Pages

Khamis, 27 Januari 2011

Permainan SANTAU



TANDA2 TERKENA RACUN SANTAU

• Batuk berdarah
• Tekak terasa panas dan sakit
• Suara hilang dan sukar untuk bercakap
• Hilang selera makan dan tidak boleh menjamah makanan
• Muntah dan kadangkala keluar darah
• Tidak boleh tidur
• Muka pucat dengan bibir mulut mula bertukar warna menjadi biru
• Muka bengkak2 seperti terkena sengatan tebuan
• Rasa miang pada kulit seluruh badan
• Lebam dengan darah beku muncul di permukaan kulit



Berikut seperti yang di atas adalah tanda2 yang akan timbul setelah seseorang itu terkena racun santau. Tanda2 ini muncul mengikut kekuatan racun santau yang diberikan kepada mangsa. Sesuatu racun santau itu mempunyai kekuatan dan jangka waktunya yang tertentu. Ada yang boleh membunuh dalam tempoh 24 jam dan ada pula yang mengambil masa yang lama untuk bertindak. Sesuatu santau itu mempunyai jangka waktu yang telah ditentukan oleh pembuatnya. Lagi lambat santau itu bertindak, lagi menderitalah mangsa itu. Jika santau itu bertindak dengan cepat, memang sukarlah untuk menyelamatkan mangsa kerana semua tanda2 tersebut berlaku dengan pantas.



Perihal santau ini memang tidak boleh dikaji dengan ilmu perubatan moden kerana racun santau tidak boleh dibuktikan dengan pemerhatian perubatan moden. Ujian X-ray, ujian darah dan ujian makmal yang dibuat pun belum tentu lagi boleh mengenal pasti racun santau ini. Racun santau begitu halus dan tidak dapat dilihat walaupun menggunakan mikroskop. Cuma darah batuk yang keluar itu kalau dikaji mungkin dapat dilihat kumannya saja. Sebab itulah, kebanyakan mangsa yang terkena santau ini selalu dianggap sebagai pesakit batuk kering oleh pengamal perubatan moden. Cukup tempoh matang santau itu, pesakit batuk kering tadi akan mati begitu saja.



Sebenarnya masyarakat moden hari ini tidak dapat membezakan antara realiti santau dengan mistik santau. Sebab itulah ia dianggap sebagai satu entiti paranormal, sedangkan ia sebenarnya satu cara untuk membunuh orang tanpa dianggap sebagai pembunuh dan terlepas daripada undang2. Realiti santau dapat dilihat daripada cara penyediaannya di mana racun santau dibuat dengan menggunakan pelbagai benda yang berbisa termasuklah bisa ular, miang rebung, bisa lipan, debu kaca dan sebagainya. Ramuan ini akan dipuja dan dihidupkan bisanya melalui ilmu sihir. Setelah siap, barulah ia diberikan kepada penyantau. Selalunya, tukang racun akan menggunakan khidmat jin atau makhluk halus untuk menyampaikan racun itu kepada mangsa.



Menurut beberapa kepercayaan, santau di Tanah Melayu asalnya bermula dari suku Rawa dan perkataan santau itu adalah bermaksud membalas dendam. Mengikut sejarah lisan, santau yang diamalkan oleh masyarakat Rawa mempunyai kekuatan yang tersendiri. Ia mampu dikawal dan ditentukan bila masanya ia harus berfungsi. Situasi ini kelihatan sama dengan bom jangka. Sebab itulah ia menjadi satu senjata sulit untuk melindungi diri daripada musuh.



Menurut cerita lagenda Rawa, masyarakat rawa pernah menewaskan askar Belanda hanya dengan menjamu mereka makan. Selepas askar ini makan dan pulang ke lodging, semuanya mati secara tiba2 seperti orang yang terlena akibat keletihan. Berita kematian tersebut telah mengejutkan Gabenor Jeneral Belanda di Betawi. Lalu dia menghantar sekumpulan askar untuk menyiasat perkara itu. Sebelum itu, dia telah mendapat berita yang mengatakan askar2 itu mati akibat disantau kerana askar2 tersebut mengasari masyarakat Rawa yang bekerja di ladang2 milik Belanda. Namun beliau tidak percaya dengan perkara itu lalu mengirimkan seorang pengintip untuk melihat sendiri apa yang akan berlaku pada askar yang dihantarnya untuk menyiasat perkara itu. Malangnya semua askar yang dihantar itu telah mati selepas makan kenduri di satu perkampungan masyarakat Rawa. Semuanya tidak sempat pulang ke Betawi termasuklah pengintip tadi.



