrakatu ada org ka x ada heheh... pakjoe datang sini lg dgn penat x habis lg bru ja sampai umh bru blk dari kampung terus buka blog yang comel nie hahaha...

Dhiya Fariza berkata...

Wah. Bestnya. Nak tau tak, kalau kat egypt kitorg cuti raya aidiladha sampai seminggu. Raya aidilfitri sehari je. Sebab kat sni sambutnya memang jauh meriah dari aidilfitri, mungkin sbb sedih tinggalkan puasa and sehari pun cukup nk menyambut raya selepas puasa sebulan

Phat berkata...

meriah semeriah meriah nya kot..kawan2 yg belah2 sana la cerita

aniqbukhary berkata...

Setuju 101% memang benar bagai dikata.. hahaha..

Umi Nazrah berkata...

dulu sblm g beraya kt kelate, dgr org ckp camtu la. tp dh g beraya, tak meriah pn

Edy Fee berkata...

la ang kawan jugak ke ngan wan ahmad fariz tu.ehhehe jom lepak ngan dia kalau p shah alam.hehe

NAZRUL AZAT berkata...


asai raya aji ja aku kena keja, cemana nak raya dgn meriah, huhuhu....