Pages

Isnin, 19 September 2011

Hantu Bonceng Hina Islam?




Video kat atas ni adalah salah satu sedutan babak yang boleh dikatakan menghina Rasulullah dan Islam dalam filem Hantu Bonceng. Video kat atas ni diedit khas oleh milosuam.blogspot.com supaya ampa semua nampak dengan jelas babak yang dikatakan menghina Rasulullah tu.



Okay, aku memang dah tonton filem Hantu Bonceng ni kat pawagam masa raya ke-3 hari tu. Bagi aku, Hantu Bonceng memang kelakar habisla walaupun memang tak dinafikan kadang2 unsur2 agama ada digunakan untuk mencetuskan lucu dan lawak. Tapi apa2 pun, aku taknak salahkan pihak produksi Hantu Bonceng mahupun FINAS sebab mungkin depa pun tak perasan ataupun terlepas pandang kesilapan dalam filem ni di mana lakonan dalam filem ni kelihatan seolah olah menghina Islam. Biasalah, manusia kan tak sempurna, jadi perkara macam ni memang tak dapat nak dielakkan walaupun tanpa niat. Cuma apa yang aku harapkan semoga selepas ni pengarah, para pelakon Hantu Bonceng serta pihak FINAS sendiri supaya lebih peka dan tak biarkan pisang berbuah 2 kali.



Okaylah, aku pun tak nak komen lebih2, lebih baik ampa bukak video tu dan ampa saksikanlah sendiri samada penghinaan terhadap Rasulullah tu dengan sengaja ataupun tidak disengajakan. Check it out! ;)



31 ulasan:

kjaharun berkata...

memang perasan babak ni time tgok cerite ni kat panggung..

fuhhh~~

Edy Fee berkata...

bab agama ni serah pada org yang lbih layak..aku pon tak berani komen lebih2.hikhikhik
takut nnt jadi lain..sebab aku ni pon ctek agama.eheh

yad'z berkata...

mungkin tak disengajakan tu...

Zeeqa ~ Ajie berkata...

producer, pengarah, dan sewaktu dengannya memang perlu lebih sensitif pada perkara-perkara yang melibatkan agama terutama agama kita, ISLAM.

vampire and his lady berkata...

o my god. terkejut bhai. tu namanya memang gila sangat2. 4 sure.

pudenz berkata...

huhu...tak prasan lak part tuh... huhuh..

Syahir Ramli berkata...

mmg dh agk dh..isu hina islam dlm hantu bonceng mmg akn timbul...sbb mmg jelas la ble klimah syahadat dimain2kan....mgkin bnde tu dorg anggp humor tp bg sstgh org mgkin xley trime...hrp pasni dorg sdar la kann...

Dhiya Fariza berkata...

i like ur statement/comment on this movie. polite indeed :)

ZWAN SABRI berkata...

kjharun : Yeke? zwan langsung x perasan.. maybe sebab dok gelak je kat dlm panggung tu sbb tu x prasan.. HAHA


Edy Fee : Tawu xpa.. aku pown takut nak komen lebih2.. siapalah aku kan nk komen lebih2.. aku pun slalu buat dosa.. HEHE


Yad'z : Tula.. maybe depa x sengaja kann.. tp lain kali depa kena lebih peka la.. ;)


Zeeqa - Ajie : Yup2, depa kena lebih sensitif.. takpa2, maybe this can be lesson for them.. ;)


Vampire : Zwan pun tekejut jugak sbb masa zwan tgk filem ni, zwan langsung x prasan.. tapi nk bwat camna, benda dah jadi kann.. ;)


Pudenz : Samala dengan aku.. Aku pun tak perasan jugak part tu.. HAHA


Syahir Ramli : btol tu btol.. tambah2 pulak majoriti penduduk Malaysia adalah beragama Islam.. so depa kena peka sikitla kann.. ;)


Dhiya Fariza : Thanks Dhiya.. ;)

ZaNa aDieyZa berkata...

bg akk, lps ni pengarah & penulis skrip kena lebih berhati2 dgn isu berkaitan agama ni.. maybe kali ni diaorang terlepas pandang but lps ni mestilah elakkan dr perkara yg sama berulang kan..

aiman fanboy k-pop berkata...

malangnya cite ni pon belom tengok lagi...thank share video tuh okeh??

::FAIZ FARISH:: berkata...

aku blm tgk lg crita ni...
tp lps tgk video kau, aku rasa tak nak tgk langsung....
Kenapa ek jd mcm tu? hm...

khairul berkata...

pd pandangan saya ada lagi satu yg pengarah telah abaikan @ mungkin d sengajakan..mcm mana Ayu tu boleh duduk sekali dgn dua2 jantan dlm satu rumah ?kan bukan muhrim tu !

syazwiena khan berkata...

bukan babak tu je .
ada lagi babak yang dorang dgq tazkirah kat surau dgn cat farish . pastu buat nngis trok2 . mempersenda jgk tu . david teo hat penerbit cina pon tak buat gmbaq cmni . ni plak ahmad idham :)

DanieL AdiE berkata...

