Pages

Khamis, 6 Januari 2011

Proses PengIslaman di Britain

Masyarakat Britain yang semakin menerima budaya Islam


Yeah! Britan dalam proses islamisasi. Begitulah laporan yang aku baca di dalam Metro Online sebentar tadi. Rasa bangga juga apabila masyarakat negara Barat melihat Islam sebagai gaya hidup yang patut dijalani untuk menjamin kesejahteraan dalam hidup. Laporan yang didedahkan oleh kumpulan pelbagai kepercayaan, Faith Matters, menyebut bahawa Jumlah warga Britain yang memeluk Islam di Britain mengatasi 100,000 orang, iaitu hampir sekali ganda berbanding 10 tahun lalu. Kebanyakan mereka terdiri daripada wanita kulit putih berusia 27 tahun yang bosan dengan budaya konsumerisme dan tidak berakhlak masyarakat Britain.




Pada tahun 2001, seramai 60,000 orang memeluk Islam di Britain. Kajian yang dijalankan oleh Kevin Brice dari Universiti Swansea menyoal saudara baru mengenai pandangan mereka terhadap aspek buruk budaya Britain. Antara lain mereka menyebut arak, sikap masyarakat setempat yang sering mabuk, kekurangan moral dan seks bebas. Sembilan daripada 10 wanita yang memeluk Islam berkata, perubahan agama mereka mendorong mereka berpakaian lebih konservatif. Lebih separuh mula bertudung dan lima peratus memakai purdah. Tahun lalu, Lauren Booth, adik ipar kepada bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair, menarik perhatian meluas apabila mengumumkan dia memeluk Islam.




Lihat, jika masyarakat negara barat seperti Britain cuba mengubah gaya hidup mereka kepada gaya hidup Islam dan menolak gaya hidup masyarakat barat yang dilihat seperti tidak menjamin kehidupan yang lebih baik, jadi mengapa kita sebagai masyarakat yang bertunjangkan ajaran Islam perlu malu dengan status Islam yang kita pegang? Mengapa perlu kita menyanjung tinggi budaya barat walhal masyarakat mereka sendiri menolak budaya mereka? Jadi, ayuh kita bersama sama mengembalikan keagungan Islam suatu ketika dahulu supaya budaya Islam menjadi budaya yang patut dibanggakan seperti budaya barat yang dibanggakan oleh masyarakat dunia masa kini. Anda Baca, Anda Tentukan!




13 wanita Islam yang berpengaruh di Britain





Diharapkan ia menjadi satu kenyataan, Amin!




19 ulasan:

aZIEra itu aKu.... berkata...

statistik menunjukkan semakin ramai yg memeluk islam dr seluruh dunia......

Unknown berkata...

wah, siap dgn rujukan lagi.. macam ni la artikel yg berilmiah. ko quote dgn nama researcher. sangat bagus macam ni..

tapi sayang, org kite yg dok nak idop cara Barat. aku tengok kat Penang ni, dak2 muda yang MELAYU buat prangai...

masa New Year kat Pdg Kota, ada satu group yang masih pendek akalnyer, dok menari macam monyet tengah2 org ramai. bajet best je.. ape nak jadi ngan anak bangsa..

ZWAN SABRI berkata...

arep_lockermonth : Amin! ;)


AzieraItuKamu : Yeah! Islam will conquer the World. ;)


Shah : Tula pasai... Walaupun orang cina kaum majoriti kat Penang, tapi kaum melayu yang selalu dok bwat masalah.. huhu..

as berkata...

goosebumps tgk gmba terakhir itu.
insyALLAH.


mmg sejak akhir2 ni selalu terbca tntg kemasukan islam kat negare europe. WOW! alhamdulilah

yg kita2 kat sini semoga sentiasa diberikan petunjuk dan rahmat !! aammmiiinnn : )

ZWAN SABRI berkata...

AqilaSafuan ; Tula pasai.. kita kat sini dok ikut budaya depa tp depa plak dok ikut budaya agama kita.. memang dunia dah terbalik.. HAHA

apezs shah berkata...

Salam..

Insyallah mari kita berdoa sesama.. Moga-moga.. Amin..;)

ZWAN SABRI berkata...

Apezs : Yeah! Amin... ;)

AfiQ berkata...

alhamdulillah... mudah-mudahan menjadi satu kenyataan... =)

rafina mimi abdullah berkata...

lamanya zwan x dtg blog akak hehe..ermm very2 nice entry..teruskan ye zwan entry2 mcm ni :)

ZWAN SABRI berkata...

Afiq : Amin! ;)

RafinaMimi : Sorry2.. actually skang busy sket and internet kat area yang zwan study tu agak lembab.. sorry taw.. :(

AH7 berkata...

alhamdulillah..islam for all..

zidEL zhafiz berkata...

aminn..~~~

sarah zulk berkata...

entry yang membuka mata.. bagus.. keep it up.. =)

pertama kali di dini.. =)

Lollipop Dude berkata...

sangat-sangat hebat!

ZWAN SABRI berkata...

Aizuddin Hanis : Yeah! Islam for All... ;)


Zidel Zhafiz : Amin.. ;)


Sarah Zulk : Thanks dear.. ;)


Lollipop Dude : Yeah! Islam memang tersangat Hebat.. ;)

efa berkata...

ramai dah masuk islam skrg..islam itu indah..

ZWAN SABRI berkata...

Efa, Yeah! Islam itu indah.. ;)

::FAIZ:: berkata...

muda mudahan

ZWAN SABRI berkata...

Faiz Farish : Yeah! ;)