Pages

Isnin, 31 Januari 2011

Lelaki Oh Lelaki


Malam ni aku rasa malas nak karang blog panjang2 memandangkan assignment aku pun betimbun yang masih tak terkarang. So, malam ni aku just nak paparkan fakta angka mengenai lelaki sahaja. Jom kita usha skeeeetttt fakta2 angka mengenai kaum adam ni.



*Statistik pada tahun 2007 menunjukkan bilangan pekerja di Malaysia adalah seramai 10,889,500 orang di mana 6,747,100 atau 62% adalah lelaki.


*Hasil kajian Persatuan Andrologi Malaysia dan Kajian Penuaan Lelaki (MSASAM), mendapati 77% lelaki di negara ini yang berusia di antara 40 dan 70 tahun mengalami berat badan berlebihan.


*Diseluruh dunia, dianggarkan kira2 107 kelahiran bayi lelaki untuk 100 orang bayi perempuan.


*Kanak2 lelaki 3 hingga 4 kali lebih berisiko menghidap gejala ”autistic spectrum” berbanding kanak2 perempuan.


*Menurut akhbar laporan akhbar tempatan, 84% lelaki di Malaysia gemar wajah mereka dicukur bersih.


*Lebih kurang 2/3 lelaki Asia berusia antara 20-35 tahun gemar memakai seluar dalam jenis boxer berbanding brief.


*Di seluruh dunia, dianggarkan 7:1000 lelaki mengalami buta warna berbanding wanita yang hanya 1:1000 menderita masalah yang sama.


*Pada umur 70 tahun, lebih daripada 70% lelaki masih subur.


*Mengikut laporan bancian tahun 2010, kaum lelaki merupakan penduduk majoriti di Malaysia dengan 14,112,667 orang berbanding kaum perempuan yang hanya 13,453,154 orang.





Psssttttt : Seperti apa yang telah dijanjikan pada awal januari yang lalu, menjelang detik jam 11.59pm 31 January, 5 nama telah diambil sebagai pengomen yang setia di MySuaraBlog mengikut nama yang dipaparkan di aplikasi pengomen yang setia di bahagian kanan MySuaraBlog. Mereka adalah ZidelZhafiz, ArepLockermoth, Shah, EazyIzzuddin dan FaizFarish. Setiap daripada mereka akan di topup RM10 seorang diatas kesetiaan mereka memberi komen di MySuaraBlog. Terima Kasih!


Ahad, 30 Januari 2011

Kanser Payudara Terhadap Lelaki



Lelaki mempunyai sejumlah kecil tisu payudara iaitu sel tisu yang tidak dapat mengeluarkan susu dan ia tertumpu di belakang puting susu di dinding dada. Seperti kanser payudara pada wanita, kanser payudara lelaki adalah pertumbuhan yang tidak terkawal sel2 tisu payudara. Sel payudara memang wujud untuk bayi lelaki dan perempuan. Pada masa akil baligh, ovari gadis menghasilkan hormon wanita yang merangsang sel tisu payudara berkembang dan membentuk payudara. Jumlah jaringan lemak pada payudara juga meningkat apabila anak gadis akil baligh. Untuk lelaki, hormon lelaki seperti testosteron yang disekresi oleh testis menghalang pertumbuhan tisu payudara dan pembangunan lobulus. Ini menyebabkan sel2 ini tidak berkembang dari membentuk payudara dan sel2 lemak tidak bertambah.



FAKTOR DAN RISIKO KANSER PAYUDARA LELAKI

Berbanding dengan kanser payudara wanita, penyebab kanser payudara lelaki belum sepenuhnya dikelaskan. Namun kedua2 pengaruh persekitaran dan faktor genetik berkemungkinan menjadi faktor yang boleh memberi risiko untuk kanser payudara lelaki.



1. PAPARAN RADIASI

Paparan radiasi pengion telah dikaitkan dengan peningkatan risiko terkena kanser payudara lelaki. Lelaki yang sebelumnya telah menjalani terapi radiasi untuk mengubati penyakit berbahaya di kawasan dada. Contohnya, Limfoma Hodgkin yang mempunyai peningkatan risiko perkembangan kanser payudara.



2. PENGHASILAN HORMON ESTROGEN YANG TINGGI

Lelaki biasanya menghasilkan sejumlah kecil hormon estrogen. Namun ada beberapa keadaan di mana lelaki menghasilkan hormon estrogen yang tinggi. Ginekomastia merujuk pada keadaan di mana payudara menjadi abnormal dan besar kerana mengalami paras hormon estrogen yang tinggi. Peningkatan paras hormon estrogen juga boleh meningkatkan risiko perkembangan kanser payudara di kalangan lelaki. Majoriti kanser payudara pada lelaki adalah estrogen reseptor positif yang bereti bahawa mereka tumbuh sebagai respon terhadap stimulasi pada estrogen.



3. KLINEFELTER SYNDROME

Klinefelter syndrome adalah suatu keadaan bawaan yang berlaku sekitar satu daripada 1000 orang lelaki. Seorang lelaki normal mempunyai dua kromosom seks iaitu X dan Y. Dia mewarisi kromosom X perempuan daripada ibunya dan kromosom Y lelaki daripada ayahnya. Lelaki dengan sindrom klinefelter telah mewarisi kromosom X perempuan tambahan iaitu dua kromosom X yang mengakibatkan kromosom seksnya adalah XXY. Ini merupakan situasi abnormal kerana lelaki normal hanya mempunyai kromosom XY. Pesakit yang terkena klinefelter menghasilkan estrogen yang tinggi dan menyebabkan pembesaran payudara, rambut jarang pada wajah dan tubuh, testikel kecil, dan tidak keupayaan untuk menghasilkan sperma. Beberapa kajian telah menunjukkan peningkatan risiko untuk mendapat kanser payudara pada lelaki klinefelter ialah 50 kali ganda lebih kerap berbanding lelaki biasa.



