Pages

Ahad, 30 Januari 2011

Kanser Payudara Terhadap Lelaki



Lelaki mempunyai sejumlah kecil tisu payudara iaitu sel tisu yang tidak dapat mengeluarkan susu dan ia tertumpu di belakang puting susu di dinding dada. Seperti kanser payudara pada wanita, kanser payudara lelaki adalah pertumbuhan yang tidak terkawal sel2 tisu payudara. Sel payudara memang wujud untuk bayi lelaki dan perempuan. Pada masa akil baligh, ovari gadis menghasilkan hormon wanita yang merangsang sel tisu payudara berkembang dan membentuk payudara. Jumlah jaringan lemak pada payudara juga meningkat apabila anak gadis akil baligh. Untuk lelaki, hormon lelaki seperti testosteron yang disekresi oleh testis menghalang pertumbuhan tisu payudara dan pembangunan lobulus. Ini menyebabkan sel2 ini tidak berkembang dari membentuk payudara dan sel2 lemak tidak bertambah.



FAKTOR DAN RISIKO KANSER PAYUDARA LELAKI

Berbanding dengan kanser payudara wanita, penyebab kanser payudara lelaki belum sepenuhnya dikelaskan. Namun kedua2 pengaruh persekitaran dan faktor genetik berkemungkinan menjadi faktor yang boleh memberi risiko untuk kanser payudara lelaki.



1. PAPARAN RADIASI

Paparan radiasi pengion telah dikaitkan dengan peningkatan risiko terkena kanser payudara lelaki. Lelaki yang sebelumnya telah menjalani terapi radiasi untuk mengubati penyakit berbahaya di kawasan dada. Contohnya, Limfoma Hodgkin yang mempunyai peningkatan risiko perkembangan kanser payudara.



2. PENGHASILAN HORMON ESTROGEN YANG TINGGI

Lelaki biasanya menghasilkan sejumlah kecil hormon estrogen. Namun ada beberapa keadaan di mana lelaki menghasilkan hormon estrogen yang tinggi. Ginekomastia merujuk pada keadaan di mana payudara menjadi abnormal dan besar kerana mengalami paras hormon estrogen yang tinggi. Peningkatan paras hormon estrogen juga boleh meningkatkan risiko perkembangan kanser payudara di kalangan lelaki. Majoriti kanser payudara pada lelaki adalah estrogen reseptor positif yang bereti bahawa mereka tumbuh sebagai respon terhadap stimulasi pada estrogen.



3. KLINEFELTER SYNDROME

Klinefelter syndrome adalah suatu keadaan bawaan yang berlaku sekitar satu daripada 1000 orang lelaki. Seorang lelaki normal mempunyai dua kromosom seks iaitu X dan Y. Dia mewarisi kromosom X perempuan daripada ibunya dan kromosom Y lelaki daripada ayahnya. Lelaki dengan sindrom klinefelter telah mewarisi kromosom X perempuan tambahan iaitu dua kromosom X yang mengakibatkan kromosom seksnya adalah XXY. Ini merupakan situasi abnormal kerana lelaki normal hanya mempunyai kromosom XY. Pesakit yang terkena klinefelter menghasilkan estrogen yang tinggi dan menyebabkan pembesaran payudara, rambut jarang pada wajah dan tubuh, testikel kecil, dan tidak keupayaan untuk menghasilkan sperma. Beberapa kajian telah menunjukkan peningkatan risiko untuk mendapat kanser payudara pada lelaki klinefelter ialah 50 kali ganda lebih kerap berbanding lelaki biasa.



4. SIROSIS HATI

Sirosis hati ialah parut hati yang disebabkan penyalahgunaan alkohol yang kronik, hepatitis virus kronik, atau faktor genetik yang mengakibatkan pengumpulan zat beracun dalam hati. Hati menghasilkan protein penting yang mempengaruhi pengangkutan dan penghantaran hormon lelaki dan perempuan melalui aliran darah. Dengan sirosis, fungsi hati akan terganggu serta kadar hormon lelaki dan perempuan dalam aliran darah juga terganggu. Lelaki dengan sirosis hati memiliki paras estrogen yang lebih tinggi dan mempunyai peningkatan risiko terkena kanser payudara.



5. FAKTOR KELUARGA/KETURUNAN

Penyelidikan epidemiologi telah menunjukkan bahawa lelaki yang mempunyai beberapa saudara perempuan yang menghidap kanser payudara juga mempunyai peningkatan risiko untuk mendapat kanser payudara.



Jadi, kepada kaum2 lelaki, jangan ingat masalah kanser payudara adalah masalah kaum perempuan sahaja kerana kanser payudara juga turut menyerang kaum lelaki walaupun kanser ini tidak menyerang kaum lelaki sekerap kaum perempuan. Apa2 pun, kepada pembaca MySuaraBlog baik lelaki mahupun perempuan, jaga kesihatan anda okay.. ;)




40 ulasan:

NUR AYNIE berkata...

WOW~! baru tau..ade byk penyebab jugak yer penyakit nie..ishhh...
hati2 la lelaki...
perempuan pun sme...huhuhu
amalkan gaya hidup sihat huhu

ZWAN SABRI berkata...

Nur Aynie : Tula pasai..
takut niii..
huhu

Ain Tralala berkata...

info yang sangat baik... jom jaga kesihatan yer... :)

aqim berkata...

yalah kene berhatu2..amalakan gaya hidup sihat..

