Pages

Sabtu, 1 Januari 2011

Internet Lembap

Hari ini aku sudah menjejakkan kaki di bumi Merbok yang terletak di Kedah Darul Aman. Misi kini sudah bermula untuk memulakan tahun baru ini dengan langkah yang semangat walupun agak capit. Demi menamatkan semester akhir ini dengan pointer yang diharapkan, akan ku gagahkan juga kaki ini melangkah walaupun tidak segagah biasa. Tapi ini bukan soalnya kerana sekarang aku nak luahkan perasaan yang tengah meronta ronta untuk dimuntahkan. Isu yang aku nak muntahkan kat sini ialah mengenai Internet. Internet? Ya! Internet. Dulu mungkin ia tidak memberi kesan secara langsung mahupun tidak langsung kepada sesiapa pun. Tetapi kini, nampaknya semuanya telah berubah apabila ramai daripada kita termasuk diri aku sendiri yang tidak boleh hidup tanpa Internet.


Penangan Internet kini amat besar sekali tertumanya kepada generasi2 facebook, blogspot, google dan sebagainya. Di Malaysia terutamanya, boleh dikatakan setiap isi rumah dibekalkan dengan kemudahan internet oleh keluarga masing2 kerana dunia kini segalanya di hujung jari. Tetapi persoalannya, apakah kelajuan internet di sesetengah tempat atau negeri seperti yang diharapkan? Memang tidak dinafikan Agak kurang adil misalnya jika dibandingkan dengan pengguna di negeri Selangor dan negeri Kedah kerana kelajuannya agak berlainan sekali walaupun dibayar dengan harga yang sama setiap bulan. Jika dilihat pada statistik kelajuan Internet kini, negeri Selangor merupakan negeri paling laju manakala negeri Kedah pula terletak sebagai negeri ke-11 untuk kelajuan internet. Ini bermakna, akses internet di Kedah begitu lembap jika nak dibandingkan dengan akses internet di Selangor.


Okay, memandangkan kini aku sudah berada di bumi Kedah, aku dah tak mempunyai masa lagi untuk nak blogwalking sebab kelajuan internet di sini begitu menghampakan. Jadi, jika aku tidak blogwalking dari satu blog ke satu blog, bagaimana untuk aku tambah input knowledge dalam diri aku? Bukankah tujuan kerajaan menggalakkan penggunaan internet untuk menjadikan penduduk di Malaysia ini tidak hidup seperti katak di bawah tempurung serta berilmu pengetahuan tanpa sempadan? Tetapi jika kelajuan internet itu menjadi masalah, apa gunanya jika penduduk Malaysia mendapat kemudahan untuk akses internet jika mereka terpaksa menunggu loading yang begitu lama dan kadang kala terputus putus? Sudah pasti situasi ini akan membuatkan mereka berasa tidak selesa untuk menghadap internet lama2 dan akhirnya segala ilmu atau info yang sepatutnya sampai kepada mereka tidak kesampaian.


Agak malang untuk kawasan Merbok di Kedah kerana mempunyai beberapa pusat pengajian yang gah seperti UiTM, AIMST Universiti dan MRSM tetapi kelajuan internet di kawasan tersebut amat mendukacitakan. Aku sebagai penghuni yang menyewa kediaman di sini untuk meneruskan pengajian di kawasan ini mahukan pihak yang terbabit lakukan sesuatu kerana sebagai pengguna, aku rasa macam tak dihargai kerana jumlah yang dibayar adalah sama seperti di negeri Selangor dan sewaktu dengannya tetapi kenapa kelajuan internet yang diterima tidak sama? Jadi sila bertindak dengan kadar segera jika tidak mahu penduduk di kawasan yang kurang membangun terus dibelenggu dengan masyarakat yang tidak berinfo. Jangan nanti orang kata, Malaysia sebuah negara yang pandai terus jadi pandai dan yang bodoh terus jadi bodoh ataupun yang kaya terus jadi kaya dan yang miskin terus jadi miskin.. Fikir2 kan.

14 ulasan:

~aku boy~ berkata...

ermm...
xpe...xpe..
berusaha la semaksima mungkin utk berblogwaking... wish u luck

arina berkata...

tao xpe awak internet saye pown lembap nak mampus. haha :)

ZWAN SABRI berkata...

akuboy: Oriteeeee.. Thanks bro! ;)

arina: Tula pasai kan.. huhu..

ANATI SOKI berkata...

ahahaha.. sama!! balik ostel balik ja.. mula la ada mslh dengan kekura2an internet.. bleyh gila woo

DanieL AdiE berkata...

best of luck ya...

jgn lupe singgah2 my blog..


Latest Entry:
http://danieldeadie.blogspot.com/2011/01/salam-2011the-beginning.html

iKhRam berkata...

patut la lama tak singgah ke blog saya..
mula2 ingat nak merajuk jugak.. tp ..

hahaha..
takkan nak merajuk pulak....
ok.. bawak bersabar..
semoga akaan ada keajaiban dalam menggunakan internet k?

kalau free2..
singgahlah ke blog saya

syrupmasin berkata...

sian kauu..sabaa ye.. mari2 duduk lmbah bujang :)

sHaH berkata...

selangor dekat ngan KL.. tak heran tenet laju.. HAPPY NEW YEAR!!!

Labi-Labi berkata...

hoho..takpe2..biar internet lembab..jgn smpi tak dapat masuk langsung

http://ninemustafa.blogspot.com

efa berkata...

relax2..ok what kalo dh boleh buat entry ni,hurm kalo pkai brdband...haish...lg lembab seh...tp tak pa walau lembap still leh lg bw hoho sabar yea..kwsan tu mmg huhu

ZWAN SABRI berkata...

Anati Soki : btol tu btol.. skang da rindu nak balek umah.. rindu nak online laju2.. huhu.. ;)


Daniel Adie : Oriteee.. i will try my best to read ur entry and visit ur blog.. ;)


Ikhram : Aiseyh, janganla majok.. nanti cepat tua.. :p erm, dont worry, i will try my best untuk ke blog cikgu ikhram okay..? ;)

ZWAN SABRI berkata...

SyrupMasin : Klaw ikotkan mmg aku nk dudok sana tp xde jodohla plak.. huhu


Shah : Kedah pown dekat ngan Penang.. tp awat lembap? Penang laju jer.. huhu.. yeah. HAPPY NEW YEAR!


Labi-Labi : Yup2.. slamat masok jugak daripada x masok kan.. ;)


Efa : ni dok pakai brodband la nii.. huhu.. erm, tula pasai, seb bek boleh jugak nak post entry and blogwalking skit2 walupun lembap tapi agak bosan nak tunggu time dia dok loading.. huhu

Zaty Anuar berkata...

alah, bukan awak je . kita pun la =.=

Zaty Anuar berkata...

alah, bukan awak je . kita pun la =.=