Pages

Jumaat, 14 Disember 2012

Tarikh Cantik





Tahun 2012 ni, banyak betul tarikh2 yang cantik khususnya pada Bulan Disember tahun 2012 ni.. Macam 1.2.12, 12.12.12, 20.12.2012, dan hari ni pun mencatatkan tarikh dalam tahun Islam yang cantik iaitu 1 Safar 1434h atau 1.2.34.. Bila sampai je tarikh2 yang cantik ni, ramai yang update status kat facebook mahupun twitter demi menunjukkan keterujaan depa dengan tarikh tersebut.. Program rancangan Tv mahupun radio jugak tak ketinggalan menjadikan tarikh2 cantik ni sebagai segmen dalam rancangan depa.. Si teruna dan si dara jugak ramai yang mengikat tali perkahwinan depa pada tarikh2 yang cantik ni..





Walaubagaimanapun, ramai jugak yang mempertikaikan sesetengah pihak sebab terlalu mengagung agungkan tarikh yang kononnya cantik ni. For them, tarikh is tarikh, takdak yang istimewa pun. Walaupun tarikh 12.12.12, kita tetap menjalani hari tersebut seperti hari2 yang lain jugak. By the way, itu pendapat masing2 la kan.. Ada yang suka dan ada jugak yang disebaliknya..





Bagi pendapat aku, kalau nak kahwin or bertunang or buat something yang istimewa pada tarikh2 yang cantik ni, memang digalakkan.. Almaklumlah, kita ni manusia biasa je.. Tak lari daripada sifat pelupa.. So, bila kita dapat lakukan something yang special pada tarikh2 yang cantik ni, confirm kita payah nak lupa sebab tarikh2 ni senang diingat dan begitu signifikan kepada orang yang meraikannya. Sebagai contohnya, lesen memandu kita pun, sengaja kerajaan Malaysia letakkan tarikh birthday kita sebagai tarikh untuk renew lesen.. Tarikh birthday kita kan begitu signifikan kepada kita, so probability untuk kita lupa tu adalah kecil.. Jadi semua orang akan ingat bila tarikh depa  kena renew lesen memandu depa..





Last sekali, ia adalah hak masing2 samada nak meraikan tarikh2 yang cantik itu ataupun tidak.. Tak guna kalau kita meraikan tarikh tersebut dengan pom pang sana sini tapi kita tak lakukan something yang special pada tarikh tersebut yang boleh dikenang sepanjang hayat.. Memang sifat manusia yang sukakan kepada kecantikan.. Sedangkan no plat kenderaan pun dibida ratusan ribu ringgit. Apa2 pun, Selamat Meraikan 1.2.34.. ;)





Psssstttttt : Rasanya belum terlambat nak ucapkan Selamat Menikah kepada kazen tersayang iaitu Farah Zawani Zainor Abidin pada 12.12.12..

30/12/12 ni aku kena jadi pengapit.. Habislaaaa.. HAHA

23 ulasan:

logorithm berkata...

Tarikh 21/12/12 yang terpenting sebab dunia akan kiamat pada hari tersebut! :-o

--> 21/12/2012 - The end of the world???

Princess Nusy berkata...

btul2..bnyk tarikh cantik thn ni..tp xkisah pun..if nk kawen xperlu pilih tarikh cantik pun xpe rasanya..hehe..masing2 punya pndapat.. ^^

Gillette Flores berkata...

Sebenarnya, nombor cantik ni untuk diabadikan, bukan diagungkan.
Pandangan Gill :)

ezyra daniel berkata...

...bg adik,tarikh2 nie memang lawa..tp adik takde pon nak tlalu teruja sgt.. :)

hazwan hairy berkata...

ramai yg xtau tarikh 1.2.34 ni yg org tau 12.12.12 ,,,

luqman zakaria berkata...

betul cakap hazwan hairy..ramai yg tahu 12.12.12 tp yg 1234 tak rmai org tau...

iKhRam berkata...

sebenarnya..
no tu bukan ada apa2..

cuma cara kita menghargai tu membuatkan sesuatu nombor tu nampak lebih istimewa..

contoh besday saya
16 hb..

tak de apa yg istimewa..
tp disebabkan saya menghargai tarikh ini.. jd no 16 itu sgt istimewa..

huh

harap, mr zwan faham maksud saya..

hahaha

khairul hassan berkata...

12/12/12 sy ada show kat butterworth

SYAH'IZZAT berkata...

12.12.12 salji turun kat beijing! :D

Aien Alien berkata...

betul2...manusia ni mudah lupa. jadi anggap jelah tarikh yg cantik tersusun sbagai cara mudah nak ingat apa2 yg special mcm tunang ke, kawen ke....jangan taksub sangat sudah. huhu.

::FAIZ:: berkata...

no plate kreta saya semua ada 25. dr keta lama lg. haha. bday saya kan 25 april. eh, terpromote

Wan Ahmad Izudean berkata...

setuju gak dengan pendapat ko.

cuma jangan percaya sampai terpesong akidah sudah ^_^

Belalang hijau Perisik berkata...

ello geng! sudah lama tidak ketemu...
bagi belalang lak, surela teruja nengok tarikh 12.12.12 sebab lepas ni dah xde tarikh mcm tu. mana da tarikh 13.13.13?

so kita ni kira beruntung dapat jumpa tarikh mcm tu... ngee

Dhiya Fariza berkata...

sangat sokong dgn pandangan zwan kat sini :)

Eiqa Almond berkata...

betol betol..
setuju..
tp kalau laa buat kenduri khawin tarikh tuu, haaishh cantik koott. ehhee

Aku Penghibur berkata...

memang cantik tarikh tu ... tpi biarlah x de pekara penting pon ^_^

PeRmAtA bIrU berkata...

hurm... betul2... tarikh tu sebenarnya nak buat kita lebih mengingati jer... sebab ya lah manusia tukan selalu lupa... tapi jgn la terlalu taksubkan???

Phat berkata...

xde apa2 pun tarikh2 tu atas org la nk jadikan tarikh tu untuk apa kan

Dkna Abza berkata...

ramai yang kawen tarikh cantik2 kan :)

aien hermionie berkata...

aien pown x ketingalan update status 12.12.12.. erm x de maksudkan ape2 pown.. just suke2.. sbb cantik.. thanks sbb sudi komen blog aien.. :)

Liyana Zahim berkata...

Ustaz yana ckp kalau nk kawen tarikh mmg pnting.. Tp seelok2nye ikut tarikh dalam kalender islam.. Kalau cth kite kawen hari krismas, nnti setiap kali ulang taun kawen kite kt igt krismas dlu.. Tak baik katenye.. Hihihi.. Papepon skrg org kawen time cuti skolah senang.. Ramai org dtg tlg.. Kihkihk..

Novelgurl berkata...

Tarikh cantik.Ok.No feeling.Tarikh akan nampak cantik bila hari tu cantik.Yes.Feeling.

NAZRUL AZAT berkata...

aku ingat tarikh birthday aku ja hat lain malaih nk ingat, ahahaaaaa