Pages

Rabu, 12 Januari 2011

Kasihan Ana


Pertama sekali, aku nak memohon bebilion kemaafan sebab isu ni dah lapuk dan ketinggalan zaman. Sebelum ni aku memang nak ulas mengenai isu ini tetapi disebabkan kelembapan internet di bumi Merbok dan kesibukan di sana, aku terpaksalah lupakan hasrat yang membara seperti JinBara yang sedang melalak akibat dijilat api. Yeah! Sekarang aku dah ada kat rumah aku di negeri pemerintahan Lim Guan Eng. Jadi barulah aku boleh ulas isu ni disamping blogging puas2 selama 4 hari sebab internet kat sini memang tidak menghampakan.




TOLONG INGATKAN AKU yang Ana Raffali langsung tak berdosa untuk menjuarai AJL 25 baru2 ini. Pertama sekali, aku nak ucapkan TAHNIAH kepada semua peserta AJL 25 sebab semua persembahan memang superb! Apa yang membuatkan ramai tak puas hati termasuklah aku tentang AJL 25 ialah apabila Ana Raffali diangkat sebagai juara AJL 25. Memang ini suatu kejutan yang boleh menyebabkan perempuan yang mengandung terus beranak dan pesakit jantung terus mati mengejut. Bukan kejutan sebab Ana Raffali tak layak menang. Sebenarnya semua yang bertanding dalam AJL 25 pada ahad lepas sememangnya layak untuk bergelar juara cuma pada malam tersebut, ada lagu lain yang mungkin lebih layak diangkat sebagai juara jika dibandingkan dengan lagu Tolong Ingatkan Aku berdasarkan kekuatan lagu, lirik, persembahan, populariti dan vokal.





Kasihan dengan Ana Raffali apabila dia terus dihentam dan dipersalahkan di Facebook sehinggakan ada page yang jelas2 menidakkan kejuaraan Ana. Turut tak ketinggalan di blog2, di media cetak mahupun media elektonik. Kenapa Ana yang patut dipersalahkan? Sepatutnya juri2 pada malam tersebut yang diketuai oleh M.Nasir yang harus di persalahkan. Kenapa kita perlu boikot Ana? Sepatutnya kita perlu memboikot juri2 pada malam tersebut untuk tidak menjadi juri pada AJL 26 kelak. Kepada Ana Raffali, mungkin kejuaraan anda ini tidak dapat diterima oleh kami semua tetapi tolong buktikan yang kami silap. Buktikan anda sememangnya hebat. Semoga dengan kejuaraan ini, Ana Raffali dapat menjadi lebih hebat daripada Datuk Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir. Tiada yang mustahil kan? Kepada juri2 AJL 25, TERIMA KASIH kerana telah mencalarkan imej industri muzik Malaysia.






Psssttt : Suka dengan penampilan Ana Raffali yang sentiasa ayu membuat persembahan dengan baju kurung. Ada yang kata Ana Raffali perempuan kampung sebab berbaju kurung tapi bagi aku, Ana Raffali adalah Perempuan Melayu Terakhir.



25 ulasan:

miss Fyqa berkata...

Ana Raffali memang manis dan ayu :)

ZWAN SABRI berkata...

Miss Fyqa : Setuju 101%.. ;)

Izamir Ridzwan berkata...

jgn dilyn org yg berhati busuk.. mmg dowg xdpt terima kytaan ana mng

ZWAN SABRI berkata...

Izamir Ridzwan : Btol tu btol. Anak tak patut dipersalahkan tetapi yang patut dipersalahkan ialah juri yang membuat penilaian malam tuu.. ;)

Afzainizam berkata...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selamat Tahun Baru Dengan Azam Baru
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

EEEmmm dah rezeki dia... biarlahhh malam tu dia sendiri tak menyangka... tak apalahhh lain AJL mana tau nasib orang lain kan...

ZWAN SABRI berkata...

Afzainizam : Yup2.. Congratla kat Ana.. ;)

iqbalhakimi berkata...

rumah dah siap pahat berbunyi..dah rezeki dia..lagipun juri dah buat keputusan terbaek..janganla nak salahkan dia plak..huhu


aah wan..aku setuju ngan ko depend on individu jugak..kalau kita tahu bawak diri..betul la kita..

ZWAN SABRI berkata...

