Pages

Sabtu, 26 Mac 2011

Perlu Ke Nak Bunuh Diri?


cubaan bunuh diri di KB Mall pada 24 Mac 2011


Semalam memang penuhla kat facebook orang dok pos pasai video ni. Meremang jugaklah tengok aksi perempuan ni time dia nak terjun dari bangunan KB Mall tu. Agak memalukan pun ada jugak dengan perempuan tu sebab kejadian berlaku di negeri yang memang kuat dengan ajaran Islam. Rasa macam sedih sangat apabila perempuan tu tergamak nak cabut nyawa dia sendiri sebab nak lari daripada masalah punya pasai. Hey perempuan, kalau hang nak lari daripada masalah pun, perlu ke sampai nak bunuh diri? Hang ingat nanti kalau hang dah mati, takdak ke masalah kat akhirat nanti? Cubala sayang sikit dengan nyawa tu. Kalau tak sayang dengan nyawa sendiri pun, cubala fikirkan tentang orang yang sayang kat hang. Kalau hang mati disebabkan bunuh diri, kesian kat family hang sebab tak pasai2 nak kena menanggung malu atas perbuatan bodoh hang tu.



Sebenarnya, bukan agama Islam je yang menganggap perbuatan bunuh diri tu sebagai dosa besar tetapi agama2 lain seperti yahudi, kristian, budha serta hindu juga turut mengharamkan penganut depa daripada membunuh diri. Kalau hangpa nak tau, jenazah orang yang bunuh diri ni, tidak haram untuk kita sembahyang jenazah ke atas mayatnya tapi menjadi sunnah kalau kita tidak menyembahyangkan jenazahnya sebab Nabi Muhammad dulu pun tidak akan menyembahyangkan jenazah orang yang bunuh diri sebagai pengajaran. Walaubagaimana pun, orang yang bunuh diri tidak boleh dianggap murtad ok.




Abu Hurairah R.A. meriwayakan dari Nabi S.A.W.
مَنْ تَرَدَّى مِنْ جَبَلٍ فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَهُوَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ يَتَرَدَّى فِيهِ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ ‏ ‏تَحَسَّى ‏ ‏سُمًّا فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَسُمُّهُ فِي يَدِهِ يَتَحَسَّاهُ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِحَدِيدَةٍ فَحَدِيدَتُهُ فِي يَدِهِ يَجَأُ بِهَا فِي بَطْنِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا
Maksudnya: “Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam genggamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam genggamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)



Konklusinya, sila jauhkan diri hangpa semua daripada perbuatan membunuh diri ni sebab perbuatan ini langsung tak ada kebaikan and manfaat malahan membawa kepada penghinaan serta penderitaan di akhirat kelak..



Jumaat, 25 Mac 2011

... DALAM BOTOL : Hebatkah?



LANGSUNG TAK. Itulah jawapan yang aku boleh bagi kalau orang tanya aku tentang kehebatan filem ... DALAM BOTOL. Pada hari pertama tayangan filem ... DALAM BOTOL iaitu pada 24 Mac 2011, aku berkesempatan menonton filem tu di Central Square bersama teman2 sekelas aku pada pukul 2.15pm. First skali masa aku masok panggung wayang tu, terkejut gila aku sebab dalam bayangan aku, aku fikir confirm penuh gila orang yang menonton filem ni tapi tekaan aku tu meleset sama sekali sebab ternyata tak sampai 20 orang yang ada dalam panggung untuk menonton filem ...DALAM BOTOL tu. Tapi aku masih berfikir positif. Maybe tak ramai orang sebab hari tersebut adalah hari khamis dan merupakan hari persekolahan serta bekerja.




Apa yang aku boleh describe mengenai filem ...DALAM BOTOL daripada permulaan sampai akhir filem tu ialah BODOH dan BOSAN. Bayangkan, dalam masa 30 minit jer tayangan filem tu, dah ramai gila orang yang bangun dan keluar daripada panggung wayang. Mula2 aku nak jugak bangun keluar tetapi kawan aku kata maybe filem ni best time ending kot. Tunggu punya tunggu, akhirnya filem itu tamat. Tiada langsung yang boleh aku kata WOW! kat filem arahan Khir Rahman dan hasil idea penulisan Raja Azmi ni.




