Pages

Ahad, 1 Mei 2011

Selamat Hari Pekerja





Ek eh, hari ni bertarikh 1 Mei 2011 kan? Bermakna hari ini merupakan hari pekerja la kan? Okay2, di kesempatan ini, zwan nak ucapkan Selamat Hari Pekerja kepada lebih 1.2 juta pekerja di sektor kerajaan dan lebih 5.7 juta pekerja di sektor swasta. Memandangkan hari ini merupakan hari pekerja, jadi zwan rasa berminat nak berkongsi pengalaman zwan bekerja selama 2 bulan semasa menunggu keputusan SPM. Walaupun hanya 2 bulan, tapi bagi zwan ia sudah cukup untuk mengajar zwan apa itu kerja dan betapa susahnya untuk mendapatkan duit yang tak seberapa.




Seingat zwan, masa tu di akhir bulan febuari 2008 di mana masa tu zwan dan kawan zwan pergi sana sini untuk cari kerja. McD, Dell, Seven-E, kawasan perindustrian Prai dan kedai buku KBR di mana ini semualah tempat2 yang kami pergi untuk cari kerja tapi malangnya kami tak berpeluang bekerja di sana disebabkan dua sebab. Sebab yang pertama, mungkin kami tak memenuhi kriteria yang diperlukan dan sebab yang kedua, kami sendiri yang tak berkenan nak kerja di sana bila tengok balik gajinya yang ciput dan tugasan kerja yang memeritkan. Di sini aku dah dapat satu pengalaman baru iaitu pengalaman ditemuduga.




Bertarikh 03/03/2008, aku bersama shafiq,azhar dan ruzaini keluar lepak2 di Megamal Pinang. Tujuan asalnya hanyalah untuk bergembira di sana tapi entah kenapa tiba2 kami semua bersepakat nak test power kami untuk ditemuduga di Pacific iaitu sebuah pasaraya yang terdapat dalam Megamal Pinang. Kami berempat masuk dalam pasaraya tersebut dan beritahu kepada pekerja di dalam pasaraya tersebut yang kami semua nak cari kerja. Pekerja tersebut pun membawa kami ke bilik HR. Masa sampai dalam bilik HR tu, pegawai dalam bilik tu pun bagi borang untuk diisi. Kami semua bersepakat nak bekerja sebagai cashier. Jadi, selepas kami isi borang tu, kami semua dibekalkan dengan pelbagai soalan matematik untuk dijawab. Yang lawaknya, masa depa suruh kami jawab soalan matematik tu, depa tengah leka bekerja jadi kami semua pun bawa keluar handphone masing2 dan guna kalkulator dalam handphone. As a result, semua jawapan kami betul, HAHA. Selepas itu seorang demi seorang daripada kami yang dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga. Kami semua berjaya dapat pekerjaan tersebut. Kami dikehendaki bekerja pada keesokan harinya iaitu bertarikh 04/03/2008.




Sebenarnya, masa dapat pekerjaan tersebut, zwan sedang berada dalam dilema samada nak teruskan bekerja ataupun tidak sebab tiba2 zwan rasa takut untuk bekerja memandangkan zwan tak pernah ada pengalaman bekerja sebelum ni. Akhirnya, hanya ruzaini dan azhar jer yang datang mendaftar kerja pada tarikh tersebut. Depa berdua agak kesal jugakla dengan zwan dan shafiq sebab tak mai untuk daftar bekerja. Setelah dipujuk dan dirayu oleh depa dua orang, zwan pun bersetuju daftar masuk bekerja pada 05/03/2008. Takut jugak zwan kalau tiba2 zwan kena marah sebab tak datang daftar bekerja pada hari yang disuruh. Zwan disoal jugak kenapa zwan tak datang pada tarikh tersebut, macam2 alasan jugakla terpaksa zwan bagi untuk meyakinkan depa dan akhirnya alasan zwan diterima, HEHE.




Kemudian bermulalah hari2 zwan sebagai cashier di Pacific. Macam2 pengalaman zwan dapat kat sana. Bab kena marah dengan majikan dan pelanggan tu tak payah nak cakapla kan. Macam dah jadi rutin harian dah. Adatla kan kalau kena marah2 time bekerja. Bekerja sebagai cashier ni, zwan rasa best jugak sebab setiap hari zwan kena jumpa dan berhadapan dengan pelbagai jenis ragam manusia. Dari situ jugak,zwan dapat ramai kawan2 yang best time tu. Seriously yang paling zwan rindu ialah Kak Shima and Premah. Memang rapat gila lah dengan depa ni. Akhirnya zwan berhenti kerja pada 05/05/2008 sebab nak rehatkan diri sebelum sambung pengajian di UiTM. Time nak berhenti tu, supervisor zwan time tu punyalah merayu rayu suruh zwan kerja jugak. Macam2 alasan zwan bagi kat dia tapi dia macam susah jer nak terima alasan2 zwan tu. Tapi zwan tetap nekad jugak berhenti kerja sebab dah tak larat sangat dah bekerja.




