Pages

Ahad, 11 Mac 2012

Boleh Tak Rancang Kehamilan?



Ada sesetengah pasangan tu, nak anak kalau boleh sampai satu team bola sepak.. Tak cukup satu team bola sepak, ada yang nak anak sampai satu stadium bola sepak.. Tau la ampa tu “kuat” tapi tak boleh ke rancang sikit kehamilan tu? Adoi! Nanti mesti ada yang marah2 aku sebab menghalang orang daripada meramaikan umat.. Actually, tak salah sebenarnya kalau nak anak ramai tapi janganla sampai beranak tiap2 bulan, eh silap, I mean tipa2 tahun.. Kalau produktif pown, boleh tak beranak setiap 2 tahun sekali?



Kenapa kena rancang kehamilan? Kenapa 2 tahun sekali? Haa! Actually, merancang kehamilan ni bukan saja boleh membuatkan ibu dan bayi menjadi sihat tapi pada masa yang sama ia jugak berkesan untuk kecerdasan bayi. Dalam kajian yang dilakukan di Universiti Notredame, Amerika Syarikat, mendapati dua orang anak yang lahir dengan jarak 2 tahun cenderung untuk lebih cerdas.



Menurut salah seorang penyelidik iaitu Kasey Buckles, jarak kelahiran kurang 2 tahun akan berhadapan dengan kekurangan perhatian dan asuhan. Selain itu, kajian yang dilakukan terhadap 5000 pasangan adik beradik yang berbeza usia dua tahun itu didapati mereka mendapat skor yang tinggi dalam ujian matematik. Tambahan lagi kanak2 yang dilahirkan dengan jarak lebih 2 tahun daripada adik beradiknya akan membuatkan si anak tu membesar dengan berdikari.



Patutla aku ni sentiasa “CERDAS” and “BERDIKARI” sebab jarak kelahiran aku dengan adik aku 3 tahun.. HAHA.. Akhir sekali, tak guna kalau kuantiti banyak tapi langsung tak berkualiti.. Cuba tengok Yahudi, kuantiti depa sikit je tapi dunia ni depa yang kawal.. Kepada yang dah kahwin tu, bawak2 merancang lah ye.. kat shopping complex and 7eleven pown ada banyak juai.. Juai apa? Errrrrkkkkkkkkkkk.. HAHA





Pssstttttttttt : Seorang kanak2 lelaki melayu berusia 7 tahun yang bernama Wan Hazim Wan Khaidir didapati hilang selepas keluar dari kediaman rumahnya di Jalan PJS 10/1, Subang Indah petang kelmarin.. Didoakan semoga kanak2 tersebut selamat dan berjaya dijumpai.. Amin!




Sabtu, 10 Mac 2012

The Lorax Lucu dan Kiut



Malam jumaat baru2 ni iaitu bertarikh 8/3/2012, aku berkesempatanla menonton The Lorax kat Sunway Carnival Mall dengan Dr.S and the geng untuk midnight movie.. Ni first time aku tonton wayang dengan kawan yang aku kenai kat facebook.. Thanks ye encek Dr.S sebab ajak tengok wayang sekali and Happy Birthday yang ke-26 ye tuan doktor.. :)



Okay, berbalik kepada movie The Lorax ni, aku rasa movie ni memang sesuai ditonton oleh siapa2 saja baik budak2 mahupun mak budak or bapak budak.. Sebab cerita ni ringan n santai.. kartun2 dia pown okay.. Kiut and Lucu! Movie ni memang agak mendidik penonton supaya kita menghargai pokok.. Walaupun movie ni nampak macam simple je tapi padat dengan pengajaran.. Aku bagi 4 bintang.. :)





Pssssssttttt : Yeay! Malaysia tersenarai sebagai negara paling selamat di Asia Tenggara dan ke-19 paling selamat di dunia.. Bersyukur jadi rakyat Malaysia.. :)




Sabtu, 3 Mac 2012

Adnan Sempit 2 Pecah Perut



Semalam aku sempatla tonton movie Adnan Sempit 2 ni.. Cadangnya nak tengok movie ni kat 1st Avenue Mall, Penang tapi almaklumlah, 1st Avenue kan tempat untuk orang yang high class la kononnya jadi nak jumpa satu malay movie kat pawagam di 1st Avenue tu pun punyalah payah.. Semua english movie jer.. So, terpaksala aku ngan kawan aku pi Prangin Mall untuk tonton Adnan Sempit 2 kat sana.. Naseb baik Prangin Mall betol2 sebelah 1st Avenue je, HAHA..



Walaupun penonton dalam pawagam kat Prangin mall tu tak sampai pun 20 orang yang tonton Adnan Sempit 2 ni, tapi Adnan Sempit 2 memang kelakarla.. Daripada first scene sampai la habis movie tu, aku memang tak henti2 gelak.. Pendek kata memang tak rugila tonton movie ni.. Bagi aku, filem ni memang sesuai untuk nak santai2 and untuk release tension.. So, aku bagi 3.5 bintang..




Psssttttttttttttt : Adoi! Satgi dah nak kena drive balik UiTM Merbok... Benci2.. HUHU



Khamis, 1 Mac 2012

Jom LIKE Rizal

Hari ni hari khamis dan hari ni aku betoi2 tak dak idea nak tulis apa kat blog aku ni.. Nak kongsi info, rasanya info yang aku dapat setakat ni macam tak menarik je untuk dikongsikan dengan ampa semua.. Tapi aku memang macam free jugakla hari ni.. Oleh itu, aku berbesar hati la nak promote gambaq kat bawah ni memandangkan tuan punya gambaq ni pun memang mengalu-alukan aku untuk promote pic dia..







Rizal atau nama facebooknya yang lebih dikenali sebagai Surizal Jan ini telah terpilih antara top 21 untuk pertandingan “MISTER MANHUNT 2012” yang berlangsung di Aquaterrace, Seberang Perai, Penang. Antara 21 peserta yang tersenarai, hanya 2 orang saja peserta daripada kaum melayu yang berjaya disenaraikan di mana Rizal merupakan salah seorang daripada peserta melayu tersebut. Rizal yang merupakan anak Penang dan juga bekas pelajar Politeknik Seberang Perai ini betul2 memerlukan bantuan ampa semua untuk LIKE pic dia.. So, jom la kita bantu anak muda yang berusia 21 tahun ini dengan klik LIKE kat pic dia.. Difahamkan tarikh tutup untuk LIKE pic tersebut pada 8 March 2012.. Kalau nak LIKE, sila klik link bawah gambar tu ataupun boleh terus klik gambar tu okay.. Selamat MengeLIKE..




pssssstttttt : Adoi! terima kasih jugak diucapkan kepada akak Kpoh sebab sudi buat entry khas kat Zwan semalam ye... Sheharu niieeyyyhhhhhh.. :)