Pages

Selasa, 24 Mei 2011

Interview Kerja

Semalam aku ada teman kawan aku pergi interview di UiTM Kedah. Pukul 6.30am, kami dah keluar ke sana sebab kawan aku ada interview pukul 8am kat sana. Kawan aku selesai interview kat sana dalam pukul 10am macam tu dan dia agak terkejut jugakla sebab macam2 soalan yang tak dijangka bertubi tubi ditanyakan kepada dia. Kebetulan pada hari semalam juga, sedang berlangsungnya karnival pekerjaan di Universiti Sains Malaysia, Penang. Jadi, disebabkan kawan aku tu tak berapa nak puas hati dengan interview dia kat UiTM, so dia pun ajak aku ke USM.



Aku pun mengambil keputusan untuk ikut dia ke sana sebab secara tak langsung, aku boleh jugak dapat pengalaman tengok macam mana orang interview. Perrgghhh! Memang ramai gila lah orang yang datang ke karnival tu. Tak kiralah Melayu ke, Cina ke, India ke, masing2 berebut rebut ambil peluang untuk interview kat sana. Yang datang pulak, bukan calang2 orang di mana CGPA mereka memang gempak. Ramai jugakla yang aku kenai kat sana. Antaranya Shuib, Nana and Che An. Tak sangka boleh jumpa depa kat karnival tu setelah 3 tahun lebih tak jumpa.



Kepada yang sedang mencari pekerjaan, karnival pekerjaan tersebut berlangsung pada hari semalam dan juga hari ini. Jadi anda semua masih berpeluang lagi untuk ke karnival pekerjaan tersebut yang berlangsung di Dewan Utama, Universiti Sains Malaysia, Penang. Peluang2 pekerjaan pulak banyak disediakan oleh syarikat2 swasta dan ditempatkan di Penang Island, Penang Mainland dan beberapa Bandar di Kedah seperti di Kulim dan Sungai Petani.



Antara tetamu yang datang untuk ditemuduga..



Ni lah kawan aku. Nama dia Asrul. Dia tengah kusyuk pilih jawatan kosong yang ditawarkan.



Kawan aku dan beberapa calon sedang sibuk mengisi borang sebelum ke tingkat atas untuk ditemuduga.



24 ulasan:

kokser kokdam berkata...

semoga Allah berikan kejayaan..

.izzatul.hazwani. berkata...

asal x join ? hee

whitecappuccino berkata...

Tak minta kerje gak ke?

NUR AYNIE berkata...

kerja3x...part time ade x? hihihihi

::FAIZ FARISH:: berkata...

good luck

fazae berkata...

goodluck :)

NADIAH KZAMAN berkata...

wah bestnyer interview keje..goodluck yea!

ZWAN SABRI berkata...

Kokser kokdam : ;)


Izzatul Hazwani : X preparela.. huhu


Whitecappucino : X pown.. x besedia lg.. huhu

ZWAN SABRI berkata...

Nur Aynie : X pastila ada ke x.. cuba aynie pi tengok.. dok bukak lagi tuu.. hehe


Faiz Farish : gd luck untuk sapa? huhu


Fazae : Gd luck untuk sapa? huhu


Nadiah kzaman : gd luck untuk sapa? huhu

zati embong berkata...

cuaknya nk kena interview.huhu.xpe,zwan tman mmber leh tgk mcm2 reaksi org.one day,smpai turn zwan plak.hihi

misz farahniza berkata...

wahhh...
mintak keje.....
bestnye....
teman je ke?

Mrs.Yie berkata...

klau ada rzeki x kemana..

~~Ticer Wann~~ berkata...

Interview= satu keadaan yang buat peluh dingin menitik tapi kelegaan akan terasa selepas itu.. good luck pada sesiapa yang akan di-interview.. :)

syrupmasin berkata...

kau bile nak keje?? jomkeje weh..utk diploma bnyak ta?? haha :D

ZORA berkata...

gentar la pulak nak kje nnti..tkut nnti kene intrvw mcm ni la.....huhuhuu

abu berkata...

wah..lama x p usm...rindu plak...

cpahniza berkata...

wahhh...xda kt kedah skank..huhu klu x leh p..sobs

asfarina fatin redzuan berkata...

:D
good luck zwan ! :)

miss Fyqa berkata...

wahh. kita blm pernah pi interbiu.. coming soon. :D

zizidiazora berkata...

terlalu ramai orang yang educated skrang sehingga sukar untuk mendapatkan pekerjaan.

Asma Ahmad berkata...

weyhhh... nk kja!! :(

Liyana Zahim berkata...

Susahnye interbiew.. Nk kawen ngan ank CEO dlula..

rj Etika berkata...

haish...rasa berdebar pulak nak interview keje nanti.
Zwan dah habes study belom?

daimpressive berkata...

berjalan2

http://suaraserak.blogspot.com/2012/01/tips-untuk-interview-kerja-pengalaman.html