4. SIROSIS HATI

Sirosis hati ialah parut hati yang disebabkan penyalahgunaan alkohol yang kronik, hepatitis virus kronik, atau faktor genetik yang mengakibatkan pengumpulan zat beracun dalam hati. Hati menghasilkan protein penting yang mempengaruhi pengangkutan dan penghantaran hormon lelaki dan perempuan melalui aliran darah. Dengan sirosis, fungsi hati akan terganggu serta kadar hormon lelaki dan perempuan dalam aliran darah juga terganggu. Lelaki dengan sirosis hati memiliki paras estrogen yang lebih tinggi dan mempunyai peningkatan risiko terkena kanser payudara.



5. FAKTOR KELUARGA/KETURUNAN

Penyelidikan epidemiologi telah menunjukkan bahawa lelaki yang mempunyai beberapa saudara perempuan yang menghidap kanser payudara juga mempunyai peningkatan risiko untuk mendapat kanser payudara.



Jadi, kepada kaum2 lelaki, jangan ingat masalah kanser payudara adalah masalah kaum perempuan sahaja kerana kanser payudara juga turut menyerang kaum lelaki walaupun kanser ini tidak menyerang kaum lelaki sekerap kaum perempuan. Apa2 pun, kepada pembaca MySuaraBlog baik lelaki mahupun perempuan, jaga kesihatan anda okay.. ;)




Sabtu, 29 Januari 2011

Faizal Tahir di Alam Persekolahan



Kalau hangpa semua nak tau, penyanyi wanita Malaysia yang aku minat ialah Datuk Siti Nurhaliza dan penyanyi lelaki Malaysia yang aku minat ialah Faizal Tahir. Bab Faizal Tahir ni, semenjak dia kat dalam One In A Million lagi aku dah start vote dia sebab bagi aku suara dia memang meletup dan persembahan dia memang the best. Tadi aku adala selak2 baca satu majalah ni, then tup2 ada cerita pasai Faizal Tahir. So, malam ni aku nak post entry pasai zaman persekolahan Faizal Tahir.


Di bawah ini merupakan soal siasat wartawan majalah tersebut bersama Faizal Tahir. Bak kata Fafau, Layaaaaannnnnnnn!!!



Dulu bersekolah kat mana?

Waktu sekolah rendah, saya bersekolah di sekolah agama dan waktu sekolah menengah, saya bersekolah di SMK Bukit Gading, Sungai Buloh.



Nakal tak masa sekolah dulu? Ceritalah sikit perkara2 nakal yang FT buat masa belajar dulu..

Biasalah.. Dah nama pun lelaki, tentulah nakal. Lagi pun zaman sekolah adalah time paling banyak kenangan manis untuk kita kenang. Perkara nakal? Hehehe.. Banyak tu.. Antaranya, masa belajar dulu, saya pernah ambil keputusan lari dari rumah sebab mak tak kasi main muzik. Rasa frust sangat waktu tu. Jadi, saya ponteng sekolah dan tidur di jamming studio seorang kawan.



Memang dari sekolah dulu minat main muzik ke?

Yup, Exactly! Kalau nak cerita pasal muzik ni memang banyak kenangannya. Antaranya saya nyaris kena buang sekolah sebab selalu sangat ponteng, gara2 pergi jamming dengan kawan2. Waktu tu rasa malas sangat nak belajar. Tapi yang peliknya, setiap kali exam saya masih dapat result yang bagus.



Zaman sekolah dulu pernah ada awek tak?

Hahaha.. Mestilah ada tapi biasalah, cinta monyet. Tak ke mana pun. Saya dapat tahu yang awek tu pun dah kahwin sekarang ni.



Siapa nama awek tu?

Ishh, mana boleh beritahu.. nanti tak pasal2 suami dia blasah saya pulak. Hahaha..



Perkara nakal yag pernah FT buat dan tidak boleh dilupakan hingga kini?

Pernah sekali tu waktu balik dari camping, kita orang pakat sepahkan segala macam makanan di tandas budak perempuan. Habis penuh tandas tu kita orang taburkan dengan sardin, kacang dan sebagainya. Sebenarnya, kita orang pun tak tahu kenapa kita orang buat macam tu. Mungkin dah takde kerja nak buat kut, hehehe.. Lepas tu pernah sekali saya dan geng pergi goreng daging burger banyak2 kemudian gantung kat dalam bilik pengetua. Yang lawaknya sampai sekarang dia tak dapat tangkap siapa yang punya kerja. Penjenayahnya bebas hingga ke hari ini, hehehe..



Waktu sekolah agama pula?

Kenangan yang saya tak boleh lupa ialah ketika bulan puasa. Rasanya waktu tu saya dalam darjah lima. Kita orang ramai2 pergi berendam kat kolah tempat orang ambil wuduk. Nak dijadikan cerita, nasib kita orang memang tak baik waktu tu. Tengah syok dok berendam sampai tak sedar dah masuk waktu asar. Kebetulan datang seorang ustaz nak ambil wuduk, apa lagi mengamuk sakanlah dia tengok kita orang berendam dalam kolah tu. Kantoi tu! Esoknya kita orang semua kena rotan di perhimpunan. Waktu tu punyalah tebal muka tapi nak buat macam mana, benda dah nak jadi. Lepas terima hukuman tu kita orang ingat dah selesai lah, tapi rupanya pihak sekolah panggil mak bapak datang menghadap pulak. Memang haritu saya teruk kena ceramahlah.



