Pages

Isnin, 9 Mei 2011

Penangan Harga Setem




Tadi aku pegi pejabat pos untuk bayar bil elektrik, bil telefon, bil streamyx ngan bil broadband celcom. Sambil2 bayar bil tu, aku pun mintakla setem 50 sen ngan 30 sen, then orang pejabat pos tu kata, “maaf encik, sekarang kalau nak pos surat, semuanya kena guna setem paling koman pun yang 6 kupang punya (60sen)”. Aku pun beli jela setem 6 kupang tu 10 keping. Actually aku beli setem ni sebab aku nak masuk pertandingan2 yang ada dalam majalah, HEHE.. Yela, alang2 duduk rumah cuti2 ni tak buat apa2, lebih baik masuk competition. Kalau ada rezeki menang, takla sia2 cuti2 ni kan? Kan? HAHA.



Okay, sekarang kembali semula kepada isu kita iaitu setem. Hari ini baru aku sedar yang setem sekarang paling murah punya pun berharga 60 sen. Tapi satu lagi informasi baru yang aku dapat daripada kawan aku, dia kata, kalau nak hantar surat beserta sampul surat yang bercorak corak, setem 60 sen tak boleh digunakan dan hanya dibenarkan guna setem 80 sen dan ke atas je kalau nak surat tu sampai kepada penerima. Contohnya, dia kata, hari tu mak dia adala hantar sepuluh keping kad kenduri guna setem 60 sen, then pada esoknya pulak, mak dia nak beli setem tambahan lagi sebab nak pos kad kahwin lagi tapi tiba2 mak dia ditegur oleh pegawai pejabat pos tu. Pegawai tu tanya, “Kak, kak nak guna setem ni untuk pos surat apa?’’ Then mak kawan aku pown balas la, “Kak nak pos kad kahwin”.. Pegawai tu plak balas, “sampul surat kak tu mesti ada design kan? Kalau lagu tu, kak kena guna setem yang 8 kupang punya, yang setem 6 kupang tu tak boleh digunakan. Dengan suspennye, mak kawan aku pun balas, “Habis tu lagu mana dengan surat2 kakak sebelum ni sebab kad kahwin yang sebelum ni punya kak guna setem yang 6 kupang punya?”. Dengan selambanya, pegawai tersebut pun balas, “surat kak tu tak akan sampaila kat penerima sebab surat tersebut akan dianggap sebagai surat mati.”



Jadi kepada anda yang nak pos surat tu, sila tanya dulu kepada pegawai pejabat pos tu okay sebab takut situasi tersebut berlaku plak kat anda2 semua. Kepada yang nak jimat dengan hanya menggunakan 60 sen untuk mengepos surat, sila guna sampul surat yang kosong tanpa corak okay.


33 ulasan:

amna berkata...

assalam~

demand-nya skrg ni yer.. paling komen 60sen tu. chek lama tak berutus surat, apa pun tak tahu. btw, thanks for the info.

pliknya, mcm ne leh ada beza drjt antara s/surat bercorak dgn plain? ^^''

toyolkiut berkata...

uiks, ye ke?
br TK tau ni..
bkn ke pos biasa 40sen je?
TK guna setem tu je pos apa2 pun..
ada kasta2 la pulak kan?

Nura berkata...

ceh...cekik darah betulla.. :D

Unknown berkata...

ehh dah ta de ke setem 30 sen segale..sumpah aku baru tao weh..

Madd berkata...

setem pun dah naik harga,,,
ingtkan gula ngan minyak je asyik naik..
nk pos surat ade syarat2 jugak..
aduyai...

zati embong berkata...

kena cari alternatif lain nk bagi kad kahwin nnt ni O.o

Tanpa Nama berkata...

aik?bleh plak camtu..mahalnya la..huhux
tp surat menyurat ni zaman kuno punya la..skunk ni da canggih...guna la alternatif lain plak..hee~

Syed Azman Syed Ismail (S.A.S.I) berkata...

skrg ni mmg cerewet bab2 setem ni..sakit hati gak~tapi dah sistem mcm tu..ikut kan jha~ btw Zwan, kerja gapo?