Bagi aku, filem ...DALAM BOTOL ni banyak bermain dengan emosi. Tambahan lagi, bagi aku filem ini amat memalukan industri perfileman Malaysia sebab filem ni murah sangat. Pasaipa aku kata murah? Macam2la kemurahan filem ini yang terserlah. Dari segi suara, dialog, kamera, content dan lain2 lagi la. Selama 90 minit aku duduk dalam panggung wayang tu, sumpah aku rasa macam buang masa gila. Dahla, aku malas nak komen panjang2. Akhir kata, daripada 10 bintang, aku bagi 1 bintang je. Okayla tu kan daripada takdak bintang langsung. Kepada Raja Azmi, boleh dikatakan kesemua filem2 anda hanya gah pada kontroversi sahaja tetapi kualiti filem yang dihasilkan adalah hampeh! Jadi, sila jangan nak syok sendiri okay kalau menulis skrip tu. Sebenarnya ini adalah kritikan ikhlas dari hati aku sendiri agar filem anda pada masa hadapan tak berulang macam ni lagi, HUHU...







Selasa, 22 Mac 2011

Tidur Siang Itu Bagus

Jom tidur siang walau di mana anda berada.. Ahaks!



Ada orang kata, tidur siang ni merupakan ciri2 orang yang malas. Betul ke? Tapi kalau mengikut Islam, tidur siang ini merupakan amalan yang baik tapi haruslah tidak berlebih lebihan. Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur siang. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji tetapi tidurnya itu haruslah hanya sekejap. Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang itu tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari. Sebaik- baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor." Aiseyh, dah macam pak ustad dah aku, HEHE.



Antara kebaikan tidur siang ini ialah ia dapat meningkatkan memori. Tidur waktu siang dikatakan mampu untuk meningkatkan memori menyimpan fakta seseorang tetapi haruslah tidak tidur melebihi 45 minit kerana dikhuatiri akan kehilangan manfaatnya untuk meningkatkan memori. Jadi, waktu minggu peperiksaan nanti, silalah tidur siang sebab akan menguatkan lagi memori tentang apa yang hangpa semua dok hafal dan baca okay? Selain itu, tidur siang ini juga mampu untuk mengurangkan daripada risiko serangan jantung.



Tambahan lagi, berpandukan daripada kajian2 saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti untuk bekerja semula. Haa! Jadi pada pandangan aku setiap syarikat di Malaysia ni kena wujudkan masa untuk tidur serta bilik tidur kepada para pekerja mereka kerana menurut satu kajian tentang kesan tidur ke atas negara2 industri dan pasca- industri telah mendapati bahawa 92.5% pekerja2 yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti sesebuah syarikat jika membenarkan para pekerja mereka untuk tidur sebentar pada tengahari.





Isnin, 21 Mac 2011

Telefon Bimbit Peneman Tidur Yang Bahaya!

Tabik springlah ngan pompuan ni, HAHA



Alamak! Lepas ni macam mana nak tidur dan bangun tidur kalau dah tak boleh nak tidur dengan telefon bimbit dah. Telefon bimbitlah peneman setia aku time tidur and telefon bimbit jugaklah penggerak setia aku time pagi2 untuk bangunkan aku pi kelas. Yela, aku kan single dan ”aku masih teruna” lagi. Jadi semestinyalah aku bersendiri time tidur dan semestinya jugalah aku terpaksa bangun sendiri daripada tidur. Kesian tak dengan aku? (sambil buat muka sekupang)




Aiseyh, apa kena mengena pulak antara tidur dengan telefon bimbit? Hurrrmm, menurut satu informasi yang aku dapat, meletakkan telefon bimbit di sebelah katil atau di mana sahaja berdekatan dengan kita ketika tidur adalah berbahaya dan sama sekali tidak digalakkan. Menurut informasi itu lagi, telefon bimbit bukan sahaja mengganggu waktu tidur apabila berbunyi, malah para saintis telah membuktikan barangan elektrikal termasuk telefon bimbit dan set televisyen akan mengalirkan gelombang magnetik apabila digunakan. Gelombang ini boleh meyebabkan menganggu sistem saraf kita. Situasi ini mampu menghampiri diri kita dengan pelbagai jenis kanser.




Psssttttt : Aiseyh, nampaknye kenala aku matikan handphone nokia aku kalau nak tidoq dengan dia.. Sedeyh ni, HUHU.. Btw, kepada lecturer sekalian, maaf ye kalaw saya datang kelas lewat sebab handphone nokia saya dah tak boleh nak kejutkan saya, HEHE..


Ahad, 20 Mac 2011

... Warna Pilihan Lelaki Gay?

superman versi gay, HEHE..