Iqbal Hakimi : Yup2.. dah tuhan dah tentukan itu rezki Ana kan... so kenala terima takdir ini walaupun agak pedih.. hehe

iKhRam berkata...

lebih baik dari siti nurhaliza?? jgn la mcm tu.. kalau nak jugak.. kne amik masa yg lama tu .. paling kurang nak perlukan sepuluh tahun.. hahaha

mungkin ada kekuatan pada lagu itu yg kita tak sedari.. saya peminat yuna.. dan saya menganggap lagu yuna itu ada nilai dan mempunyai kualitinya tersendiri.. tp itu kata saya.. kata juri lain.. juri pnuya kemahiran yg lebih dari kita yang sekadar pendengar biasa yg mengikut peredaran masa...

saya rasa kalau beri pun juri yg lain.. isu ini timbul juga.. mungkin lagu tolong ingatkan aku tu mempunya kekuatan dari segi liri yang biasa2 saja tp maknanya amat mendalam.. berbanding dgn lagu2 lain uatan dan mudah difahami..

jgn salahkan sesuatu y g sudahpun menjadi penamat.. saya pun rasa terkilan.. lagu yg saya minat tidak menang.. tp saya akur.. kerana mungkin kekeuatan lagu itu tidak sama thap dgn lagu lain.. isu estetik seperti ini memer;lukan padnangan subjektif.. dan semua orang ada penilaian yag masing2..

apa kata topik kita beralih keapda pembinaan pentas yg bagi saya sgt berprestij.. sgt bangga dan puas mata melihat pentas yang begitu bergaya dan unggul.. bayangkan pentas itu boleh menjadi latarbelakang berbagai tema lagu yang berlainan rima dan irama..

dari sudut itu berapa ramai sgt yang nak mengkaji.. sgt sedikit..

yang itu perlu kita sedar.. muzik kita dah berkembang dari dulu dan sekarang.. tp kepelbagaian itu kita tiada.. itulah masalahnya dan kesannya semua jenis muzik yg dipertandingkan sama saja rentaknya.. itu menyebabkan keputusan malam itu tidak persis..

jadi.. sapa2 yg menang tu best dan yg tak menang pun best..

dato siti.. i puji.. u memang sentiasa terbaekkkkk!!

nulhazwany abdul malik berkata...

ana layak menang . tengok la lagu dia. banyak makna.. ^^

suka !

sudah2 la pasal tu. rezeki dia kan.

ZWAN SABRI berkata...

Ikhram : Btol tu btol.. Penstas kali ni mmg sangat2 berprestij.. and datuk ct mmg yang terbaeeekkk.. ;)


Nulhazwany : yeah! Terima kaseh kerana TOLONG INGATKAN AKU yang itu rezeki Ana.. ;)

RIAN berkata...

ta pena amik taw pun sal lagu2 nh. . hehehe. . cam ketinggalan plak rase,

ZWAN SABRI berkata...

Rian : Xpa2, tak ketinggalan pown.. hehe

aisYah (", berkata...

mmg ramai yg kutuk kemenangan ana raffali..

tp kecian gak kt dia~

da rezeki kn :)

::FAIZ FARISH:: berkata...

dia menang sebab dah rezeki dia.... dah Takdir mcm tu... trimala. apa nak kecoh lagi. Nak pertikaikan lagi? kan Zwan?

apezs shah berkata...

itulah kan wan.. kasihan kan Ana.. Cuma nak kata kat sini. berhentilah conderm Ana Raffali, itu adalah rezeki dia.

ZWAN SABRI berkata...

Aisyah : Yeah! rezki dia.. ;)


Faiz Farish : Btol tu btol.. Itu rezki dia.. bak kata org, tuah ayam nampak di kaki tapi tuah manusia siapa yg taw? Ahaks!


ApezShah : Yeah! terima dengan hati yang terbuka.. ;)

rj Etika berkata...

hahah..betol2. juri yg patot dipersalahkan. lagu tu memang best giler, tp kalau nak kate jadik juara memang nonsense gak la.

ZWAN SABRI berkata...

rj Etika : Totally agree with u.. ;)

Eazy Izzuddin berkata...

Suka Ana
biarlah dia jd juara
;)

ecah berkata...

dah ana jd juara nak buat cmner..

nora berkata...

tak kisah la sapa2 yg menang pun

bukan aku dapat duit tu pun huahuahuahua

NUR AYNIE berkata...

xkisah langsung sape menang...kalau dah rezeki dier nk buat cm ne kan?
hihhii..tahniah ana rafali~~~

Ariz Abdullah berkata...

x tengok sgt pon ajl ritu..tgk my fav singer, m nasir je nyanyi..nyanyi lagu fav lak tuh..tahniah la sipoo..ape2 pon juri lebih berhak beri kemenangan kepada ana rafali...siapa kita untuk pertikai? ahli vokal kah?penyanyi termashor kah? ye dak? kalau kita ni setakat penyanyi kat karaoke jamban atau bilik air...simpan aje lah kritikan tu..hehehehe..bukan ape..sian kat ana, org dok kondem dia..cuba letak kan diri anda sebagai ANA RAFALI..konfem tak tido malam..dan disebelah anda ada berkotak2 tisu...

sHaH berkata...

ada terima emel yg dulu ana rafali tak pakai pun baju kurung..