Pages

Sabtu, 5 November 2011

7 Keajaiban Selepas Menangis




First of all, aku nak ucapkan berbillion billion terima kasih kepada Encik Zizidiazora iaitu pembaca tegar blog aku ni di atas keprihatinan beliau untuk membantu aku membuang sawang2 and habuk2 kat dalam blog ni.. Almaklumlah orang gaji lari and aku pulak tak cukup budget nak hire orang gaji baru.. Sebab tu blog ni dok berhabuk and asyik tak bercuci je, HEHE.. Okay, actually, entry aku kali ni disumbangan khas oleh ENCIK ZIZIDIAZORA.. kan bagus kalau ada ramai yang prihatin macam encik Zizidiazora ni.. HEHE..
Link
----------------------------------------------------------------

Siapa kata menangis tidak ada faedahnya? menangis terlalu lama boleh membuatkan mata merah dan bengkak. Tapi , menangis dan mengeluarkan air mata boleh menjadi ubat ajaib yang berguna bagi kesihatan tubuh dan fikiran. Apakah keajaiban itu?

Dipetik dari Beliefnet, ini dia 7 keajaiban yang anda perolehi setelah menangis dan berair mata:


1. Membantu penglihatan
Air mata terbukti membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.


2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat eye drop tu, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria secara semulajadi. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95% bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pemegang tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.


3. Memulihkan mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan level depresi kerana dengan menangis, mood seseorang akan pulih kembali. Air mata yang dihasilkan dari menangis kerana emosi mengandungi 24% protein albumin yang berguna dalam mengembalikan sistem metabolisme tubuh berbanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.


4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan berjaya mengkaji bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosi dikatakan mengandungi racun. Tapi jangan salah faham, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.


5. Mengurangkan stress
Macam mana menangis boleh mengurangkan stress? Air mata dikatakan mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.


6. Mengeratkan hubungan silaturahim
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang mengeratkan silaturahim antara kawan-kawan. Biasanya seseorang yang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan kawan-kawannya atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan seterusnya meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.


7. Me’rileks’kan perasaan/diri
Semua orang pernah mengalamai perasaan selepas menangis. Walaupun anda didera pelbagai masalah dan rintangan, namun selepas menangis pasti akan me’rileks’kan perasaan dan diri. Selepas menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiran anda dengan menangis, jangan dipendam kerana anda boleh menangis sepuas-puasnya tanpa halangan.

Jadi, apa salahnya kalau kita menangis sekali sekala kan? ^_^


(entry ini sumbangan khas daripada encik Zizidiazora)



25 ulasan:

Rizal Murad berkata...

Infio yang menarik..Waa :'(

zizidiazora berkata...

welcome bro......
marilah sama-sama kita menangis ye zwan....

Syahir Ramli berkata...

ptotlah mata aku cantek..HAHAX!
**prasan hbess...

Geng Lepak berkata...

Aku memang rasa nak nangis skang tapi aku tahan...

bila baca entri ni aku terus nangis, korang jangan gelak lak...

huaaaaaa

Dhiya Fariza berkata...

Tapi org kata cepat tua. How? Hehe

NAZRUL AZAT berkata...

xmau la menangis... karok lagi best :-)

fathiahRAIHANA berkata...

patutlaa mata saye sihatt hihihi
nice info ^^

Blogger bernama Zam ! berkata...

ohhh lain kali nak nangis lame lame sikit lah , haha

Eyda Syahida berkata...

untunglahhh.. bile zwan nak sumbangkan entry utk eyda plak ek?? hiks! :p

khairul berkata...

malu dah nk nangis tua2 nie

Saiazuan berkata...

btl2. aku ada trbaca psl ni gak kat blog fifie bln lepas.a. tp xde sebab nak nangis.. huhu

sergeant keroro berkata...

menangis bila perlu jek, hehe XD

Fathiah Hamim berkata...

memang release stress pun

tricksrex berkata...

ya betol betol betol
tapi kalau keje dok nangis je tak henti henti tu cari penyakit namanya tu

luqman zakaria berkata...

aku nk nangis ari2 la kLu cmtuh!

**::CIKNUURUL::** berkata...

CN menangis bile tengah rindu,.huhu

Nalisa Syahira berkata...

lepas menangis mesti pening , ahha .

Fezul Fadhley berkata...

thanx ^^

Phat berkata...

nangis jugak ekpresi yg bleh jadi dlm 2 waktu berbeza..sedih kita nangis suka pun kita leh nangis kan?

iKhRam berkata...

nak nangis jugak la cam ni...
cam ubt depress yg paling mujarab kan??

tak selalu nangis..
rugi3x

Munnafendy berkata...

si kasim selmat byk nangis buta pulak dah~

part yg melegakan perasaan tu aku setuju =)

eh,sume la setuju! haha

DanieL AdiE berkata...

Sgt lega lepas menangis...

Panggil Aku Han berkata...

tekanan hilang bila menangis...

Asma Ahmad berkata...

betoi2.. setuju sangat..
lepas nangis mesti asa lega gila..
nak2 lak lepas baca entry hang..
bleh cerah kot mata aku yg da blur neh. :P

Azham Vsvc berkata...

I pernah menangis atas motor lepas balik exam sebab exam susah, tgk orang lain muka bahagia je dpt jwb soalan huhuhuh....

Then nangis masa jogging kt UPM sebab masa tu rasa mcm terlalu banyak dugaan dalam satu hari...tp alhamdulillah lepas nangis tu rasa lapang je dada heheheheh