Ek eh, betul ke warna ungu atau dalam bahasa inggerisnya yang dipanggil purple ini merupakan warna kegemaran bagi lelaki yang bernafsu songsang? Tadi aku adala pinjam sebuah majalah hiburan popular yang menjadi pilihan para belia kat Malaysia ni daripada kawan aku. Baca punya baca, aku agak tertarik dengan tajuk dia yang berbunyi ” UNGU WARNA LELAKI BERNAFSU SONGSANG?”. Mesti tersentap lelaki2 yang minat dengan warna ungu ni. Nasib baik aku tak minat dengan warna ungu and aku hanya ada sehelai dua jer baju yang warna ungu, HEHE..



Menurut majalah tersebut, pemilihan warna dapat membentuk personaliti seseorang. Menurut kajian yang dijalankan di luar negara, emosi seseorang juga boleh lahir daripada pemilihan warna. Dan mengikut kajian itu juga, dikatakan bahawa lelaki yang memilih warna ungu merupakan lelaki yang mempunyai peribadi yang berbelah bahagi. Gabungan warna merah dan biru ini merupakan lambang kepada sifat yang bercampur baur. Jadi tidak hairanlah mengapa warna ungu diklasifikasikan sebagai warna pilihan lelaki yang bernafsu songsang.



HAHA.. Bagaimanapun, taktaula sama ada kajian ini betul atau tidak. Kepada lelaki yang menyukai warna ungu, anda lebih arif mengenai kajian ini sama ada ianya kajian yang FAKTA ataupun AUTA. Ahaks!



Psssttt : Lepas ni nak usha lama2 sket dekat lelaki2 yang pakai baju warna ungu. Nak siasat orientasi seks depa.. Jadi, hati2 kerana ada mata yang sedang memerhati.. Ops! Terlebeyh sudeyh.. HAHA..


Sabtu, 19 Mac 2011

Jom Kesan Kehamilan Cara Orang Dulu2

comey jugak kan kalau lelaki mengandung.. HEHE


Aku pernah terfikir mengenai soal kehamilan ini iaitu bagaimana orang dahulu kala mengesan sama ada depa hamil ke tak. Yela, zaman dulu mana nak ada teknologi canggih macam sekarang ni untuk mengesan kehamilan. Hurrmmm, jadi takkan depa hanya mengesan kehamilan depa dengan tanda2 lazim seperti rasa loya, muntah2 dan pening kepala sahaja kot sebab lelaki pun ramai jugak yang kadang2 rasa loya, pening kepala dan muntah2 dalam satu2 masa. Jadi apakah lelaki itu mengandung? Ahaks!




Kebetulan dalam tanda tanya aku tu, akhirnya terjawab juga dengan sebuah majalah tempatan yang menerangkan bagaimana orang zaman dahulu kala mengesan kehamilan depa dengan berpandukan pelbagai kepercayaan pelik serta teknih aneh. Antaranya ialah teknik aneh yang diguna pakai oleh masyarakat Mesir purba di mana depa menggunakan alkohol sebagai alat untuk mengesan sama ada depa hamil ataupun tidak. Depa akan menyuruh wanita yang disyaki mengandung untuk meminum alkohol tersebut untuk proses pengesanan kehamilan. Jika wanita itu berasa mual selepas minum alkohol, maka wanita itu mengandung.




Setelah kaedah alkohol itu telah lama digunakan, akhirnya depa berubah kepada sebuah kaedah baru iaitu ujian urin. Doktor Mesir purba merupakan individu pertama yang telah menjumpai cara mengesan kehamilan melalui ujian air kencing. Menerusi kaedah ini, wanita yang disyaki mengandung dikehendaki untuk membuang air kecil di atas tanaman gandum dan jelai. Jika hormon estrogen meningkat dalam urin wanita, maka bibit tanaman tersebut akan tumbuh dan itu menandakan bahawa wanita berkenaan sedang hamil. Tetapi sekiranya tanaman2 tersebut tidak tumbuh, jadi wanita itu masih belum hamil. Menurut Berlin Medical Papyrus (BMP), untuk menentukan jantina bayi dalam kandungan, tumbuhan seperti gandum dan jelai mampu menentukan jantina bayi tersebut. Selepas wanita itu membuang air kecil di atas tanaman gandum dan jelai, dan setelah tanaman tersebut tumbuh, cuba kita lihat tanaman mana yang tumbuh terlebih dahulu sama ada gandum ataupun jelai. Kalau jelai tumbuh terlebih dahulu, maka jantina anak dalam kandungan adalah lelaki tetapi jika gandum tumbuh terlebih dahulu, bererti jantina anak dalam kandungan tersebut adalah perempuan.



Pssstttt : Tak sangka ramai yang perasan perubahan blog aku. Thanks kepada yang perasan! Terharu nii.. HEHE



Jumaat, 18 Mac 2011

Setelah 2 minggu tak.....

