Pages

Sabtu, 29 Januari 2011

Faizal Tahir di Alam Persekolahan



Kalau hangpa semua nak tau, penyanyi wanita Malaysia yang aku minat ialah Datuk Siti Nurhaliza dan penyanyi lelaki Malaysia yang aku minat ialah Faizal Tahir. Bab Faizal Tahir ni, semenjak dia kat dalam One In A Million lagi aku dah start vote dia sebab bagi aku suara dia memang meletup dan persembahan dia memang the best. Tadi aku adala selak2 baca satu majalah ni, then tup2 ada cerita pasai Faizal Tahir. So, malam ni aku nak post entry pasai zaman persekolahan Faizal Tahir.


Di bawah ini merupakan soal siasat wartawan majalah tersebut bersama Faizal Tahir. Bak kata Fafau, Layaaaaannnnnnnn!!!



Dulu bersekolah kat mana?

Waktu sekolah rendah, saya bersekolah di sekolah agama dan waktu sekolah menengah, saya bersekolah di SMK Bukit Gading, Sungai Buloh.



Nakal tak masa sekolah dulu? Ceritalah sikit perkara2 nakal yang FT buat masa belajar dulu..

Biasalah.. Dah nama pun lelaki, tentulah nakal. Lagi pun zaman sekolah adalah time paling banyak kenangan manis untuk kita kenang. Perkara nakal? Hehehe.. Banyak tu.. Antaranya, masa belajar dulu, saya pernah ambil keputusan lari dari rumah sebab mak tak kasi main muzik. Rasa frust sangat waktu tu. Jadi, saya ponteng sekolah dan tidur di jamming studio seorang kawan.



Memang dari sekolah dulu minat main muzik ke?

Yup, Exactly! Kalau nak cerita pasal muzik ni memang banyak kenangannya. Antaranya saya nyaris kena buang sekolah sebab selalu sangat ponteng, gara2 pergi jamming dengan kawan2. Waktu tu rasa malas sangat nak belajar. Tapi yang peliknya, setiap kali exam saya masih dapat result yang bagus.



Zaman sekolah dulu pernah ada awek tak?

Hahaha.. Mestilah ada tapi biasalah, cinta monyet. Tak ke mana pun. Saya dapat tahu yang awek tu pun dah kahwin sekarang ni.



Siapa nama awek tu?

Ishh, mana boleh beritahu.. nanti tak pasal2 suami dia blasah saya pulak. Hahaha..



Perkara nakal yag pernah FT buat dan tidak boleh dilupakan hingga kini?

Pernah sekali tu waktu balik dari camping, kita orang pakat sepahkan segala macam makanan di tandas budak perempuan. Habis penuh tandas tu kita orang taburkan dengan sardin, kacang dan sebagainya. Sebenarnya, kita orang pun tak tahu kenapa kita orang buat macam tu. Mungkin dah takde kerja nak buat kut, hehehe.. Lepas tu pernah sekali saya dan geng pergi goreng daging burger banyak2 kemudian gantung kat dalam bilik pengetua. Yang lawaknya sampai sekarang dia tak dapat tangkap siapa yang punya kerja. Penjenayahnya bebas hingga ke hari ini, hehehe..



Waktu sekolah agama pula?

Kenangan yang saya tak boleh lupa ialah ketika bulan puasa. Rasanya waktu tu saya dalam darjah lima. Kita orang ramai2 pergi berendam kat kolah tempat orang ambil wuduk. Nak dijadikan cerita, nasib kita orang memang tak baik waktu tu. Tengah syok dok berendam sampai tak sedar dah masuk waktu asar. Kebetulan datang seorang ustaz nak ambil wuduk, apa lagi mengamuk sakanlah dia tengok kita orang berendam dalam kolah tu. Kantoi tu! Esoknya kita orang semua kena rotan di perhimpunan. Waktu tu punyalah tebal muka tapi nak buat macam mana, benda dah nak jadi. Lepas terima hukuman tu kita orang ingat dah selesai lah, tapi rupanya pihak sekolah panggil mak bapak datang menghadap pulak. Memang haritu saya teruk kena ceramahlah.



Masa belajar di IPT, ada sebarang kenangan manis tak?

Ada, waktu tu gua baru dapat pinjaman PTPTN, apa lagi, gua terus sambar gitar sebiji. Lepas tu mulalah time nak beli buku takde duit. Sampaikan nak makan waktu tu pun saya kena ikat perut dan berjimat giler. Untuk makan seminggu, bajet saya RM2 je. Jadi, apa yang dapat saya makan hanya nasi kosong dengan kicap dan telur goreng sebiji. Waktu tu nak menyesal pun dah tak guna.



Sebelum jadi penyanyi, FT pernah bekerja kat mana2 tak?

Saya pernah kerja di KFC tapi tak sampai seminggu, hahaha. Waktu rehat saya dengan kawan2 pakat cabut tinggalkan restoran tu. Masa tu menggelabah gila manager kat situ sebab takde sorang pun staff yang handle sebab semua dah cabut lari, hahaha.

