Pages

Sabtu, 30 April 2011

Filem ROOMMATE



Aiseyh, lama gila rasanya tak update blog. Sebelum ni agak sibuk dengan macam2 kerja yang nak kena buat di UiTM. Sekarang ni baru rasa free sikit sebab dah cuti semester. Okay, sekarang aku nak review sikit mengenai filem ”ROOMMATE”. Actually filem inilah yang menjadi pilihan kami semua (aku, fiza, farhana, zaty, azza, cek own and zyrol) sebagai filem terakhir untuk ditonton bersama di Sungai Petani, Kedah ni. Almaklumlah, kami semua kan dah final year student and sekarang kami semua dah selesai menjawab semua soalan exam. Dan lepas ni semua orang akan mejalani kehidupan masing2 dengan pelbagai haluan and mungkin tak akan jumpa lagi, HUHU.



Okay2, back to our film which is ”ROOMMATE”. Actually, mula2 kami ingatkan ini filem cerita hantu di asrama tetapi rupa2nya sangkaan kami semua meleset sama sekali. Dari mula sampaila berakhirnya tayangan filem tersebut, bayang2 hantu langsung tak kelihatan. Punah harapan kami semua untuk menjerit histeria di dalam panggung, HAHA. Filem ni sebenarnya berkisarkan mengenai seorang pelajar perempuan yang baru mendaftar masuk ke sebuah kolej dan menginap di dalam asrama kolej tersebut serta berkongsi bilik dengan seorang roommate yang mempunyai masalah mental. Jalan cerita dia agak membosankan. Rasanya tiada satu pun elemen2 dalam filem tersebut yang mampu membuatkan aku kata, WOW! Apa2 pun, aku bagi 2 bintang kat filem ni.






Khamis, 14 April 2011

Dinner Anak Penang

muka tengah cover lapaqqqqqq, HUHU


Hari ini aku nak cerita pasai dinner semalam. Dinner apa? Haa, ini dinner untuk anak2 Penang yang study kat UiTM Kedah. Beberapa hari sebelum dinner, adala pekerja dari bahagian HEP UiTM Kedah call aku and inform aku pasai dinner ni. Apa yang tak bestnya sebab ada unsur2 paksaan disitu dimana kehadiran aku adalah wajib. haish! Nak tak nak aku pun terpaksalah pergi dinner tu.




Okay, dinner anak Penang ini berlangsung di MRSM Merbok pada 13 April 2011. Actually dinner anak Penang ini diadakan maybe sebab pilihanraya dah nak dekat kot. Yela sebab dinner ini diadakan oleh UMNO Pulau Pinang. Hampir satu jam setengah jugakla kami semua terpaksa dengar ceramah politik dari adun Sungai Dua. Ceramah yang diberikan adalah mengenai orang melayu di Penang. Isu melayu Penang kan dok kontroversi lani sebab kemungkinan melayu Penang jadi seperti melayu Singapore adalah tinggi. Setelah perut pun tak berhenti henti manari -nari dengan pelbagai lenggok tarian dan irama, pukul 10pm barulah kami dibenarkan untuk mengambil makanan. Nasib baik makanan sedap. Kalau tak, dah lama aku $#!%^*&@. Walau apa2 pun, best jugakla dinner ni sebab secara tak langsung sebagai platform kepada pelajar2 UiTM Kedah yang datang dari Penang dapat beramah mesra and mengenali satu sama lain.



Jumaat, 8 April 2011

Persembahan Mantap Pelajar UiTM Kedah

Di bawah ini merupakan beberapa persembahan yang telah dibuat oleh para pelajar fakulti art and design UiTM Kedah sempena majlis dialog bersama naib canselor UiTM pada minggu yang lalu. Jom layaaaaaaannnnnn. ;)



persembahan ketok2, HAHA





persembahan shuffle



Rabu, 6 April 2011

Gempar Video Anwar!

Kini gempar video seks mengenai Anwar Ibrahim. Persoalannya, tulenkah video tersebut? Anda lihat, anda nilai.. Layannnnnnn...





Sabtu, 2 April 2011

Rambut oh Rambut

Pendandan rambut aku time ni nama dia ANDY LAU taw,HAHA..



Hitam? Perang? Kuning? Merah? Hijau? Ungu? Pink? Biru? Sebut jer nak warna apa kerana sekarang ini warna rambut dah boleh bertukar ke pelbagai warna yang kita inginkan. Semuanya dengan kuasa pewarna2 rambut yang dijual di pasaran tempatan mahupun antarabangsa. Kalau dulu orang kata rambut merupakan mahkota kepada setiap wanita. Tetapi bagi aku, kini rambut bukan sahaja mahkota kepada setiap wanita tetapi turut menjadi mahkota kepada setiap lelaki.