Hai! Assalammualaikum dan salam satu dunia.. Aiseyh, nampaknya dah hampir 2 minggu aku tak update blog dan tak blog walking.. Tapi Alhamdulillah sebab blog aku still menerima kunjungan yang memuaskan walaupun tiada informasi baru yang dikemaskini. Pertama sekali aku nak mintak maaf sebab membiarkan blog aku bersarang hampir 2 minggu. Actually bukan aku malas tapi boleh dikatakan malas jugakla, HEHE. Okaylah, mai sini aku nak explain sebab musabab kenapa aku tak ada masa untuk update blog. Sebenarnya, pada minggu lepas, kami pelajar tahun akhir diploma pentadbiran awan di UiTM Kedah dikehendaki mengadakan sebuah event iaitu ASEAN CARNIVAL selama 5 hari. Time tu, memang boleh dikatakan kesibukan kami mengalahkan perdana menteri. Bayangkan, setiap malam kami hanya ada masa untuk tidur dalam average 3 jam sahaja.



Selepas acara itu berakhir, kesibukan aku digantikan pula dengan assignment yang nak kena hantar, presentation yang nak kena laksanakan serta terpaksa perahkan otak untuk segala test dan kuiz. Itu tak termasuk lagi dengan research. Fuh! Sumpah tension gila.. Tapi tak apa sebab ini adalah semester akhir aku dan lepas ni boleh cuti selama 4 bulan sebelum sambung buat degree, HEHE.. Okaylah, aku malas nak bebel panjang2 sebab ada banyak kerja lagi yang aku nak kena buat.. So, aku tinggalkan hangpa semua dengan gambar2 ASEAN Carnival yang telah diadakan oleh aku serta rakan2 seperjuangan aku iaitu pelajar2 tahun akhir diploma pentadbiran awam UiTM Kedah. Layaaaannnnnnnn!





Ni gambar time kami semua bertungkus lumus untuk membuat bendera2 negara Asean serta backdrop dan banner.



Ni plak pertandingan fashion sketching. Best tengok macam2 rekaan baju serta idea baru para pelajar uitm kedah.



Ni pulak acara Kuiz ASEAN. Time ni aku bertugas sebagai penjaga markah. Persaingan memang sengit gila lah sebab yang bertanding semua hebat2 belaka.



The next is acara debat ASEAN. Best tengok gelagat para peserta dalam acara ni. Macam2 gaya ada.. Best2..



Ini pulak pameran untuk negara2 ASEAN. Kami dikehendaki mewujudkan 10 booth di mana setiap booth mewakili negara yang menjadi ahli ASEAN. Aku mewakili negara Singapore. Time ni memang penat gila sebab nak kena layan macam2 jenis orang yang datang menyinggah tak henti2 ke booth kami tapi apa2 pown, memang best gila... ;)


Ni plak malam kemuncak di mana pada malam ini berlangsungnya pertandingan akhir debat, penyampaian hadiah serta persembahan model2 daripada batch kami sendiri dengan menggayakan 10 helai baju hasil rekaan ABBAS Sidek iaitu pelajar batch serta jurusan kami jugak. Ini menunjukkan bahawa, walaupun kami belajar mengenai polisi tapi kami semua masih mampu untuk men"design" baju, menjadi model, pengacara dan lain2 lagi.



Sabtu, 5 Mac 2011

Ibu Terkecil


Stacey Herald yang berusia 35 tahun kini diiktiraf sebagai ibu paling kecil di dunia. Apabila Stacey Herald berkahwin 5 tahun lalu, dia dinasihatkan supaya tidak hamil. Menurut doktor, kehamilan akan membahayakan nyawa Stacey kerana Stacey menghidap Osteogenisis Imperfecta (OI), tubuhnya hanya setinggi 0.7 meter (28 inci) sahaja. Suaminya, Will, mempunyai ketinggian 1.75 meter.



Doktor memberi Stacey amaran oleh kerana tubuhnya yang kecil serta penyakit OI yang dihidapinya itu. Jika dia hamil, pembesaran janin akan menekan serta merosakkan paru2 dan jantungnya. Satu lagi kemungkinan ialah bayinya akan lahir dalam keadaan patah tulang kaki dan tangan. Selain itu, kehamilan juga boleh meragut nyawa kedua-dua mereka.



Namun demikian, pada 8 November 2009 yang lalu, wanita yang menetap di Dry Ridge, Kentucky, Amerika Syarikat itu telah melahirkan seorang bayi lelaki. Bayi tersebut diberi nama Malechi. Lebih mengejutkan, itu bukan bayinya yang pertama tetapi yang ketiga. Kelahiran Malechi itu memang mengejutkan. Pertama, kerana Stacey melahirkan bayi setiap tahun. Kedua, dia tidak menghadapi sebarang masalah kehamilan seperti apa yang dijangkakan oleh doktpr.



