Pages

Jumaat, 10 Jun 2011

Top 10 Carian Google Oleh Rakyat Malaysia Pada Bulan Mei

Baru2 ini, Google Malaysia telah menyenaraikan 10 carian yang paling popular dikalangan rakyat Malaysia pada bulan Mei.. Nak tahu apa yang paling popular dikalangan rakyat Malaysia pada bulan lepas? Jom kita saksikan 10 carian popular di enjin pencarian google di kalangan rakyat Malaysia.


1

Tragedi kematian pemimpin Al Qaeda iaitu Osama Bin Laden yang dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat di Pakistan pada 2 Mei lalu.



2

Drama Indonesia terbaru iaitu Cinta Melodi yang ditayangkan di Astro Ria.



3

Perkahwinan ke-4 pelakon serta DJ radio popular tanah air iaitu Salih Yaacob dengan seorang pelajar universiti tempatan yang berusia 24 tahun.


Bold

4

Pantun hari guru. Ini bersempena sambutan hari guru yang berlansung pada 16 Mei yang menyebabkan semua orang sibuk mencari pantun hari guru di internet untuk dihadiahkan kepada guru mereka.



5

Hari Wesak. Perayaan yang disambut oleh penganut agama buddha di mana perayaan ini jatuh pada bulan Mei.



6

Filem Kongsi. Filem yang diterajui oleh Bintang Paling Popular Berita Harian 2010 iaitu Shaheizy Sam ini telah ditayangkan pada 12 Mei lalu dan berjaya mengaut kutipan besar sepanjang 3 minggu tayangannya iaitu RM8 Juta.



7

Tempahan dalam talian AirAsia. Ini mungkin bersempena cuti sekolah yang berlangsung pada akhir bulan Mei sehingga 12 Jun yang menyebabkan ramai yang merancang untuk bercuti.



8

Hari Ibu. Hari Ibu yang jatuh pada bulan Mei ini juga turut mengundang ramai rakyat Malaysia untuk mencari apa saja berkenaan hari ibu di Internet.



9

Pelakon terulung India iaitu Rajinikanth turut tercatat di dalam 10 carian paling popular oleh rakyat Malaysia.



10

Filem Fast Five atau Fast Furious 5 yang diarahkan oleh Justin Lin ini turut tersenarai sebagai pilihan rakyat Malaysia di Internet sepanjang bulan Mei.




17 ulasan:

syrupmasin berkata...

gile kejap aku bukak belog kau..tadi laen..nih laen pulak..asal?? :D

iekasub berkata...

menarik2! :D

iKhRam berkata...

en. zwansabri... jom kita buat kontroversi nak utk bulan june nie.. mana tau kita masuk ranking top ten carian google.. hahaha

-ytazzi- berkata...

cmne rajinikanth bleyh tmsuk skali???

zizidiazora berkata...

dia org silap tuh yg no 1 sebenarnya ialah search google cari siapa itu zwan sabri....hahaha.....

::FAIZ FARISH:: berkata...

hahaha komen ZIZI... hahaha

miss Fyqa berkata...

rajin rakyat malaysia menggoogle. ehehe

Bella Bell berkata...

pantun untuk guru tu tak boleh tahan.. haha!!~

pwincess Lov3y dOv3y berkata...

wah..baru eden taw..kahwin 4 pun leh popular sekelip mata...

a i z am berkata...

hahahaha.. stylo la Rajinikanth!!!

amna berkata...

nora elena tak tersenarai ke? hihi~

firohar berkata...

info mnarik..:)

GaRy™ berkata...

orang lain dah sebok cari pasal filem kongsi tuh... aq tengok pun belum...huhuhu~..

FarhanahAdzlan berkata...

pergh..siap dengan penjelasannya lagi..bagus..^_^

Mehmed - berkata...

wah terbaik..Ahaks!

Mr.Kerro berkata...

isteri salleh yaakob tu mmg top carian aku tu huhuh

Fezul Fadhley berkata...

whoa! thanx for sharing!