Kalau dahulu, lelaki di Malaysia hanya memandang enteng tentang soal penggayaan rambut tetapi kini kita boleh lihat salun rambut di kompleks membeli belah mahupun di mana sahaja wujud seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Tambahan lagi, majoriti pelanggan salun2 rambut tersebut adalah daripada kaum adam. Kaum adam kini sudah tidak kisah dengan harga yang ditawarkan oleh salun rambut walaupun harga perkhidmatannya sedikit mahal jika dibandingkan dengan kedai2 gunting rambut mamak.




PENGALAMAN AKU TENTANG RAMBUT


Aku ingat lagi, time sekolah dulu rambut aku agak skema dan ada yang gelarkan rambut aku sebagai pelangi. Lawak pulak bila imbau kembali zaman tu, HAHA. Aku mula menggunakan perkhidmatan salun rambut ini setelah tamat SPM pada tahun 2007. Setelah aku mendapatkan perkhidmatan di salun rambut, aku langsung tidak pernah menggunakan perkhidmatan gunting rambut di kedai2 mamak sebab kepuasan yang aku dapat di salun rambut jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan kedai2 mamak. Cara pengguntingan di salun rambut lebih teliti dan aku tampak stylo bila menggunakan perkhidmatan mereka.




Dulu, aku akan rasa malu kalau nak pergi gunting rambut di salun rambut sebab mesti orang akan cop lelaki yang pergi ke salun rambut ini sebagai pondan. Tetapi setelah aku masuk ke UiTM pada pertengahan tahun 2008, aku dapati rambut2 pelajar lelaki di sana begitu stylo dan saat itulah aku dah tak malu nak ke salun rambut sebab aku pun tak mau kalah dengan rambut stylo depa, HAHA. Kini pada tahun 2011, boleh dikatakan majoriti kawan2 aku iaitu lelaki pernah mendapatkan perkhidmatan di salun rambut dan yang pasti lelaki2 di Malaysia amnya kini sudah matang dalam menggayakan rambut mereka. Akhir sekali tak salah rasanya jika dikatakan rambut seseorang lelaki itu mampu untuk mencairkan setiap mata yang memandang walaupun tanpa melihat rupa paras empunya diri. Ahaks!





Pssstttt : Kepada lelaki mahupun perempuan di luar sana yang tak setuju dengan pendapat aku, bolehlah sertakan komen hangpa kat bawah ni ok. Yang setuju pun dialu-alukan untuk memberi komen okay. ;)



Jumaat, 1 April 2011

Jam Tangan dan Lelaki

Aku, si model jam tangan murah, HAHA..



Jam Tangan? Yeah! Hari ini aku nak berbicara mengenai jam tangan sebab bagi aku pada masa sekarang ini, jam tangan bukan sahaja berfungsi sebagai alat untuk memaparkan waktu semasa tetapi juga turut berfungsi sebagai pelengkap gaya penampilan diri kita agar kelihatan lebih menarik. Berbeza dengan golongan kaum hawa yang lebih gemar mengenakan barangan kemas di tangan hingga ke lengan seperti filem ”Mami Jarum” kerana bagi mereka barangan kemas adalah lambang kemewahan diri mereka. Tetapi bagi aku sebagai salah seorang kaum adam, jam tangan merupakan aksesori yang mampu menonjolkan kemewahan serta kekayaan seseorang jejaka.




Kini, jam tangan bukan sahaja berharga RM19.90 seperti yang terdapat di pasar2 malam, malah harga jam tangan sudah mencecah hingga jutaan ringgit Malaysia. Jadi tidak hairanlah mengapa kaum adam kini begitu teliti dalam memilih serta membeli jam tangan agar jam tangan yang dipakai kelak berupaya menampilkan gaya, mutu serta keunggulan sebagai seorang lelaki urban. Bagi aku sendiri, aku akan rasa tidak lengkap kalau tidak kenakan jam tangan di tangan kiri aku kerana sebagai remaja, jam tangan adalah aksesori yang harus dipakai walaupun ketika jam tangan aku itu kehabisan bateri. Sebenarnya, aku pakai jam tangan bukan nak tonjolkan kemewahan sebab jam tangan yang aku ada hanyalah berharga RM100++ jer, HUHU. Tujuan sebenar aku pakai jam tangan selain sebagai rujukan waktu, jam tangan aku juga turut berfungsi sebagai aksesori tambahan untuk penampilan aku, HEHE.





Pssssttttt : Teringin nak ada and pakai jam tangan yang berharga ribu-ribuan.. Tapi apakan daya, diri ini masih belum mampu untuk memilikinya, HUHU..