Pages

Selasa, 28 Disember 2010

Selamatkah Pemain Kita?

Tanggal 29.12.2010 merupakan tarikh keramat yang bakal menentukan samada pasukan bola sepak Malaysia mampu atau tidak menutup lembaran tahun 2010 dengan sebuah sejarah manis untuk membuktikan bahawa Malaysia adalah jaguh bola sepak di rantau ini. Tetapi persoalannya kini, selamatkah pemain kita apabila bertandang ke Jakarta kelak untuk menentang pasukan Indonesia?


Setelah kejayaan Malaysia berjaya melemaskan Indonesia dengan jaringan 3 gol berbalas 0 gol di Kuala Lumpur pada 26.12.2010, rakyat Indonesia terus merusuh dengan menjadikan Stadium Gelora Bung Karno sebagai mangsa apabila stadium itu dirosakkan oleh depa sendiri. Lihat, sedangkan harta benda negara depa sendiri pun depa boleh jahanamkan tanpa rasa bersalah, jadi kemungkinan untuk depa cederakan pemain Malaysia juga adalah tinggi.




Sebelum ini pelampau Indonesia yang diketuai oleh Parti BENDERA juga telah menggelarkan Malaysia sebagai Malingsia, MalaysiaL dan juga telah melaungkan ganyang Malaysia dengan membakar bendera Jalur Gemilang serta menghalau rakyat Malaysia yang berada di bumi Indonesia dengan menggunakan buluh runcing. Situasi ini diburukkan lagi apabila Kedutaan Malaysia dilontarkan dengan najis oleh pelampau2 tersebut. Selain itu, depa juga turut tidak menghormati lagu Negaraku apabila berkelakuan jelik sewaktu lagu Negaraku sedang berkumandang. Ini hanyalah sebahagian sahaja sikap liar yang ditonjolkan oleh pelampau2 Indonesia ini terhadap Malaysia.


Apa yang dikhuatirkan ialah setelah penyokong Malaysia menggunakan laser terhadap penjaga gol Indonesia ketika perlawanan yang sedang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur sehingga menyaksikan penjaga gol tersebut menghentikan perlawanan sehingga beberapa minit. Maka tidak hairanlah jika perlawanan Malaysia menentang Indonesia di Jakarta nanti dibayangi dengan tindakan bodoh dan ganas oleh penyokong Indonesia terhadap pemain Malaysia dalam misi membalas dendam.




Jadi, sebagai rakyat Malaysia, ayuhlah kita beramai ramai tanpa mengira fahaman agama dan keturunan budaya untuk mendoakan semoga pemain2 Malaysia selamat ketika di sana nanti dan berjaya menjulang kemenangan Malaysia dalam arena bola sepak di rantau ini. Malaysia Boleh.. !



Barisan pemain2 Malaysia



pssstttt ; Kepada penduduk2 di serata Penang, Cepat tadah ayaq dan simpan ayaq secukupnya sebab hanya tinggal beberapa jam saja lagi sebelum hampir seluruh Penang terputus bekalan air..



25 ulasan:

zidEL zhafiz berkata...

bekalan air terputus ..jgn x mandi plak.. =P

ZWAN SABRI berkata...

Zidel : Xpa2, aku dah tadah ayaq secukup rasa dah... HAHA..

Belalang hijau Perisik berkata...

owh penang x dak ayaq ka bro?
xpa...ayaq laut banyak lagi...hahaha

muhammad iqbal hakimi bin tahir berkata...

bimbang jugak ni wan nak p maen kat sana..huhu..moga2 selamat..amin..

::FAIZ:: berkata...

tak semua orang Indonesia yg jahat. ada jugak yang berhati baik. Bukan nak sokong, tapi aku ada kawan dari indonesia, baik je....

Sha Shakina berkata...

indon ni tak sedar diri la. kte bnyk tlg dorg kt sni tp dorg tak kenang budi. i yakin Malaysia boleh menang. Pape pun Malaysia is the best country in the world. I love Malaysia damn much :)

Anati Soki berkata...

anat bukak portal online indon tau. mmg diorang komen.. menakutkan baca komen diorang.. sume pakat nk balas balik la.. mcm keadaan pemain malaysia.time nk main kt jakarta nnti tak berapa kn terjamin.

anat fllow mellow cni plak ye

ZWAN SABRI berkata...