Masa belajar di IPT, ada sebarang kenangan manis tak?

Ada, waktu tu gua baru dapat pinjaman PTPTN, apa lagi, gua terus sambar gitar sebiji. Lepas tu mulalah time nak beli buku takde duit. Sampaikan nak makan waktu tu pun saya kena ikat perut dan berjimat giler. Untuk makan seminggu, bajet saya RM2 je. Jadi, apa yang dapat saya makan hanya nasi kosong dengan kicap dan telur goreng sebiji. Waktu tu nak menyesal pun dah tak guna.



Sebelum jadi penyanyi, FT pernah bekerja kat mana2 tak?

Saya pernah kerja di KFC tapi tak sampai seminggu, hahaha. Waktu rehat saya dengan kawan2 pakat cabut tinggalkan restoran tu. Masa tu menggelabah gila manager kat situ sebab takde sorang pun staff yang handle sebab semua dah cabut lari, hahaha.

--TAMMAT--



Jumaat, 28 Januari 2011

Atas Tutup Tapi Bawah......

Atas tutup tapi bawah ternganga? Itulah realitinya kalau kita lihat gadis2 bertudung di Malaysia hari ini. Adakah tujuan mereka bertudung sekadar untuk berfesyen ataupun hanya nak tutup kesan love bite? Aku memang tak kisah kalau gadis free hair berpakaian sendat atau terbukak sana terbukak sini sebab at least dia tak mencemarkan agama Islam tapi bila gadis yang bertudung berpakaian agak sendat dan baju yang dipakai langsung tak mengikut piawaian agama Islam, tidakkah ianya kelihatan seolah-olah seperti gadis2 tersebut menghina agama Islam? Apa gunanya jika menutup kepala dengan selendang atau tudung tapi hakikatnya turut mengundang dosa dan menaikkan nafsu shahwat orang yang memandang.


Jadi, bagi gadis2 muslim yang beridentitikan diri dengan bertudung, sila prihatinkan diri anda dengan pakaian2 yang telah ditetapkan oleh Islam. Kalau gadis yang free hair mendapat dosa untuk menayangkan rambut, tapi kalau gadis yang bertudung memakai pakaian yang menjolok mata, automatik dosa yang diterima 2 kali ganda daripada gadis yang free hair sebab dia mendedahkan benda yang tak sepatutnya dan juga telah mencemarkan imej agama Islam. Renung2 kan...


Kat bawah ni aku ada sertakan gambar2 gadis bertudung dengan pakaian2 sendat mereka. Jom kita saksikan, HAHA.



Cuba tengok minah ni.. Ya ampuuunnn.. Sendat gila baju dia sampai ternampak punggung dia dengan jelas. Aku rasa tikus pun boleh masuk dalam punggung dia, HAHA.



Aku tak fahamla motif minah ni bertudung walhal rambut pun tak tutup penuh, baju pun tak ada lengan then seluar pulak ketat. Apakah ini fesyen? Fashion disaster btoi la minah ni..



Syoknya minah ni dok rakam orang.. Dia tak perasan yang ada orang kat belakang pulak dok syok rakam seluar dalam dia. Tula, pakai baju sendat2 lagi, HAHA.



Ni sorang lagi. Pakai seluar nak jarang2. Bila dah berendam dalam air, habis nampak segalanya. Lebih baik bogel jer daripada pakai seluar yang jarang tu, HUHU..




Khamis, 27 Januari 2011

Permainan SANTAU



TANDA2 TERKENA RACUN SANTAU

• Batuk berdarah
• Tekak terasa panas dan sakit
• Suara hilang dan sukar untuk bercakap
• Hilang selera makan dan tidak boleh menjamah makanan
• Muntah dan kadangkala keluar darah
• Tidak boleh tidur
• Muka pucat dengan bibir mulut mula bertukar warna menjadi biru
• Muka bengkak2 seperti terkena sengatan tebuan
• Rasa miang pada kulit seluruh badan
• Lebam dengan darah beku muncul di permukaan kulit



Berikut seperti yang di atas adalah tanda2 yang akan timbul setelah seseorang itu terkena racun santau. Tanda2 ini muncul mengikut kekuatan racun santau yang diberikan kepada mangsa. Sesuatu racun santau itu mempunyai kekuatan dan jangka waktunya yang tertentu. Ada yang boleh membunuh dalam tempoh 24 jam dan ada pula yang mengambil masa yang lama untuk bertindak. Sesuatu santau itu mempunyai jangka waktu yang telah ditentukan oleh pembuatnya. Lagi lambat santau itu bertindak, lagi menderitalah mangsa itu. Jika santau itu bertindak dengan cepat, memang sukarlah untuk menyelamatkan mangsa kerana semua tanda2 tersebut berlaku dengan pantas.



Perihal santau ini memang tidak boleh dikaji dengan ilmu perubatan moden kerana racun santau tidak boleh dibuktikan dengan pemerhatian perubatan moden. Ujian X-ray, ujian darah dan ujian makmal yang dibuat pun belum tentu lagi boleh mengenal pasti racun santau ini. Racun santau begitu halus dan tidak dapat dilihat walaupun menggunakan mikroskop. Cuma darah batuk yang keluar itu kalau dikaji mungkin dapat dilihat kumannya saja. Sebab itulah, kebanyakan mangsa yang terkena santau ini selalu dianggap sebagai pesakit batuk kering oleh pengamal perubatan moden. Cukup tempoh matang santau itu, pesakit batuk kering tadi akan mati begitu saja.



