Pages

Ahad, 13 Februari 2011

Sambutan Hari Valentine : Perlukah?

Yeah! Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi detik 14 Februari bakal muncul dan ianya pasti dinanti-nantikan oleh seluruh pasangan kekasih di seantero dunia untuk meraikannya. Walaupun hari valentine disambut oleh penganut agama kristian katolik, tetapi kini dilihat hari valentine ini juga turut diraikan oleh pelbagai penganut agama yang lain.



Tadi pagi sewaktu selesai kelas industrial relation, aku pun singgahla ke library UiTM Kedah untuk lepak2 sebelum ke kelas business law memandangkan ada gap 1 jam. Sambil lepak2 dalam library UiTM Kedah tu, aku pun selak2la akhbar The Star untuk baca isu2 yang terkini. Nak la jugak tau mengenai apa yang dah berlaku kat dunia sekarang ni memandangkan sebelum ni ada orang yang kata aku ni katak dibawah tempurung, HUHU.



Apa yang aku rasa menarik untuk dikongsi mengenai apa yang aku baca dalam akhbar tersebut dengan hangpa semua ialah pendapat beberapa orang yang berpengaruh di Malaysia mengenai soal sambutan hari valentine ini. Orang2 tersebut ialah Azmin Ali, Karpal Singh dan Datuk Ustazah Siti Nur Bahyah.



Azmin Ali yang merupakan naib presiden Parti Keadilan Rakyat membuat kenyataan bahawa orang islam dibolehkan untuk meraikan hari valentine tetapi ianya haruslah diraikan tanpa melampaui batas. Bagi pendapat peribadi aku, sebagai umat Islam, Azmin Ali tidak sepatutnya mengeluarkan pendapat yang sedemikian dan beliau harus sedar dengan kenyataan yang telah dibuat olehnya memandangkan kenyataan tersebut jelas dapat memesongkan akidah umat islam yang lain memandangkan Majlis Ulama Malaysia secara terang terangan telah mengeluarkan fatwa melarang umat Islam untuk meraikan hari valentine.



Seterusnya Karpal Singh yang merupakan peguam termashur di Malaysia serta pengerusi parti DAP telah mengherdik Pemuda PAS yang mana dalam kenyataan beliau, beliau menyifatkan Pemuda PAS sebagai annoying disebabkan Pemuda PAS melarang aktiviti2 hari valentine serta tahun baru disambut oleh umat Islam di Malaysia. Bagi pendapat aku secara peribadinya, Karpal Singh jelas tidak menghormati agama2 lain di Malaysia. Sepatutnya Karpal Singh tidak boleh mencampuri segala urusan yang melibatkan umat Islam. Karpal Singh juga seperlunya tidak layak untuk menghalang tindakan2 yang dilakukan oleh pertubuhan Islam di Malaysia terhadap umat Islam kerana Malaysia adalah sebuah negara Islam.



Dan yang terakhir ialah Datuk Ustazah Siti Nur Bahyah iaitu penceramah bebas yang popular di Malaysia. Dalam kenyataan Ustazah Bahyah, beliau melarang umat Islam menyambut hari valentine kerana ia merupakan budaya kristian yang boleh membawa ke arah maksiat dan dosa. Kenyataan beliau ini telah mengundang amarah daripada Persatuan Kristian Malaysia yang mana mereka mendakwa bahawa hanya kristian katolik sahaja yang meraikan hari valentine manakala penganut kristian prostestan pula tidak meraikan hari valentine. Dakwa mereka lagi, kenyataan Ustazah Bahyah itu seakan menunjukkan bahawa seluruh penganut kristian meraikan hari tersebut serta mengamalkan budaya maksiat. Pihak TV9 telah memohon maaf di atas ketidaksengajaan Ustazah Bahyah kepada penganut2 kristian memandangkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ustazah Bahyah itu dalam sebuah rancangan di TV9. Pada pendapat aku, tidak kira siapa sekali pun, sebelum kita mengeluarkan apa bentuk ucapan kita, kita seharusnya fikir dahulu apa impak terhadap ucapan kita tersebut kerana sebagai rakyat Malaysia yang hidup dalam pelbagai bangsa, agama, budaya dan bahasa, sudah tentulah pelbagai sensiviti yang harus dijaga dan dipelihara.



Akhir kata, kepada penganut2 agama Islam yang membaca blog aku ini, tolonglah jangan meraikan hari valentine kerana ia jelas bertentangan dengan agama Islam. Jika hangpa nak meraikan kekasih hangpa, kenapa perlu tunggu tanggal 14 februari? Kenapa hangpa tak raikan kekasih hangpa untuk ulangtahun tarikh hangpa berpacaran or berkahwin? Jadi, sila jangan terlalu taksub dengan budaya orang lain sehinggakan budaya sendiri dibiarkan mati begitu saja.

22 ulasan:

nazrul ashraff berkata...

kesimpulannya,,,valentine itu x perlu..:)

Lelaki Ini berkata...

azmin tak boleh fikir kew pasal islam???

nulhazwany abdul malik berkata...

tu la. kalau ye pon nak sambut, sambut la guna tarikh couple tu sendiri. tak payah ikut orang. ^^

tiap2 tahun isu ni mesti jadi bahan debat. hehe

SyahmiFikri berkata...

senang citer..

tak yah sambut!! people know bout da history,,

tp still nak sambut!!

