Pages

Khamis, 3 Februari 2011

Tahun Ini Tahun Arnab



Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. Berdasarkan Astrologi Cina, peredaran Tahun Baru Cina terdiri dari 12 tahun. Menurut legenda Cina, suatu hari di Tahun Baru Cina, Sang Buddha telah mengundang semua haiwan dalam kerajaan di negerinya untuk mempersembahkan diri di depan beliau. Tetapi hanya ada 12 binatang sahaja yang datang. Yang pertama ialah Tikus, diikuti oleh Lembu, Harimau, Arnab, Naga, Ular, Kuda, Kambing, Monyet, Ayam Jaguh, Anjing dan akhir sekali Babi. Sebagai tanda berterima kasih, Sang Buddha memutuskan untuk menamakan setiap tahun mengikut tiap2 nama binatang tersebut.


Mengikut Tahun Baru Cina kali ini, ia merupakan giliran tahun arnab. Masyarakat cina mempercayai bahawa tahun arnab merupakan tahun yang sesuai untuk diplomasi dan pemujukan. Tahun arnab juga tahun yang baik bagi hal memperanakkan. Ia juga tahun baik bagi kejayaan dengan perubatan tradisional dan jamu. Bagi orang yang lahir pada tahun arnab, ciri2 keperibadian yang terdapat pada mereka ialah seorang yang ramah mesra walau pun bebas, rendah hati, berfikir dengan jelas, tidak mudah ditipu, dan seorang penyembuh yang berbakat. Berikut merupakan tahun cina berdasarkan 12 haiwan.



TAHUN CINA

Tikus 1936, 1948, 1960, 1972, 1984, 1996, 2008

Lembu 1937, 1949, 1961, 1973, 1985, 1997, 2009

Harimau 1938, 1950, 1962, 1974, 1986, 1998, 2010

Arnab 1939, 1951, 1963, 1975, 1987, 1999, 2011

Naga 1940, 1952, 1964, 1976, 1988, 2000, 2012

Ular 1941, 1953, 1965, 1977, 1989, 2001, 2013

Kuda 1942, 1954, 1966, 1978, 1990, 2002, 2014

Kambing 1943, 1955, 1967, 1979, 1991, 2003, 2015

Monyet 1944, 1956, 1968, 1980, 1992, 2004, 2016

Ayam 1945, 1957, 1969, 1981, 1993, 2005, 2017

Anjing 1946, 1958, 1970, 1982, 1994, 2006, 2018

Babi 1947, 1959, 1971, 1983, 1995, 2007, 2019



Fakta lain tentang Tahun Baru Cina ialah,


* Gong Xi Fa Cai adalah suatu ucapan selamat Tahun baru yang jika diterjemahkan bermakna "Selamat Bertambah Kaya".


* Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin.


* Golongan muda akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin.


* 15 hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.


* Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari Cina.




psssttt : Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat cina di Malaysia serta di mana juga anda berada. Semoga perayaan ini dapat mengeratkan lagi perpaduan kaum yang terjalin di Malaysia ini. Gong Xi Fa Cai..! Kepada yang dah berkerkahwin, hulur2kan la angpow kat Zwan, HEHE..



42 ulasan:

.:padie_eyla:. berkata...

huaahhhh. HCNY! hehe

nub berkata...

bila ank taun semut ni... taun belalang kaa.. taon babi ada plak.. haiyhhh

RIAN berkata...

tahun arnab comel. hahhaha.

ZWAN SABRI berkata...

Padie_eyla : Yeah! HCNY 2 U too.. ;)


Nub : Kalau nak taun semut, belalang suma tu, hang kena bwat sendirila.. TAHUN NUB.. haha


Rian L Yeah! Arnab sangat comey.. ;)

.izzatul.hazwani. berkata...

saye AYAM.maksud sya tahun ayam,hehe.
GONG XI FA CHAI.
p/s:thanks sbb comment kat post sye ok!

NUR AYNIE berkata...

sye kude..hihihi...kalau sye lahir tahun arnab mesti sye comel kan..ahahahahah...*prasann..=)

gong xi fa cai..to all chinese..hihi

ZWAN SABRI berkata...

Izzatul Hazwani : Saya plak kuda.. HAHA.. btw, thanks jugak sebab sudi komen kat sini.. ;)

ZWAN SABRI berkata...

Nur Aynie : Ek eh, kita samala.. saya pown kuda.. HAHA

RIAN berkata...

kalau lahir tahun arnab comel, lahir tahun kuda plak smart. . haha,

Eazy Izzuddin berkata...

aku tahun ular hehe..
teka lah tahun berapa aku lahir hehe
xD

aizatjohar berkata...

gwa taun rimau..sehebat pasukan negara kita.hidup rimau..eh eh dah hampir pupus

http://akudiakamu-aizatjohar.blogspot.com/2011/02/jersi-negara-vs-buah-limau.html#more

HAZWAN17 berkata...

1989 tahun ular hehe

kakyon berkata...

tahun kambing.hehe

Nurhafizah p i j a berkata...

napa klau xkawen xleh bg ampau ? hihihi

ZWAN SABRI berkata...

Rian : Tahun kuda Smart? ehem2.. nak feeling2 smart jap.. hehe


Eazy Izzuddin : dah taw.. 1989 kan? kan? HAHA


AizatJohar : Orang cina kata, kalaw siapa yang lahir tahun harimau, dia x dibenarkan tengok kucing beranak sebab nanti kucing tu akan makan anak dia.. hehe

ZWAN SABRI berkata...