Anak kedua pasangan tersebut, Makya, 2 tahun, kini 0.5 meter lebih tinggi daripada Stacey dan tidak menghidapi OI. Bagaimanapun, anak perempuan sulungnya, Kateri, 3 tahun, menghidap penyakit tersebut. Begitu juga dengan Malechi yang hanya setinggi 0.13 meter (5 inci) dan berat hanya 1 kilogram sahaja ketika dilahirkan. Stacey yang diiktiraf sebagai ibu terkecil di dunia berjanji akan cuba melahirkan lebih ramai lagi bayi selepas ini. Wil, 27, gembira dan bangga dengan keberanian isterinya.


Secara tuntasnya, di dunia ini, tiada sebarang perkara yang mustahil. Jadi jangan takut untuk mengambil risiko dan melakukan perkara yang mungkin tak logik dek akal tapi dapat memberi kepuasan yang maksimum jika kita berjaya melaksanakannya. Renung2kan... ;)



Jumaat, 4 Mac 2011

Atasi NYANYUK Dengan Perkahwinan


Untuk pengetahuan hangpa semua, Alzheimer dikenal pasti sebagai punca utama kepada masalah nyanyuk di seantero dunia. Sebuah persidangan antarabangsa telah diadakan di Chicago, Amerika, untuk membincangkan mengenai penyakit itu. Para peserta pada persidangan tersebut didedahkan dengan sebuah fakta baru. Fakta baru yang dimaksudkan ialah perkahwinan mampu mengurangkan gejala nyanyuk.



Untuk membuktikan kesahihan fakta tersebut, satu penyelidikan mengenainya telah dilakukan oleh Dr. Krister Hakansson dari Institut Karolinka di Stockholm,. Beliau mendapati mereka yang berkahwin dan mempunyai pasangan hidup ada peluang 50% untuk tidak mengalami masalah nyanyuk berbanding yang tak berkahwin serta tak mempunyai pasangan hidup. Keputusan kajian ini diperoleh setelah Dr. Hakansson memeriksa rekod 1449 penduduk pertengahan usia di Finland.



Sehubungan itu, Ketua Penyelidik Persatuan Alzheimer, Universiti UK, Dr. Susanne Sorensen berkata, bukti yang dikemukakan memang boleh membantu mengurangkan risiko nyanyuk. TETAPI, kepada orang bujang, tidak perlulah khuatir kerana masih ada banyak cara untuk megurangkan risiko nyanyuk selain daripada berkahwin. Mungkin cara pemakanan yang sihat, rajin bersenam, dan tidak merokok juga berupaya mengurangkan penyakit nyanyuk ini.



Secara konklusinya, Jom kita kahwin! HAHA



Khamis, 3 Mac 2011

Sperma Dan Kesuburan Lelaki


Yeah. Malam ini aku nak jadi doktor sakit tuan, HAHA. Memandangkan malam ini malam jumaat, jadi doktor nak terangkan serba sedikit mengenai kesuburan lelaki, HEHE. Sebenarnya kesuburan lelaki berkait rapat dengan SPERMA. Jadi, sperma memainkan peranan penting untuk menentukan kesuburan lelaki. Hhmm, kalau hangpa semua nak tau, lelaki dewasa menghasilkan 100 juta sperma sehari, atau lebih kurang 1000 sperma setiap degupan jantung. Secara ringkasnya, sperma yang subur bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya ialah,





BILANGAN SPERMA

Lelaki boleh dianggap sebagai subur jika mempunyai bilangan melebihi 48 juta sperma setiap ml air mani. Jumlah kurang dari 13.5 juta dikategorikan sebagai kurang subur.




MOTILITI (pergerakan) SPERMA

Tahap kesuburan yang baik ialah apabila 63% dari sperma itu dikesan bergerak secara normal manakala sperma yang kurang subur apabila peratus pergerakan secara normalnya berada di bawah 32%




MORFOLOGI (bentuk) SPERMA

Jika sperma yang dikesan berbentuk normal melebihi 12% maka ia menandakan sperma tersebut subur manakala di bawah 9% pula menunjukkan sperma itu kurang subur.



Bagi yang mahukan sperma yang subur dan berkualiti ialah secara membekalkan bahan nutrisi yang mencukupi bagi menghasilkan sperma dan seterusnya memastikan gaya hidup yang sihat supaya tidak menjejaskan penghasilan dan kualiti sperma tersebut. Okey, sekian daripada doktor sakit tuan anda, HAHA