Pages

Rabu, 29 Jun 2011

Solat Elak Mati Pucuk



Haa! Ini berita baik kepada orang yang rajin solat 5 waktu and mungkin ini juga berita buruk kepada orang yang malas solat. Nak tahu tak? Berdasarkan sebuah kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya, solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, iaitu masalah kesihatan yang paling ditakuti oleh golongan lelaki.



Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus. Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal. Terapinya adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit dan jangan tinggal solat 5 waktu. InsyaAllah, dengan cara ini, kaum lelaki mampu mengelak daripada berdepan dengan masalah mati pucuk.



Kepada kaum2 lelaki, lepas ni jangan pulak rajin solat sebab niat nak elak mati pucuk sudahlaa, tapi niatlah kerana Allah okay. Kepada yang malas2 solat tu, kalau takmau mati pucuk, jangan malas2 solat okay, HAHA..



Kalau tak mau mati pucuk, rajin2la solat.. Nanti boleh kahwin empat macam dalam gambaq nii, HEHE



Selasa, 28 Jun 2011

Semua Orang Sama Saja



Tadi malam aku adala tonton Juvana kat Tv3 and sumpah aku rasa terharu gila masa tengok depa berdebat and kumpulan dari sekolah juvana tu menang. Memang aku setuju sangat2 dengan segala hujah yang dilontarkan oleh pelajar2 sekolah juvana tu. Walaupun ia sekadar lakonan tapi lakonan itulah sebenarnya bayangan tentang apa yang terjadi dalam masyarakat kita.



Bagi aku, kat dalam dunia ni, tiada seorang pun yang jahat 100% dan tiada seorang jugak yang baik 100%. Kita pasti akan pandang banduan2 dalam penjara dengan segala kejahatan yang pernah depa lakukan tapi dari sudut lain, aku percaya depa juga pernah melakukan kebaikan. Begitu jugak kalau kita terpandang orang2 yang rajin pergi ke masjid, pastinya kita akan berfikir bahawa depa suka melakukan kebaikan, tetapi aku juga percaya yang depa jugak tak lari dari membuat kejahatan.



Apa yang aku nak utarakan kat sini, semua orang sama saja. Semua orang pernah melakukan kebaikan dan semua orang jugak pernah melakukan kejahatan. Tidak salah rasanya jika kita memberi peluang ke-2 kepada orang2 yang didapati telah melakukan kejahatan untuk berubah. Pepatah kan ada berkata, sekali air bah, sekali pantai berubah. Inikan pulak namanya manusia yang boleh berubah – ubah sifatnya. Orang yang jahat, kalau diasah dan dibentuk dengan nilai2 murni, Insyaallah dia pasti akan berubah menjadi orang yang baik.



Jadi aku sokong sangatlah jika hukuman mandatori hukum gantung sampai mati itu dihapuskan. Siapa kita nak cabut nyawa orang? Tuhan kah kita? Malaikat Izrail kah kita? Seeloknya mungkin kita patut gantikan hukuman tersebut dengan kerja2 kebajikan. At least, kita dapat menginsafkan depa dan sekali gus dapat memberi peluang kepada depa untuk menyumbangkan bakti kepada masyarakat. Tidak kah cara sebegini lebih elok jika dibandingkan dengan hukuman gantung sampai mati? Fikir2kanlah..



Isnin, 27 Jun 2011

Aku Dah Boleh Mengundi.. ;)

Yeay! Sekarang aku dah sah sebagai pengundi Malaysia. Lepas ni bolehla aku mengundi mana2 parti politik yang aku suka. Actually, tadi alang2 aku bayar bil di Pejabat Pos Penanti, aku pun tanyala kakak kat kaunter tu samada kat Pejabat Pos Penanti ni boleh ke tidak untuk daftar mengundi, then dia kata boleh. Dia pun mintakla kad pengenalan aku and no telefon aku. Lepas 5 minit, dia suruh aku tanda tangan and aku pun dah sah jadi pengundi.. Yeeha! X sabaq nak pangkah2 kertas undi nanti.. ;) btw, tadi masa aku dok daftar mengundi tu, tetiba ada sorang girl ni pun sebok jugak nak daftar mengundi.. Nak tiru aku la tuu,HEHE.. Hurrmm, Alamak! Kantoila umur aku dah 21, HUHU..



ni la salinan borang pendaftaran aku tadi..