BelalangHijau : HAHA.. Tula pasai.. seb bek ayaq laut ada banyak.. masin2 pown masin lah.. huhu


IqbalHakimi : Aiseyh, macam hang plak yang nak pi maen kat sana.. HAHA


FaizFarish : Memangla, x semua orang Indon yang jahat.. Orang Malaysia Pown x semua yang baik.. adatla kan.. Tapi orang baek Indonesia tu boleh bilang ngan jari jer.. HUHU..


Shakina : Btol tu btol.. depa mmg x kenang budi.. kita dok banyak tolong depa, lagu ni depa balas kat kita kann.. huhu..


AnatiSoki : Tula pasai.. harap2 pemain2 Malaysia nanti selamatla.. huhu.. erm, owh! Thanks naa.. ;)

noa berkata...

apa??

kat penang takda ayaq??

patut aku masuk blog ni..ada bau ar

ko tak mandi ek

jeng jeng jeng

ZWAN SABRI berkata...

Nora : X mandi barula seksi.. HAHA

Blog Eazy Izzuddin berkata...

x mandi ni
ehehe

hoho
x tau lah nnti
hope pemain malaysia
tabah n menang!
xD

Afiefah Safieni berkata...

dekat kedah ada jaa..

ZWAN SABRI berkata...

Eazy : haha.. tula, x boleh nak mandi lagii.. tp seksi jugak klaw x mandi.. HEHE
Erm, tula arap2 depa boleh mengharumkan nama Malaysia..

Afifah : Kedah mmg la ada ayaq.. arini Penang jer yang xdak ayaq.. HUHU..

Unknown berkata...

hehe siannya x dak aiq hehe
hrp keadaan tu jap ja la hehehe

dan..
taniah utk geng malaysa hehe
3-0..bgus la :D

ZWAN SABRI berkata...

Fatin : Tula pasai... kesian kan? HUHU.. erm, ayaq xdak drpd pukul 7am sampai 7pm.. HUHU..
yeah. Malaysia HEBAT! ;)

Hazwan Hakim berkata...

mintk2 la pemain kita xde ape2...

nape xde air? kena catu ker

ZWAN SABRI berkata...

HazwanHakim : Ek eh, mana ada kena catuu.. depa nak selenggara ngan tingkatkan kualiti air kat seluruh penang nii.. ;)
erm, tula, arap2 depa selamat pergi dan selamat pulang.. ;)

Asmi Asmidar berkata...

hope tak de paperla kan. . .
semoga dorang main dgn baik. .dan mereka sedar kita tak pernah kot buat jahat dgn rakyat mereka yg duduk kat sini. . .
tader la kita buat mcm ape yg mereka buat .
yg ptg MALAYSIA PASTI BOLEH!

ZWAN SABRI berkata...

Mida : Btol tu btol.. sejahat jahat kita pown, kita xdela nak jahat macam depa kan? kan? ;)

asphaq berkata...

A'ah. Bekalan air terputus -.-

MéuzAngelo™ XXIII berkata...

yg aku dgr, dorang sibuk repair stadium yg rosak..

knp xde sebut pasal keselamatan, berapa org polis dikerahkan utk menjaga keselamatan.. xde dgr pun..

dorang pentingkan diri.. sibuk repair stadium sbb takot venue ditukar ke tmpt lain..

isu keselamatan mcm mne pulak?

ZWAN SABRI berkata...

Asphaq : dah mandi? HEHE

ZWAN SABRI berkata...

Meuzangelo : Btol tu btol.. Indonesia kena pastikan keselamatan pemain Malaysia terjamin.. huhu..

Unknown berkata...

aku tak sangka ko ni peminat bola yang tegar.. huuhuhuhu..

ZWAN SABRI berkata...

Shah : Actually aku ni bukan peminat bola tapi cuma patriotik jer.. HEHE