Sebenarnya masyarakat moden hari ini tidak dapat membezakan antara realiti santau dengan mistik santau. Sebab itulah ia dianggap sebagai satu entiti paranormal, sedangkan ia sebenarnya satu cara untuk membunuh orang tanpa dianggap sebagai pembunuh dan terlepas daripada undang2. Realiti santau dapat dilihat daripada cara penyediaannya di mana racun santau dibuat dengan menggunakan pelbagai benda yang berbisa termasuklah bisa ular, miang rebung, bisa lipan, debu kaca dan sebagainya. Ramuan ini akan dipuja dan dihidupkan bisanya melalui ilmu sihir. Setelah siap, barulah ia diberikan kepada penyantau. Selalunya, tukang racun akan menggunakan khidmat jin atau makhluk halus untuk menyampaikan racun itu kepada mangsa.



Menurut beberapa kepercayaan, santau di Tanah Melayu asalnya bermula dari suku Rawa dan perkataan santau itu adalah bermaksud membalas dendam. Mengikut sejarah lisan, santau yang diamalkan oleh masyarakat Rawa mempunyai kekuatan yang tersendiri. Ia mampu dikawal dan ditentukan bila masanya ia harus berfungsi. Situasi ini kelihatan sama dengan bom jangka. Sebab itulah ia menjadi satu senjata sulit untuk melindungi diri daripada musuh.



Menurut cerita lagenda Rawa, masyarakat rawa pernah menewaskan askar Belanda hanya dengan menjamu mereka makan. Selepas askar ini makan dan pulang ke lodging, semuanya mati secara tiba2 seperti orang yang terlena akibat keletihan. Berita kematian tersebut telah mengejutkan Gabenor Jeneral Belanda di Betawi. Lalu dia menghantar sekumpulan askar untuk menyiasat perkara itu. Sebelum itu, dia telah mendapat berita yang mengatakan askar2 itu mati akibat disantau kerana askar2 tersebut mengasari masyarakat Rawa yang bekerja di ladang2 milik Belanda. Namun beliau tidak percaya dengan perkara itu lalu mengirimkan seorang pengintip untuk melihat sendiri apa yang akan berlaku pada askar yang dihantarnya untuk menyiasat perkara itu. Malangnya semua askar yang dihantar itu telah mati selepas makan kenduri di satu perkampungan masyarakat Rawa. Semuanya tidak sempat pulang ke Betawi termasuklah pengintip tadi.



APA YANG BOLEH DILAKUKAN JIKA TERKENA SANTAU?


Sekiranya ada dikalangan pembaca MySuaraBlog yang mengalami gejala2 seperti yang dinyatakan di atas serta tidak diketahui oleh pengamal perubatan mengenai apakah punca kesakitan anda, maka cepat2lah berjumpa dengan orang yang ada ilmu mengenai cara membuang santau ini sebelum terlambat.



Merawat santau boleh dilakukan dalam dua peringkat. Peringkat pertama ialah membuang racun dari tubuh dan peringkat kedua ialah menyembuhkan organ dalaman daripada luka yang dialami. Santau boleh dikeluarkan melalui muntah. Ada beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mengeluarkan racun santau ini daripada tubuh. Salah satu caranya adalah dengan menggunakan air tanah busut anai2. Dipercayai tanah busut anai2 ini dapat mengumpulkan racun yang halus ini dan dikeluarkan melalui muntah. Setelah dibersihkan daripada racun, pesakit harus dirawat untuk menyembuhkan luka dalaman..



Selain itu, air daripada kudup padma atau Raflesia ini digunakan untuk proses menyembuhkan luka dalaman. Biasanya air kudup padma ini mempunyai khasiat yang sangat mujarab untuk menyembuhkan luka yang halus seperti organ dalaman manusia. Tetapi awas kepada orang yang tak tahu akan selok belok penggunaannya kerana ia tidak boleh digunakan sembarangan sebab dikhuatiri getah padma akan menjadi racun dan mendatangkan mudarat kepada pengguna.




DANIEL ADIE GIVEAWAY: Diary Motivation 2011



Actually, ini first time aku join giveaway.. Giveaway ini dikendalikan oleh DANIEL ADIE. Untuk maklumat lanjut, boleh klik kat SINI..



Harap2 aku ada tuahla untuk dapat special gift from Cikgu Daniel Adie nii.. ;)


Aku nak tag,

Feedy

Saleh

Rabu, 26 Januari 2011

SUP ZAKAR : Apa Rahsia Disebaliknya?


Makan sup ZAKAR? Bweekkk! Tapi itulah realitinya apabila amalan memakan sup zakar haiwan ini telah diamalkan oleh pelbagai kaum di seantero dunia disebabkan kepercayaan tertentu. Tetapi persoalannya, benarkah ada khasiat disebalik Sup Zakar ini? Jom kita baca kepercayaan masyarakat di beberapa buah negara dan juga pandangan ahli perubatan.



China --> Pada zaman Dinasti Qing(1644 – 1912) telah mengamalkan pemakanan zakar lembu dan juga beruang untuk mendapatkan tenaga sewaktu peperangan. Masyarakat pada zaman tersebut mempercayai bahawa pemakanan zakar haiwan tersebut berupaya melancarkan perjalanan darah dan memudahkan penghadaman. Sehingga kini, amalan tersebut terus diamalkan di China.