NUR AYNIE berkata...

insyallah xde masalah...kalau peka pada kesihatan..mkn secara btol n senaman yg btol..
aiseh...mcm doktor plak aynie nie kan...=)

niesz berkata...

huhu..laki pon ley kena cancer nie..mcm2 da pnyakit skrg nie..ermm..kena la mkn bnda yg berkhasiat lps ni kn..

Aimifiqa berkata...

good info. =)

ZWAN SABRI berkata...

Ain Tralala : Jom kita jaga kesihatan sama2.. ;)


Aqim : Yeah! amalkan gaya hidup sihat.. ;)


Nur Aynie : Ek eh, bila masa Aynie jadi doktor saket tuan ni? hehe


Niesz : Tula pasai.. bukan jer pompuan yang leh kena penyakit ni tapi lelaki pown berisiko gak.. huhu


Aimifiqa : Thanks! ;)

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum

huUhu.. AWAS !

ZWAN SABRI berkata...

Novelgurl : Waalaikummussalam.. Awas? Awak ngah nyanyi lagu KRU ek? hehe

ch!natsu berkata...

weh nice info.. =)

ifwat berkata...

cuak kot, laki pun ada. bahaya2. tapi jarang dengar la kan.

ZWAN SABRI berkata...

Chinatsu : Thanks! ;)


Ifwat : Yeah! Jarang dengar tapi kena behati hati jugak.. ;)

Rose Johari berkata...

wah, tak ingatkn org pompuan jer boleh dpt kanser payudara nie...rupanya lelaki pun...hurm... thx to share ;D

Unknown berkata...

wahahaha.. adoii.. ang kena ka pyakit ni? haha

ZWAN SABRI berkata...

Rose Khoo : Lelaki pown dah ramai la kena kanser ni cuma x heboh2 jer maybe sebab depa malu kowt..


Nub : Choy! Simpang malaikat 44 la wei.. x mola aku kena kanser tuu.. huhu

zidEL zhafiz berkata...

alhamdulillah..beta sihat walafiat..
sekali biologi daaa.. ngeh ngeh ^^

Xan_hollow berkata...

percent laki kna breast cancer cuma 5 % je.........brbnding pmpun 75 % ....s0.... kna jga2 jgak la..........

Xan_hollow berkata...

percent laki kna breast cancer cuma 5 % je.........brbnding pmpun 75 % ....s0.... kna jga2 jgak la..........

SyedGraphix Dot Com berkata...

aiyooo3.... baru tau baru tauu...
thx sharing zwann

adiibmn berkata...

wahh , info menarik ;)

amna berkata...

menarik...
better watch out. ingat wanita je yg berisoko utk hadapi kanser payudraa

NadiRah berkata...

hahaha!!!
jage2 wahai mr Zwan...hehehe..
(gelak jahat!!)

ZWAN SABRI berkata...

Zidel Zhafiz : Bagusla klaw sehat.. erm, xpa, nanti aku bwat pasai fizik plak.. HAHA


Ytazzizaty : Tula.. walaupun just 5%, tapi tetap kena berati-hati.. huhu


SyedGraphix : Alright.. ;)


Adieyb : ;)


Amna : Baeklah cik Amna.. hehe

ZWAN SABRI berkata...

Nadirah : Anda harus lagi berjaga-jaga.. KAHKAHKAH(gelak kejam)

Leyha berkata...

Pernah terdengar gak pasal kanser payudara bagi pesakit lelaki . tapi baru tau nie bila baca punca2nye ~ nice info ! :D

efa berkata...

nicw info igt pmpn ja laki pon hado er hati2 wahai zwan,jom ikut gaya kesihatan yg baik :)

::FAIZ:: berkata...

Mintak dijauhkan

zizidiazora berkata...

Hrmm...gd info. tq.

Mat Sabu berkata...

Terkejut nyah haha

sArAh berkata...

wah.. nice info.. so krajaan atau ngo patut wat kempen utk laki gak pasal benda ni.. bkn perempuan je.. hehe.. ;)

eyfa.eyfa.eyfa berkata...

terbaik!hahah

ZWAN SABRI berkata...

LehaMY : nice info? Thanks!


Efa : Efa pown hati2 k.. ;)


Faiz Farish : Insyaallah.. ;)


Zizidiazora : ;)

ZWAN SABRI berkata...

Firdaus Alim : Baru nak tekejut ke nok? HAHA


Sarah : Kerajaan n NGO kena tolong ingatkan lelaki sama.. ;)


eyfa : Thanks! ;)

iKhRam berkata...

kita poun yg lelaki ni.. kena juga g check selalu kat hospital.. risiko kecil utk mndpt kanser payudara tidak sekecil puting kita wahai lelaki.. ini kerana jumlahnya sudah semakin meningkat..

Punca Utama | PU berkata...

oppsss....buat la pemeriksaan berkala..hehehe macam pakar doktor plak..

zidEL zhafiz berkata...

sumpah..aku x ske fizik..kimia boleh..hakhak.. =P

Blog Eazy Izzuddin berkata...

oh tidak...
jangan la ada kanser itu
huk2
;)

Unknown berkata...

owhh ada juga yar....ingt pmpuan ja..
bhyanya

Tanpa Nama berkata...

takut juga ble bc topik neh... harap baik2 aje.. amin..