Okay, kita sambung balik pasai isu pembincangan kita pasai anak luar nikah nii. Kalaw dilihat pada statistik perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara since tahun 2000 until tahun 2008, jumlah anak luar nikah yang telah dilahirkan ialah seramai 257,000 orang. Itu hanya jumlah yang didaftarkan dan tidak termasuk jumlah bayi2 luar nikah yang dibuang di tong sampah, lubang jamban, longkang dan sebagainya. Dan jumlah ni jugak tak termasuk tahun 2009 and tahun 2010.. Kalaw semua ni dikira sekali, kompem bekali ganda lagi jumlah kelahiran bayi luar nikah yang dapat kita saksikan..
Mengenai bulan kelahiran bayi luar nikah yang paling tinggi dicatatkan pada bulan May, September and also November. Dipercayai kelahiran bayi luar nikah yang tinggi pada bulan May disebabkan proses mengawan yang berlaku time malam kemerdekaan detik 31st August.. Jumlah kelahiran bayi luar nikah yang tinggi pada bulan September pulak disebabkan proses mengawan yang berlangsung time sambutan malam New Year pada malam 1st January..(hanya tinggal 13 hari jer lagi sebelum proses mengawan bermula,HAHA). Dan seterusnya kelahiran bayi luar nikah yang tinggi pada bulan November pulak disebabkan proses mengawan yang berlangsung pada Valentine Day pada bulan February..
Cuba kita bayangkan apa akan jadi pada bayi2 luar nikah tanpa bapa yang putus nasab ni pada 20 tahun yang akan datang.. For sure depa perlu berkawen sebab dah besaq and memang dah masok kategori wajib untuk berkawen la kan. Time tu maybe surat beranak jadi syarat wajib untuk pengesahan bagi pihak keluarga bakal mertua.. Bayangkan apa akan terjadi bila si pihak keluarga yang nak nak kawenkan anak depa dengan anak luar nikah ni mengetahui yang bakal menantu depa tu nama takdak bin atau pun bin kepada MAULAD.. Hangpa rasa, depa ni akan senang2 ka nak bagi anak depa kawen dengan anak luar nikah ni? Kalaw depa bagi pown, sebelum tu kompem anak luar nikah ni nak kena menempuhi macam2 rintangan and halangan yang jauh lebih hebat lagi daripada rintangan kat dalam rancangan Istana Takeshi tuu.. Tapi, persoalannya, awat depa diperlakukan macam tu? Depa still manusia yang mempunyai hati dan perasaan right?
Huh! Nak tak nak, kita kena terima jugak hakikat yang masyarakat kita memang akan pandang jelek and hina kat anak2 luar nikah nii. Ada yang tergamak sisih and buang anak ni daripada keluarga depa kalaw dapat taw anak luar nikah ni wujud dalam kalangan keluarga depa. Sebagai contoh drama kat tv3 iaitu ASMARA. Maybe hangpa akan kata, alaaa, kecohla zwan ni.. Yang tu drama jer lah.. bukannye bebetoi pown.. LISTEN! Kalaw benda tu tak jadi dalam masyarakat kita, orang tak bwatla drama pasai tu chek ooii.. So take a note okay.. Drama ni mengisahkan di mana bapak kepada gadis yang melahirkan anak luar nikah ni tergamak mengupah orang untuk menculik bayi tu and jual bayi tu sebab tak mau nama keluarga depa busuk. Kesian kan baby tuu..
Aiseyh, bagi aku bayi tu sikit pown tak berdosa.. Bayi tu adalah anugerah daripada tuhan tapi yang berdosa adalah perlakuan sumbang mak bapak bayi tu. Hangpa ingat baby tu nak ke dilahirkan sebagai anak luar nikah? Kalaw hangpa la kan, nak ke lahir sebagai anak luar nikah? Mesti takmau kann.. Takdak sorang pown kat dunia ni yang sanggup dilahirkan sebagai anak luar nikah. Stigma masyarakat kita selalu memandang negatif kat anak luar nikah ni la jadi penyebab anak luar nikah ni rasa rendah diri and tak bersemangat untuk meneruskan kehidupan. Kalaw situasi ini berlaku, aku rasa orang yang patut kita pandang jelek and hina ialah kepada golongan orang yang pandang serong dengan anak luar nikah ni. Sebab perbuatan depa tu jauh lebih hina daripada B***.. Am I right?
Kepada jantan2 and betina2 kat luar sana, sila jaga maruah anda and sila jaga kemaluan anda okay.. Kalaw hangpa tak sayangkan kemaluan hangpa tu, sila sayangkan zuriat yang bakal lahir daripada benih2 hangpa tu okay.. Kalaw hangpa melahirkan anak luar nikah and anak luar nikah tu dicemuh masyarakat seumur hidup dia, hangpa la PUNCANYA! Hangpa nak ke jadi punca zuriat hangpa tu dicemuh serata dunia seumur hidup? Hangpa baca, Hangpa Tentukan!





