Pages

Isnin, 24 Disember 2012

Loghat Orang Utagha



Akhir bulan 12 ni, mesti ramai yang merancang untuk bercuti bersama keluarga untuk habiskan sisa2 cuti tahunan dan mungkin jugak menghabiskan baki cuti sekolah yang tinggal beberapa hari saja lagi atau mungkin jugak bercuti sempena cuti Krismas atau mungkin jugak cuti tahun baru atau mungkin jugak nak berbulan madu (almaklumlah banyak sungguh kenduri kawen time cuti sekolah ni). Bila cakap pasai destinasi percutian ni, semestinya negeri2 di Utara Malaysia menjadi tarikan utama untuk bercuti.. 



Kalau di Utara Perak, kita ada Zoo Taiping, Muzium Taiping dan sebagainya.. 
Kalau di Penang, sekarang tengah giat aktiviti Pesta Penang sepanjang bulan 12 di Tapak Pesta Sungai Nibong dan jugak Penang tersenarai oleh Yahoo sebagai 10 pulau yang wajib dilawati di dunia dan Penang jugak disenaraikan oleh UNESCO sebagai bandar warisan dunia.. Penang jugak merupakan syurga makanan dan syurga beli belah dan ada banyak tempat2 menarik yang boleh dilawati.. (Opsss! terPromote lebih pulak Penang) 
Kalau di Kedah, kita ada Pulau Langkawi.. Pulau yang setanding dengan Bali dan Phuket.. 
Kalau di Perlis, kita ada Padang Besar.. Kawasan beli belah yang terkenal.. 



Jadi bagi anda yang nak bercuti di negeri2 utara ni, sepatutnyalah anda kena tahula serba sikit loghat utagha ni supaya nanti tak ada misscommunication. Okay, sempena hari ini bertarikh 24 Disember, so aku akan ajar 24 perkataan dalam loghat utara.. Jom! 



1. Belemoih = Comot 

2. Awat = Kenapa 

3. Penyegan = Pemalas 

4. Pancoq = Bilik Air 

5. Ligan = Kejar 

6. Ceroi = Air cair tak pekat 

7. Qenyih = Senyum 

8. Cemuih = Bosan / Jemu 

9. Sekupang = Sepuluh Sen 

10. Ketegaq = Degil 

11. Melilau/Melewaq = Merayau 

12. Pengkaq = Tempang 

13. Butuh/Pelaq = Kemaluan Lelaki 

14. Burit/Poen = Kemaluan Perempuan 

15. Hang = Awak 

16. Depa = Mereka 

17. Hampa = Kamu Semua 

18. Ceq = Saya 

19. Qhabat = Panjat 

20. Anak Menakan = Anak Saudara 

21. Mengacom = Mengadu 

22. Marka = Kekasih 

23. Tak Dan = Tak Sempat 

24. Mangkaq = Bodoh 



Yeay! Hampa dah pandai dah cakap loghat Utagha.. So, jom kita melancong ke negeri2 Utagha.. Jom! ;) 





Pssssttttttttt : Semalam aku ada melawat adik kawan aku kat Hospital Seberang Jaya.. Nama adik dia Ikhwan.. Teruk jugak dia eksiden.. Kaki patah, putus urat, sendi tekeluaq, calaq toksah dok cakapla.. Apa2 pun jom kita doakan supaya dia cepat2 sembuh dan dikurangkan kesakitan dan ditambahkan kebahagiaan.. Amin!

25 ulasan:

Anum berkata...

yes dah pandai2

Wan Ahmad Izudean berkata...

wan.bila aku cuba cakap utara mesti kawan aku cakap

hang takyah cakap la, bernanah telinga aku dengaq. hahaha

dorang cakap gred utagha aku C- LOL

Mungkin kena duk kat utagha kot baru dapat loghat dia. haha

Syahir Ramli berkata...

kalau org utagha panggil air cair tak pekat=ceroi, kami org nogori pnggil air mcm tu JALANG...hehe agak kasar jgk la bunyinye klo yg xtaw...