Tunisia --> Masyarakat Tunisia memakan zakar lembu dan kambing untuk mendapatkan tenaga tambahan berikutan keadaan cuaca yang panas. Mereka percaya amalan pemakanan eksotik ini dapat membantu mereka mengatasi masalah keletihan dan kehilangan air dalam tubuh. Selain itu,menurut mereka, dengan memakan zakar lembu dan kambing juga dapat mencegah daripada serangan penyakit kerana ia dimasak bersama herba2 tertentu.



Korea --> Segelintir masyarakat Korea memakan daging, jantung dan zakar harimau untuk menambahkan kekuatan tenaga batin. Selain itu, mereka turut mempercayai bahawa pemakanan tersebut mampu mengelakkan demam panas dan sakit sendi.



Thailand --> Di Thailand pula timbul satu kepercayaan sejak berkurun lalu kononnya zakar lembu dan harimau mampu mengembalikan kekuatan batin terutamanya untuk lelaki yang sudah berusia. Jadi kebanyakan lelaki yang sudah berusia di sana mengamalkan pemakanan ini bagi menjana tenaga mereka terutamanya untuk melakukan hubungan seks.



Indonesia --> Sesetengah masyarakat di Indonesia menjadikan amalan memakan zakar lembu dan kambing sebagai penggalak tenaga dalaman lelaki bagi menjaga hubungan intim bersama pasangan masing2. Mereka percaya bahawa kelenjar seksual haiwan tersebut mengandungi sejenis mineral yang bermanfaat dalam merangsang pembentukan sperma.



Amazon --> Sementara itu, di hutan Amazon, orang asli di kawasan tersebut memakan zakar harimau dan khinzir. Mereka percaya khasiat disebalik pemakanan tersebut dapat memberikan tenaga dan kesihatan tubuh badan.



MALAYSIA --> Di Malaysia, sup zakar haiwan dikenali sebagai sup torpedo. Selalunya zakar lembu dan kambing saja yang diambil, tapi jangan terkejut sebab zakar babi, harimau, beruang dan buaya pun menjadi pilihan sesetengah orang di Malaysia. Dipercayai, amalan pelik ini telah dibawa masuk oleh para pedagang sejak lebih 500 tahun yang lalu. Kemudian amalan ini diteruskan oleh masyarakat india muslim. Perkembangan zaman menjadikan makanan ini disediakan dengan rempah ratus masyarakat India Selatan. Hari ini sup zakar atau sup torpedo ini banyak dijual di kedai2 restoran mamak.




APA PANDANGAN AHLI PERUBATAN DI MALAYSIA???


Menurut salah seorang Pegawai Dietetik di Hospital Selayang, setakat ini masih belum ada lagi kajian yang dilakukan oleh mana2 pihak yang dapat membuktikan bahawa sup torpedo mampu menambahkan tenaga dalam tubuh. Sebaliknya kajian mendapati sup torpedo sebenarnya boleh meningkatkan risiko2 terkena penyakit lemah jantung, obesiti dan darah tinggi kerana zakar haiwan mempunyai paras kolesterol yang tinggi.



Menurut beliau lagi, zakar haiwan tidak memberikan apa2 kesan untuk menambahkan tenaga melainkan jika ia dicampur dengan kolasid iaitu sejenis agen mengurai yang mampu menghakis kafein dalam tubuh. Biasanya, zakar haiwan akan diproses menjadi serbuk sebelum dicampur dengan kolasid dan diedarkan dalam kapsul lut sinar. Apabila seseorang menelan kapsul tersebut, kolasid yang terdapat dalam kapsul zakar haiwan ini akan menghakis kafein dalam badan dan memberi tenaga kepada pemakannya. Sebaliknya jika zakar haiwan hanya dimasak dengan sup, khasiat yang terdapat pada zakar itu sudah hilang.




Ahad, 16 Januari 2011

The Most Outrageous Outfits of 2010

Ini ada sebahagian pakaian2 pelik artis2 Hollywood sepanjang tahun 2010. Walaupun aku ni bukan Simon Cowell mahupun Paula Abdul, tapi aku tetap nak komen pakaian2 artis ni sebab bagi aku, ada baju yang cantik mata memandang dan ada jugak baju yang membuatkan mata aku sakit bila tengok.



Lady Gaga
Kalau sebut saja nama LADY GAGA, pasti semua orang akan ternanti nantikan penampilan pelik dia. Bagi aku, aku suka dengan penampilan2 pelik dia. Walaupun kadang2 tu aku macam nak kutok2 jer penampilan dia tapi itulah gaya dia.
btw, penampilan Lady Gaga ni memang seksi + stylo.




Rihanna melakukan persembahan sempena Pepsi Super Bowl Fan Jam pada 4 Februari 2010 di Miami Beach, Florida.
WoW! It was awesome. Aku suka penampilan Rihanna ni. Bagi aku penampilan ni simple tapi superb! Tambahan pulak dia pakai spek mata, lagi nampak superb pakaian tu.




Pink melakukan persembahan sempena Anugerah GRAMMY tahun ke-52 di Staples Center pada tarikh 31 Februari 2010 di Los Angeles, California.
SEKSI dan MENARIK. Secara keseluruhannya memang aku suka dengan design baju dia ni. SEKSI + KREATIF.




M.I.A. sempena TV Spike's "2010 Scream". Yunani Theatre, Los Angeles, CA.October 16, 2010
Ayoyoyo.. Dah insaf ka si MIA ni? HAHA. Kan bagus kalau semua artis hollywood berpenampilan macam ni. Tutop2 jer semua. Barula tak terjolok mata aku yang dok tengok ni.




