Pages

Ahad, 31 Julai 2011

Asal Usul Kaca Mata Hitam

Abaikan model kaca mata hitam pasar malam kat dalam gambaq ni sebab gambaq ini sekadar hiasan, HEHE..





Pada masa kini, boleh dikatakan bahawa kaca mata hitam atau dikenali juga sebagai Ray Ban ini merupakan aksesori wajib yang perlu ada baik lelaki mahupun perempuan untuk menyerlahkan lagi penampilan mereka agar tampak lebih bergaya,bermutu dan unggul. Jadi, tidak hairanlah jika dalam dunia blog Malaysia ini pun banyak contest yang melibatkan kaca mata hitam diadakan. Selain itu, tidak kurang juga ramai yang mengenakan kaca mata hitam di atas faktor untuk melindungi mata daripada sinaran pancaran UV. Tetapi persoalannya, dari mana datangnya asal usul kaca mata hitam ni?



Sebenarnya, kalau ampa semua nak tau, asal usul kaca mata hitam ini datangnya daripada HAKIM. Ek eh, ini bukan orang yang bernama Hakim tapi ini Hakim yang ada kat dalam mahkamah. Ya, pada zaman dahulu sebelum kaca mata hitam menjadi aksesori untuk kelihatan lebih bergaya dan juga berfungsi sebagai penghalang sinaran UV, Hakim di mahkamah terlebih dahulu telah memakai kaca mata hitam. Mesti ampa tertanya - tanya kenapa Hakim pakai kaca mata hitam dalam mahkamah pulak? Dia nak bergaya ke? Ada sinaran matahari ke dalam mahkamah?



Okay, sebetulnya, hakim memakai kaca mata hitam adalah untuk menutup ekspresi pada mata beliau ketika menyoal siasat saksi sewaktu proses kehakiman sedang berjalan demi untuk berlaku adil. Tetapi itu zaman dahulula sebelum berlakunya perubahan demi perubahan tentang fungsi kaca mata hitam menjelang abad ke-18 sehinggalah sekarang. Zaman sekarang ni ada lagi tak hakim yang pakai kaca mata hitam? Rasanya Norman HAKIM jela kot yang pakai kaca mata hitam, HEHE..



Sabtu, 30 Julai 2011

Happy Birthday Mama

Sempena hari sabtu yang berbahagia ni, aku nak buat entry khas kat mama aku sebab hari ni merupakan hari ulangtahun kelahiran mama aku.. ;)




Kepada Mama terchinta iaitu Puan Zuraidah Binti Haji Mohammed Zain, Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran yang ke-50 tahun. Semoga Mama dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki yang halal, sukses dalam apa jua yang mama buat, dan ceria selalu..
Terima Kasih Mama sebab telah menjadi Mama Hazwan yang paling hebat dan paling terbaik sepanjang 21 tahun Zwan hidup kat muka bumi nii.. Cayang Mama sangat2.. Muah! Muah! Muah! ;)



pssssttttt : Mama, Sorry, Birthday kali ni takdak hadiah sebab tanaman anggur Zwan tak berbuahla pulak bulan ni, HEHE.. :p



Khamis, 28 Julai 2011

Ini Blog Lucah?

kalau nak view dengan lebih jelas, sila klik gambaq tu okay.. ;)



Nampak tak kat atas tu.. Ada rakan aku post kat wall facebook aku and kata blog aku dah lain daripada dulu.. dah macam blog lucah.. Ek eh, betul ke? Tapi memang aku mengaku pun, aku memang kalau boleh nak post entry yang ala2 sensasi macam akhbar Metro, HAHA.. Tapikan, ampa tak boleh salahkan aku jugak sebab ampa yang gatai nak baca, HAHA.. Yela, bila aku buat entry yang ada sikit2 unsur 18sx, memang ramai gila lah yang mai baca blog aku.. Kalau tak percaya, sebagai contohnya, cuba tengok dekat bahagian entry kegemaran pembaca tu.. Majoriti entry yang jadi kegemaran ialah entry yang ada unsur 18sx kan? kan?