NUR AYNIE berkata...

xyah la nak smbut V day tu...hari len pun blh buat special day utk pasangan masing2 hahaha

.:padie_eyla:. berkata...

orang ramai tafsir kan hari kekasih tu untuk pasangan je. cube jadikan hari tu dgn family. ade sebab kenapa umat islam dilarang sambut hari tu tgk lah dunie skrg.

agama masing2 masing2 jaga. jangan halal kan yang haram. islam itu mudah. kenapa nak ikot dunia luar.? tak bersyukur langsung.

aTeN i_nur berkata...

nampak sgt pembangkang ni x bersatu padu..ermm..kalo da dak dpa politik gak yg aq nmpak..haha..
btw..sah2 umat islam x dibenarkan sambut valentine..lg2thn ni maulud dismbut sehari lepas valentine.so fikir2kan la...kan senior:)

zidEL zhafiz berkata...

ang mest terkejut kalo aku ckp aku ade +ve opinion about valentines day nie..hehe..and ade jugak yg -ve..everybody has their own opinion rite..!! =)

Afzainizam berkata...

_____♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
______ ♥♥♥♥♥♥♥♥SAY NO TO VALENTINES
_______♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥DAY♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
_________♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Sebuah persahabatan....
Terima kasih
kembara ziarah maya”

“Jika benar kamu mencintai Allah, maka ikutilah aku (Muhammad).”

DariAbu Daud meriwayatkan sebuah hadis bermaksud, “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka ia termasuk dalam kaum tersebut”.

Rasulullah bersabda, “Tiada dua orang berkasih sebenar-benarnya melainkan dalam alam pernikahan”.

Keputusan:Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine’s Day. Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.
Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:
"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

iqbalhakimi berkata...

say no to valentine !!

Afikah Aziz berkata...

jom sambut hr 'kekasih' esok...sama2 berselawat ke atas junjungan besar SAW drp sambut hr kekasih yg ni yg dah terang2 haram.... ;)

::FAIZ FARISH:: berkata...

Sedih bila fikir yg malam ni penuhla Hotel-hotel samada murah dan mahal, kekasih bermadu asmara. demi cinta katanya. sangup tergadai dara. lepas 9 bulan, anak dilahirkan, dibuang di longkang atau tong sampah. astagfirulahalazim.

Aimifiqa berkata...

hari untuk bkasih sayang tidak disambut hanya sehari. Malah tiao2 hari dan hereafter, bg glongan yg halal je. Ssungguhnya kasih syg kepada Rasul dan ALLAH adalah lebih diutamakan sbb kasih tu la yg bkekalan~

nur berkata...

14hb tu hari Lt Adnan gugur.. Al Fatihah..
Jemput ke:ALL IN ONE

Afzainizam berkata...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
selamat hari kekasih wahai kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W...
۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
Salam Sebuah persahabatan....
Terima kasih
kembara ziarah maya”
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat sentiasa bersalawat keatas Nabi" Ya Allah! Limpahkanlah selawat serta salam kepada Nabi, ahli keluarga baginda dan para sahabat.

Allah berfirman,' Kami tidak menurunkan kamu melainkan sebagai rahmat kepada seluruh manusia.' (Al-Anbiya':107)

۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞

ZWAN SABRI berkata...

Nazrul Ashraff ; Yeah! Valentine mmg tersangatlah tidak perlu.. huhu


Lelaki ini : Tula pasai.. maybe dia x sedar apa yang dia cakap.. huhu


Nulhazwany abdul malik : Btol tu btol.. guna tarikh couple sendiri kan lagi bagus.. ;)


SyahmiFikri : Tula.. walaupown depa da taw sejarah aritu tapi still tegedik gedik nak sambut jugak.. huhu


Nur Aynie : Yeah! u r totally right.. ;)

ZWAN SABRI berkata...

Padie eyla : Tula pasai.. ada sebab kenapa dia haram disambut.. tak perlu nak ikot budaya orang luar kan.. huhu..


Aten Inur : Tula.. perkara remeh camni pown dah nampak bepecah belah.. so camna lah nak tadbir negara.. ek eh, senior? HAHA


Zidel Zhafiz ; yeah! daripada sambut valentine day on 14th february tu, lebih baek celebrate birthday hang kan.. lagi baguih.. hehe..


Afzainizam : Terima kasih diatas explanation yang panjang lebar tuu..

ZWAN SABRI berkata...

Iqbalhakimi : Yeah! no to valentine.. ;)


Afikah Aziz : Totally agree with u.. ;)


Faiz Farish : Tula pasai.. abela 9 bulan lagi ramai bayi2 yang dibuang merata rata.. huhu


Aimifiqa : Kasih kepada Allah dan Rasulullah yang lebih utama kannn.. ;)


Nur : Owh.. baru taw yang Lt Adnan gugor time tarikh tuu.. ;)

Yua berkata...

setiap hari adalah hari tuk berkasih syg.. so, rasanya xperlu mnunggu hari valentine tuk show off ur love to ur love one.. so, valentine itu xperlu... hehehe :)

Eazy Izzuddin berkata...

tak perlu pun valentine nih...
;)

p/s:
Sesi Terjah SB

Anati Soki berkata...

kasi bakor and kentot2 je kat muka itu karpal singh. hehehe

Mr Hussaini Ghazali berkata...

klassss~