Ahad, 26 Jun 2011

Ani Oh Ani

Actually, hari ni aku xdak idea nak cerita pasai apa. Maybe sebab hari ni hari ahad kot. Otak aku pun nak bercuti la tu.. Takpa2, hangpa semua layan jelah ini lawak k.. ;)




Ani merupakan seorang dara yang cantik lagi rupawan. Kira dalam kampung, dialah Miss Kampung. Tapi sayangnya sewaktu dia kecik, Ani telah jatuh dari katil tidur lalu otaknya sekarang tak seimbang. (otak senget)


Satu hari Ani telah disuruh oleh emaknya untuk membeli kelapa. Lalu dia pun pergi ke kedai Pak Mat. Pat Mat walaupun usianya dah lanjut tapi masih "gagah dan kuat".(viagra+tongkat ali)
Setibanya di kedai Pak Mat, terdapat beberapa lagi pemuda-pemuda kampung yang tengah lepak kat situ.


Ani : Kelapa satu biji...parut buang kulit.
Pak Mat : nak buat ape dengan kelapa ni
Ani : tak tahu mak suruh beli
Pak Mat : hari ni Pak Mat rasa murah hati...kalau Ani dapat panjat pokok kelapa dan ambik kelapa tu...pak mat kasi free.


Ani dengan ghairah memanjat pokok kelapa tu. Pak Mat dan pemuda-pemuda kampung yang lepak kat situ pun mengerumuni di bawah pokok kelapa tu. Mereka pandang ke atas dengan penuh berahi.
Oleh kerana syiok sangat, Pak Mat suruh Ani turun naik pokok kelapa tu beberapa kali untuk ambil beberapa biji dia nak.


Ani pun pulang ke rumah dengan senang hati membawa kelapa parutnya dan beberapa biji lagi. Tiba di rumah, emak Ani terperanjat kenapa banyak sangat kelapa.


Mak Ani : Ani..apasal banyak sangat kelapa
Ani : ni hari pak mat kasi percuma kalau Ani sendiri yang panjat pokok dan ambil kelapa-kelapa tu. Pandai kan Ani mak.
Mak Ani : ANNNIIIIII maknya menjerit...diorang tu semua nak tengok seluar dalam kau...sebab tu dia kasi free
Ani : Yeke mak?....eh ...eh...nasib baik ani tak pakai seluar dalam....... :P



Sabtu, 25 Jun 2011

Beza DATUK dan DATO'

Datuk dan Dato’, ada perbezaan ke? Yeah! Memang berbeza tetapi tak dinafikan masyrakat kita hari ini ikut suka depa je nak guna yang mana satu pun, contohnya, ada yang panggil Siti Nurhaliza dengan gelaran Datuk Siti Nurhaliza dan ada jugak yang panggil dengan gelaran Dato’ Siti Nurhaliza. Sebelum ni pun aku keliru dengan perbezaan Datuk dan Dato’ ni, tapi dengan bantuan encek Google, akhirnya aku dah tau perbezaannya, HAHA.



Okaylah, sebenarnya, gelaran DATUK hanya boleh diberikan kepada orang2 yang menerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Yang Dipertua, seperti Pulau Pinang, Melaka, Sarawak, dan Sabah.
Contoh2 orang yang menerima gelaran DATUK ini ialah, Datuk Nicol Ann David, Datuk Lee Chong Wei, dan Datuk Shah Rukh Khan..



Manakala gelaran DATO’ pula hanya boleh diberikan kepada orang2 yang menerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Sultan atau Raja sahaja seperti Perlis, Kedah, Terengganu, Kelantan, Pahang, Perak, Johor, Selangor, dan Negeri Sembilan.
Contoh2 orang yang menerima gelaran DATO’ ini ialah, Dato’ Siti Nurhaliza dan Dato’ Sheila Majid.



Jumaat, 24 Jun 2011

Blog Pilihan : Faiz Farish

Bermula pada hari ini, aku dah buat keputusan untuk setiap hari jumaat, aku akan siarkan dan akan buat sedikit review mengenai blog yang menjadi pilihan aku setiap hari untuk baca.. At least sedikit sebanyak dapatlah aku promote blog2 yang mungkin hebat di mata aku..