Okay, entry aku kali ni, aku just nak tanya ampa, blog aku ni lucah sangat ka? And ampa suka ke tak apa yang aku bualkan kat dalam blog ni? Aku tak kisah apa2 pun komen2 yang ampa nak bagi.. Nak maki pun takpa.. Janji ikhlas daripada hati ampa naa.. Selamat Mengomen.. ;)




pssssttttt : Thanks banyak2 kat encek Iqbal Hakimi dan encek Syahir sebab ajaq aku buat print screen ni.. HEHE


Rabu, 27 Julai 2011

Jom Pi Tasik Mengkuang

Hari ni aku nak promote sikit kawasan rekreasi yang berhampiran dengan rumah aku. Kawasan rekreasi tersebut ialah Tasik Mengkuang atau lebih mesra di kalangan penduduk tempatan dengan panggilan Mengkuang Dam. Tasik Mengkuang ni secara rasminya dibuka pada 14 Disember 1985 oleh Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang ketika itu. Tasik Mengkuang terletak di pesisir bandar Bukit Mertajam. Actually, Tasik Mengkuang ini juga turut berfungsi sebagai kawasan tadahan air di mana ia di bawah kendalian Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang.



Di Tasik Mengkuang ni, macam2 aktiviti yang boleh dilakukan seperti Jogging, Hiking, Kayaking, main badminton, bagi makan ikan dan juga menjadi tumpuan pasangan2 penganting untuk posing and tangkap gambar kat situ. Selain tu, Tasik Mengkuang juga pernah menjadi tempat berlangsungnya “Penang International Dragon Boat Festivals” di mana time ni memang ramailah pengunjung2 luar negara yang datang. Kalau ditanya apa yang aku selalu buat kalau berkunjung ke tasik mengkuang ni, aku selalunya Jogging dan bagi ikan makan(aktiviti wajib).. Sumpah memang geram gila tengok banyak ikan2 yang besar dan kecik yang dok berenang kat tepi tasik tu.. Rasa macam nak tangkap jer tapi tak boleh sebab sebarang penangkapan ikan di tasik tersebut diharamkan.



Seawal 6 pagi lagi, memang sudah ramai orang yang datang ke Tasik Mengkuang ni untuk exercise dan jogging. Di Tasik Mengkuang ini juga merupakan tumpuan pelbagai kaum yang selalunya datang berkeluarga. Tapi boleh dikatakan majority pengunjung adalah berbangsa Cina, dan kedua baru Melayu, dan ketiga adalah India.. Biasala tu kan, orang cina memang prihatin bab2 penjagaan kesihatan ni. Tapi ingat, ampa jangan pulak mai tasik ni time malam sebab Tasik Mengkuang akan ditutup pada waktu malam dan untuk masuk ke tasik ni tidak dikenakan sebarang bayaran. So, selamat datang ke Tasik Mengkuang dan nikmatilah pemandangan yang memukau di sana. Tak percaya? Jom kita usha sikit beberapa gambar yang aku tangkap kat sana.



Ni la laluan khas yang disediakan untuk berjogging..




Ni pemandangan sebahagian daripada Tasik Mengkuang




Ni kawasan parking.. Memang luas kawasan parking dia..




Kalau ampa nak tau, kat pesisir tasik ni, memang banyak sangat2 ikan.. geram2, HAHA




Lawa tak? lawa kan? kan? HAHA




sini kawasan tumpuan family untuk beriadah..




Time ni dah nak maghrib.. Tasik Mengkuang dah nak tutup..




Ni kawan aku.. dia dok tengah bagi ikan makan.. ;)



Selasa, 26 Julai 2011

SODA itu STRESS



Siapa kat sini suka minum air soda(air berkarbonat)? Sila angkat kaki, HAHA.. Kepada yang suka minum air Soda tu mesti selalu stress kan? Kan? Hurrrmm, kenapa aku kata macam tu pulak? Yela, aku kata macam tu sebab satu kajian yang dijalankan dari American Journal of Public Health menemukan bahawa seseorang yang minum 20 auns kandungan soda setiap hari berisiko untuk tiga kali ganda mengalami depresi dan rasa gelisah berbanding orang yang tak minum soda sama sekali.