APA YANG BOLEH DILAKUKAN JIKA TERKENA SANTAU?


Sekiranya ada dikalangan pembaca MySuaraBlog yang mengalami gejala2 seperti yang dinyatakan di atas serta tidak diketahui oleh pengamal perubatan mengenai apakah punca kesakitan anda, maka cepat2lah berjumpa dengan orang yang ada ilmu mengenai cara membuang santau ini sebelum terlambat.



Merawat santau boleh dilakukan dalam dua peringkat. Peringkat pertama ialah membuang racun dari tubuh dan peringkat kedua ialah menyembuhkan organ dalaman daripada luka yang dialami. Santau boleh dikeluarkan melalui muntah. Ada beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mengeluarkan racun santau ini daripada tubuh. Salah satu caranya adalah dengan menggunakan air tanah busut anai2. Dipercayai tanah busut anai2 ini dapat mengumpulkan racun yang halus ini dan dikeluarkan melalui muntah. Setelah dibersihkan daripada racun, pesakit harus dirawat untuk menyembuhkan luka dalaman..



Selain itu, air daripada kudup padma atau Raflesia ini digunakan untuk proses menyembuhkan luka dalaman. Biasanya air kudup padma ini mempunyai khasiat yang sangat mujarab untuk menyembuhkan luka yang halus seperti organ dalaman manusia. Tetapi awas kepada orang yang tak tahu akan selok belok penggunaannya kerana ia tidak boleh digunakan sembarangan sebab dikhuatiri getah padma akan menjadi racun dan mendatangkan mudarat kepada pengguna.




45 ulasan:

niesz berkata...

takut nk tgk pic tu..trus scroll ke bwh..hahahaha...tp bhya kan kalau kena santau ni..org kate susah nk baik..lg lame dlm bdn, lagi susah nk kuarkan..

acik bembot 44

ZWAN SABRI berkata...

Niesz : Tula pasai.. minx2 la dijauhkan daripada tekena santau ni.. huhu

RIAN berkata...

bapak sedare pena kene santau. . agak teruk gk ah. . huu ngeri, @_@

Afzainizam berkata...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

jauhkan lah dari hasat dengki manusia niiii


اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.

Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

NUR AYNIE berkata...

masyallah...kejam tol kan org mengamalkan santau...kerana dendam sampai snggup membunuh cara halus huhu

ZWAN SABRI berkata...

Rian : Really? How's ur uncle condition right now? huhu


Afzainizam : Aiseyh, x sangka plak yang encek afzainizam ni ustad.. good2.. ;)


Nur Aynie : Btol tu btol.. orang yang mengamalkan santau ni memang pengecut. membunuh secara halus.. huhu

zidEL zhafiz berkata...

dpd shah alam..leh santau smpi kat kedah x??.. ^^

sHaH berkata...

dulu ada satu tempat makan kat gelugor yang heboh pasal santau ni.. time tu kitaorang takut nak kuar makan kat semua tempat gelugor.. semua lari sg 2 dgn jelutong.. hehehehe..

nadiah daud berkata...

uishh! jauh2 kan laa dari sume ni.. nakotkan je.

iqbalhakimi berkata...

serius bahaya benda2 macam ni wan..mintak dijauhkan..huhu

ZWAN SABRI berkata...

Zidel : Motif nak santau ke kedah? Selamat skang aku ada kat Penang.. HAHA


Shah : Yeke? Apa nama kedai makan kat gelugor tu? Takowt plak aku klaw termakan kat situ.. huhu


Nadiah Daud : Tula.. harap2 diajuahkan la dengan menda yang kotor niii.. huhu


Iqbal hakimi : btol tu btol.. Bahaya tuuu.. huhu

NUR AYNIE berkata...

btol2...xde rase bersalah ker buat mcm tu kat org...
terok sgt ker org tu buat salah kat dier smpai mbunuh?
ishhh~~~

Firdaus Alim berkata...

Manusia penuh dendam

ZWAN SABRI berkata...

Nur Aynie : Taw xpa. huhu


Firdaus Alim : Btol tu btol.. huhu

epaa chenta berkata...

seram nyeee.
mntak jauh la benda2 mcm neh

Fiq Vertigo berkata...

ohh

::FAIZ FARISH:: berkata...

