Pages

Rabu, 1 Januari 2014

Bebelan Pertama 2014




Pejam celik pejam celik, dah masuk tahun 2014. Yeah! Hari ni dah 1 Januari 2014. Selamat Tahun Baru! Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi kerana kita masih lagi dipanjangkan umur untuk meneruskan matlamat kita untuk hidup. Sebenarnya, aku tak paham kenapa bila menjelang tahun baru, semua bergembira sakan menyambut perayaan tahun baru walhal bila tahun bertambah tahun, usia kita akan meningkat dan kita makin tua. Bukan itu je, cabaran dan dugaan hidup juga akan lebih mencabar. Dulu time kanak2, kita hanya main dan main. Bila masuk zaman sekolah dan universiti, dah mula stress dengan belajar itu dan ini. Tapi sebaik sahaja dah grad belajar, mulala stress nak cari kerja yang sesuai, nak simpan duit untuk kahwin, nak beli kereta idaman. Then bila dah kahwin pulak, lagi banyak stress sebab nak kena fikir tentang isteri, anak, rumah dan perbelanjaan itu dan ini yang boleh buatkan kepala kita botak sebab kusut macam2 nak kena fikir.




Kalau nak sambut tahun baru, tak salah tapi berpada padalah. Jangan terlalu over excited sebab orang tua2 dulu pesan, kalau terlalu gembira sangat, nanti akan menangis dan sedih. Jangan kerana nak sambut tahun baru punya pasai, kita masuk lokap sebab merempit. Jangan kerana nak sambut tahun baru punya pasai, habis dara ditebuk. Jangan kerana nak sambut tahun baru punya pasai, akidah agama tergadai. Apa yang penting untuk kita sambut tahun baru ialah semangat kita untuk berubah jadi lebih baik daripada sebelumnya. Kalau dulu kita biasa2 je, tapi tahun ini kita jadi yang lebih hebat. Ataupun mungkin dulu kita hebat, tapi tahun ni kita jadi super hebat. Hebat dari segi ibadat, attitude, kerjaya, dan serba serbi yang menjurus kepada kebaikan.




Semoga harapan kita pada tahun 2014 yang pastinya tahun yang mencabar ini akan menguntumkan senyuman di pengakhirannya. Eh terasa penulisan aku kali ni makin matang, hohoho.. SELAMAT TAHUN BARU 2014!




Psssttttttttt : Sempena Tahun Melawat Malaysia pada tahun 2014 ni, MySuaraBlog pon nak jadikan tahun 2014 sebagai tahun melawat MySuaraBlog jugakla.. Yeah! Aku akan kembali aktif blogging pada tahun ni sejak 6 bulan aku tak update blog, hohoho.