Lady Gaga sempena 2010 MTV Video Music Awards
Lady Gaga lagi. Dia memang hebat kalau berpakaian pelik2 ni. Baju ni memang sempoi sebab diperbuat daripada daging. Baju ni pernah dapat perhatian dunia satu ketika dahulu. Media2 Malaysia pun haritu dok sebok cerita pasai baju ni. Apapa pown, Lady Gaga memang ratu untuk pakaian2 pelik ni.




Kelis menghadiri Anugerah Data bagi tahun yang pertama yang dipersembahkan oleh william, Black Eyed Peas dan Dipdive di Palladium pada tarikh 28 Januari 2010 di Los Angeles, California.
Aku taktau pasaipa tapi aku rasa macam tak sesuai jer baju yang dia pakai tu. Muka tu dah tua then pakai plak baju pink camtu. Sumpah tetiba aku rasa macam nak muntah2 berdarah tengok baju dia. Maybe yang aku bekenan pun dia punya kasut jer sebab kasut dia hebat.




Kesha tiba di American Music Awards 2010 diadakan di Nokia Theatre LA Live pada tarikh 21 November 2010 di Los Angeles, California.
Penampilan yang ranggi. Memang sesuai dengan muka dia. Walaupun baju ni boleh dikategorikan sebagai pelik tapi bila dia pakai, nampak macam serasi plak. Apakah Kesha jugak ni orangnya pelik? Sebab tu serasi ngan baju tu, HEHE




Nicki Minaj tiba di American Music Awards 2010 yang diadakan di Nokia Theatre LA Live pada tarikh 21 November 2010 di Los Angeles, California.
Aiseyh, etnik kreatif sangat si Nicki ni. Btw, good try.. Chantek!




Rihanna melakukan persembahan sempena Rock di Madrid Rio Festival pada tarikh 5 Jun 2010 di Arganda del Rey, Sepanyol.
Kalau tengok gambaq Rihanna ni, kompem ramai orang akan tertumpu kat nasi lemak dia, Tang tu jer aku rasa design dia macam sempoi. Tang laen aku rasa macam besa2 ja..




Penyanyi american Katy Perry dilihat sangat seksi saat ia tiba kembali di hotel nya. Katy mulai malam dia di studio ITV di Waterloo. Dia berada di Piala Dunia selepas acara pesta disajikan oleh James Corden.
PATRIOTIK! Entahlah, aku taktau nak komen apa kat baju ni sebab aku tengok biasa2 jer baju ni maybe nampak pelik sebab baju ni guna corak bendera USA.




Daphne Guinness, terlihat meninggalkan Dorchester di London sambil memakai tudung panjang pada bulan Oktober 2010
Sumpah Daphne Guinness nampak macam pengantin yang sedang meroyan ditinggalkan pengantin lelaki, HAHA. Btw, bagi aku baju ni memang langsung tak sesuai dengan dia.




Pelakon Blake Lively menghadiri "Green Lantern" Karpet di Comic-Con 2010 pada tarikh 24 Julai 2010 di San Diego, California.
Tak Chantek! bagi aku baju ni memang tak kena langsung dengan dia. Baju ni nampak macam besa2 ja tapi bila Blake pakai, terus nampak pelik. Bukan makin chantek tapi makin hodoh plak.




Taylor Momsen menghadiri Tokidoki x Onitsuka Tiger Sneaker kolaborasi pesta pelancaran di The Roxy pada 26 Oktober 2010 di West Hollywood, California.

Ranggi! Ganas! Seksi! Aku rasa aku suka baju ni. memang SEMPOI!



psssttt : Sorryla bagi yang tak puas ati dengan komen2 aku.. Kepada yang nak komen pasai baju2 artis hollywood ni, anda memang digalakkan berbuat demikian di ruang ulasan/komen okay..

Jumaat, 14 Januari 2011

Perempuan Tak Reti Masak : Apa Pandangan Lelaki?

Perempuan tak reti memasak? Sebenarnya aku bangkitkan isu ini sebab aku tengok ramai di antara kawan2 perempuan aku memang langsung tak reti memasak. Aku tertanya-tanya juga samada perempuan yang tak reti memasak ini layak atau tidak bergelar sebagai seorang isteri? Sebab ada orang kata, kalau perempuan nak pikat lelaki, dia kena pikat perut si lelaki itu dahulu, kalau berjaya pikat perut lelaki itu, barulah lelaki itu secara automatiknya akan terpikat dengan perempuan itu juga. Tapi ada juga yang kata, reti masak atau tidak, itu bukan persoalannya kerana perkahwinan itu berdasarkan rasa cinta dua hati.



Jika ditanya kepada aku, secara jujurnya aku memang tidak kisah samada perempuan itu reti memasak atau tidak tapi sekurang kurangya kenala tahu benda2 yang asas contohnya macam mana nak tanak nasi, nak goreng telur dan sewaktu dengannya. Bukannya apa, manala nak tahu nanti semua kedai makan tutup dan tiada tempat yang boleh pergi makan, sekurang kurangnya bolehla makan dengan nasi+telur goreng. Betul tak?




Untuk lebih lanjut, macam biasa, aku ada terjah beberapa jejaka di laman social Facebook mengenai pandangan mereka tentang perempuan yang tak reti memasak ini. Boleh dikatakan, majoriti lelaki2 ini tidak kisah jika di awal perkahwinan isteri mereka tidak reti memasak tetapi haruslah ada inisiatif untuk cuba belajar memasak. Okaylah, aku pun tak nak membebel panjang2, jom kita usha pandangan jejaka2 kat bawah ni..