So, berhati-hatilah dengan soda.. Jangan disebabkan air soda yang sedap tu ampa jadi stress pulak. By the way, kepada yang dok rasa stress tu, why not ampa minum yogurt rendah lemak sebab ia kaya dengan lysine iaitu yang dapat membantu menenangkan pembuluh darah. Konklusinya, jauhi soda dan dekatilah yogurt yang rendah lemak. Itupun kalau ampa takmau stress laa.. Tapi kalau ampa memang suka dengan stress2 ni, silalah minum soda setiap hari okay, HAHA.. ;)



Isnin, 25 Julai 2011

Kunyah Untuk Kurus



Sebelum ni kan aku ada buat entry pasai keburukan2 kalau jadi gemuk macam sperma orang gemuk sikit and orang gemuk pendek umur. Confirm ramai yang berbadan besar bila baca entry aku tu rasa macam cuak je kan? And mesti jugaklah ramai yang berbadan besar ni cuba macam2 cara untuk kurus seperti dietlah, exerciselah, makan pil kuruslah, dan tak kurang jugak yang pergi jumpa Dr. Rozmey, HAHA. Okay, entry aku kali ni aku nak sharela sikit tips untuk kurus.



Ampa tahu tak, mengunyah pun merupakan salah satu cara untuk kurus tau. Persidangan yang diadakan oleh Obesity Society (New Orleans Louisiana) menyatakan dengan mengunyah chewing gum berupaya menurunkan berat badan. Tambahan lagi, sebuah kajian di Universiti Caledonian di Skotlandia menunjukkan bahawa mengunyah chewing gum boleh menghilangkan rasa lapar dan mengelak daripada terjebak dengan junk food. Kajian yang lainnya pula menemukan bahawa dengan mengunyah makanan dapat membuatkan kita menjadi kenyang.



Konklusinya, kepada yang nak turunkan berat badan tu, kalau terasa lapar tapi nak diet, cepat2lah kunyah chewing gum okay. Lagi satu, masa makan tu, jangan sumbat jer makanan tu dalam mulut, tapi kunyahla makanan tu sampai tak boleh nak kunyah dah okay? InsyaAllah, berat badan akan turun punya nanti.. Selamat Mengunyah!



Ahad, 24 Julai 2011

Asyik Gay Jer, Lesbian Mana?




Hai, kali ni aku nak luahkan persoalan yang dah lama terbuku kat dalam hati aku. Aku hairanla, kenapa kalau lelaki sama lelaki berpegang tangan ke, berpelukan ke, bercium pipi ke, pasti akan dicop sebagai Gay. Tapi kenapa perempuan sama perempuan yang selalunya dok berpegangan tangan, berpelukan, dan bercium sesama depa, tak pulak dicop sebagai Lesbian. Kenapa ek?



Kadang2 tu memang rasa macam ada diskriminasi jantina pulak sebab lelaki ni kalau ada buat yang tak kena sikit jer macam pakai baju kaler pink ke, bermesra lelaki dengan lelaki ke, confirmlah kena cop sebagai Gay punya, tapi jarang sungguh kita dengar perempuan2 kat Malaysia ni yang dicop sebagai Lesbian walaupun kadang2 tu aksi depa boleh dilabel sebagai Lesbian. Walaupun aku rasa macam tak adil di situ, tapi bila aku fikir punya fikir, akhirnya aku dapat jawapan yang lahir daripada pandangan aku sendiri.



Pada pandangan aku lah kan, aku melihat perbezaan sifat antara seorang lelaki dengan seorang perempuan sebagai punca kenapa situasi ini berlaku. Yela, seorang perempuan tu kan secara semula jadinya dikurniakan sifat yang suka tonjolkan kasih sayang depa secara terbuka, jadi mungkin disebabkan itulah masyarakat tidak melabel si perempuan itu lesbian walaupun kadang2 mereka terlebih ”mesra” sesama jantina depa. Berbeza pulak dengan sifat lelaki yang agak payah untuk tonjolkan kasih sayang depa walaupun depa sayang sangat2 orang tu. Biasalah, lelaki ni tak suka menunjuk nunjuk macam perempuan, HEHE.. So, kalau ada lelaki yang terlebih ”mesra” sesama jantina depa, pastila macam ada something wrong somewhere kan?
Tapikan, itu semua hanyalah pandangan aku jer.. Pandangan ampa macam mana pulak? Ceciter, ceciter.. ;)



Sabtu, 23 Julai 2011

Dulu Lelaki Tapi Kini Wanita?



Kalau Pondan atau MakNyah menukar jantina depa disebabkan kerelaan diri sendiri, tetapi ini lain pulak kesnya apabila penukaran sifat lelaki kepada wanita ini berlaku tanpa kerelaan diri sendiri. Pelik je bunyinya kan? Haa, inilah dinamakan Pelik Tapi Benar.