Okay, untuk hari ini, blog yang menjadi pilihan aku untuk disiarkan di dalam entry ini ialah http://faizfarish.blogspot.com iaitu blog kepunyaan encek Faiz Farish. Aku memang dah lama ikut blog encek Faiz Farish ni atau nama facebooknya ialah Fareast Farish.






Entry2 yang dipaparkan di dalam blog dia lebih kepada coretan kehidupan dia sendiri tetapi apa yang lainnya blog dia daripada blog orang lain ialah, kalau ada anugerah blogger paling kuat perasan dan riak, aku rasa encek Faiz Farish ni la yang paling layak untuk menang, HAHA. Actually, memang kelakarla bila baca entry2 dia ni sebab setiap entry dia, pasti akan terselit keriakan dan keperasanan yang terlampau-lampau oleh diri dia, HAHA. Btw, aku percaya, walaupun dia selalu riak dengan dirinya sendiri, tetapi jauh di sudut hati dia, memang dia seorang yang baik hati.



Blog dia memang menjadi pilihan akula setiap kali aku blog walking sebab pasti aku akan tersengih sengih bila baca blog dia sebab dalam banyak2 blog yang menceritakan alkisah hidup masing2, blog encek Faiz Farish ni la yang memang lain daripada yang lain. Lagi satu, dia ni rajin jugakla menyumbangkan suara dia dalam entry2 dia. Nasib baik suara dia sedap hingga menjilat jari, HAHA. And lastly, dia ni memang rajin update blog. Hari2 dia update taw.. Jom kita usha gambar tuan empunya blog.. ;)













Rabu, 22 Jun 2011

Universiti Penanti Bakal Ditubuhkan

Pertama sekali aku ingin mengucapkan Tahniah kepada Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 iaitu Yang Berhormat Datuk Mansor Othman yang juga selaku Adun Penanti, jika benar Univesiti Penanti bakal direalisasikan seperti mana yang disiarkan di dalam akhbar kerajaan Negeri Pulau Pinang iaitu Buletin Mutiara keluaran edisi Jun 2011. Walaupun aku bukanlah penyokong Pakatan Rakyat, tapi sejujurnya sebagai rakyat di DUN Penanti, aku rasa terharu dan tabik spring kepada Datuk Mansor Othman kerana pembangunan yang pesat dapat dilihat di Penanti setelah beliau mengambil alih kerusi DUN Penanti kini.



Memang tidak dinafikan bahawa dengan penubuhan Universiti Penanti kelak sebagai universiti islamik pertama di Pulau Pinang bakal mengembalikan kegemilangan Islam di Pulau Pinang suatu ketika dahulu walaupun umat Islam bukanlah penduduk majoriti di Negeri Pulau Pinang pada masa kini. Seperti yang kita ketahui, Pulau Pinang telah melahirkan ramai tokoh2 Islam yang terkenal dan berjasa di Malaysia seperti Syed Syeikh Al-Hadi, Dr.Burhanuddin al-Helmy, Abu Bakar Asyaari, dan ramai lagi.



Berdasarkan apa yang dipetik di dalam akhbar Buletin Mutiara tersebut, Universiti Penanti akan menerima pelajar2 daripada graduan2 sekolah agama rakyat dan sekolah agama bantuan kerajaan negeri Pulau Pinang. Khabarnya Universiti Penanti ini jugak dibina untuk memudahkan orang2 Cina di Pulau Pinang untuk mendalami tentang Islam. Universiti ini juga dijangkakan akan dibina di sebuah tapak rancangan pembangunan bandar baru di Mengkuang, Bukit Mertajam iaitu di belakang Institut Perguruan Tuanku Bainun. Diharapkan supaya usaha murni ini tidak hanya sekadar hangat2 tahi ayam sahaja.



Selasa, 21 Jun 2011

Amaran Kepada Wanita Mengandung!



Kepada wanita2 yang sedang hamil, ini ada satu kajian mengenai anda yang dijalankan oleh Universiti Auckland, New Zealand. Menurut kajian tersebut, wanita hamil yang tidur mengiring di sebelah kiri pada hari2 terakhir sebelum proses bersalin dapat mengurangkan risiko kematian bayi dan wanita yang tidur mengiring ke kanan berisiko 2 kali ganda mengalami masalah tersebut.



