Pages

Khamis, 20 Disember 2012

The Hobbit di Amanjaya Mall




Dah tengok filem The Hobbit : An Unexpected Journey? Memandangkan polis telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada lagi pergaduhan antara kaum di Sungai Petani, Kedah, so semalam  aku dengan sorang lagi housemate aku pun decidela nak  pi tengok midnight show filem The Hobbit 3D kat Amanjaya Mall, Sungai Petani sebab nak release tension daripada beban assignment, test, research semua tu..



Kami bertolak dalam pukoi 11.30 malam sebab show time pukoi 11.45 malam.. Dalam perjalanan tu, ada roadblock polis.. Polis tak check apa pon cuma dia tanya kami dari mana, nak ke mana and atas tujuan apa.. Time tu aku dah mula risau kalau2 pergaduhan kaum tu still wujud. Apa pun, kami still meneruskan perjalanan.. Masa beli tiket wayang and time nak ambil spek mata 3D tu, sorang abang pekerja panggung wayang tu tanya kami, eh ampa mai berdua je ke tengok wayang? Aku pun jawab yela, awat?



Then terus abang tu bagi nasihat suruh berhati hati sebab kejadian kelar mengelar antara pelampau hindu dengan melayu still terjadi.. Dia kata tadi (semalam) pun still ada kes kelar mengelar.. Hindu kelar melayu, melayu kelar hindu..  Then aku persoalkan la balik apa yang abang tu cakap.. Aku tanyala, bukan ka polis kata depa dah berdamai.. Abang tu pun balas balik.. Abang tu cakap, itu polis je cakap sebab takmau rakyat panik memandangkan isu pasai situasi ni dah tersebar meluas ke seluruh negara.. Ni kan isu sensitif, so polis takutla ia akan menggugat ketenteraman negara.. Sebab tu polis cakap semua dah okay walhal hakikatnya ia still berlaku.. Apa2 pun kita doakan semoga segala pergelutan kaum ni cepat2la berhenti.. Amin!



Okay, berbicara mengenai filem The Hobbit pulak, bagi aku filem ni takla best sangat seperti ramai orang cakap.. Mungkin sebab aku tak tonton filem “The Lord Of The Ring” kot sebelum ni sebab tu aku tak dapat nak feel dengan filem The Hobbit ni.. Paling aku tak suka dengan filem The Hobbit ni ialah part ending dia.. Memang tak best langsung.. Ending macam tergantung pun ada and yang penting ending dia langsung tak meninggalkan impak kepada penonton.. So aku bagi 3.5 bintang  jelah..



Pssstttttttt  : Kepada adik2 yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR, TAHNIAH!

14 ulasan:

Unknown berkata...

haha.
aku pun tak tgk cerita ni..
bosan2!

6 Gemilang berkata...

u have to watch the lord of the ring first then barulah u boleh paham jln citer die. and ending die adalah beginning utk part 2. sebab citer ni ade 3 parts :)

psl sp lak, tu lah. i pon x caye ape yg polis cakap. mcm nak cover line baik punye. takot pulak nak balik sane. :(

PemilikCahaya berkata...

errkk..xbest ke? baru bersemnagat nk gi tonton study week ni..hehe..

eh zwan, aku sbnrnye dh malas nk dgr kes gaduh2 kaum ni.sbb yg lahanat ni bape kerat je..ramai lg rkyat yg baik..x giteww..hehe

Mira Rasidi berkata...

eh..ade lagi kelar mengelar nih..?saye sllu jugak turun sungai petani ..takot jugak..^ ^

Unknown berkata...

cik siti baru ja balik sp...huhu..nasib baik umah bukan kat sp utara...huhu

Unknown berkata...

larh.. ending dia tergantung ae?
aritu tringn nk g tgk..tp xjd plak..
huhuhu..
utk citer hantu kak limah tu plak,
toncit tu katanya diambil drpp salah satu dialog dlm drama P.Ramlee iaitu jin pakai toncit..tp toncit tu tak tau plak apa.. td aku search gak kamus dewan online..takder maksud...
huuhhu :)

Dhiya Fariza berkata...

HAAAA tgk LOTR duluu. hehe dhiya belum tgk hobbit ni. nak kena balik Malaysia dulu hehe tapi tak silap cerita ni ada sambungan kan? mungkin sebab tu ending dia cam tergantung? mcm LOTR jugak.

Tanpa Nama berkata...

belum tengok lagi..

final exam fever :(

kurus berkata...

uishh risau je ngan kata2 abang tuu
betul ke ada kes kelar mengelar nie .. bukan main2 tau
dlm papaer dah ada amaran dari polis jgn sebarkan berita yg boleh nakutkan rakyat
tapi nie semua bukan boleh simpan kan , last2 rakyat tahu , dari x berjaga2 kita kenalah berjaga2 , akak rasa itu lebih penting . huhuhu

hurmmm ramai cakap sedap dan ada cakap oklahhh .. sib baik x tgk ekeke .. akak suke narnia lagi kuut .. lebih happening ! ekkeke

Tanpa Nama berkata...

Tak best eah?Oh.Tak payah tengok la macam tu.

BTS berkata...

ada yang kata menarik sgt

Admin berkata...

lama sungguh la x tgk wayang..bila zwan nk belanja bro ni hehe

KhairyynaZulkifli berkata...

betul ke tentang SP tuh? mcm2 versi cerita dengar nye. heehehehe
tak rugi duet tiket. tak pi tengok pon. :D

LURZAN TAZA LIMAJ berkata...

ceq xbulih nak tgk muvi lg nk kena pulun perabih esaimen n exam dulu huhuhuuu