Hazwan17 : Owh.. Tahun ular la ni ek..? Larrriiiii! Takut kena patuk.. hehe


Kakyon : zwan tahun kuda.. HAHA


Nurhafizah pija : Ntahla.. itu kena tanya orang cina.. HAHA

IMANSHAH berkata...

Gua tahun monyet..tapi perangai tak macam monyet ok

sitihanisahali berkata...

saya tahun kambeng!! mbeeeeekkkk...hehe

ZWAN SABRI berkata...

Imanshah : Kompem hang suka cinta monyet ni.. HAHA


SitiHanisAhali : Saya tahun kuda.. kudukut! kudukut! kudukut! hehe

arep_lockermonth berkata...

haha :P arep tahun kambing ;a!!!aiyoo~

KUREKURE COMEL berkata...

thn depan naga pulak...ayooo...
berasap pulak kena sembur naga....hehehe

Firdaus Alim berkata...

Snakeman..heheh..
Lahir tahun ular..
bukan kalender lunar ker hihi

KizZ berkata...

Wah...macam ni nak kena bela arnab la nampaknya..

Jom sini,
Sebuah sajak buat mukabuku

ZWAN SABRI berkata...

Arep_Lockermonth : Kompem arep pandai mengembek kan? ngembek sket nak dengaq... hehe


Kure2Comel : HAHA.. tahun naga xpa lagi.. bwatnye tahun anjing ngan babi, jenuh plak nak kena samak.. hehe


Firdaus Alim : Kalendar Lunar? ntahla.. xtaw plak pasai tuu.. huhu


Kizz : BBela jangan x bela.. klaw dah banyak arnab nanti, leyh bagi kat zwan sket.. maw panggang.. haha

Aimifiqa berkata...

HAppy CNY too. =)

Winky Wink! berkata...

bunyi bisnig depa tu nk halaukan hantu2 taw...hantu kacang pun leh lari...lagi kuat, lagi baik..^^

::FAIZ FARISH:: berkata...

aku tahun harimau

ANATI SOKI berkata...

anat tahun kambing!!! oh tidak... kambing itu busuk.. kambing itu malas mandi.
anat wangi.. tp cuma malas mandi je.. hehehehehh :p

ZWAN SABRI berkata...

Aimifiqa : Yeah! Happy CNY..


Winky Wink : oh yeke.. baru taw.. thanks 4 da info.. ;)


faiz Farish : owh.. Harimau ngan kuda siapa kuat? HAHA


Anati Soki : Kantoi Anat malas mandi.. Kompem kalaw pegi kelas pagi2, Anat x mandi tapi just pakai perfume jer.. kan? kan? kan? hehe

nulhazwany abdul malik berkata...

ohoho taun ayam lambat lagi la..
tapi taun arnab macam comel je ^^

ZWAN SABRI berkata...

Nulhazwany : Yup2.. arnab memang comey... ;)

iKhRam berkata...

alamak.. naseb baik bujang lagi.. huhu..
adik bongsu saya lahir tahun arnab..

p/s- rasanya byk juga letak komen kat blog mr zwan ni.. tp nombornyer tetap tak naik2.. asyik sepuluh jer? kenapa ye?

iKhRam berkata...

alamak.. naseb baik bujang lagi.. huhu..
adik bongsu saya lahir tahun arnab..

p/s- rasanya byk juga letak komen kat blog mr zwan ni.. tp nombornyer tetap tak naik2.. asyik sepuluh jer? kenapa ye?

iKhRam berkata...

alamak.. naseb baik bujang lagi.. huhu..
adik bongsu saya lahir tahun arnab..

p/s- rasanya byk juga letak komen kat blog mr zwan ni.. tp nombornyer tetap tak naik2.. asyik sepuluh jer? kenapa ye?

Cikgu Fikri berkata...

ikut kalendar cina,
fiq taun KAMBING...
huhuuhu....
:)

ZWAN SABRI berkata...

Ikhram : Aiseyh, cepat2 la kawen.. nanti leh bagi angpau kat zwan.. hehe.. btw, zwan pown xtaw pasaipa ngan menatang tuu.. huhu


Cikgu Fikri : Zwan tahun Kuda.. ;)

Mohd Ridhuan berkata...

banyak rancangan berkenaan fengshui la...
nasib la...
sekadar tengok...
huhuuhhuuh

SyedGraphiX berkata...

ahhaha...sy ayamm! ;)

ZWAN SABRI berkata...

Mohd Ridhuan : Yeke.. bagus jugak klaw tengok rancangan tu.. leyh taw jugak serba sikit budaya fengshui masyarakat cina..


SyedGraphix : Jangan jadi bapak ayam sudeyh.. HAHA

nmirmo berkata...

meh nak cukupkan 40 komen...hahaha....saya tahun monyet sentiasa....kikiki....wink2...toing2....selamat tahun baru cina mehhhh!!!^_^

zidEL zhafiz berkata...

yay..yay..yay..!!
aku tahun arnab..!!!yihaa..~~~

drmandangmichael@gmail.com berkata...

"Lihat, Aku mengutus kamu seperti domba ke tengah-tengah serigala, sebab itu hendaklah kamu cerdik seperti ular dan tulus seperti merpati.