Berdasarkan kajian itu juga, wanita mengandung yang tidur dalam keadaan terlentang mahupun mengiring ke kanan dalam tempoh yang lama mengakibatkan pengaliran darah kepada bayi terbatas. Namun, keputusan kajian juga menunjukkan bahawa risiko kematian bayi adalah berkait rapat dengan rutin tidur yang lebih lama daripada biasa dan juga kekerapan tidur pada waktu siang.



Kajian yang disiarkan dalam British Medical Journal ini merupakan sebuah hipotesis baru dan perlu dikaji secara lebih mendalam lagi. Jadi kepada wanita2 yang sedang mengandung, anda diAmarankan di dalam amalan tidur anda supaya, Tidur mengiring ke sebelah kiri, Jangan tidur terlentang terlalu lama, Jangan tidur lebih lama daripada biasa, dan Jangan terlampau kerap tidur waktu siang. Kalau anda sayangkan bayi yang anda kandungkan ini, silalah hindari daripada perkara yang dilarang itu okay. Anda Baca, Anda Tentukan!



Ahad, 19 Jun 2011

Fakta Hari Bapa



Mengikut catatan sejarah, idea pengasasan Hari Bapa mula timbul di benak Sonora beliau mengetahui akan adanya sambutan Hari Ibu pada sekitar tahun 1909, ketika sedang mendengar khutbah mengenai Hari Ibu.


19 Jun 1910 merupakan tarikh ulang tahun sambutan Hari Bapa yang pertama yang diadakan di Spokane, Washington.


Pada tahun 1972, Presiden Richard Nixon mengumumkan bahawa hari ahad minggu ketiga Jun adalah sambutan umum perayaan sambutan Hari Bapa.



Kajian mendapati hampir 80% ayah di seluruh dunia mula merancang hidup anak-anaknya ketika isterinya hamil.


Hampir 95 Million kad “Hari Bapa” dikirim seluruh dunia ketika berlangsungnya Hari Bapa setiap tahun.


Dipercayai perkataan “dad” mula disebut pada awal2 kurun ke-16 lagi, dan seterusnya perkataan “daddy” pada kurun ke-17.


Kajian menunjukkan ayah2 di seluruh dunia jarang sekali mengeluarkan air mata ketika anaknya dilahirkan, bukan kerana mereka tidak berperasaan tapi lelaki memang pandai menyembunyikan perasaan sayu mereka.


Tali leher dan bunga ros berwarna merah merupakan 2 hadiah paling popular dihadiahkan kepada seorang ayah.



Sabtu, 18 Jun 2011

Nasiblah Aku Kurus!



Firstly, entry aku kali ni bukannya nak bangga diri dengan kekurusan diri aku dan jauh sekali nak menghina orang yang berbadan besar. Actually, aku sekarang ni pun dalam proses untuk tambah berat badan tapi bukannya untuk kelihatan gemok but sekadar tak mahu nampak kurus sangat.



Kalau jadi gemuk, salah ke? Hurrmm, salah tu takla tapi berdasarkan satu kajian yang dibuat oleh para penyelidik dari Universiti Monash, Melbourne, Australia mendapati semakin lama seseorang itu hidup sebagai manusia obes, maka semakin pendeklah jangka hayatnya untuk hidup. Kajian selama 48 tahun sejak 1948 oleh Framingham Heart merekodkan data daripada 5,209 orang peserta. Kajian ini hanya melibatkan mereka yang bebas daripada diabetes, penyakit kardiovaskular, dan kanser, menunjukkan bahawa golongan yang hidup dengan obesiti untuk jangka masa 5 hingga 15 tahun berhadapan risiko kehilangan nyawa sebanyak 2 kali lebih tinggi. Bagi tempoh obesiti yang melebihi 15 tahun, risikonya meningkat kepada 3 kali ganda..



