Pages

Ahad, 22 Mei 2011

10 Tanda Yang Perlu Diketahui..



* Bibir yang pucat, ia menandakan sistem penghadaman yang lemah serta perut mengandungi angin dan kurang darah disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi.



* Lidah dan gusi bengkak atau sakit, menunjukkan bahawa jantung mempunyai masalah seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah dan saluran koronari tersumbat.



* Telinga terasa tersumbat, bermakna buah pinggang mengandungi toksin yang berlebihan



* Sakit tumit kaki, menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin



* Rasa pening, menandakan kurang darah ataupun pengaliran darah yang tidak lancar



* Mata menjadi merah, ini bermakna hati anda mengandungi paras toksin yang tinggi dan mata yang menjadi merah ini disebabkan badan dalam proses untuk membuang toksin



* Wujudnya ruam atau bisul, menandakan badan sedang menyingkirkan toksin yang tidak larut dalam air



* Sakit di bahagian bahu, menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang



* Muntah darah merah, menandakan pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan darah hitam pula ialah pembuangan tisu yang rosak di bahagian perut.



* Sakit badan yang menyentap, menandakan proses penyeimbangan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.



psssssttttt : Takziah diucapkan kepada 16 pelajar anak yatim yang terkorban dalam nahas tanah runtuh di Hulu Langat semalam. Semoga mereka semua ditempatkan bersama golongan orang2 yang beriman.. amin!



24 ulasan:

Nur Ayuni berkata...

nasib baik tumit kaki tak sakit. hahaha


al fatihah buat mereka dan takziah

miss Fyqa berkata...

info yg baik utk semua..

thanks :)

::FAIZ FARISH:: berkata...

thanks 4 d info.............

cucu umie berkata...

thnkx for the sharing info..until now, semua tu blom lg ayie kne..

ZWAN SABRI berkata...

Nur Ayuni : Aiseyh, Tumit kaki yang dirisaukan ek? HAHA


Miss Fyqa : Oriteeeee.. ;)


Faiz Farish : Oriteeeee.. ;)

Liyana Zahim berkata...

LAU MATE KUNING lak?
Anyway, al fatihah utk ank2 yatin yg tkorban..

Sweet Salt & Sour berkata...

good info..thanx 4 da info..=)

kokser kokdam berkata...

wohaaa.. tumit kaki ku ok.. ngehehe..

nice info.. like!

=D

sHaH berkata...

erk??? nak kena g joging nih..

RIAN berkata...

pening kepala tu problem darah ke. .

Asma Ahmad berkata...

gud info neh... :)
tkziah & al fatihah...

Faza berkata...

baca 1 point tgk diri...baca 1 point tgk diri sendiri...hurmm..yg tang pening 2 kene pd diri..kurang darah dgn darah rendah nk same ker?..kl g hosptl die ckp pyakit drh rendah..same la kot ek..huhu

syrupmasin berkata...

kalau rase nak berak??

zizidiazora berkata...

Wow...info yang cukup bagus untuk semua orang. Kadang2 berlaku simptom seperti yang dinyatakan tapi kita ambil mudah je sedangkan itu adalah tanda2 penyakit yang mungkin merbahaya. thnx zwan.

Cik Ct berkata...

dh follow awk.. folow me bck ya.. thnx

.izzatul.hazwani. berkata...

ooyeke .. hee , tapi betula part kurg drah tu . sbb sy ada anemia salu je pucat + pening . haha

khairul berkata...

good info bro..tks

cpahniza berkata...

slalu sakit mata....@.@

wawa_addien berkata...

info yg berguna. akak slalu pening kpala..

Fathiah Hamim berkata...

eh yea ke neh? scary la pulak.

muhammad iqbal hakimi bin tahir berkata...

nice info wan..so better kita check kot2 ada tanda2 ni..boleh prepare awal2..

Mr.Kerro berkata...

uish btul ke skit tumit sbb alat klamin prob ... bru tau ni, bhya gak

Mohd Ridhuan berkata...

info yng bgus...
hehehhe
tp aku slalu pucat...
time pagi je la...
bile dah tghari ok la...

Syaiful Izwan berkata...

owh ini info yang bagus..hehe
maybe sebab aku particular dengan bab-bab sains kot..so i know a lot bout bout science..huhu