Dulu masa tengah belajar kat sekolah, rasa macam tak best belajar dan rasa teringin nak bekerja sebab boleh dapat duit. Tapi bila dah bekerja, ternyata ianya tak seindah yang dibayangkan. Sesungguhnya pengalaman belajar jauh lebih seronok berbanding pengalaman bekerja. Jadi, kepada yang sedang belajar dan bergelar pelajar tu, belajarlah bersungguh sungguh dan belajarlah selagi anda mampu belajar. Apa2 pun, SELAMAT HARI PEKERJA kepada seluruh pekerja di Malaysia khususnya dan dunia amnya. Bekerjalah dengan niat kerana Allah. Jauhi rasuah dan penyelewengan okay.





21 ulasan:

~~ytazzizzaty~~ berkata...

selamat hari pekerja!!! bleyh sy cuti!!! ngeh3

As Yusra berkata...

hehe..Selamat hari pekerja~^^,
jadi cashier memang memenatkan.! lg best jadi promoter..gaji masyuk, keje pn xpenat sgt...^____^

N keje neh sbnrnye seronot..;)
bergantung pde kerja yang kte wat..
n mentaliti kite pade keje tuh..;)

iKhRam berkata...

seronoknyer cuti.. sapa yg dah keje baru tau kan nikmat cuti..!!

MiZaD berkata...

hahaha..wan,wan, sbb 2 la hg xmo keja time cuti 4blan ni kn..ish2,,

Wani berkata...

adat le tu kene marah time kerja . selamat hari pekerja juga !!!!!!!!!!!!

SITOT berkata...

sempena hari pekerje, saye berhenti kerje..hahaha

takpe takpe, selamat hari pekerje untuk anda..:)

amna berkata...

selamat hari pekerja ^^
bestnya dpt peluang bekerja banyak tempat~~

smile always :)

aiman rashidd berkata...

happy labour day !! HAHAHA have a nice day :)

syrupmasin berkata...

alaaa..rinduuu..igt dulu kau penah cite pengalaman kau jd casherr..wuaaa

muhammad iqbal hakimi bin tahir berkata...

yup2..bila kerja rassa nak belajar..bila belajar rasa nak kerja..macam2 ..

tapi bila kita dah belajar nanti kita kerja lah.. =D

Piah Becok berkata...

hepi labor day!! walaupun esok aku meeting T_T

ZWAN SABRI berkata...

ytazzizzaty : Selamat bercuti yer.. ;)


As Yusra : Yeah btol tu btol.. X kirala jadi apapun janji nawaitu kena betoi kan? kan? ;)


Ikhram : A'ah, btol tu cikgu ikhram... ;)

ZWAN SABRI berkata...

mizad : Haha, bukan xmo kejala tp dalam dilema.. HEHE


Wani : Btol tu btol.. ;)


Sitot : Selamat berhenti kerja yee.. HEHE

ZWAN SABRI berkata...

Amna : Ek eh, awak salah faham nii.. Saya hanya pernah bekerja di satu tempat jer.. HUHU


Aiman Rashid : happy Labour Day to u too.. ;)

SyrupMasin ; A'ah, aku penah citer kat hang kann.. HEHE

ZWAN SABRI berkata...

Iqbal Hakimi : Biasala, dah nama pun manusia.. lumrahla kan x reti nak bersyukur.. HEHE

Piah Becok : ood luck k utk meeting tuu.. ;)

anim :) berkata...

slamat bercuti kpd yg bkerja . haha

Ayie berkata...

teman pun pikir mcm tu jugak dulu.. nak keje, dapat duit nak enjoy.. Rupa rupanya susah sungguh nak dapat duit.. haiz.. ^^

hantu berkata...

selamat ari pekerja!..wpun hari ni hari untuk pekerja berehat tpi aku bkerja.huhu, double gaji.papepn, pnglmn tu pnting

ZWAN SABRI berkata...

Anim : Yeah. kepada pelajar pun boleh tumpang sekaki cuti jugak arini.. ;)


Ayie : Taw xpa.. nampak macam sng jer nak dpt dwet tp hakikatnya, perit seyh.. HUHU


Hantu : double gaji? Masyuk seyh.. lepas ni leyh la blanja.. HEHE

SyedGraphiX berkata...

dok umah krohh krohhh je laa semua pekerja arini. hahaahhaa

zizidiazora berkata...

Bila belajar sibuk nak kerja dan bila dah kerja sibuk lak nak belajar so macamana tu?