Pages

Sabtu, 1 Disember 2012

Lawak Dulu Dan Lawak Sekarang



Bila cakap bab lawak ni, perasan tak yang lawak ni sebenarnya kena selalu up to date.. Kalau dah out of date, kita buat lawak macam mana pun, orang tak akan gelak.. Pendek kata, lawak ni kena ikut peredaran zaman.. Lawak hari ni dah tak sama macam lawak dulu2.. Lawak sekarang kena ada research.. Kena kaji dulu tentang cerita yang nak kita bawak and cerita tu mestilah orang lain pon tau.. Kalau kita sorang je tau cerita tu, nanti lawak kita akan jadi lawak SS, Lawak Syok Sendiri.. Kita buat lawak, kita jugak yang gelak..



Cewah! Dah macam pengkritik Maharaja Lawak Mega 2012 dah aku ni, HAHA..  Tapi betoi apa, cuba tengok pelawak2 otai macam kumpulan DaDiDu dengan PMai.. Walaupun masa dulu2, depa memang terkenal dengan aksi lawak depa tapi bila tengok MLM 2012, lawak depa macam dah tak menjadi.. Dah basi and no more sense of humor dalam persembahan.. Kalau ada pun, sikit sangat.. Maybe depa still nak mengekalkan lawak depa macam masa dulu2 tapi hakikatnya orang lani dah tak layan lawak macam tu.. Orang sekarang layan lawak gila2 macam Jozan.. Lawak spontan tanpa diduga macam Jambu or mungkin lawak double meaning macam Balas.. Oppss! HAHA



Nak bagi orang takut, senang je.. Nak bagi orang marah, senang je.. Nak bagi orang menangis pon senang je.. Tapi nak bagi orang gelak tu yang payah tu.. Kepada yang berjaya buat lawak yang boleh buat orang gelak sampai tak kering gusi, orang tu memang hebat.. Apa2 pun, selamat berketawa.. Ketawa mampu mengurangkan risiko sakit jantung.. Tapi awas! Jangan gelak sangat sebab orang tua2 cakap, kalau terlampau gelak, nanti akan menangis.. Yeke? Entahlah.. Hi Disember, Bye November.. :)




Psssttttt : Good Luck kepada Harimau Malaya yang bakal menentang Garuda pada malam ni.. Ayuh! Tonjolkan taring and baham garuda sepuas-puasnya.. Jangan hanya mengaum je kuat tapi hampeh.. Malam ni jadi Harimau jangan jadi Harimeow.. Malaysia Boleh!

19 ulasan:

hawiz berkata...

ketawa bersamaaa...ehh..nyanyi laks!..hihi

zizidiazora berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
zizidiazora berkata...

Hai zwan...apa kbr. lama tak jengok sini. sorry..

Ni ada info tambahan sikit - Ketawa bukan hanya berfungsi sebagai penawar kesakitan tetapi turut berkesan mengurangkan berat badan kerana ia berupaya membakar sehingga 2.2 kilogram lemak setahun, kata saintis.

Sementara ketawa bersungguh-sungguh menggunakan tenaga sama untuk berjalan lebih 0.8 kilometer.

Ia didapati satu rangsangan menyebabkan banyak otot bergerak dan turut membantu jantung berdegup lebih laju.

Cik F berkata...

Oooo betul tu! Bukan senang nak buat lawak sebenarnya. Tapi nak buat orang bengang ke menangis memang senang!!! hehe

khairul hassan berkata...

apa pon..lawak P Ramle la paling best

show lagi..http://www.gilamodified.com/2012/12/the-library-opening-ceremony-autoshow.html

Dianaa berkata...

yes, betul tu. even diorang kata otai lawak dan sebagainya, bila dah ulang-2 lawak yg sama, jd tak best

**pi la apply jd juri MLM :p

Pemikir berkata...

satu ulasan yang menarik...

luqman zakaria berkata...

betul tuh zwan..nak bg orang gelak paling susah..kang buat lawak..pastuh tak menjadi...rase akward pulak..huhu

Razman Kamarudin berkata...

kalo lawak xjadi boleh dengar bunyi cengkerik.. krik krik.. hahaha

PeRmAtA bIrU berkata...

setuju... kesian lak bila tgk kumpulan dadidu n pmai... sebab nak tolong gelak pon x tahu apa yang lawak... hurm...

misz aisya berkata...

aku prefer lawak bersih mcm JAMBU. xbnyk dialog, dgn muka bodoh n unpredictable.

JOZAN best jugak sbb peminat dah faham karektor diorang.

hmm nabil xpatot gabung dgn boboi. kureng umpphh.

Aien Alien berkata...

layan juga MLM 2012 tu, betul la kita ketawa dengan lawak spontan macam JOZAN dan JAMBU sebab apa sebab kita faham....dan benda tu fresh untuk membangkitkan ketawa kita. ternyata memang susah nak buat orang ketawa.


otai lama...macam SABON lawak juga, lawak terkawal. hehe.. Tempunan Telur Temangkol..LOL

Phat berkata...

lawak yg hebat dtg dr hati yg ikhlas ceh ceh

muhammad fakhar muhammad nur berkata...

As Salam, i am currently conducting a survey about mosque in Malaysia for my master thesis. it would be a big help if u could help me to answer the survey. Thanks in advance.
https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dGhMa19JeDlpZ04xajZTVnROYVl2cWc6MQ#gid=0

Cikgu Fikri berkata...

rasanya dh 100 tahun xdtg blog ni... (hiperbola sgt..)
huhuhuh..
yes btol tu..
bkn senang nk wat org gelak..
kadang2 gelak tu dtg sndiri even org buat lwk tu tak rasa pun yg dia tu wat lwk..
tp org still gelak ngan keletah dia..huhuhu..

Wan Ahmad Izudean berkata...

wow.lama gila tak datang blog ko sejak delete blog lama.huhu

betul.sekarang kalau geng2 senario wat lawak (bunyi cengkerik). lawak lama. lol

Edy Fee berkata...

kalau ngan aku buat lawak tak kene tempat pon takleh gak..naik marah ja.hahaha

Geng Lepak berkata...

Hahhaa..good reviews..agree with you..buat lawak tak kena gaya buat aku muntah adala..ha ha

NAZRUL AZAT berkata...


lawak la ni mesti punya lah selit hat 18sx sket baru org gelak, tp pada aku lawak harith iskander mmg lawak terbaik !!!