"Memandangkan awek aku sekarang ni pun memang tak reti memasak, jadi aku tak kisahla kalau dah kahwin nanti pun dia tak reti masak lagi. Aku suka kat dia bukan sebab masakan dia. Tapi nanti kalau dah kahwin, aku suruhla dia belajar memasak pelan2.." AMIR









"Berdasarkan pengalaman aku bekerja, kebanyakan perempuan yang bekerjaya ni memang tak reti memasak. Kakak2 kat bank yang aku kerja ni, umur dah lebih 30an ngan 40an pun still tak reti nak masak. Aku memang nak cari isteri yang bekerjaya pun. Nanti boleh dia support aku sikit. Bab masak memasak ni, serahkan pada bibik jer lah." ALIFF







"Take it easy la. Aku nak jer kawen dengan perempuan yang tak reti memasak. Aku tak kisah langsung. Lepas kahwin boleh belajar memasak." FARAHEIN









"Aku memang takde masalah kalau kahwin dengan orang yang tak reti memasak tapi kalau dah beranak pinak nanti, aku akan paksa dia belajar memasak jugak. Takkan hari2 mau makan kat kedai, boleh muflis aku.." AFIQ









"Bagi aku takde alasan untuk tak reti memasak. Semua orang diberi sama akal kecuali rajin atau malas jer nak belajar memasak. Kalau GF aku tak reti memasak, aku akan suruh dia belajar memasak dengan mak dia dulu atau pegi kelas memasak sebelum kahwin dengan aku." RASHIDI









"Pokoknya aku mau dia belajar memasak terlebih dahulu sebelum berkahwin. Tapi kalau aku sudah cinta sama dia dan terpaksa berkahwin dengan dia sebelum dia reti memasak, enggak apa2 si, asal dia mau belajar memasak." SYAHBANI








"Tak kisah. Kahwin jer.. Kalau ko nak tau, kakak ipar aku dulu pun tak reti masak tapi lama2 lepas kahwin dia dah reti masak. Masakan dia memang kalau makan sekali rasa macam nak tambah berkali kali. So, bagi aku, kalau tak reti tu, nanti boleh belajar." AFIEQ








"Tak kisah sangat tapi kalau dia reti masak tu kira pakej la. Kalau dia tak reti memasak pun takpa sebab aku reti memasak. Nanti bila aku nak memasak kat dapur, aku ajakla dia memasak dengan aku sekali.. Lama2 nanti dia reti la memasak dan secara tak langsung, hubungan kami akan jadi lebih intim sebab memasak bersama2.." IJAN








pssstttt : Kepada anda yang nak berkongsi pendapat, tidak kira samaada anda ini LELAKI,PEREMPUAN mahupun KHUNSA, anda dialu-alukan berbuat demikian di ruangan ulasan/komen okay? PEACE!



Khamis, 13 Januari 2011

Malam Jumaat Malam Keliwon?

Benarkah malam jumaat merupakan malam keliwon? Berdasarkan kepercayaan dalam kalendar Jawa, keliwon adalah malam Jumaat ketiga setiap bulan yang disifatkan malam yang keras, kononnya pada malam tersebut makhluk halus atau hantu akan berkeliaran dan membuat kacau. Mengikut kepercayaan Jawa terdahulu juga, malam jumaat keliwon dikatakan malam keberkatan dan ketika inilah pengamal ilmu hitam akan melakukan pemujaan, maka banyaklah hantu yang berkeliaran.



Masyarakat di Semenanjung Malaysia juga ada kalendar sendiri iaitu Kalendar Piama. Sayangnya kalendar ini dah dilupakan malah tidak ada yang menggunakannya sekarang ini dek kemodenan dan kemajuan yang melanda. Kalendar Piama digunakan sebelum penggunaan Kalendar Hijriah. Berbanding Kalendar Hijriah dan Kalendar Jawa yang menggunakan kiraan perkembangan bulan, kiraan kalendar piama menggunakan pengiraan peredaran matahari. Terdapat pengecaman musim tertentu seperti hujan kelopak keranji, musim angin beruk(monsun timur laut), air laut didalam buyung(pengiraan nelayan untuk keadaan Laut Selat Melaka), musim angin kalih(raya cina) dimana selalu terjadi puting beliung mini kat kawasan lapang, musim ikan menangkap, musim binatang mengawan dan lain-lain lagi. Malam jumaat ketiga setiap bulan adalah tarikan graviti bulan lebih kuat dari malam 15 yang lain. Sesuai untuk mengaktifkan ilmu seperti kanuragan dan ilmu-ilmu ghaib yang lain. Untuk menambahkan ketakutan anda pada malam keliwon ini, jom kita saksikan gambar2 yang tidak disengajakan bergambar dengan makhluk2 halus.





Gambar 1



Gambar 2



Gambar 3



Gambar 4



Gambar 5


pssstttt : Jangan biarkan hidup anda diselubungi dengan MISTERI.. Btw, Sorry kalau gambar2 di atas tu tidak menyeramkan sebab aku takut nanti tetiba blog ni berhantu plak, HEHE..




Rabu, 12 Januari 2011

Kasihan Ana


Pertama sekali, aku nak memohon bebilion kemaafan sebab isu ni dah lapuk dan ketinggalan zaman. Sebelum ni aku memang nak ulas mengenai isu ini tetapi disebabkan kelembapan internet di bumi Merbok dan kesibukan di sana, aku terpaksalah lupakan hasrat yang membara seperti JinBara yang sedang melalak akibat dijilat api. Yeah! Sekarang aku dah ada kat rumah aku di negeri pemerintahan Lim Guan Eng. Jadi barulah aku boleh ulas isu ni disamping blogging puas2 selama 4 hari sebab internet kat sini memang tidak menghampakan.