--TAMMAT--



34 ulasan:

eyfa.eyfa.eyfa berkata...

haha nakal nye faizal tahir...

ZWAN SABRI berkata...

Eyfa : Tula pasai.. HAHA

Aimifiqa berkata...

suke gak FT n 6ixth sense. Giler best la.

nub berkata...

nub mohd tahir cmna? haahha

NadiRah berkata...

haha!! memang nakal!!
nad minat giler faizal tahir!!!

Mirashada berkata...

Ya Allah. tersangatlah nakal! haha!

ZWAN SABRI berkata...

Aimifiqa : Tula.. best kan.. ;)


Nub : Nub Tahir? HAHA.. Kompem sora hang sedap kann.. nak siggggnnnnnnn.. HEHE


Nadirah : Nad minat ek? bagus2.. hehe


Mirashada : Taw xpa.. HAHA

[ apexogamy ] berkata...

uit, skaly skolah aq da bro..huhu :P

sicomot-comel berkata...

SUKA LAGU HANYUTTTT ~

amny.. berkata...

yokyok...(^^)//

ske sma faizal ugak!!!

ZWAN SABRI berkata...

Apexogamy : Yeke? Femes skolah hang naa.. ;)


Sicomot-comel : you jangan hanyut sudeyhla.. hehe


Amny : same goes to me.. ;)

NUR AYNIE berkata...

sye pun minat faizal tahir~~!! hihihi

zidEL zhafiz berkata...

er...MISHA OMAR x de ker?? =P

iqbalhakimi berkata...

ang interview abg aku ka?..hehe

ayah aku nama tahir jugak..lalalala

SyedGraphiX berkata...

HAHA.
x leh blah tol FT nih..
gantung daging burger kat bilik pengetua :P

lunaticg berkata...

Salam.
Hahahahahaha.... Gelak plak baca dorang lari dari KFC ramai-ramai tu. Memang gila betul macam tu.

ZWAN SABRI berkata...

Nur Aynie : Baguslah kalau minat.. ;)


Zidel Zhafiz : Misha Omar? dariapda aku bwat cerita pasai misha omar, lebeyh baek aku bwat cerita pasai Datu Siti.. HAHA


Iqbalhakimi : Ek eh, dia abang hang ka? aku x penah dapat tandatangan FT lagi.. X dapat tandatangan abang, tandatangan adek pown jadilah.. Iqbal, nak siiigggnnnnnnn.. HAHA


SyedGraphix : Tula pasai.. ada ker patut pi gantung daging burger kat bilik pengetua.. HAHA


Lunaticg : Kesian manager tuu.. HAHA

niesz berkata...

confirm lps ni pengetua tu cri faizal tahir..kantoi!hehe..

ZWAN SABRI berkata...

Niesz : Itu pown kalaw pengetua tu hidop lagi and x nyanyok lagi la.. HAHA

arep_lockermonth berkata...

zwan : dah sah memang peminant setia!hehe :P sampai tahu semua pasal dia!

Cikgu Fikri berkata...

hahahahahah....
pergh..
nakal gler faizal tahir ni..
heeheeh..
eh, ner dpt cter ni..
huhuh :)

ZWAN SABRI berkata...

Arep_Lockermonth : Yeah. memang aku peminat setia FT... haha


Cikgu Fikri : Daripada sebuah majalah tempatan.. ;)

arep_lockermonth berkata...

sama macam member arep tuh! sanggup pergi umah member yg jauh tuh!untk tengok p[ersembahan FT kat ajl!

Lelaki Ini berkata...

minat juga..
tp biasa2 saja!

Afzainizam berkata...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


eeee faizal tahirrrr.... dia tak sebut pun dia pernah menganggotai nasyid....

miss Fyqa berkata...

ohh FT,tidak ku sangka dikau begitu.
hehehe :)

aisya berkata...

heee ~ ohhh FT ! :D

ZWAN SABRI berkata...

Arep_Lockermonth : WoW! Hebatla member Arep tuu.. ;)


Lelaki Ini : Yeke.. ;)


Afzainizam : Maybe sebab xdak soalan yang berkaitan dengan jawapan yang dia pernah menganggotai kumpulan nasyid kot.. ;)


Miss Fyqa : Kini dah kau sangka? HAHA


Aisya : HAHA.. ;)

NUR AYNIE berkata...

bgus kan hihi~~~nak melalak lagu faizal tahir la pasnie hihi

miss Fyqa berkata...

ohh.sangka2. hikhik. :P

ZWAN SABRI berkata...

Nur Aynie : Melalak jangan sampai ujan taw.. hehe


Miss Fyqa : Bagus kalaw dah sangka.. ;0

adieyb berkata...

nakal gile tapi suara tetap mantap !;)

ZWAN SABRI berkata...

Asieyb : Tula pasai.. kalaw dia x nakal, dia x kenala gam ngan stesen tv dulu.. haha
tp series suara dia hebat.. ;)

haizanabdulrahman berkata...

ok, agak ketinggalan zaman untuk sy post dkt sini :D hahah.

a huge thnx sbb share post ni ;) i'm a big biiiig fan of FT ;) heheh :D