Bila bercakap pasai angka
ni, Malaysia ternyata sebuah negara yang hebat apabila tersenarai sebagai top
di beberapa kategori sama ada yang positif mahupun negatif. Tetapi apa yang aku
nak pamerkan di sini adalah kategori2 yang positif je.. Tahniah Malaysia!
Malaysia negara ke-8 paling
bahagia di dunia
Malaysia
terus mendapat pengiktirafan antarabangsa selepas diumumkan menjadi negara
kelapan paling bahagia daripada 100 buah negara melalui Indeks Kebahagiaan yang
dikeluarkan baru-baru ini. Sebagai perbandingan, Amerika Syarikat di tempat
ke-23, Kanada (24), Jepun (34) dan Korea Selatan ke-38
Malaysia
negara ke-12 paling berdaya saing di dunia
Laporan
Perniagaan 2013 keluaran Bank Dunia hari ini meletakkan Malaysia di tempat
ke-12 berbanding tempat ke-18 pada tahun 2011 dan kedudukan ke-23 pada tahun
2010.
Malaysia
negara ke-4 paling workaholic di dunia
Menurut Expedia's 2012 Vacation Deprivation Survey, Malaysia mempunyai tenaga kerja ke-4 di dunia yang
paling workaholic, selepas India, Brazil dan Itali, dengan pekerja yang tidak
boleh kelihatan untuk "melepaskan"
kerja mereka semasa bercuti. Dijalankan
terhadap 8.000 orang
dewasa yang bekerja dari 22 negara di seluruh dunia, kaji selidik itu juga mendedahkan bahawa rakyat Malaysia membelanjakan kira-kira 40 jam seminggu
di tempat kerja tetapi hanya menerima purata 14
hari cuti tahunan, antara yang terendah di dunia.
Malaysia
paling aman di Asia Tenggara dan ke-19 paling selamat di dunia
Kajian Global Peace Index
(GPI) mendapati Malaysia adalah negara ke-19 paling selamat daripada 153 negara
di seluruh dunia. Malaysia juga diletakkan sebagai negara paling aman di Asia
Tenggara dan keempat di Asia Pasifik selepas New Zealand, Jepun dan Australia.
Kuala
Lumpur ke-2 syurga beli belah di Asia Pasifik
Menurut Indeks Pembeli
Sedunia baru-baru ini, Kuala Lumpur terpilih sebagai bandar kedua terbaik di
Asia Pasifik untuk aktiviti membeli-belah. The Star melaporkan bahawa penilaian
dibuat terhadap 25 buah bandar di kawasan Asia di mana pelbagai aspek diambil
kira seperti kedai, budaya dan iklim, hotel dan pengangkutan, kemampuan harga
dan keselesaan. Dari sebanyak 25 bandar yang dinilai, Kuala Lumpur telah
berjaya menduduki tangga kedua dengan mendapat sebanyak 65 mata dari 100 mata
di belakang Hong Kong.
4 pusat membeli belah di
Malaysia tersenarai di antara 15 pusat membeli belah terbesar di dunia
Menurut laporan yang
dikeluarkan oleh Yahoo, Malaysia mempunya 4 buah pusat membeli belah terbesar
di dunia di antara 15 pusat membeli belah terbesar. Pusat membeli belah
tersebut ialah 1 Utama, Petaling Jaya (4), Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur
(7), Sunway Piramid, Subang Jaya (9), dan Berjaya Times Square, Kuala Lumpur
(15).
Pssssstttttt : Mari kita sama2 doakan kesejahteraan dan keselamatan untuk Palestin.. Prayforgaza jangan sekadar Propaganza je.. :)
13 ulasan:
alhamdulillah..semoga Palestin juga mampu menjadi sebuah negara terbahagia didunia..sedih sangat bila terkenang mereka walhal kita kat sini senang lenang..semoga kita tidak lalai dengan nikmat ini..
Love Malaysia. :)
i didnt know most of the facts stated here. wow malaysia wow :) yup lets pray for gaza endlessly.
erkk... knp x include no 1 di dunia harga kete paling mahal di dunia... ekekeke
oooo... berbanggalah jadi rakyat Malaysia...:)
Saya rakyat Malaysia. :D
i like pg sunway piramid
saya rakyat malaysia..pray for gaza
hebatkan malaysia.. !!
kalau pada mata saya..
Malaysia adalah no 1 dari segala2nya..
i love malaysia :)
satu perkogsian fakta yang menarik. saya sayang malaysia.
Malaysia negara ke-4 paling workaholic di dunia...ya setuju kerja kerja kerja...HAHA. letih otak dengan kerja ni lain.
apa2 pun...SAYANG MALAYSIA baik buruk pun tetap SAYANG.
aku cuma nak malaysia ni aman ja takdak gaduh2 ka apa ka, merusuh ka perhimpunan bagai tu buang masa ja kot...
Catat Ulasan