TOLONG INGATKAN AKU yang Ana Raffali langsung tak berdosa untuk menjuarai AJL 25 baru2 ini. Pertama sekali, aku nak ucapkan TAHNIAH kepada semua peserta AJL 25 sebab semua persembahan memang superb! Apa yang membuatkan ramai tak puas hati termasuklah aku tentang AJL 25 ialah apabila Ana Raffali diangkat sebagai juara AJL 25. Memang ini suatu kejutan yang boleh menyebabkan perempuan yang mengandung terus beranak dan pesakit jantung terus mati mengejut. Bukan kejutan sebab Ana Raffali tak layak menang. Sebenarnya semua yang bertanding dalam AJL 25 pada ahad lepas sememangnya layak untuk bergelar juara cuma pada malam tersebut, ada lagu lain yang mungkin lebih layak diangkat sebagai juara jika dibandingkan dengan lagu Tolong Ingatkan Aku berdasarkan kekuatan lagu, lirik, persembahan, populariti dan vokal.





Kasihan dengan Ana Raffali apabila dia terus dihentam dan dipersalahkan di Facebook sehinggakan ada page yang jelas2 menidakkan kejuaraan Ana. Turut tak ketinggalan di blog2, di media cetak mahupun media elektonik. Kenapa Ana yang patut dipersalahkan? Sepatutnya juri2 pada malam tersebut yang diketuai oleh M.Nasir yang harus di persalahkan. Kenapa kita perlu boikot Ana? Sepatutnya kita perlu memboikot juri2 pada malam tersebut untuk tidak menjadi juri pada AJL 26 kelak. Kepada Ana Raffali, mungkin kejuaraan anda ini tidak dapat diterima oleh kami semua tetapi tolong buktikan yang kami silap. Buktikan anda sememangnya hebat. Semoga dengan kejuaraan ini, Ana Raffali dapat menjadi lebih hebat daripada Datuk Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir. Tiada yang mustahil kan? Kepada juri2 AJL 25, TERIMA KASIH kerana telah mencalarkan imej industri muzik Malaysia.






Psssttt : Suka dengan penampilan Ana Raffali yang sentiasa ayu membuat persembahan dengan baju kurung. Ada yang kata Ana Raffali perempuan kampung sebab berbaju kurung tapi bagi aku, Ana Raffali adalah Perempuan Melayu Terakhir.



Sabtu, 8 Januari 2011

HADIAH MISTERI

Hadiah Misteri menanti kepada pelawat serta pemberi komen yang setia di MySuaraBlog.Blogspot.Com. Hadiah misteri bakal diberikan setelah berakhirnya tarikh 31 Januari 2011. Ini bukan contest tetapi sebagai penghargaan kepada pembaca yang tak jemu2 memberi komen serta tak jemu2 datang menyinggah di sini.



Keputusan akan dibuat dan hadiah akan diberikan berdasarkan nama yang terpapar di aplikasi yang terdapat di bahagian kanan blog ini. Mesti ramai yang tertanya tanya kenapa aku bermurah hati memberi hadiah kepada pelawat dan pemberi komen yang setia ni. Sebenarnya, aku rasa terharu apabila jumlah pengikut blog ni meningkat mendadak walaupun hanya 300++ sahaja. Rasa terharu jugak apabila pelawat blog ni turut meningkat dalam statistik. Bertambah lagi terharu apabila ramai yang sudi memberi komen terhadap apa yang aku tulis dalam blog ni. Disebabkan itulah, aku rasa aku perlu buat sesuatu untuk menghargai pelawat serta pemberi komen yang setia ini, TERIMA KASIH!

Jumaat, 7 Januari 2011

Contest Aku Dan Kacamata


Ayoooo, Apa pasai silau semacam ja ni? HAHA.. Propa sangat aku silau mata la konon padahai nak eksyen pakai spek mata itam.. Hangpa mampu? Kompem suma orang mampu, HAHA.. Actually sebelom2 ni pown aku memang dah ditag oleh ramai blogger untuk join contest ni tapi almaklum jerlah, aku ni kan wakil rakyat so busy memangjang la.. Manala nak dan nak join contest2 suma ni, HEHE.. Tat sat, cik Iekasub tag aku join contest ni.. Aku pown sajala bukak blog tuan empunya contest iaitu encek Syafiq.. Then jeng jeng jeng, esok dah nak katop contest nii.. Because of aku ni memang suka buat kerja last minute so aku pown rasa berbesar hatila nak join contest ni memandangkan aku pown dah lama tak join contest.. So, wish me luck naa.. :)



Ni dia gambaq aku ngan kaca mata itam


Gambaq ni dirakam time zaman aku tengah ligat, HAHA.. Ada yang kata gambaq ni versi GAGA lelaki melayu.. yaka? HAHA.. Tapi sumpah aku geli pown ada jugak dengan gambaq ni.. skali pandang, macam anorexia pown ada and 2 kali pandang dah macam mat pit plak and bila kali ke-3 pandang, dah macam mat Gay.. Lantaklah macam apa pown janji gambaq ni diharapkan untuk dapat tuah menang contest ni, HOHO..


Disebabkan peraturan dia kena tag 2 orang, so aku nak tag,

SHAH

ZIDEL ZHAFIZ