Pages

Selasa, 29 Mei 2012

Idola Saya

Tun Dr. Mahathir bersama Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary


Bila cakap mengenai idola, semestinyalah setiap orang ada idola dia masing2 dan mungkin juga seseorang tu menjadi idola kepada orang lain. Bagi aku idola ni lebih kepada ikon ataupun aspirasi kepada seseorang untuk menjadi atau berjaya macam orang yang dijadikan idola tu. Kalau ditanya aku siapakah idola aku, confirmla idola aku ialah Nabi Muhammad SAW and my lovely parents. Btw, selain itu aku ada jugak orang lain yang aku jadikan sebagai idola or aspirasi aku untuk cuba berjaya macam depa.. Depa yang berjaya jadi idola aku ialah Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary dan Tun Dr. Mahathir Mohammad.



Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary ni asal dari negeri Kedah.. Pendidikan beliau hanyalah setakat SPM je tapi beliau lani berjaya jadi top 5 orang paling kaya di Malaysia and orang Melayu paling terkaya di Malaysia. Aku suka dengan sikap Tan Sri Syed Mokhtar ni sebab walaupun beliau kaya tapi beliau hidup secara sederhana je. Cuba ampa bayangkan orang yang sekaya Tan Sri Syed Mokhtar ni hanya guna kereta Proton Perdana jer walaupun beliau sebenarnya jauh lebih mampu kalau nak beli Lamborghini ke Ferrari ke. Ini disebabkan beliau sokong kereta nasional dan bagi beliau tak kiralah apa kereta pun yang dipakai janji kereta tu dah cukup untuk bawak beliau ke mana mana. Aku suka dengan prinsip hidup Tan Sri Syed Mokhtar ni sebab kekayaan yang beliau kejar hari ni bukanlah disebabkan beliau nak hidup mewah tapi disebabkan niat beliau untuk membantu orang. Beliau percaya kekayaan yang beliau miliki hari ini adalah milik masyarakat dan beliau hanyalah sebagai pemegang amanah daripada Allah untuk mengagihkan kekayaan itu kepada orang ramai.. So, tak heranla kenapa beliau tak pernah berkira untuk keluarkan wang yang banyak untuk membeli atau membuna sesuatu demi kegunaan orang ramai. Hari ini, aku pun berazam nak jadi macam Tan Sri Mokhtar Al Bukhary di mana aku pun akan berusaha nak jadi sekaya mungkin sebab aku nak tolong agama aku, bangsa aku dan negara ku.. InsyaAllah.. :)



Selain itu, Tun Dr. Mahathir Mohammad juga merupakan salah seorang idola aku. Aku suka dengan idea dan polisi yang digunakan oleh Tun Dr. M ketika beliau memerintah Malaysia. Setiap polisi dan perancangan yang dibuat oleh Tun Dr. M kadang2 macam tak masuk akal tapi sebenarnya banyak manfaat daripada polisi dan perancangan Tun Dr. M ni. Boleh dikatakan semua polisi yang dicetuskan oleh Tun Dr. M ni berjayalah. Aku suka dengan sifat kepimpinan beliau. Walaupun beliau hanyalah orang melayu dan perdana menteri Malaysia iaitu sebuah negara yang hanya baru nak membangun tapi beliau tak pernah gentar dengan negara2 maju yang lain. Beliau pernah melancarkan kempen “Buy British Last” sebagai usaha untuk membalas sikap sombong kerajaan British. Kempen ni membuatkan Kerajaan British begitu terkejut dan terkesima dengan Malaysia. Kalau nak cerita satu persatu mengenai polisi yang dibuat oleh Tun Dr. M ni, memang tak boleh nak habisla sebab banyak sangat and semuanya sungguh berkualiti. Takla macam perdana menteri yang dok ada lani. Asyik2 1 Malaysia, 1 Malaysia, 1 Malaysia.. Klinik 1 Malaysia lah, Kedai 1 Malaysialah, semua nak 1 Malaysia sampai aku rasa dah bosan dengan 1 Malaysia ni.. Oppsssssss! Terlebeyh sudeyhhh..

Idola ampa siapa pulak? Ceciter, ceciter..




Psssssttttttttt : Sempena cuti sekolah ni, kepada murid2 sekolah, selamat bercuti.. kepada yang nak kawin, selamat pengantin baru.. kepada yang nak celebrate hari gawai, selamat hari gawai.. Peace!



Ahad, 27 Mei 2012

Menguap!



Orang kata menguap ni boleh berjangkit.. Kalau tak percaya, try tengok orang lain menguap, confirm kita pon rasa nak menguap jugak kan.. Haa! Satu lagi, dalam satu kajian yang dibuat, orang buta pon akan turut berjangkit menguap kalau terdengar orang lain menguap. Sebenarnya bila cakap pasai menguap ni, sejak kita dalam rahim ibu kita lagi, kita dah mula menguap.