Apabila membaca mengenai kajian ini, mungkin ada di antara anda yang berkata bahawa ajal maut tu di tangan tuhan and kalau nak mati, time bayi pun boleh mati. Yeah! Itu memang tidak dinafikan but at least kita cuba untuk memanjangkan usia kita. Tuhan pun suruh hamba2 Nya berusaha kan? Selepas berusaha, barula kita boleh bertawakal and serahkan bulat2 kepada takdir. Jadi kepada yang tergolong dalam golongan manusia obesiti, jangan give up okay untuk turunkan berat badan anda. Tapi lakukanlah penurunan badan itu dengan cara yang sihat okay. Akhir kata, Selamat berfikir dengan kepala otak, bukannya kepala lutut.. ;)



Jumaat, 17 Jun 2011

Super 8 : Awesome!




Actually, movie ni aku tengok pada hari rabu lepas (sebab ari rabu harga wayang murah) bertarikh 15/6/2011 di Plaza Gurney,Penang dengan kawan2 aku iaitu Shafiq, Fikrie, and Khairul. Masa depa ajak aku tengok wayang movie Super 8, dalam kepala otak aku macam was2 dengan tahap keBESTan movie tu. Tapi dah depa ajak, so aku pun ikut jela.


Masuk dalam cinema tu jer, sumpah aku menggigil habis sebab aircond cinema tu betol2 kat atas kepala aku.. Time tu memang aku rasa nak keluar je dari cinema tu kalau jalan cerita Super 8 tak best. Tapi memang aku tak sangka bila aku rasa syok pulak tonton movie Super 8 tuu.. Memang tak rugi aku tonton movie Super 8.. Jalan cerita dia memang penuh mendebarkan and ada selitkan sikit unsur2 komedi.. Bagi aku, memang aku layan habisla Super 8 tu.. Aku bagi 5 bintang kat Super 8.. ;)



Rabu, 15 Jun 2011

Sedihnya Bila Kau Sudah Tiada

Alahai, rasanya baru je semalam aku terbaca blog HAZWAN17 pasai kerosakan modem streamyx dia dan dia terpaksa menghabiskan hampir RM200 untuk gantikan modem yang baru tetapi hari ini perkara yang sama turut berlaku kat aku di mana modem broadband celcom aku hancur berderai. Apakah ini sumpahan kepada orang yang bernama Hazwan? HUHU.. Btw, nasib baik kat rumah aku guna streamyx. So at least aku still boleh online walaupun dah tak boleh online kat dalam bilik lagi.



Actually, aku ni suka sangat online di atas katil sebab boleh baring2. Semalam aku online sampai pukol 4 pagi lebih sehinggalah aku terlelap di depan laptop. Faham2 je la bila dah start tidoq kan. Habis aku sepak terajang laptop aku dengan broadband aku sampai jatuh bawah katil. Bila bangun jer dari tidoq, aku terkejut bila tengok laptop dah takdak kat atas katil. Hati aku mula la dok sumpah seranah dah. ”Kurang asam, toyol mana la pulak masuk bilik aku curi laptop aku ni, dahla dalam tu banyak yang privacy”. Then bila aku nak keluar dari bilik jer, aku baru perasan yang laptop aku dah jatuh bawah katil sambil suis masih on and broadband aku dah hancur berderai. Kelam kabut aku check laptop aku tengok dia still OK or K.O tapi Alhamdulillah la sebab laptop tu still sihat walafiat cuma broadband tu jer yang dah tak boleh nak digunakan.




Aiseyh, time duit tengah pokai ni la macam2 yang rosak. Geram jugak sebab dah tak boleh nak online dalam bilik lagi. Sekarang kalau nak online, terpaksala guna laptop di ruang tamu yang guna line streamyx, HUHU.. Kalau hangpa semua kesian kat aku, klikla iklan nuffnang tu banyak2 kali. Nanti barula aku boleh beli modem broadband yang baru, HEHE..



inilah rupa broadband aku yang dah arwah, HUHU..



Selasa, 14 Jun 2011

Perhimpunan BERSIH : Bersih Sangat Kah?

Sebenarnya, aku betul2 tak faham kenapa perhimpunan BERSIH ini harus diadakan. Kepada yang tak tahu apa itu perhimpunan BERSIH, Mai sini aku terangkan. Perhimpunan BERSIH ini diadakan adalah untuk menuntut pilihanraya yang adil dan telus. Ia pertama kali diadakan pada 10 November 2007 dan yang terbaru ia dijangka bakal diadakan pada 9 Julai 2011. Perhimpunan ini didalangi oleh beberapa pemimpin Pakatan Rakyat, NGO2 serta beberapa pertubuhan lain.