Akunyer berkata...

semua benda naik harga..haishh.... geleng-geleng kepala

t.h.e Lya™ berkata...

eh,sy bru tau la.huhu...ketinggalan la pulak.btw,thanks ek for the info :)

S y a r a f i n a berkata...

bukan main lg pejabat pos skrg. mahai gila. baek pakai email ja. tapi kan, kesian jugak depa yg keja kt situ. sbb semua pakai on9, surat-menyurat org jrg guna dh.kira duit beli setem tu sebahagian dr gaji depa la. Cakap pasal setem, teringat pakcik yg salu hantar surat kat rummah. Smart. haha. xD

Tanpa Nama berkata...

hehe.nice info.lain kali kena berhati2.takut xsampai surat.tambah2 yang penting lak kan

ZWAN SABRI berkata...

amna : Tula pasai.. surat pown ada darjat jugak.. HUHU


Toyol Kiut : Zwan slalu 30 sen jer.. HUHU


Miss Nuratikah Eika : Tawu xpa.. HUHU


SyrupMasin : xtaw.. tp td itulah kenyataannye.. HUHU

tokwan muda berkata...

setem 30sen dlm kenagan..huhuhu

ZWAN SABRI berkata...

Mohd Ridhuan : Tula pasai.. lani suma harga dah naik.. HUHU


Zati Embong : Taw xpa. Kad raya, dah ada alternatif lain dan pupus... skang ni giliran kad kawen plak kot utk pupus.. HUHU


Wyna Nubies : Kuno ek? Tapi bestla surat menyurat ni sbb bole simpan.. HEHE


Syed Azman : Keje Gapo? tanam anggur jer.. HEHE

ZWAN SABRI berkata...

Ticer Wann : Tula pasai.. HUHU


Lya : Zwan pown br taw.. HUHU


Fina : Pekeja2 kat post office tu x besalah sbb depa hanya menjalankan tanggungjawab.. HUHU


Hantu : Tula oasai.. risau jugak klaw surat yg penting x sampai umah.. HUHU

Tok Wan Muda : Sedeyh.. HUHU

Belalang hijau Perisik berkata...

uik? dah lain ek sistem dia...
kalau dulu surat xde setem ke hape dia tetap smpi kepada si penerima...

tp penerima tu kena bayar la denda kesalahan surat yg d buat oleh si pengirim tuh...huhuhu

kAmi dAn mEreKa berkata...

yg bezanya sampul je pon,
tu pon harga mesti lain2 ke,
ni dah macam diskriminasi ni, hehe ;p

Unknown berkata...

dulu masa skolah rendah dok simpan gak stem2 ni

LuN@_aiDi berkata...

amboii skng rega stem pn dah naek noo.. mahai plak tuh..huhuhu

Tanpa Nama berkata...

huhu..macam2~

Unknown berkata...

laa , surat mati ? sampai macam tu ? membazirnyeee ..

Tanpa Nama berkata...

adeh , dah lama tak pos surat. tak tau pulak dah naik harga.

lepas ni alamat nya ramai la yang jemput kawin kt fb n blog je.leh jimat bajet. ahah ^^

Santan Berlada berkata...

wah...
setem pon dah nek harga... adoi...
ak bru dpt tau...

Annisa berkata...

Alamak >.< sampai macam tu sekali ke nak beli setem and hantar surat sekarang ni. hari tu pi pos laju, tak singgah tanya harga setem. kesian yang hantar kad kahwin tapi tak sampai sampai.

chEck chEck rOck rOck ! berkata...

zaman sekarang dah xmacam dulu . boleh pos surat dengan hanya 3kupang . lani sehinggit kurang kurang bqu sampai . so , kalu bleh email lagi senang . hehehe . manusia la ni dah moden dengan IT :)

cik sakdi berkata...

yeke? dulu hantar kad raya 30sen dah sampai. kdg2 20 sen je. huhu

cik sakdi berkata...

yeke? dulu hantar kad raya 30sen dah sampai. kdg2 20 sen je. huhu

Unknown berkata...

tu pasai aku men emel ja. hahaha

athirahothman berkata...

ni bru zaman kita . zaman anak cucu kita ntah brapa harga dye ;P

zahidah dihaz berkata...

hari tu saya hantar barang(ringan+kecik je) guna setem rm1 pun tak sampai jugak...cam ne tu?


kalau kena sampai dua tiga ringgit baik pakai post express je...


New Entry: Two more day, time to fly

Asma Ahmad berkata...

choyyy!! da bza hrga lak smpul xda corak ngn da corak?? bkn brat na pn. haish... peliks.

Mataku berkata...

Aku suka pakai pos ekspress... senang... hua hua