Menguap ni sebenarnya akibat kekurangan oksigen di paru-paru. Tapikan, menguap ni pada masa yang sama ada manfaat dia.. Nak tau apa manfaat dia? Haa! Berdasarkan kajian daripada Dr. Gary Hack dari Universiti Pinceston, menguap boleh membantu untuk menyejukkan serta menjaga keadaan otak. Walaupun kadang2 kita menguap disebabkan pelbagai faktor macam mengantok, bosan, letih, kekurangan oksigen dan sebagainya, tapi menguap ni mampu mengawal suhu otak.



Otak kita sebenarnya cukup sensitif pada perubahan suhu. So, otak kita perlu dilindungi daripada suhu panas. Semasa kita menguap, dinding sinus dengan rahang atas iaitu terletak pada pipi di kedua belah sisi hidung akan bertindak mengekalkan suhu otak. Tudiaahhhhh, explaination dah macam tuan doctor dah, HAHA.. Btw, walaupun kadang2 ampa baca entry2 kat dalam blog aku ni sambil menguap akibat bosan, tapi takpa sebab menguap itu baik untuk otak.. Errkkkkk, HEHE.. Salam Ahad.. :)




Psssttttttt : Adoi, tetiba teringin pulak nak pi himpunan jutaan belia kat Putrajaya.. Kan best kalau Putrajaya ngan Penang tu dekat macam jarak bilik aku dengan toilet jer.. HUHU



Jumaat, 18 Mei 2012

Melayu Dan Nama

Kalau sebut Zwan, dah tahu itu Latin.. Opppsss! HAHA



Bila sebut Ravi, dah tahu itu India.. Kalau sebut Ah Chong, dah tahu itu Cina, Kalau sebut Yudhoyono, dah tahu itu Indon.. Kalau sebut Nobita, dah tahu itu Jepun.. Kalau Sebut Somchai wasawat, dah tahu itu Siam.. Macam mana pulak dengan Melayu? Kalau sebut nama Ahmad itu melayu, banyak bangsa yang ada nama ahmad..



Tak kisahla macam mana orang nak define sesuatu nama tu as melayu.. Tapi ampa perasan something tak yang nama orang melayu ni sentiasa ikut peredaran zaman.. Bak kata orang,nama Melayu ni sentiasa Update and tak ketinggalan zaman lah, HAHA..



Cuba kita tengok nama Melayu zaman nenek moyang kita.. kebanyakannya ringkas je kann.. Contohnya, Mat, Senah, Che Tom, Puteh, Din, Samad and lain2.. Then bila aku tengok pulak zaman mak bapak aku, nama orang Melayu zaman tu dah mula panjang sikit.. Contohnya, Shamsuddin, Mustafa, Jamaliah, Kalsom, Ghazalli, Maimunah, Khatijah, Ibrahim dan lain..



Then bila aku tengok pula nama Melayu zaman aku, majoriti untuk lelaki akan ada Muhamad, Mohamad atau Ahmad kat nama depan depa.. Contohnya Muhamad Rashidi, Mohamad Saiful, Ahmad Afiq dan untuk perempuan pulak mesti akan ada Siti, Nurul or Nur kat depan nama depa macam Siti Syafinaz, Nurul Syuhada, Nur Alia dan lain2 lagi..



Tapi bila zaman lani aku tengok nama2 baby semua glamour2, canggih2 and unik2.. Contohnya FEA ERYSSA (nama anak AC Mizal), SOFRINA AL-ZAHRA ADDIN (nama anak Azan Ruffedge), ANDIKA REES PAHAMIN (nama anak Azhar Sulaiman), SUTERA JANNAH (nama anak Ahmad Fedtri Yahya), CAHAYA MALAIKA (nama anak Mawi), ZANDER XAYNE ISKANDER (nama anak Harith Iskandar) dan lain2 lagi..



Cuba bayangkan kalau zaman lani ada nama baby tu Sudin ke, Melah ke, Che Nab ke, confirm baby tu akan jadi bahan ejekan punya kann.. Itulah hebatnya nama orang Melayu sebab sentiasa ikut peredaran zaman and masa.. Aku tak dapat nak imagine apa pulak nama baby time tahun 2020 nanti.. Salam Jumaat.. :)





Pssssttttttttt : Rasanya belum terlambat untuk aku ucap TAHNIAH kepada graduan2 UiTM yang tengah konvo sekarang ni untuk Istiadat Konvokesyen UiTM yang ke-76.. TAHNIAH! :)





Sabtu, 12 Mei 2012

Review 3 Blogger

Selalunya aku ni dok review movie and blog je kan.. Okay hari ni aku nak review pasai blogger pulak.. Tapi ini mengenai blogger yang aku kenai kat dunia blog dan dah berjaya jumpa di dunia realiti.. Depa adalah Daniel Adie, Zuwairi and Afizz Hafiz..





