Pages

Jumaat, 25 Mac 2011

... DALAM BOTOL : Hebatkah?



LANGSUNG TAK. Itulah jawapan yang aku boleh bagi kalau orang tanya aku tentang kehebatan filem ... DALAM BOTOL. Pada hari pertama tayangan filem ... DALAM BOTOL iaitu pada 24 Mac 2011, aku berkesempatan menonton filem tu di Central Square bersama teman2 sekelas aku pada pukul 2.15pm. First skali masa aku masok panggung wayang tu, terkejut gila aku sebab dalam bayangan aku, aku fikir confirm penuh gila orang yang menonton filem ni tapi tekaan aku tu meleset sama sekali sebab ternyata tak sampai 20 orang yang ada dalam panggung untuk menonton filem ...DALAM BOTOL tu. Tapi aku masih berfikir positif. Maybe tak ramai orang sebab hari tersebut adalah hari khamis dan merupakan hari persekolahan serta bekerja.




Apa yang aku boleh describe mengenai filem ...DALAM BOTOL daripada permulaan sampai akhir filem tu ialah BODOH dan BOSAN. Bayangkan, dalam masa 30 minit jer tayangan filem tu, dah ramai gila orang yang bangun dan keluar daripada panggung wayang. Mula2 aku nak jugak bangun keluar tetapi kawan aku kata maybe filem ni best time ending kot. Tunggu punya tunggu, akhirnya filem itu tamat. Tiada langsung yang boleh aku kata WOW! kat filem arahan Khir Rahman dan hasil idea penulisan Raja Azmi ni.




Bagi aku, filem ...DALAM BOTOL ni banyak bermain dengan emosi. Tambahan lagi, bagi aku filem ini amat memalukan industri perfileman Malaysia sebab filem ni murah sangat. Pasaipa aku kata murah? Macam2la kemurahan filem ini yang terserlah. Dari segi suara, dialog, kamera, content dan lain2 lagi la. Selama 90 minit aku duduk dalam panggung wayang tu, sumpah aku rasa macam buang masa gila. Dahla, aku malas nak komen panjang2. Akhir kata, daripada 10 bintang, aku bagi 1 bintang je. Okayla tu kan daripada takdak bintang langsung. Kepada Raja Azmi, boleh dikatakan kesemua filem2 anda hanya gah pada kontroversi sahaja tetapi kualiti filem yang dihasilkan adalah hampeh! Jadi, sila jangan nak syok sendiri okay kalau menulis skrip tu. Sebenarnya ini adalah kritikan ikhlas dari hati aku sendiri agar filem anda pada masa hadapan tak berulang macam ni lagi, HUHU...







20 ulasan:

Gimi berkata...

ending nye camne?

Asma Ahmad berkata...

annnuuuuu...!!
dgq tjuk pn aku da asa cm errrggghhhh!!!
snopsis sket. ce cite... ce cite...

IEKAH MOKRI berkata...

uishh bru ingt nak g tgk movie ni weekend ni..tapi.erghhhhh

DanieL AdiE berkata...

Hahaha...Kagum sbb anda g tgk cite nie..

zidEL zhafiz berkata...

1 ja..??
kalo aku x bagi terusss...wahahah!!

ZWAN SABRI berkata...

Gimi : Ending dia? erm, dia lari daripada berkahwin.. HUHU


Asmah Ahmad : Sinopsis? erm, dia pasai pasangan gay. sorang lagi pi buat operation tukar jantina sebab bf dia kata kan best klaw partner dia tu pompuan. then lepas ni buat operation, dia macam ditinggalkan ngan dia punya bf.. so dia pown blk kg and kebetulan bapak dia meninggal.. kat kampung, dia btukar jadi lelaki. then mak dia nak kawenkan dia ngan pompuan kat kg tu.. time nak kawen tu, rahsia dia terbongkar. then abes.. HUHU

ZWAN SABRI berkata...

Iekah Mokri : Pi la tengok.. "BEST" sangat crita tu.. HUHU


Daniel Adie : Kagum? HAHA


Zidel Zhafiz : Aku tak sekejam hang.. aku bagi satu bintang tu pown sebab effort dia.. HAHA

Afikah Aziz berkata...

ika xpnh tgk dn xpnh dgr pun tajuk cmtu hihihi

zidEL zhafiz berkata...

hrmm..x pa la..aku terima alasan ang tu..muahahaha~~~~

RIAN berkata...

tengok gamba kat atas tu pun da macam bosan je. -_-

arep_lockermonth berkata...

tak rase cm nak tgk pon!huhu~

arepnakbebel: bintang ku malap!kenapa ek?

Asma Ahmad berkata...

ceyt... bf dy 2 da gay, dy tw lak nk imagine "gf" dy 2 pmpuan. klu cm2 xyh jd gay la. hahaha...

Ezay Hadry berkata...

ezay memang takkan pergi tengok citer kontroversi camni..lagipun dah tanya kawan tengok preview memang tak besh...so tak pergi la..tapi takpe at least ko dapat gak moral dalam citer tuh..

NUR AYNIE berkata...

DALAM BOTOL??? xpnh tau pun ade cter nie...huhuhu

NadiRah berkata...

tajuk cam best..
tak best ek??
okay2..
skip cite nih..
tgk cite len..huhu

Asyraf Arif berkata...

lahh yekew tak best ? baru nak pergi tgk. haih!

rOck rOck ! berkata...

cita melayu jarang nak ada yg best . hahaha

ZWAN SABRI berkata...

Afikah Aziz : Yeke? Bagusla klaw camtu.. HAHA


Zidel Zhafiz : GOOD! ;)


Rian : Memang bosan pown.. HUHU


Arep_lockerminth : HAHA.. okayla klaw camtuu..

ZWAN SABRI berkata...

Asma Ahmad : Tula.. klaw nak couple ngan pondan, lebeyh baek couple ngan pompuan tulen kan? HAHA


Ezay Hadry : Aku dapat moral dalam citer tuu? Moral apa ek? HAHA


Nur Aynie : Citer ni kontrobersi kowt.. X kan x penah denga? HAHA

ZWAN SABRI berkata...

Nadirah : Skip jangan X skip.. HAHA


Asyraf Arif : tgk crita laen.. :p


Rock Rock : Ada gak crita melayu yg best la.. HUHU