Minta Dijauhkan dari kita semua. amin

SyedGraphiX berkata...

ish... takut la. huhuu

SyedGraphiX berkata...

ish... takut la. huhuu

ZWAN SABRI berkata...

epaa chenta : Hopefully... ;)


Fiq vertigo : eh... ;P


Faiz Farish ; Amin! ;)


SyedGraphiX : taw xpa.. tahut howt klaw tekena santau nii.. huhu

nora berkata...

man ko p ar
lama menghilang

p belajar ilmu santau ke pe ni??? jeng jeng jeng


ENTRY HOT : Malaysia Boleh!

mrs.sabri berkata...

owh..sila jgn santau saya..

ZWAN SABRI berkata...

Nora : HAHA.. A'ah pegi blajaq ilmu santau.. nak santau Cik Nora.. Malaysia Boleh! hehe


Mrs. Sabri : jangan risau, saya x amalkan ilmu2 itu.. hehe

Anak Ulu Cheka berkata...

yg bahayanya santau angin, dia main lepas je, yg jadi mangsa siapa lalu pada angin tersebut...

lilY berkata...

nauzubillah..
mintak dilindungi

Afikah Aziz berkata...

nauzubillah...sama2 kita doa supaya kita semua dijauhkan drp semua tu....mintak pertolongan Allah byk2...thanks zwan,informasi berguna ;)

Mohd Ridhuan berkata...

tips yang berguna...

nida husna berkata...

takutnyeeee santau2 nih

nur dhiya' aida berkata...

knp nak santau santau..xbek kot =.=

ZWAN SABRI berkata...

Anak Ulu Cheka : Santau Angin? Scarylaa.. huhu


lilY : Insyaallah.. ;)


Afikah Aziz : Yeah. sama2 kita berdoa agar kita semua dilindungi daripada disantau.. ;)

ZWAN SABRI berkata...

Mohd Ridhuan : ;)


Nida Husna : Tula pasai.. huhu


Nur dhiya aida : Tula.. x baek kan.. huhu

Ain Tralala berkata...

mysuara... info yang menarik n bagus untuk dibaca semua org....santau2... dengki n dendam yang xkesudahan... sama2 manusia pun nak aniaya.. akal xada ka...

ANATI SOKI berkata...

seyes ckp. anat cukup takot bab santau2 nih.. :( T___T

Razman Kamarudin berkata...

ko prnh kena ke???

ZWAN SABRI berkata...

Ain Tralala : Mysuara? Zwan sudeyh.. HAHA.. Erm,btol tu btol.. orang yang bwat menda ni mmg xdak akai.. huhu


Anati Soki : Same goes to me.. seram giler ngan santau2 ni sebab boleh bawak mati.. huhu


Razman Kamarudin : Aiseyh, x penah kena la and berharap x akan kena forever.. huhu

Muhd Shafiq Azmi berkata...

jgn lupa singah blog nie...

Mayang Zaidani Ibrahim berkata...

dunia akhir zaman..

Eazy Izzuddin berkata...

oh santau
mintak jauh la
uhuhu

Azmi Khan berkata...

sy pernah kena nie selama 3 hari.....
Alhamdulillah dgn izin Allah ia telah pulih.....

zidEL zhafiz berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
zidEL zhafiz berkata...

haha..x kanla aku nak wat camtu..x baik..syirik...dah mcm ctr saw jer entry ang nie..seramm..uuhuuww..~~~

Azham Vsvc berkata...

ish...takut betul dgn benda2 mcm ni...kesian kt org yg x bersalah tp kena santau huhuhu

nylam saryy berkata...

mak aq penah kne santau niey...kesian dye aq tgok..tpi bile check kt klinik x derk pape poon...ksian dye..alhamdulillah ....skang dye dha sembuhh

Tanpa Nama berkata...

nylam sarry ~ assalamualaikum.. sy nk tanye dkt mane tmpt nylam berubat utk pulihkn mak nylam tu..? sbb ayah sy pn tgh mengalami penyakit santau nih skrg.. sy hrp nylam dpt mmbantu sy utk mencari penawar penyakit ini.. salam

anne sara berkata...

nylam sarry ~ assalamualaikum.. sy nk tanye dkt mane tmpt nylam berubat utk pulihkn mak nylam tu..? sbb ayah sy pn tgh mengalami penyakit santau nih skrg.. sy hrp nylam dpt mmbantu sy utk mencari penawar penyakit ini.. salam
sila hubungi sy aini 0123491014