Macam mana lelaki boleh jadi wanita pulak kalau tanpa kerelaan tuan punya badan? Okay, kalau ampa nak tau, air bersih yang kita minum menggunakan bekas plastik yang mengandungi bahan kimia Bisphenol A (BPA) dan Nonyphenol mampu menjejaskan kesihatan dan juga boleh menggangu sistem hormon. BPA dan Nonylphenol dikatakan lebih berbahaya terhadap lelaki kerana ia boleh menukar ciri lelaki kepada ciri wanita. Selalunya, plastik yang mengandungi dua bahan kimia ini ialah plastik yang kuat dan tidak rapuh seperti botol susu bayi dan seangkatan dengannya.



Struktur molekul BPA dan Nonylphenol hampir menyerupai hormon yang terdapat dalam tubuh manusia. Jika manusia minum air menggunakan bekas plastik yang mengandungi BPA dan Nonylphenol, dua bahan ini akan menghapuskan hormon manusia sedia ada. Selain itu, jika seorang ibu minum bahan BPA dan Nonylphenol dan kemudian menyusukan anak lelakinya, bahan tersebut akan berpindah ke dalam tubuh anak lelakinya. Secara tidak langsung, anak lelaki tersebut akan bertukar kepada ciri kewanitaan apabila dewasa kelak.



Berpandukan kajian di Tasik Apopka, Florida, Amerika Syarikat mendapati seekor buaya jantan yang terdedah kepada kedua-dua bahan itu akibat pembuang plastik di tasik tersebut telah bertukar secara perlahan menjadi buaya betina. Tambahan lagi, berdasarkan Kajian pada tahun 1999 di Scandinavia pula menunjukkan ramai belia lelaki yang berumur 18 tahun secara perlahan memiliki sifat kewanitaan disebabkan kekerapan mereka terdedah kepada dua bahan tersebut. Jadi, kepada kaum2 lelaki, AWAS! Golongan Ibu2 juga kena take a note sebab anda jugak boleh menjadi punca kalau anak lelaki anda berubah ke arah ciri2 kewanitaan.. ;)



Jumaat, 22 Julai 2011

Blog Pilihan : Daniel Adie

Hari ni hari jumaat ek? Okay, cuba teka, blog siapa yang jadi blog pilihan aku untuk hari ni? Ececececeh, buat2 tanya pulak aku ni, walhal sudah terang lagi bersuluh kat tajuk entry dah tercatit nama blog tu, HAHA. Yeah, blog Daniel Adie. Blog yang semakin femes dari hari ke hari. Jom usha sikit header dia..




Daniel Adie ni kalau aku tak perkenalkan diri dan blog dia ni pun, aku rasa ramai yang dah kenai kan? Kan? Tuan empunya blog yang bernama Daniel Adie ni berasal daripada Melaka dan merupakan bekas pelajar UiTM Bandaraya, Melaka. Encek Daniel Adie kita la ni bertugas sebagai guru di sebuah sekolah menengah di Melaka jugak. Apa yang best sangat blog dia? Mestila blog dia menarik dan best, kalau tak, blog dia tak masuk la dalam majalah REMAJA dengan INTREND. Ampa mampu ka masuk 2 majalah sekali gus untuk tahun 2011 ni? HAHA. Walaupun blog Daniel Adie ni lebih menceritakan tentang personal life diri dia sendiri, tapi memang tak bosanlah bila baca sebab Daniel Adie ni serba boleh. Jadi bila baca blog dia, rasa jeles yang amat sangat dengan bakat2 yang dia ada. Dia pandai masak, dia pandai main bowling, dia pandai bergaya, dia pandai mengajar, dia pandai buat hantaran, and dia pandai macam2 lagilah. Lagi satu, sesibuk mana pun Daniel Adie ni, dia tak pernah miss untuk update blog. Jom kita usha sikit beberapa gambaq encek Daniel Adie ni.












Pssssstttttttt: Kepada blogger2 yang dok tanya bila nak buat entry khas untuk blog depa pulak, sabaqlah ye, hari jumaat hanya ada sehari je seminggu. Takpa2, minggu depan kan ada hari jumaat lagi. Maybe next week giliran blog ampa pulak ka? Kan? Kan? Btw, Aku nak ucapkan jutaan terima kasih kat Farhana Azwa sebab ada buat entry khas untuk aku pada 16 Julai lalu. Sorry ye Cik Farhana Azwa sebab semalam baru aku perasan entry tu.. Terima kasih sangat2… Sheharu niiiiiiiiiiiyyyyyyyyyhhhhhhhhhh..!