Pages

Ahad, 12 Jun 2011

Ranking Negeri Kejuaraan Piala FA


Semalam telah berlangsungnya perlawanan akhir Piala FA antara dua negeri pantai timur Malaysia iaitu Kelantan dan Terengganu yang bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kehadiran kira2 85000 penyokong telah menyemarakkan lagi perlawanan tersebut yang menyaksikan Terengganu muncul juara apabila mengalahkan Kelantan dengan 2-1. Kemenangan Terengganu ini telah mencipta satu sejarah kerana pasukan Terengganu adalah pasukan terakhir yang berjaya menjulang trofi yang mula diperkenal pada final edisi 2005 itu. Ini kerana, satu trofi baru akan diperkenalkan bermula pada Piala FA musim depan untuk menggantikan trofi sedia ada yang telah digunakan untuk tujuh edisi final.


Tahniah diucapkan kepada pasukan Terengganu! Bagi aku, Terengganu kini mula menunjukkan taringnya dalam arena sukan negara kerana Terengganu bukan sahaja berjaya menjuarai Piala FA, bahkan Terengganu juga turut berjaya menguasai Sukan Malaysia atau dikenali sebagai SUKMA yang sedang berlangsung kini. Jom kita saksikan ranking negeri terkini kejuaraan Piala FA semenjak tahun 1990.. Ayuh kita saksikan!



1
SELANGOR
JUARA = 5 (1991,1997,2001,2005,2009)
NAIB JUARA = 2 (1990,2008)


2
KUALA LUMPUR
JUARA = 3 (1993,1994,1999)
NAIB JUARA = 1 (1992)


2
KEDAH
JUARA = 3 (1996, 2008, 2007)
NAIB JUARA = 1 (2010)


3
PERAK
JUARA = 2 (1990,2004)
NAIB JUARA = 3 (1991,2002,2005)


4
TERENGGANU
JUARA = 2 (2000,2011)
NAIB JUARA = 2 (1999,2004)


5
NEGERI SEMBILAN
JUARA = 2 (2003,2010)


6
SABAH
JUARA = 1 (1995)
NAIB JUARA = 3 (1993,1994,1998)


7
PENANG
JUARA = 1 (2002)
NAIB JUARA = 2 (1997,2000)


7

SARAWAK
JUARA = 1 (1992)
NAIB JUARA = 2 (1996,2001)


8
PAHANG
JUARA = 1 (2006)
NAIB JUARA = 1 (1995)


9
JOHOR
JUARA = 1 (1998)


10
PERLIS
NAIB JUARA = 3 (2003,2006,2007)


11
KELANTAN
NAIB JUARA = 2 (2009,2011)




26 ulasan:

KinosKoko berkata...

eh..sabah xde la tercorot sgt..hehe...proud2

Cikgu Fikri berkata...

wAH...
betul2 buat analisis ni...
ala, melaka tak der lah..
sedihnyer..
uhuhhuh :)

Farhan Ismail berkata...

wah...gud analisis..kelantan memang baru nak naik.. dulu x pernah mng pn..slalu di ranking bwah..

ZWAN SABRI berkata...

KinosKoko : Tahniah Sabah.. ;)


Cikgu Fikri : Xpa2, mana nak taw, tahun depan tahun Melaka.. ;)


Farhan Ismail : yeah. btol tu btol.. Kelantan baru nak menyerlah.. ;)

zizidiazora berkata...

Amboi hang nok...baguih sungguh hang ni..rajin mencari sumber untuk tatapan peminat hang. terima kasih sungguh2 kat hang ni kalau tak semua orang tak tau ni....

fazae berkata...

selangor and KL terhebadd :)

Pak Syahot (sYaHir) berkata...

jieeaaahh!!!n9 pnye rank ok gk tu.... hobin jang hobin...

Ezay Hadry berkata...

bagus2 wat ranking ni..boleh analisa..aha Pasukan Terengganu kira baru nak merangkak ni untuk sukma pun..tahniah jugak yang lain..sama sahaja kita kan 1 malaysia..hehe

StrawKuning berkata...

wah,,,bagus2

aRaN berkata...

Oooo hahahaha

ZWAN SABRI berkata...

Zizidiazora : HAHA.. sama2 kaseh.. Zwan mmg suka bwat analisis ranking2 nii.. HEHE


Fazae : Yeah! Congrats to Selangor n KL sbb still bertahan.. ;)


Pak Syahot : Hobin Jang Hobin ya? Penang pown ada jugak.. Haria Penang Haria.. HAHA

ZWAN SABRI berkata...

Ezay Hadry : Yeah, kita 1 MALAYSIA.. btw, Terengganu mmg hebat.. ;)


StrawKuning ; Thanks! ;)


Aran : O itu bulat.. HAHA

aku_azreen berkata...

hahaa..ni analisis habis ni..tak taw pulak Sabah pernah johan..haha

GaRy™ berkata...

hui...sabah pernah menang??!! cayalah....thumb up!!

tia @ Ini Kisah Tia berkata...

oh sabah .. tapi dah lama ;)

ZWAN SABRI berkata...

Azreen : SABAH dulu hebatlaaa.. HAHA


Gary : Diharapkan semoga Sabah mengualangi kejayaannya dulu.. ;)


Tia : Aiseyh, ramainya peminat sabah.. HAHA

Mr Hussaini Ghazali berkata...

congrats tganu!

Cik Nuqahamna berkata...

alamak...kesiannya johor ):
takper...tunggu jer la nanti johor juara jugak... hahahahah (berangan)

iKhRam berkata...

tahniah kat terengganu..
hobin jang hobin.. hahaha!!

blogtube berkata...

waaa.. kelantan baru 2 kali, itu pon naib juara je!

ronda-ronda bersama My OBW...

Ariz Abdullah berkata...

alahai melaka takde dalam ranking pon?ape pasal ini macam haa? tunggu 20 tahun lagik...

amir aizat berkata...

terbaik laah!!

Hayati Hamzah berkata...

woh sedih perak no tu je ? :((

HAZWAN17 berkata...

johor pernah memang sekali dulu...time tu sekolah rendah lagi tengok kat tv

amna berkata...

ok jugak la johor pernah sandang glaran juara :)

SRenungan berkata...

waa..penang ada jgak..
caya la..walaupun skrng berada kt liga premier..
x per..pelan2.. :)