Okay firstly, aku nak tegaskan kat sini yang aku ni BUKAN penyokong Barisan Nasional dan aku juga BUKAN penyokong Pakatan Rakyat. Tetapi apa yang bakal aku luahkan ini lebih kepada suara seorang belia yang cintakan Malaysia. Kita ni orang Malaysia, orang yang terkenal dengan adab dan sopan. Jadi harus ke kita nak ikut budaya arab, budaya Thailand yang buat perhimpunan macam tu? Ada banyak cara lagi untuk perjuangkan pilihanraya yang telus dan adil ni. Tidak cukupkah impak yang kita lihat terhadap Mesir dan Thailand tentang perhimpunan2 HARAM ni? Tak jelas lagi ke kesan yang kita terima sewaktu Perhimpunan BERSIH dahulu? Dimana para pelancong takut nak datang ke Malaysia, dan para pelabur takut nak melabur di Malaysia disebabkan media2 luar yang sengaja mengapi-apikan isu ini sehingga mencalar imej Malaysia.



Sebagai contohnya, Al Jazeera, sebuah agensi berita Timur Tengah yang mempunyai pusat penyiaran rantau Asia Pasifik di Kuala Lumpur, turut membuat liputan mengenai peristiwa Perhimpunan tersebut. Mereka melaporkan bahawa pihak pengaman bertindak ganas dengan menyembur bahan kimia pemedih mata sehingga mencederakan ramai orang. Lihat! Ini sedikit sebanyak telah membuatkan banyak pihak takut nak datang ke Malaysia untuk melancong mahupun melabur. Pasti malang nasib industri pelancongan negara kita dan mungkin angka siswazah menganggur juga turut meningkat. Bagi aku, siapa yang menganjur serta menyertai perhimpunan tersebut adalah orang yang PENTINGKAN DIRI SENDIRI! Tolonglah, jika kalian betul2 mahu berjuang demi rakyat, tolonglah fikirkan nasib kami diatas tindak tanduk yang kalian lakukan. Aku sayangkan Malaysia! Aku tak nak Malaysia jadi seperti Mesir, seperti Thailand, seperti Tunisia di mana mereka bergaduh serta membunuh sesama mereka sendiri.



Mungkin ada benarnya juga bahawa dunia kini sudah di akhir zaman di mana para pemimpin yang memimpin dunia adalah dikalangan orang2 yang hanya pentingkan kuasa dan sanggup berkelakuan zalim tanpa memikirkan nasib rakyat yang mereka pimpin. Kepada KERAJAAN YANG MEMERINTAH, sila amalkan pilihanraya yang telus dan adil kerana sesungguhnya kalian sedang memikul sebuah amanah yang besar daripada rakyat Malaysia. Ingatlah kalian akan seksaan azab api neraka jika kalian tidak jujur dalam menjalankan amanah rakyat Malaysia ini. Dan kepada PIHAK PENGANJUR PERHIMPUNAN BERSIH, jika Malaysia menjadi huru hara, jika rakyat Malaysia mendapat kesusahan disebabkan perhimpunan bodoh itu, kalian wajib bertanggungjawab! Dan mungkin di saat itu rakyat Malaysia tidak akan memaafkan kalian. Ingatlah bahawa dosa kepada tuhan, senang untuk kita hapuskan tetapi dosa kepada manusia, memang perit untuk kita hapuskan. Fikirlah Menggunakan Kepala Akal, Bukannya Kepala Lutut..





Ahad, 12 Jun 2011

Ranking Negeri Kejuaraan Piala FA


Semalam telah berlangsungnya perlawanan akhir Piala FA antara dua negeri pantai timur Malaysia iaitu Kelantan dan Terengganu yang bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kehadiran kira2 85000 penyokong telah menyemarakkan lagi perlawanan tersebut yang menyaksikan Terengganu muncul juara apabila mengalahkan Kelantan dengan 2-1. Kemenangan Terengganu ini telah mencipta satu sejarah kerana pasukan Terengganu adalah pasukan terakhir yang berjaya menjulang trofi yang mula diperkenal pada final edisi 2005 itu. Ini kerana, satu trofi baru akan diperkenalkan bermula pada Piala FA musim depan untuk menggantikan trofi sedia ada yang telah digunakan untuk tujuh edisi final.


