Pages

Sabtu, 26 November 2011

Rabu, 9 November 2011

Aku Top10? : Contest SISPA


Alamak! Alamak! Aku tersenarai sebagai TOP 10 la daripada 175 orang peserta yang menyertai Contest Daniel Adie : SISPA.. Sumpah terkejut dan terharu gila sebab ni first time aku menang dalam blog. Ek eh, sorry2, aku tak menang lagi.. Aku hanya tersenarai dalam TOP 10 jer.. Pemenang tempat pertama, kedua, dan ketiga ditentukan oleh juri awam iaitu ampa semua laa.. Actually, aku tak kisah pun menang ke tak tempat pertama, kedua and ketiga tuu.. Bagi aku, dah termasuk dalam TOP 10 ni pun dah cukup besar rahmat dah.



Tapi apa2 pun, kalau ampa rasa aku memang layak menang, bolehla tolong LIKE gambar aku kat dalam fan page blog DANIEL ADIE.. Kalau rasa aku tak layak menang, just ignore my pic and LIKE lah peserta lain yang lebih layak.. Apa2 pun terima kasihla kat Daniel Adie, Abg Zizi, and 2 orang lagi juri yang dah masukkan aku dalam TOP 10 and thanks banyak2 jugak kat semua yang LIKE pic aku.. Cayang ketat2lah camnii, HEHE.. ;)



Selasa, 8 November 2011

Bahaya Minum Minuman Tenaga



Setiap orang perlu jadi seorang yang energetik kalau nak terus hidup dan berjaya sebab dunia sekarang kan dah makin moden, bila dah semakin moden, maka makhluk2 yang bernama manusia ni perlukan tenaga yang banyak untuk terus memberi komitmen serta saingan sesama mereka dalam menghadapi pelbagai tuntutan duniawi ni. Jadi makin ramailah manusia ni yang ambil minuman tenaga macam 9 Isotonik, Red Bull, 100plus, Excel dan macam2 lagilah sebagai minuman tambahan untuk meningkatkan tenaga dan prestasi kerja.



Ampa semua tau tak yang minuman tenaga ni semua berasal daripada kandungan kafein dan gula yang tinggi? Menurut Roland Griffiths iaitu professor psikiatri dan pakar saraf dari Sekolah Perubatan Universiti Johns Hopkins, Amerika Syarikat, minuman dengan kandungan kafein yang sangat tinggi berpotensi mengganggu kesihatan. Ini kerana ia mampu mendorong peningkatan kadar gula darah, merosakkan gigi, menyebabkan pertambahan berat badan serta berisiko dehidrasi akibat penyerapan air ke dalam tubuh tersekat .



Selain itu minuman tenaga ini juga mampu mengakibatkan tekanan darah meningkat dan jantung terasa berdebar-debar terutamanya bagi mereka yang sensitif. Kesan lain apabila meminum minuman tenaga ni ialah pening, mual, dan sakit kepala. Jadi, nasihat peribadi aku, kalau ampa nak minum minuman tenaga ni sekali sekala tu takpala tapi jangan selalu and terlalu kerap minum sebab BAHAYA!



Isnin, 7 November 2011

Shark Night 3D Sekadar Mendebarkan



2 hari lepas iaitu sehari sebelum Aidiladha, aku dengan kawan2 aku sempatla wukuf dekat Megamal Pinang untuk lepak2 and tonton wayang.. Bagus sungguh kami kan, orang time tu dok wukuf kat padang arafah, kami pulak sebok dok wukuf kat Megamal Pinang, HAHA.. Okay, actually tujuan asal lepak2 kat Megamal Pinang tu ialah untuk tonton filem “Alamak Toyol” tapi tetiba pulak salah seorang kawan aku tak mau tengok filem tu sebab dia tak suka layan filem melayu.. So nak tak nak kena tukar plan la untuk tonton filem lain. “In Time” and “Shark Night 3D” antara menjadi pilihan kami jugakla untuk ditonton.. Then mulala dok pening tak tau nak tengok filem yang mana satu.. Selamatla ada duit syiling 20 sen.. Hasil lambungan duit syiling 20 sen tu, akhirnya keputusan berpihak untuk menonton filem “Shark Night 3D”.



Entahlah, aku sebenarnya tak tau nak describe filem “Shark Night 3D” ni macam mana sebab filem ni tak macam apa yang aku harapkan.. Macam tajuk entry ni, filem “Shark Night 3D” boleh dikatakan kelebihan dia hanyalah sekadar dapat membuatkan penonton berdebar-debar je. Dari segi jalan cerita, memang tak menarik langsung.. Then, ending dia pun tak best langsung. Pendek kata aku memang tak dak feel langsungla bila tonton filem ni.. Filem ni hanya berjaya buat aku suspen je and tak lebih daripada tu.. Btw, ini hanyalah pendapat aku.. maybe pendapat orang lain tak sama macam aku.. Maybe ada yang suka filem ni.. Lain rumput lain belalangnya kan? Kan? Oklah, aku bagi 2.5 bintang untuk “Shark Night 3D”.. ;)



Sabtu, 5 November 2011

7 Keajaiban Selepas Menangis




First of all, aku nak ucapkan berbillion billion terima kasih kepada Encik Zizidiazora iaitu pembaca tegar blog aku ni di atas keprihatinan beliau untuk membantu aku membuang sawang2 and habuk2 kat dalam blog ni.. Almaklumlah orang gaji lari and aku pulak tak cukup budget nak hire orang gaji baru.. Sebab tu blog ni dok berhabuk and asyik tak bercuci je, HEHE.. Okay, actually, entry aku kali ni disumbangan khas oleh ENCIK ZIZIDIAZORA.. kan bagus kalau ada ramai yang prihatin macam encik Zizidiazora ni.. HEHE..
Link
----------------------------------------------------------------

Siapa kata menangis tidak ada faedahnya? menangis terlalu lama boleh membuatkan mata merah dan bengkak. Tapi , menangis dan mengeluarkan air mata boleh menjadi ubat ajaib yang berguna bagi kesihatan tubuh dan fikiran. Apakah keajaiban itu?

Dipetik dari Beliefnet, ini dia 7 keajaiban yang anda perolehi setelah menangis dan berair mata:


1. Membantu penglihatan
Air mata terbukti membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.


2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat eye drop tu, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria secara semulajadi. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95% bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pemegang tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.


3. Memulihkan mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan level depresi kerana dengan menangis, mood seseorang akan pulih kembali. Air mata yang dihasilkan dari menangis kerana emosi mengandungi 24% protein albumin yang berguna dalam mengembalikan sistem metabolisme tubuh berbanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.


4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan berjaya mengkaji bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosi dikatakan mengandungi racun. Tapi jangan salah faham, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.


5. Mengurangkan stress
Macam mana menangis boleh mengurangkan stress? Air mata dikatakan mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.


6. Mengeratkan hubungan silaturahim
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang mengeratkan silaturahim antara kawan-kawan. Biasanya seseorang yang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan kawan-kawannya atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan seterusnya meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.


7. Me’rileks’kan perasaan/diri
Semua orang pernah mengalamai perasaan selepas menangis. Walaupun anda didera pelbagai masalah dan rintangan, namun selepas menangis pasti akan me’rileks’kan perasaan dan diri. Selepas menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiran anda dengan menangis, jangan dipendam kerana anda boleh menangis sepuas-puasnya tanpa halangan.

Jadi, apa salahnya kalau kita menangis sekali sekala kan? ^_^


(entry ini sumbangan khas daripada encik Zizidiazora)