Okay, sekarang persoalannya, kenapa hormon testosteron ini begitu penting kepada lelaki? Haa, ia penting kerana melalui kajian yang dilakukan dalam tempoh 20 tahun di negara barat untuk menilai paras testosteron dan hubungkait dengan penyakit2 yang boleh membawa kematian mendapati bahawa kaum lelaki yang mempunyai paras testosteron yang rendah mempunyai 40% risiko lebih tinggi untuk mati lebih cepat berbanding dengan mereka yang mempunyai paras testosteron normal tanpa mengira usia dan kandungan lemak badan.
Sebenarnya kaum lelaki tidak akan mengalami masalah kehabisan hormon seperti yang dialami oleh kaum wanita yang dikenali sebagai menopaus. Tetapi kaum lelaki boleh berhadapan dengan penurunan hormon testosteron dan ia boleh bermula seawal usia 35 tahun. Nak tahu tak apa yang akan berlaku kalau hormon testosteron menurun? Ia akan berlaku perubahan dalam badan iaitu peningkatan komposisi lemak, penurunan kepadatan mineral pada tulang dan penurunan tahap kecekapan sel-sel otak (gangguan ingatan, cepat marah, mood tidak menentu, gangguan tidur, gangguan emosi, sering letih, tidak bertenaga, gangguan ereksi zakar, sukar menumpukan perhatian dan tidak bernafsu untuk seks)
Kalau anda rasa mungkin anda salah seorang yang mempunyai hormon testosteron yang rendah, sila hindari daripada makanan yang digoreng, gula serta kafein. Dan sila lebihkan untuk makan makanan seperti makanan yang mengandungi Zinc ( kekacang, daging merah, tiram, salmon, beras merah, susu, yogurt, keju cottage, asparagus, sayur-sayuran hijau, dan gandum), Kalium ( buah pisang dan susu), Vitamin B ( ikan salmon, telur, pisang, bayam, kembang kol dan pasta), Vitamin A ( nanas, bayam, tomato, epal, mangga, dan hati ayam ) dan Vitamin E ( biji bunga matahari, hazelnut, brokoli kacang kedelai, dan kacang tanah).
Psssstttttt : Tadi kawan aku iaitu Shafiq Azmi ada suruh aku promote blog dia yang bernama ”Kekalutan dan Kemerapuan Aku” dalam blog aku sebab dia baru buat blog. So, kepada yang sudi tu, silalah follow blog bakal cikgu ni okay.. ;)



















