Pages

Jumaat, 16 September 2011

Bersin OK, Menguap K.O?

HaaaaaaaaaaShiimm! Mesti tersedak orang2 yang bernama Hashim, HEHE.. Sorryla, terbersin pulak. Maybe sebab blog ni dah bersawang and berhabuk kot. Tapi takpa, biar bersin kalau bukak blog ni, tapi jangan menguap sudahla ye kalau bukak blog ni sebab bersin tu kan bagus tapi menguap tu kan tak bagus..



Erm, pasaipa bersin bagus dan menguap tu tak bagus? Bersin bagus sebab bersin adalah satu nikmat yang dikurniakan Allah kepada manusia, di mana bersin mampu menolak penyakit dan juga tanda seorang itu dipelihara Allah akan kesihatannya dan sebagai rahmat dari Allah SWT. Tetapi “Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan benci terhadap menguap." Kenapa? Allah membenci menguap sebab menguap adalah petanda seseorang itu banyak makan, yang pada akhirnya membawa pada kemalasan dalam beribadah. Menguap adalah perbuatan yang dibenci oleh Allah, lebih2 lagi ketika waktu solat.



Jadi kepada sesiapa yang bersin tu, ucaplah Alhamdulillah serta jangan lupa letak tangan atau kain di mulut ketika bersin and rendahkan suara ketika bersin sebab bersin dengan suara yang kuat datang daripada syaitan. Kepada sesiapa yang terdengar orang bersin tu, ucaplah يرحمك اللهtapi kalau dia bersin lebih daripada 3 kali, doakan jela semoga dia sembuh sebab kalau dah bersin lebih daripada 3 kali tu dah petanda dia diserang penyakit.



Kepada yang menguap tu, jangan lupa beristiqfar ye dan jagalah adab-adab seperti menutup mulut dengan tangan atau kain, tidak mengeluarkan suara yang kuat ketika menguap dan tidak membuka mulut dengan lebar kerana akan diketawakan oleh syaitan. Okaylah, kepada seluruh warga Malaysia, SELAMAT HARI MALAYSIA.. ;)






Baguih betoi kucing nii.. Ampa semua patut contohi kucing ni taw.. kalau menguap, jangan lupa tutup mulut.. ;)


Kalau nak bersin, jangan lupa tutup dengan kain okay.. Kalau tak, nanti tersembur habis segala kuman2 tu semua, HAHA..



27 ulasan:

Azham Vosovic berkata...

huhuhuh, sy selalu menguap... x bagus kan>

khairul berkata...

jgn nganga luas sangat nanti bapak setan masuk dlm mulut

miss Fyqa berkata...

okay2.. tutup mulut. Hehe

Slmt Hari Malaysia jugak buat Zwan :)

justcallmeanis berkata...

ok biler bersin kuat2 rasa mcm dunia ni kita punyee.. puas gile.. ahahahha :DD

nuna eiya berkata...

fuhh,,nuna sehari bersin da lebih dari 3 kali..haha..

Wan Ahmad Izudean berkata...

bersin ni adalah satu daripada nikmat Allah..!

Dhiya Fariza berkata...

Lesson learned. Thank u :)

zizidiazora berkata...

haaa....baru la takda sawang. kan dh bersih rumah tu..so dah tak berabuk lagi. jadi takdelah nak bersin2 lagi. hehe...

DanieL AdiE berkata...

Nice info..

ape2 pon, kedua-duanya kene tutup mulut kan?

ain dzaya berkata...

kucing tu...kene mamam tgn baw taw la....hik4

cik idora berkata...

kalo bersin kne ttop dgn tisu kn??
hehe...

Fadzmie Mohamad berkata...

Ada orang, kalau menguap, kalau takde bunyi sekali, tak feeling. Mesti nak ada 'huaarrggghhh' sekali. Hahaha.

Noraien berkata...

klu menguap tue jgn lpe tutup mulut,nti kua bau lain plak..hahhaa


selamat hari Malaysia :D

Edy Fee berkata...

sweet giler kucing tutup mulut tu.hahaha
hurm aku ade dengar gak sal dalil yang allah suka org bersin tu..hehehe nak bersih tiap2 hari la

Kakkoii berkata...

orng kate kalo bersin tu dpt kuarkan setan2 dekat hidung tu.. wallahualam..

Tapi nikmat bila bersin sekali sekala, perit bila bersin selalu...!

Princess Nusy berkata...

hehe..tp dua2 kne tutup mulut.. ^^

Nur Ayuni berkata...

wah...baru tahu.. thanz share zwan.. bersin memang sangat nikmat.. bersin pun kena jaga bunyi..hahaha :P

HazwanDotCom berkata...

menguap dengan bersin
dua-dua kena tutup mulut...

Saiazuan berkata...

i learn something from this.. :)

::FAIZ FARISH:: berkata...

blog kau ni mcm2 info... kadang2 tak terfikir dek akal

iKhRam berkata...

ok
nak bersin jer.. tak menguap lepas nie.. hahaha

tetap macam dulu, tetap menyukai blog anda, mr zwan sabri

PeRmAtA bIrU berkata...

hurm.. betul tu... kalau bersin kena tutup mulut sebab virus... kalau menguap pon kena tutup mulut sebab menguap sebenarnya boleh berjangkit.. kalau si A menguap.. si b n c mesti akan turut menguap selepas itu..ni fakta... kalau rajin zwan search la tentang menguap dalam sains..heheh..:)

zati embong berkata...

alala comel sgt2 gmbr 2.eii geram nk gigit tgn kucing 2!

sitihanisahali berkata...

kadang2 menguap dalam solat.benci sbb mcm hilang fokus.sobbss :(

Saiazuan berkata...

mohon guanakn sikit informasi dari entry ni :)

rozeeta rashid berkata...

saya selalu menguap. especially kalau tempat ada aircond. haha. cara kurangkan menguap takde ke? =D

IZYAN KAHER berkata...

cuba bersin bukak mata :)

#scary fact:
pressure ys terhasil dari bersin tu boleh buat mata kita terkeluar dari landasan. :D aha.