CekbOlat-bOlat berkata...

neyy . cek mai dh . bolat org Kedah . kalau mai Kedah pi la sekali pdang besaq kan . tapikan bgi cekbolat,Penang la tmpat pling best . tataulah kenapa . kdg2 cekbolat dgn family mngidam pasemboq ptg tu pi malam blik . haha

Mohammad Syafiq Zulkarnain berkata...

Amboi giat sungguh update entry baru ya... hehehe, wan ingat final... wan hahah..

ieda berkata...

aduhhh memang terbelit ..
tapi akak suke dgr ! ;)

khairul hassan berkata...

dan lagi hang buat panduan utk org luaq haha..apa pon ..thn ni x sempat nk p pesta penang

diana berkata...

bila entah nak pi padang besaq....nak pi pesta penang kena pi awai.satgi sangkut jem,naya ja.serik dah pi pesta penang dulu.tempat parking jauh pulak tu.sampai la tak pi dah..

luqman zakaria berkata...

3 thn aku dok aloq setaq ! byk bende aku tahu,,,even speaking utaqha x bape nk lepas tp byk words yg aku tahu..

Cik Tia berkata...

bertambah lagi pengetahuan bahasa :)

Ayie berkata...

sat lg, pi cari awek utagha naaa.. hahaha

kak nora berkata...

serumpun sebangsa satu malaysia..bangga kot..

cikguHidayah berkata...

kena blajaq ni..hehe :)

NAZRUL AZAT berkata...

rindu nak balek kedah habaq ang, huwaaaa !!!!!!!!!

Nmg Norizan berkata...

wah best2x.awat,ceq,depa tu slalu jgk dgr kt tv.lau cmni sy nk promote mly sarawak n mly brunei gak pas ni..hehehhe.

yana berkata...

cheq oqang utaqa :)

ASYRAF LAZIM berkata...

loghat orang utara mmg best .. :)

iKhRam berkata...

tetap tak boleh lupa..

cerita tiga kupang 5 duit

masa tu saya baru berpindah ke butterworth.. dan sekolah di sek dato onn..

utk hari pertama persekolahan
saya nak beli sandwich bergoreng..
bila saya tanya mak cik kantin tu..

'Mak cik, berapa harga?"

"tiga kupang lima duit"

saya garu2 kepala..
tiga kupang saya tau.. 30 sen

tp yg 5 duit tu..??

saya pun berfikir...

agaknya tiga kupang lima duit tu..
30 sen darabkan 5 kot..

uish
dah jadi RM1.50

saya pun tercakap dlm hati
kire orang utara ni mmg nak kene pandai kira-kira kalau macam ni.. huhu

saya pun bg la RM2

tetiba mak cik tu pun.. kenapa byk sgt bagi..

bila dapat baki duit, baru saya faham.. memang besar lah ketawa

rupa2nya
35 sen

hahaha

eszyamin berkata...

no 13 dgn 14 tu paling org kena tahu..haha

Princess Nusy berkata...

mai makan durian Balik Pulau,Penang..hehe..best! =)

Rizal Sadiman berkata...

Haha betul la tu..aku dr perak tp tau jgk la nk guna perkataan ni haha

http://igossiprizal.blogspot.com/

Aien Alien berkata...

ada yang baru belajar. ada yg dah memang tahu...kawan kedah ajar dulu. hehe. boleh la g utara pasni...hehe

Dhiya Fariza berkata...

woah tak tahu pun fakta tentang tempat yg zwan nyatakan tersenarai dalam list hebat dunia. foah. and dhiya suka sgt dgr org cakap kedah. 24 perkataan tu very helpful! dah save. majority kawan2 dhiya dari kedah penang ni bijak2 semuanya.

Cikgu Fikri berkata...

owh.. Mangkaq tu bodoh rupanya.. nk gunalah perkataan boleh tak? huhu :)

Azham Vsvc berkata...

weh...awat ada perkataan untuk kemaluan lelaki dan pompuan gak? Cheq segan la hahaha.....

by the way, dah lama tak cakap guna loghat Utagha hehe *statement!