Dah agak dh..mst akan ade blogger yang timbulkan isu ini..

Erm...bab agama ni biar orang yg lebih arif beri komen...

nub berkata...

mungkin time aku tengok, aku x berapa nak feel lawak. so aku kureng dengan cerita ni. hehe

zizidiazora berkata...

Rasanya mungkin dorang terlepas pandang dalam perkara ni tapi walau bagaimanapun semua tenaga produksi harus peka dan sensitif dalam hal ini sebab majoriti yang menonton filem ini adalah orang melayu beragama islam. memang nampak simple tapi ini melibatkan hukum. walau bagaimanapun setuju dengan pendapat adie, bab agama ni biar orang yang lebih arif beri komen.

GaRy™ berkata...

erk... aq tak perasan lak masa 1st time nonton filem ni... T^T

Anum berkata...

anum belum tgk
nanti anum perhatikan

Siti Nurazlinda berkata...

linda pun dah tengok cerita ni , tapi tak terperasan pulak . betul lah cakap zwan , kadang2 kita buat sesuatu tanpa niat tapi disalah ertikan oleh orang lain . :)

OrAng_PeRLiS_mEnULiS berkata...

ORANGPERLIS MENULIS (update):
: Kesalahan dalam filem HANTU BONCENG didedahkan

pada aku, xde pape pun. Si Amran tu terbaca kalimah syahadah sekejap saja.. yang dia tersebut syaitan tu, sebab dia nampak Halimatun tu macam hantu dalam mimpi... 2 je... xde menghina pun pada aku.. huh...

AIEN NOT ALIEN berkata...

cerita ni kalau tengok sekali lalu..buat gelak boleh la..

part yang itu...jadikan iktibar...

Cik tikah berkata...

siapa pengarah cerita ini? kdg2 lakonan yg dorang lakonkan itu, saje nak bawa unsur yg -ve.

miemie rara berkata...

first time tgok cite ni tak perasan pape pun. pastu dua kali tgok baru perasan. mungkin dia tak sengaja kot. pape pun kena jadikan sebagai pengajaran :)

iKhRam berkata...

bersederhanalah dalam apa jua yg dilakukan
bila berlebihan perkara yan baik akan namak kekuarangannya

apatah lagi jikalau sampai menghina-hina..

ZORA berkata...

mngkin kesilapan yang tak disengajakan kot...

hyz berkata...

tunggu respon pihak terbabit...

zati embong berkata...

walaupun kdg2 berlakon ni spontan, tp kata kena jaga..jat time tgk x perasan plak.

nazirah berkata...

da tak bole bukak da video tu la zwan . tpi takpela .. yg pslni .. cci pn tak taw nk komen ape zwan huhu ;)

Tanpa Nama berkata...

Isu nya bukan la sama ada sengaja atau tak sengaja, msj ataupun xde msj. tp tiap sesuatu tu ada batasnya. syahadah ni batasan antara islam dan kafir.syahadah ni rukun Islam.Kerana syahadah orang kafir bole masuk Islam, dan kerana syahadah jugak orang islam boleh jadik kuffar.

renung2kan dan selamat beramal

Tanpa Nama berkata...

Orang yang menghina atau menfitnah Nabi Muhammad atau Islam bererti orang tersebut telah menafikan salah satu dari Rukun Iman. Pelakun Hantu Bonceng menghafal skrip anti-Islam tersebut dan pengarah menentukan pelakun itu berlakon mengikut skrip. Ini bererti penghinaan terhadp Islam dan Nabi Muhammad sengaja dilakukan!

Jika kita menonton Hantu Bonceng, kita akan dapati nama nabi Muhammad disambung terus dengan perkataan ‘syaitan’ maka tidak timbul masalah senafas dua nafas seperti akad nikah! Amatlah memalukan pihak penapis filem dan JAKIM cuba mempertahankan Hantu Bonceng dengan alasan bodoh!

Kita memang tahu pihak penapis filem telah meluluskan banyak filem tahyul untuk ditonton oleh orang ramai. Apakah alasan JAKIM dan LPF meluluskan banyak filem tahyul yang bertentangan dengan Islam?

Dari Abu Zar, r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. memerintahkan daku dengan bersabda: “Hendaklah engkau memohon perlindungan Allah daripada angkara syaitan-syaitan manusia dan jin” Aku pun meminta penjelasan Baginda s.a.w. dengan berkata: “Ya Rasulullah, adakah manusia juga menjadi syaitan-syaitan.” Baginda menjawab: “Ya benar! “.
(Imam Ahmad, Ibn Marduwaih dan al-Baihaqi)