Bila cakap pasai Daniel Adie ni, confirm ramai yang kenai kan.. Blogger famous tuu.. Rajin masuk majalah.. Aku jumpa dengan Daniel Adie ni pada akhir bulan lepas iaitu bertarikh 27/4.. Alhamdulillah, berkesempatan jugak jumpa dengan blogger selebriti ni sebab dia ada urusan kerja kat Politeknik Seberang Perai selama sebulan. So, memandangkan Adie free 27/4 and aku pun free time tu, so aku pun datang PSP untuk ambil Adie keluar hangout. First, kami lepak Jusco Bandar Perda sementara tunggu kawan2 Adie dari Sintok and time tu agak seram sejuk jugakla sebab siren Jusco bebunyi tak henti2 and orang dok berpusu pusu keluar.. Jusco terbakar! Tapi takla serius sangat.. Okay sambung pasai Adie.. Erm, masa kat Jusco tu, kawan baik adie iaitu Achik adala bisik something kat telinga Adie and time tu aku nampak mata Adie macam berlinangan and dia cepat2 lari masuk toilet.. Tapi apa yang aku salute dengan Adie ni sebab dia pandai control emosi dia.. Selalunya orang kalau dah sedih, then depa macam tak besemangat nak buat apa2 pun time tu tapi Adie walaupun dia sedih tapi lepas dia keluar dari toilet jer, dia dah nampak happy. Die memang profesional! Itu yang aku salute..


Lepas pi Jusco, kami lepak pulak kat Perangin Mall, 1st Avenue and Queensbay Mall.. Sepanjang dalam mall semua tu, aku dapat describe yang Adie ni memang sporting and kalau jadi bapak, dia akan jadi bapak yang penyayang sebab walaupun banyak kali aku buat silap, dia tetap akan cakap, takpe.. And apa yang penting, time dia kata takpe tu, mimik muka dia langsung tak nampak marah ke bengang ke tension ke ngan aku.. Muka dia nampak cool jer.. Time dekat Perangin Mall, aku memang saja2 nak uji dia, time nak keluar dari Perangin Mall tu, aku saja bawak situlah, sinilah, turunlah, naiklah kononnya aku ni lupa jalan nak keluar.. Then aku mintak maaf kat Adie and sepertia biasa dia cakap takpe and muka dia cool jer.. Satu lagi, Adie ni memang pandai jaga hati orang.. Tak rugi kalau kenai dengan Daniel Adie..




Okay, ini pulak mengenai Zuwairi.. Seorang pensyarah di UUM. . Aku jumpa dengan blogger Zuwairi ni memang secara kebetulan sangat2 tanpa dirancang.. Aku jumpa Zuwairi ni pun bertarikh 27/4 jugak.. Lokasi semua sama macam dengan Daniel Adie.. Mesti ampa semua tertanya tanya kan macam mana aku boleh jumpa Zuwairi ni.. Actually, kawan baik Adie iaitu Achik nak join jugak hangout dengan Adie and on the same time, Zuwairi ni kawan baik si Achik tu and sebab tula Zuwairi pun boleh join sekali and sebab tu jugakla aku boleh jumpa dengan Zuwairi. Walaupun pertemuan dengan Zuwairi ni agak singkat tapi apa yang aku boleh describe mengenai blogger yang tinggi lampai ni ialah dia agak humble and respect orang.. Satu lagi, apa yang aku salute dengan Zuwairi ni ialah walaupun dia orang Perlis tapi dia hebat gila dengan selok belok tempat kat Penang.. Aku ni pun selalu jer sesat walaupun Penang takla besaq mana.. Cakap jer nak pegi mana, confirm dia sampai.. Kalau ampa perlukan khidmat tourist guide, aku rasa Zuwairi ni memang sesuai sangat2 sebab dia memang terer bab2 jalan ni and dia jugak memang terer and tau lokasi2 yang menarik. Apa2 pun, Zuwairi ni memang sempoilah..





Okay, blogger yang ketiga ni pulak ialah Afizz Hafiz.. Actually Afizz ni junior aku kat UiTM Merbok tapi tak pernah jumpa langsung and kenai pun kat blog jer.. Aku berkesempatan jumpa dengan dia pun pada 5/5 baru2 ni di mana dia ada mengundang aku untuk menghadiri majlis perkahwinan kakak dia kat Yan, Kedah.. Afizz ni memang peramah gila.. Masa aku datang kenduri dia, dia layan aku dengan kawan aku jer selama 1 jam 30 minit.. Dia bawak masuk dalam rumahla, naik atas rumahla, lepak belakang rumahlaa.. Habis semua tetamu lain dia tak layan.. Dia layan kami jer.. Sumpah aku terharu gila, HAHA.. Kenduri rumah dia agak grand jugakla.. Kalau tak grand, mana mungkin Menteri Besar Kedah pun mai kenduri rumah dia kan.. Btw,MB Kedah tu sebenarnya paklong si Afizz ni.. Afizz ni memang sporting, happening and ada jer idea dia nak berceloteh.. Yang penting, dia tak sombong.. Seronok dapat jumpa dengan dia..