Tahniah diucapkan kepada pasukan Terengganu! Bagi aku, Terengganu kini mula menunjukkan taringnya dalam arena sukan negara kerana Terengganu bukan sahaja berjaya menjuarai Piala FA, bahkan Terengganu juga turut berjaya menguasai Sukan Malaysia atau dikenali sebagai SUKMA yang sedang berlangsung kini. Jom kita saksikan ranking negeri terkini kejuaraan Piala FA semenjak tahun 1990.. Ayuh kita saksikan!



1
SELANGOR
JUARA = 5 (1991,1997,2001,2005,2009)
NAIB JUARA = 2 (1990,2008)


2
KUALA LUMPUR
JUARA = 3 (1993,1994,1999)
NAIB JUARA = 1 (1992)


2
KEDAH
JUARA = 3 (1996, 2008, 2007)
NAIB JUARA = 1 (2010)


3
PERAK
JUARA = 2 (1990,2004)
NAIB JUARA = 3 (1991,2002,2005)


4
TERENGGANU
JUARA = 2 (2000,2011)
NAIB JUARA = 2 (1999,2004)


5
NEGERI SEMBILAN
JUARA = 2 (2003,2010)


6
SABAH
JUARA = 1 (1995)
NAIB JUARA = 3 (1993,1994,1998)


7
PENANG
JUARA = 1 (2002)
NAIB JUARA = 2 (1997,2000)


7

SARAWAK
JUARA = 1 (1992)
NAIB JUARA = 2 (1996,2001)


8
PAHANG
JUARA = 1 (2006)
NAIB JUARA = 1 (1995)


9
JOHOR
JUARA = 1 (1998)


10
PERLIS
NAIB JUARA = 3 (2003,2006,2007)


11
KELANTAN
NAIB JUARA = 2 (2009,2011)




Sabtu, 11 Jun 2011

Aku Nak Jadi Macam Depa!

Aku belek sijil kelahiran aku, tempat lahir, Hospital Besar Pulau Pinang.. Then aku usha alamat rumah aku, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kemudian aku belek pulak IC aku, 07. Yeah! Aku orang Penang. Tiba-tiba aku rasa bangga sebab aku orang Penang. Sebab apa aku bangga? Sebab Penang dah melahirkan ramai tokoh2 yang terbilang di Malaysia mahupun dunia. Aku harap sangat supaya satu hari nanti, aku juga tersenarai di kalangan orang2 yang terbilang di Malaysia macam depa ni. Kalau depa boleh berjaya, kenapa aku tak boleh berjaya? aku pun orang Penang jugak. Walaupun sekarang ni macam2 kegagalan yang aku dapat, tapi aku dah berjanji pada diri aku sendiri yang aku nak tebus balik kegagalan aku semua tu. Guys, doakan aku okay. Btw, Jom kita usha sebahagian orang2 Penang yang dah berjaya ni. Layaaannnnnnnnnnn!



TAN SRI P. RAMLEE, Lagenda dunia seni Malaysia yang masih tiada pengganti.



TUN ABDULLAH HAJI AHMAD BADAWI, Bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-5 serta bekas Presiden UMNO.



DATUK SERI ANWAR IBRAHIM, Ketua Pembangkang Malaysia dan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia.



KARPAL SINGH, Presiden Parti DAP serta Peguam yang terulung di Malaysia.



TAN SRI DR. KOH TSU KOON, Presiden Parti GERAKAN serta bekas Ketua Menteri Pulau Pinang.



DATO' PROF. IR. DR. SAHOL HAMID ABU BAKAR, Naib Canselor UiTM Se-Malaysia.



DATUK NICOL ANN DAVID, Pemain Squash No.1 dunia.



DATUK LEE CHONG WEI, Pemain Badminton No.1 dunia.



DATO' JIMMY CHOO, Pereka Kasut terkenal dunia.



DATO' USTAZAH SITI NOR BAHYAH, Penceramah Agama No.1 Malaysia.



FAIZAL ISMAIL, DJ Radio paling popular di Malaysia.



