Mungkin ramai yang tertanya tanya, kenapa orang Islam bila sembahyang akan menghadap Kaabah? Tindakan ini seperti tiada bezanya dengan penganut agama lain yang menyembah berhala. Jadi, untuk menjawab persoalan yang timbul ni, jawapannya aku ambil daripada Dr. Danial Zainal Abidin dalam buku beliau iaitu “Persoalan Islam yang Kontemporari”..
Menurut Dr. Danial, kita menyembah sesuatu sekiranya perkara itu kita anggap sebagai tuhan atau wakil tuhan yang layak disembah. Menghadap semata-mata kearah sesuatu tidak bermaksud kita menyembahnya. Sekiranya kita bersembahyang dan pada waktu itu terdapat kerusi di hadapan kita, adakah boleh dikatakan kita menyembah kerusi pada waktu itu? Apabila pelajar sekolah diarahkan menghadap ke bendera Malaysia pada waktu perhimpunan, adakah ini bermakna mereka menyembah bendera itu? Apabila askar diarahkan memberikan tabik hormat kepada raja mereka, adakah itu bermakna mereka menyembah raja itu?
Jawapannya adalah tidak, melainkan sekiranya kita memang beriktikad pada kerusi, bendera, dan raja yang berkenaan adalah tuhan, ataupun perantara kepada tuhan, ataupun mempunyai keunikan dan kekuasaan yang menyebabkan kita memujanya sebagai tuhan. Sekiranya kita bertanya kepada orang Islam termasuk kalangan budak kecil yang masih belum bersekolah perihal Kaabah, tidak ada seorang pun daripada mereka akan mengatakan bahawa Kaabah itu tuhan. Sebaliknya mereka akan mengatakan bahawa kaabah itu adalah kiblat. Sejak dari kecil lagi, mereka dah tahu perbezaan antara tuhan dan kiblat. Tuhan adalah Allah atau kuasa yang disembah manakala kiblat pula ialah arah atau dalam bahasa inggerisnya ialah direction.
Oleh sebab kerana Kaabah itu kiblat dan hanya menentukan arah, dan bukannya tuhan yang disembah, jadi orang Islam tidak pernah membuat patung Kaabah untuk disimpan di rumah ataupun masjid. Patung Kaabah juga tidak pernah diletakkan di hadapan orang Islam ketika mereka bersolat. Kenapa? Ini kerana, apa yang disembah adalah Allah, bukannya Kaabah.

Psssstttttttt : Sekarang memang musim demam ek? Aku pun dah pening2 nak demam sekarang.. Kepada ampa semua, jaga kesihatan ye.. Take care!
21 ulasan:
nice,thnkz 4 sharing....
p/s:mmg msm demam kot,kaaka pn tgh demam..nsb baik cuti sem..uhhhuhu
sara suka ayat perenggan terakhir tu :)
hmm . thanx 4 sharing . :)
tulaa , kaabah tmpt kiblat bkn tempat sembah laa .. ~
kaabah merupakan titik tengah dunie...
i follow you...
follow me back okey...
nice entry n blog yg superb! A+..
http://sabryoppa.blogspot.com/
http://shaberry92.blogspot.com/
okey follow jangan x follow...
budak baru belajar...
betul tu
Islam adalah agama yg mudah jika dipelajari dan dihayati secara teliti..
i see....
perkongsian yg menarik...
sangat teruja membaca..
perkongsian yang sangat berguna dan mungkin menarik minat para pembaca untuk teruskan membaca definisinya yang sebenarnya...:) indeed, i love the last sentence. there explains everything...:) u too take care!
betul betul betul!
take care juga zwan :D
thanks 4 sharing Zwan..
take care juge :)
aku rasa cm dh lama kau menyepi..ke aku yg x pasan kau hupdate2 entri..hohoho..btw, pnh berbahas pasal bnda ni dgn kawan cina aku..dan puas aku terangkan sebaiknya tp dia wat muka blur..geramnyerr..
Bgs entry nie..ada pkongsian ilmu yg baik... Kita boleh jelaskn pd org bukan islam yg x fhm ttg islam.. Utk umat islm plak..bleh kita jelaskn pd anak2 kecil yg masih merangkak utk mdalami agama islam.. Kekadang..kita yg dah dewasa pun masih cetek ilmu agama kan..
good.. thx bagi info
good info ustaz Zwan...hehehehe.. :)
good info..=)
zwan, update shoutbox la
betul tu zwan. kita kena jelaskan kalau ada org bukan islam yg tak paham. kat budak2 yg belum paham pun kena terangkan jugak.
tq sudi share info ni zwan :) jaga kesihatan~
penerangan yang bagus zwan...bagi yang tak tahu boleh la tahu dan cuba faham baik2.....suka part last, penerangan jelas.. :)
Catat Ulasan