ZWAN SABRI, Coming Soon.. HAHA



Jumaat, 10 Jun 2011

Top 10 Carian Google Oleh Rakyat Malaysia Pada Bulan Mei

Baru2 ini, Google Malaysia telah menyenaraikan 10 carian yang paling popular dikalangan rakyat Malaysia pada bulan Mei.. Nak tahu apa yang paling popular dikalangan rakyat Malaysia pada bulan lepas? Jom kita saksikan 10 carian popular di enjin pencarian google di kalangan rakyat Malaysia.


1

Tragedi kematian pemimpin Al Qaeda iaitu Osama Bin Laden yang dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat di Pakistan pada 2 Mei lalu.



2

Drama Indonesia terbaru iaitu Cinta Melodi yang ditayangkan di Astro Ria.



3

Perkahwinan ke-4 pelakon serta DJ radio popular tanah air iaitu Salih Yaacob dengan seorang pelajar universiti tempatan yang berusia 24 tahun.


Bold

4

Pantun hari guru. Ini bersempena sambutan hari guru yang berlansung pada 16 Mei yang menyebabkan semua orang sibuk mencari pantun hari guru di internet untuk dihadiahkan kepada guru mereka.



5

Hari Wesak. Perayaan yang disambut oleh penganut agama buddha di mana perayaan ini jatuh pada bulan Mei.



6

Filem Kongsi. Filem yang diterajui oleh Bintang Paling Popular Berita Harian 2010 iaitu Shaheizy Sam ini telah ditayangkan pada 12 Mei lalu dan berjaya mengaut kutipan besar sepanjang 3 minggu tayangannya iaitu RM8 Juta.



7

Tempahan dalam talian AirAsia. Ini mungkin bersempena cuti sekolah yang berlangsung pada akhir bulan Mei sehingga 12 Jun yang menyebabkan ramai yang merancang untuk bercuti.



8

Hari Ibu. Hari Ibu yang jatuh pada bulan Mei ini juga turut mengundang ramai rakyat Malaysia untuk mencari apa saja berkenaan hari ibu di Internet.



9

Pelakon terulung India iaitu Rajinikanth turut tercatat di dalam 10 carian paling popular oleh rakyat Malaysia.



10

Filem Fast Five atau Fast Furious 5 yang diarahkan oleh Justin Lin ini turut tersenarai sebagai pilihan rakyat Malaysia di Internet sepanjang bulan Mei.




Selasa, 7 Jun 2011

Jom tonton KONGSI kat sini!!!

Aiseyh, tak sangka aku filem kongsi dah keluar kat youtube.. Syok aku tonton filem tu semalam.. So aku pown nak la "kongsi" Filem KONGSI ni dengan hangpa semua jugak sebab aku tak mau la nanti dicop makan sorang2 plak, HAHA.. Btw, SELAMAT MENONTON! ;)

















Isnin, 6 Jun 2011

Selamat Pengantin Baru Kepada Abg Faizal dan Nasliza

Firstly, terima kasih ketat2 kepada mereka2 yang tanya aku kenapa tak update blog dan kepada mereka2 yang paksa suruh aku update blog. Bukan tak mau update tapi mood untuk update blog tiba2 pulak hilang, HAHA. Btw, sumpah aku rasa terharu bila ramai yang tanya and suruh update blog. Okay, entry kali ini aku nak share dengan hangpa semua tentang majlis perkahwinan sepupu aku iaitu abang Faizal Zainor Abidin bersama pasangannya iaitu Nasliza Omar yang telah berlangsung pada 5 Jun 2011 di Batu Lanchang, Penang. Sebelum majlis perkahwinan ini diadakan di Batu Lanchang, perkahwinan ini sudah terlebih dahulu dilangsungkan di Batu Feringghi, Penang iaitu di rumah pengantin perempuan pada 4 Jun 2011. Diharapkan pasangan dua mempelai ini kekal bahagia sampai syurga.. Amin!



Majlis persandingan pengantin di Batu Feringghi, Penang.


Majlis Persandingan pengantin di Batu Lanchang, Penang.



Sesi potong kek..



Baca doa dulu sebelum melangkah ke red carpet.. ;)



Pengantin diminta untuk tulis ucapan dekat guest book..



Family aku bersama pengantin..



Aku dan kazens bersama pengantin..



Ayie, Manja and Aku..



Aku bersama pengantin perempuan.. ;)